The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul_aina6, 2022-07-12 11:11:14

E-majalah Obesiti Kumpulan 5

E-majalah Obesiti Kumpulan 5

MALAYSIA | JULAI 2022

AWASI BERAT BADAN ANDA
1oM5bae.ls6aity%isdiai !

APA ITU
OBESITI?

TINTA EDITOR

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi
dengan izin-Nya, e-majalah yang bertemakan isu obesiti dapat
diterbitkan. Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang banyak memberikan kerjasama
dalam penghasilan e-majalah ini. Kerjasama yang jitu dari semua
pihak ini adalah kunci utama terbitnya e-majalah mengenai isu obesiti
ini.

Penerbitan e-majalah mengenai isu obesiti ini dilihat mempunyai
pelbagai jenis info penting mengenai isu-isu obesiti yang
membelenggu masyarakat di Malaysia ini. Penerbitan e-majalah ini
juga kelihatan lebih menarik kerana disamping isu-isu mengenai
obesiti, kesan-kesan obesiti, langkah, dan sebagainya yang diterbitkan
di dalam e-majalah ini, ia turut juga diselitkan dengan beberapa buah
sajak yang berkaitan dengan aspek yang dibincangkan. Ruangan iklan
mengenai gaya hidup sihat juga turut disediakan pada akhir halaman
e-majalah ini yang bertujuan untuk menarik minat individu untuk
menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Kami berharap agar pembaca e-majalah ini berpuas hati dengan hasil
kerja kami dan menjadikan e-majalah ini sebagai sumber rujukan
pada masa akan datang. Akhir kata, kami sekali lagi berterima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam penerbitan e-majalah ini. Kami ingin memohon maaf sekiranya
terdapat kesilapan yang berlaku sepanjang penerbitan e-majalah ini.
Sekian, terima kasih.

EDITOR

'ALIA NAJWA BINTI IBRAHIM SAIYIRA BINTI MOHD YAHYA
(277977) (277944)

NURUL AINA BINTI ABDULLAH HASNI BINTI YAMBO
(277852) (277830)

NUR AMIRAH INANI BINTI FAZIL
(280145)

KANDUNGAN

4 ISU 6 GAYA HIDUP 13 RUANGAN
OBESITI DI KREATIF
MALAYSIA SIHAT
Merungkaikan isu-isu Aktiviti-aktiviti kesihatan seperti Beberapa buah sajak
mengenai obesiti yang mengenai obesiti yang
membelenggu masyarakat di pemakanan seimbang dan diselitkan dengan nasihat
Malaysia ini dan memberikan senaman kepada masyarakat agar pembaca dapat
informasi mengenai punca,
kesan, dan langkah umum di Malaysia untuk mengambil iktibar.
menangani obesiti mengatasi masalah kesihatan
terutamanya masalah obesiti
yang berlaku dalam kalangan

masyarakat.

14 BERITA 16 RUANGAN
SEMASA IKLAN

Berita semasa mengenai Beberapa jenis iklan yang
masalah obesiti yang berlaku dipaparkan untuk membantu
para pembaca menjalankan
di Malaysia. gaya hidup yang lebih sihat.

APA ITU
OBESITI?

DISEDIAKAN OLEH:HASNI BINTI YAMBO 4

Kegemukan atau lebih dikenali sebagai obesiti ISU OBESITI DI MALAYSIA
merupakan penyakit kronik yang sangat
membimbangkan di kalangan masyarakat dunia
dan di Malaysia khususnya. Pada awalnya, obesiti
ini hanya dikenal pasti sebagai punca risiko bagi
kesihatan terutama sekali penyakit
kardiovaskular iaitu khususnya bagi penyakit
jantung. Namun demikian, berdasarkan penemuan
saintifik baharu, obesiti ini merupakan penyakit
yang membawa kesan yang buruk terhadap
kesihatan masyarakat. Tambahan pula, bagi
individu yang mengalami obesiti ia akan
menyumbang kepada penyakit serius iaitu
penyakit jantung dan diabetes. Selain daripada
mengehadkan kegiatan atau pergerakan fizikal
dan sosial seseorang individu ia juga boleh
menyebabkan masalah kesihatan yang sangat
serius. Persoalannya siapakah yang tergolong
dalam obesiti?Obesiti tidak mengira bangsa,
jantina atau umur seseorang individu. Disesuaikan
dari portal rasmi (My Health).

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di Oleh itu,
mana seseorang individu itu mempunyai lemak masalah obesiti
berlebihan. Obesiti adalah penyakit kronik yang
memerlukan rawatan susulan yang berpanjangan. ini mestilah
Obesiti boleh diukur dengan menggunakan diatasi bagi
pengiraan Body Mass Index atau lebih dikenali mengelakkan
sebagai BMI (Indeks Jisim Badan). Oleh itu, untuk dari berlakunya
seseorang individu melakukan saringan obesiti ia perkara yang
memerlukan ukuran berat badan dan ketinggian. tidak diingini.
BMI ini digunakan untuk memudahkan seseorang Namun begitu,
individu itu untuk mengetahui sama ada dia terlibat usaha ini sangat
dalam masalah obesiti atau tidak. Indeks Jisim memerlukan
Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat kesabaran dan
berbanding ketinggian atau isipadu seseorang. kesungguhan.
Bacaan indeks individu bawah 18.5 dianggap
sebagai kurang berat manakala antara 18.5 hingga
22.9 adalah berat yang sihat. Indeks 23 hingga 27.4
adalah dianggap sebagai agak lebih berat. Bagi yang
mempunyai indeks 27.5 dan keatas pula individu
tersebut dianggap sebagai obes.

KES OBESITI DI
MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
HASNI BINTI YAMBO

5

ISU OBESITI DI MALAYSIA

Gambar diatas menunjukkan evolusi demi evolusi seseorang daripada
individu yang normal kepada individu yang mengalami masalah obesiti

Negara Malaysia menunjukkan

peratusan rakyat yang mempunyai

berat berlebihan dan masalah obesiti

berbanding dengan negara-negara

lain di Asia Tenggara. Kementerian

Kesihatan (KKM) telah

memaklumkan bahawa kadar obesiti

yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu

sebanyak 15.6%. Jumlah tersebut

mengatasi Brunei, Indonesia dan

Thailand iaitu masing-masing

mencatatkan kadar obesiti sebanyak

14.1%, 10% dan 6.9%. Menurut KKM,

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga data tersebut diambil daripada
telah mendedahkan bahawa satu dalam
setiap dua rakyat dewasa di negara ini Laporan Populasi Dunia 2019. Selain
sedang mengalami masalah obesiti. Datuk
Seri Dr. Adham Baba berkata bahawa itu, berdasarkan Tinjauan Kesihatan
prevalen berlebihan berat badan dalam
kalangan orang dewasa pada tahun 2019 dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS)
adalah 30.4 peratus. Tambahan pula,
berdasarkan tinjauan berkala yang telah yang telah dijalankan pada tahun
dilakukan juga menunjukkan bahawa
berlaku peningkatan obesiti secara 2019, ia menunjukkan kira-kira
mendadak pada setiap tahun. Disesuaikan
dari artikel (Kosmo). 50.1% rakyat di negara ini

menghadapi masalah obesiti atau

masalah berat badan berlebihan.

Keadaan ini berlaku adalah

disebabkan oleh pemakanan dan

gaya hidup yang tidak sihat.

PUNCA OBESITI DI 6
MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
'ALIA NAJWA BINTI IBRAHIM

GAYA HIDUP SIHAT

Hormon

Antara penyebab utama peningkatan

Obesiti yang serius juga meningkatkan penyakit obesiti adalah disebabkan oleh
risiko untuk penyakit darah tinggi, gangguan hormon seperti sindrom ovari
kencing manis, sakit jantung dan polikistik atau PCOS. PCOS berlaku
sebagainya, Di antara punca obesiti terutama di kalangan wanita
disebabkan oleh pembiakan wanita
adalah
Gaya Hidup Pemakanan Seseorang yang tidak seimbang. Hal ini demikian,
Faktor kegemukan ini merupakan punca kebanyakkan di antara mereka
mengalami tekanan sehingga membawa
yang terbesar di kalangan obesiti,. Hal kepada peningkatan berat badan.
ini terjadi sekiranya seseorang itu
Genetik
mengamalkan gaya hidup tidak sihat
seperti lebih dalam pengambilan jumlah Genetik juga merupakan fakor penyumbang
lemak dalam pemakananan harian. utama kepada peningkatan masalah obesiti.
Sekiranya anda kurang bersenam setiap Hal ini demikian kerana, kebanyakan
penyakit ini terjadi bermula daripada
hari, ia juga boleh menyebabkan obesiti sejarah ahli keluarga yang menghadapinya.
berlaku dengan cepat. Hal ini demikian Namun begitu, masalah obesiti ini dapat
kerana, melalui aktiviti senaman, kalori diatasi sekiranya individu tersebut tekad
akan terbakar lebih cepat dan masalah untuk mengubah gaya pemakanan dan
obesiti dapat diatasi dengan baik hidup yang lebih sihat berbanding sebelum
sepenuhnya.. ini.

MES TI TAHU!

7 KESAN OBESITI

GAYA HIDUP SIHAT DISEDIAKAN OLEH: NURUL AINA ABDULLAH

Obesiti adalah individu Sakit Jantung

yang memiliki lemak di

dalam badan yang Serangan jantung akan

berlebihan sehingga mudah berlaku kepada

boleh mendatangkan individu yang obes. Hal

kesan negatif kepada ini dikatakan demikian

kesihatan. Obesiti yang kerana, serangan

berlaku di Malaysia jantung adalah mudah

sememangnya amat berlaku dan mempunyai

membimbangkan semua kebarangkalian yang

pihak. Tambahan pula, tinggi berlaku kepada

aspek kesihatan individu yang obes iaitu

disebabkan oleh obesiti enam kali lebih tinggi

adalah kesan yang berbanding individu

paling ketara berlaku yang kurus. Kajian pada

kerana lemak yang tahun 2007 yang

berlebihan dalam badan diterbitkan di dalam

pesakit boleh menjurus Archives of Internal

kepada masalah Medicine mendapati

kesihatan yang individu yang

membahayakan nyawa mempunyai berat badan

mereka. berlebihan berisiko

menghidap penyakit

jantung sebanyak 32%

manakala individu yang diebetes yang parah
dan sukar untuk
mengalami obesiti dirawat.

adalah sebanyak 81%

Kencing Manis Kanser

Kencing manis adalah Sebut sahaja perkataan

penyakit yang kanser, pelbagai jenis 8

sememangnya menjadi perasaan dan persoalan

fobia kepada setiap yang bermain dalam GAYA HIDUP SIHAT

individu. Hal ini kerana, diri setiap individu.

penghidap diabetes ini Menurut pakar, obesiti

sememangnya boleh boleh menyebabkan

mengancam nyawa dan kanser dan yang lebih

sekiranya tiada rawatan teruk lagi adalah

segera yang dilakukan, sehingga menyebabkan

ia berkemungkinan kematian. American

boleh menyebabkan Cancer Society yang

berlakunya kerosakan diterbitkan dalam jurnal

kepada buah pinggang, The New England

mata menjadi kabur Journal of Medicine

dan yang paling tragis telah membuat kajian

adalah menjadi buta dan mendapati bahawa

dan kedua-dua belah 14% kes kematian

kaki menjadi kudung pesakit kanser lelaki

akibat kencing manis dan 20% kes kematian

yang semakin teruk. pesakit kanser wanita

Oleh itu, masalah adalah berpunca

kencing manis daripada obesiti.

sememangnya berkait

rapat dengan obesiti.

Menurut kajian, hampir

90% individu yang obes

akan menghidap

diebetes dan

kebiasaannya mereka

adalah golongan yang

berada pada tahap

GAYA HIDUP SIHAT Kesihatan Mental Terjejas
Obesiti boleh menyebabkan individu tersebut kemurungan
kerana individu yang obes kebiasaannya akan mempunyai
keyakinan diri yang rendah kerana mereka berpendapat
bahawa orang sekeliling mereka akan mengejek dan
merendahkan mereka. Pandangan serong masyarakat terhadap
9 individu yang obes ini sebenarnya boleh mencetuskan
kemurungan. Kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan di
dalam Archives of General Psychiatry mendapati bahawa
risiko individu yang mengalami obesiti adalah lebih tinggi
berbanding individu yang memiliki berat badan normal iaitu
sebanyak 55%.

DISEDIAKAN OLEH: SAIYIRA MOHD YAHYA

Obesiti merupakan salah satu faktor Cara mengatasi obesiti bagi kanak-kanak 10
Untuk kanak-kanak pula, ibu bapa masih perlu
risiko kepada pelbagai penyakit dan memainkan peranan untuk mengawal pemakanan GAYA HIDUP SIHAT

komplikasi yang lain. Masalah obesiti ini mereka.


akan semakin teruk jika individu
Antara cara menangani obesiti yang boleh
tersebut tidak tahu cara mengatasi dilakukan oleh ibu bapa terhadap kanak-

obesiti. Apakah cara menangani obesiti kanak ialah:


yang sesuai mengikut peringkat umur?
Jangan galakkan makan snek ketika

menonton televisyen. Apabila kanak-kanak


kerap mengambil hidangan snek sewaktu
Cara mengata
si obesiti bagi bayi menonton televisyen, mereka lebih mudah
Bayi yang menyusu badan agak sukar
untuk mengalami obesiti berbanding bayi untuk menjadi obes. Ini kerana, ketika
yang disusukan dengan susu formula. menonton tv, mereka lebih sukar untuk berasa


kenyang sehingga menyebabkan mereka
Namun, ada beberapa tip atau cara mengambil snek secara berlebihan.
menangani obesiti bagi bayi yang
Sediakan makanan yang berkhasiat dan
boleh anda amalkan: seimbang. Sebagai ibu bapa, anda


bertanggungjawab terhadap pemakanan
Jangan susukan bayi anda terlalu harian anak-anak anda di rumah. Oleh itu,
lama. Bayi yang menyusu terlalu pastikan anda menyediakan makanan yang
lama sehingga lebih daripada 45 baik dan seimbang untuk si kecil. Elakkan
minit berpotensi untuk mengalami daripada memberikan makanan berlemak,
kenaikan berat badan berlebihan. bergula dan makanan yag diproses dengan
Gantikan susu dengan puting
bayi. Mungkin bayi anda amat kerap.
gemar untuk menyusu walaupun Jangan gunakan makanan sebagai
mereka tidak lapar. Namun, untuk ganjaran untuk kanak-kanak. Setiap kali
anak anda berjaya melakukan sesuatu, jangan
mengelakkan kenaikan berat badan memberikan ganjaran kepada mereka dalam
yang berlebihan, anda boleh bentuk makanan mahupun snek. Ini
termasuklah gula-gula, coklat, makanan
menggantikan aktiviti penyusuan ringan dan lain-lain lagi. Makanan seperti ini
dengan memberikan puting bayi. hanya akan menyebabkan mereka lebih
Galakkan bayi dengan aktiviti
fizikal. Berikan bayi anda aktiviti berisiko untuk mendapat obesiti.
yang menggalakkan pergerakan Ajar anak anda untuk kerap minum air
mereka. Ini termasuklah merangkak kosong antara cara mengatasi obesiti. Air
kosong tidak mempunyai sebarang kalori.
dan bermain dengan alat Oleh itu, ia adalah minuman yang sihat kerana
permainan. tidak memberikan sebarang kalori tambahan
kepada tubuh. Kesannya, tubuh anda kurang
berisiko untuk mendapat kalori berlebihan
yang boleh menyebabkan obesiti. Ajar anak
anda untuk selalu minum air kosong sebagai

salah satu cara menangani obesiti.

GAYA HIDUP SIHAT DISEDIAKAN OLEH: SAIYIRA MOHD YAHYA

Cara mengatasi obesiti bagi orang dewasa
Cara menangani obesiti bagi orang dewasa sebenarnya tidak banyak berbeza dengan
11 kaedah yang digunakan terhadap kanak-kanak.

Namun, mungkin ada beberapa perkara yang lebih khusus dan lebih penting untuk
dilakukan oleh orang dewasa.



Bagi orang dewasa, anda perlu melakukan beberapa perkara ini sebagai
cara menangani obesiti:



Kawal pengambilan kalori harian. Bagi lelaki dewasa, jumlah pengambilan
kalori harian adalah antara 2,000 hingga 3,000 kalori sahaja. Manakala bagi

wanita dewasa, anda disarankan untuk mengambil kalori harian antara
1,600 hingga 2,400 sahaja. Pengawalan terhadap jumlah kalori harian ini

boleh membantu mengurangkan risiko mendapat obesiti.
cara mengatasi obesiti

Pantau berat badan anda secara berkala. Anda mungkin perlu melihat
berat badan anda setiap minggu untuk memastikan sebarang perubahan.
Jika berat badan anda berkurangan, maka ia satu tanda yang baik. Namun,
jika berat badan anda semakin bertambah, maka anda tahu apa yang perlu

anda lakukan.
Amalkan gaya hidup aktif. Elakkan gaya hidup yang tidak aktif seperti
kerap tidur, menonton televisyen atau hanya duduk di rumah. Amalkan gaya
hidup yang sihat dengan melakukan senaman, melakukan aktiviti fizikal atau
banyakkan berjalan kaki. Gaya hidup yang aktif bukan hanya membantu
membakar kalori dalam tubuh, tetapi juga mengurangkan risiko mendapat

penyakit kronik seperti penyakit jantung.
Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan antara cara mengatasi
obesiti. Pastikan anda mengambil hidangan sayuran atau buah-buahan
setiap kali anda makan. Memperbanyakkan pengambilan sayuran dan buah-

buahan juga boleh mengurangkan risiko mendapat obesiti.



Kesimpulan
Walaupun terdapat saranan yang berbeza untuk setiap peringkat umur,

namun prinsip pemakanannya adalah sama.
Kami memberikan saranan mengikut peringkat umur seperti ini agar lebih

mudah untuk diamalkan oleh semua pembaca.

RAWATAN

DISEDIAKAN OLEH: NUR AMIRAH INANI BINTI FAZIL

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berdasarkan pepatah
ini, ia menunjukkan bahawa kita perlulah mengambil langkah kesedaran terhadap
sesuatu penyakit jika dibandingkan dengan merawati. Hal ini kerana, setiap penyakit
yang wujud pasti akan ada ubatnya. Oleh itu, cara yang paling baik untuk merawat
obesiti ialah pemakanan yang seimbang, sihat dan senaman yang kerap.

Untuk mencapai objektif berat badan yang 12
sihat, anda perlu :

Pemakanan yang seimbang dan sihat GAYA HIDUP SIHAT
yang mengandungi kalori yang
mencukupi ( Dapatkan nasihat daripada
doktor ataupun pakar pemakanan anda)

Menyertai kumpulan kurang berat badan
di komuniti anda.

Lakukan aktiviti seperti lari, jogging
ataupun berenang sebanyak 150 hingga
300 minit seminggu.

Makan sedikit tetapi lebih kerap dan
elakkan situasi di mana anda akan makan
secara melampau.

Anda juga boleh mendapat sokongan dan nasihat daripada pakar kesihatan
tentang cara untuk makan dan penjagaan berat badan anda. Sekiranya
perubahan gaya hidup tidak efektif untuk anda, anda mungkin memerlukan
bantuan ubat-ubatan untuk pengurangan berat badan. Ubat Orlistat boleh
membantu anda mengurangkan lemak yang diserap daripada badan anda. Sila
berbincang dengan doktor anda sama ada ubat ini sesuai untuk anda ataupun
tidak.

RUANGAN KREATIF SAJAK:KESIHATAN

DISESUAIKAN DARIPADA (CIKGU AMIRAH)

13 Kesihatan diri tiada ganti,
Apabila sekali pergi sukar kembali,

Wang sekalipun tidak dapat membeli,
Kesihatan diri tanggungjawab sendiri,

Jagalah dan cuba menghargai,
Apabila tidak boleh berdiri lagi,
Barulah diri mahu merasa rugi.




PANTUN GAYA HIDUP SIHAT

DISESUAIKAN DARIPADA (JAJJAL)

Bunga kembang di pagi Jumaat
Kumbang minat mencari agas
Makanan seimbang mesti berkhasiat

Badan sihat otak cergas

Udara di hirup anak Pak Sarat
Bunga di taman igauan Seman

Amalan hidup gaya sihat
Senaman ringan jadi peneman



DISEDIAKAN OLEH :HASNI BINTI YAMBO

SAIYIRA MOHD YAHYA 14

ISU OBESITI DI MALAYSIA BERITA SEMASA

KKM

SATU DARIPADA DUA DEWASA HADAPI
MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN




MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN DAN OBESITI KINI
MENINGKAT PADA KADAR YANG MEMBIMBANGKAN DI
NEGARA INI DENGAN SATU DARIPADA DUA ORANG

DEWASA MEMPUNYAI BERAT BADAN BERLEBIHAN, KATA
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN DATUK DR NOOR AZMI

GHAZALI.
BELIAU BERKATA HASIL KAJIAN TINJAUAN KEBANGSAAN
KESIHATAN DAN MORBIDITI (NHMS), YANG DIJALANKAN
SETIAP EMPAT TAHUN, MENDAPATI 50.1 PERATUS RAKYAT

MALAYSIA MENCATATKAN BERAT BADAN BERLEBIHAN
DENGAN 19.7 PERATUS DARIPADA MEREKA MENGHADAPI

MASALAH OBESITI PADA 2019.
"INI BERMAKNA SATU DALAM DUA ORANG DEWASA KINI
BERLEBIHAN BERAT BADAN. BAGI KANAK-KANAK PULA, 30
PERATUS DARIPADA MEREKA BERUMUR LIMA HINGGA 13

TAHUN MENCATITKAN MASALAH OBESITI.

KPM

TANGANI MASALAH OBESITI, KPM
AKAN LAKSANA PEMERIKSAAN BMI

MURID 5 HINGGA 9 TAHUN



KEMENTERIAN PENDIDIKAN AKAN
MELAKSANAKAN PEMERIKSAAN INDEKS

JISIM BADAN (BMI) TERHADAP MURID
SEKOLAH BERUSIA LIMA HINGGA

SEMBILAN TAHUN BAGI MENANGANI
MASALAH OBESITI DI NEGARA INI.

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN, NOR
ZAMANI ABDOL HAMID BERKATA,

PROGRAM BMI 5-9T MENYASARKAN UNTUK
MENANGANI ISU OBESITI DALAM

KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
SEAWAL USIA LIMA TAHUN.

BERITA SEMASA SAIYIRA MOHD YAHYA

ISU OBESITI DI MALAYSIA

NUTP
15 PEMERIKSAAN BMI: KPM DIHARAP TANGANI

MASALAH SEBENAR OBESITI - NUTP

KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) DIHARAP DAPAT
MENANGANI MASALAH SEBENAR YANG MEMBAWA KEPADA
PUNCA BERLAKUNYA OBESITI DALAM KALANGAN MURID-

MURID SEKOLAH.
PRESIDEN KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN
KEBANGSAAN (NUTP), AMINUDDIN AWANG BERKATA, IA
TERMASUK ISU KEMISKINAN DAN PEMAKANAN TIDAK
SEIMBANG YANG MUNGKIN MENYUMBANG KEPADA ISU

KESIHATAN ITU.
MEMETIK LAPORAN MEDIA, PELAKSANAAN BMI 5-9T AKAN

BERMULA PADA HARI PERTAMA KALENDAR AKADEMIK
2022/2023 DAN DILAKUKAN DUA KALI SETAHUN.

KPM MEWAJIBKAN PROGRAM ITU DIJALANKAN BERMULA DI
PERINGKAT PRASEKOLAH, SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

MILIK KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA.
MENGULAS LANJUT, AMINUDDIN BERKATA PIHAKNYA
MENYEDARI BAHAWA PUNCA OBESITI DALAM KALANGAN
MURID-MURID, BUKAN SEMATA-MATA DISEBABKAN FAKTOR

MAKANAN.
PELBAGAI INISIATIF TELAH DILAKUKAN UNTUK MENGATASI

MASALAH TERSEBUT, TERMASUK PROGRAM STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH

MALAYSIA (SEGAK), YANG DIPERKENALKAN PADA 2008.
"KITA TAHU APABILA BERLAKUNYA MASALAH OBESITI
DENGAN KADAR BEGITU BESAR DALAM KALANGAN MURID-
MURID, IA AKAN MEMBERIKAN PELBAGAI IMPLIKASI SAMA
ADA KEPADA MURID ITU SENDIRI ATAU DARI SEGI PROSES

PEMBELAJARAN MEREKA DI SEKOLAH.
"NAMUN, OBESITI JUGA ADA FAKTOR-FAKTOR LAIN MUNGKIN
KERANA EMOSI, TEKANAN PERASAAN ATAU KEBOSANAN DI
RUMAH DAN KADANG-KADANG ADA BERKAIT DENGAN PUNCA

YANG MENYEBABKAN MEREKA MEMAKAN MAKANAN YANG
TIDAK SEIMBANG," TAMBAHNYA.

RUANG IKLAN AWAM

16

RUANGAN IKLAN

RUANG IKLAN

17

RUANGAN IKLAN

"Mencegah lebih baik
daripada mengubati"

KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA


Click to View FlipBook Version