MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR PANDAN INDAH HULU LANGAT TARIKH : 18 MEI 2024 (SABTU) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN MAKAN MITS PANDAN INDAH PERASMI : TUAN ANAS BIN AYOB A.I.S KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu Pendidikan yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, Rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. FALSAFAH PENDIDIKAN JAIS Suatu usaha yang berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah bagi melahirkan masyarakat muslim yang bertaqwa, maju, mampu bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. VISI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM Terbaik, bertaraf dunia dan diredhai Allah S.W.T MISI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM Mengurus Hal Ehwal Pendidikan Islam dengan Ikhlas, Amanah, Hikmah, Ukhuwah dan Berkesan OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM Memperkasa kurikulum Pendidikan Islam mengikut Sistem Pendidikan Integrasi Holistik untuk melahirkan modal insan bertaqwa VISI SEKOLAH “Sebuah Institusi Pendidikan Dan Pusat Pengembangan Ilmu Yang Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Diredhai Allah” MISI SEKOLAH “Mendidik Dan Membentuk Generasi Al-Quran Bertaqwa Yang Ikhlas, Berilmu, Beramal, Berakhlak Mulia Dan Berketrampilan Melalui Sistem Pendidikan Integrasi Dan Holistik Berasaskan Pengurusan Berkualiti Serta Berperanan Sebagai Khalifah Di Muka Bumi” OBJEKTIF SEKOLAH ❖ Menyediakan peluang pengajian dalam aliran Tahfiz Al-Quran dan akademik. ❖ Menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran agama, akademik dan Tahfiz. ❖ Melahirkan professional yang menghafaz Al-Quran dan menghayati kandungannya. ❖ Menjana pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai pelbagai keterampilan dan pengetahuan dalam saingan globalisasi.
BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Aturcara Mesyuarat Agung PIBG kali kedua 1 2 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali kedua 2 3 Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali kedua 3-4 4 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali pertama 5-11 5 Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 12 6 Laporan Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 13-15 7 Pembentangan Usul dan Cadangan 2024/2025 16-21 8 AJK PIBG MITS Pandan Indah 2022-2024 22 9 Senarai Nama Guru MITS Pandan Indah 23 10 Lampiran Aktiviti PIBG 2023/2024 24-26 11 Cadangan Program & Aktiviti Kecemerlangan MITS Pandan Indah 2024 27 12 Penghargaan 28 ISI KANDUNGAN
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR PANDAN INDAH 2023/2024 8.30 pagi : Ketibaan dan pendaftaran ibu bapa/ penjaga dan guru 9.00 pagi : Ketibaan Perasmi, Ketua Penolong Pengarah BPI JAIS dan Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat 9.10 pagi : Nyanyian lagu “Negaraku” dan “Lagu Negeri Selangor” Ucapan kata aluan Pengacara Majlis Bacaan doa oleh 9.15 pagi : Ucapan Alu-aluan Yang Di Pertua PIBG, Tuan Azlin bin Sanip 9.30 pagi : Ucapan Tuan Pengetua MITS Pandan Indah, Tuan Misri bin Kabut 9.45 pagi : Ucapan Perasmi, Tuan Anas bin Ayob A.I.S, Ketua Penolong Pengarah BPI JAIS 9.55 pagi : Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi, KPP BPI dan PPTAD Hulu Langat 10.00 pagi : Pembentangan Perancangan Aktiviti Kecemerlangan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum 10.10 pagi : Rehat 10.20 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali kedua 12.00 tengah hari : Tamat Mesyuarat Agung kali kedua dan bersurai 1
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR PANDAN INDAH 2023/2024 • Ucapan Pengerusi Mesyuarat • Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama • Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan 2023/2024 • Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan 2023 • Penetapan dan pengesahan Sumbangan PIBG 2024/2025 • Perbahasan usul dan cadangan • Pembubaran AJK PIBG sesi 2022-2024 dan Pelantikan Pengerusi Sementara • Pelantikan AJK PIBG sesi 2024-2026 • Hal-hal lain • Ucapan Penangguhan 2
A H L I J A W A T A N K U A S A M E S Y U A R A T A G U N G Penasihat Tuan Misri bin Kabut Pengerusi Tuan Azlin bin Sanip Timbalan Pengerusi Tuan Mohd Khairulnizam bin Idris Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran Puan Muslihah binti Hasan Guru Penolong Kanan HEM Puan Nor Adibah binti Yacob Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tuan Muhammad Azman bin Mohd Husin Guru Penolong Kanan Tahfiz Tuan Saiful Anuar binti Suleh Wan Kurdi Setiausaha Puan Siti Balqis binti Muhajir Naib Setiausaha Puan Fatimah Harlina binti Mohd Taib Bendahari Puan Rosdiana @ Juliana binti Ab Jalal P I B G K A L I K E D U A M I T S P I 3
4 Penyambut tetamu : Barisan Pentadbir : AJK PIBG Pengacara Majlis : Tuan Abu Bakar bin Abdoll Wahab Pencatat minit : Puan Fatimah Harlina binti Mohd Taib : Puan Nor Fadzillah binti Khairal Faizi : Puan Ummu Khalijah binti Pahrol : Puan Siti Balqis binti Muhajir Unit Pendaftaran : Puan Nor Rabiatul Atiqah binti Mohd Yazid Puan Siti Hafizah binti Haziz Puan Sakinah binti Md Nasir : Puan Zuerniwaty binti Yusoff Unit Siaraya : Tuan Mohd Hafizul bin Sarabani : Tuan Zulhilmi bin Abd Rashed Unit Dokumentasi dan fotografi : Tuan Muhammad Amir bin Rosley : Tuan Muhammad Naim bin Ahmad Tamizi Unit Persiapan Tempat & Kebersihan : Puan Noraini binti Zainal Abidin : Puan Nurul Aina Maisarah binti Abd Wahab : Tuan Saifurrijal bin Syaefurrohman : Tuan Shamsul Anuar bin Saifudin : Tuan Shahrul Nizam bin Zaini Unit Jamuan : Puan Norhidayu binti Hamerudin : Puan Nor Fadrina binti Che Long : Puan Nahdiya binti Sabirin Tempahan Kain Rentang : Tuan Mohd Azmir bin Maideen : Puan Nor Fadrina binti Che Long Buku Program : Puan Siti Balqis binti Muhajir : Puan Fatimah Harlina binti Mohd Taib Saguhati : Puan Rosdiana @ Juliana binti Ab Jalal
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-1 MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR PANDAN INDAH HULU LANGAT Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Makan MITS Pandan Indah Kehadiran : 136 orang ibu bapa / penjaga : 19 orang guru 1.0 Perutusan Pengerusi 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa / penjaga meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali pertama. Tindakan : Makluman 2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat penubuhan PIBG 2022 / 2023 dan minit mesyuarat Permuafakatan PIBG 2.1 Minit mesyuarat PenubuhanPIBG2022 / 2023 dibacakan dan dibentangkan di hadapan ibu bapa / penjaga. Tuan Hasrulaznam bin Kamarulzaman mencadangkan agar minit mesyuarat Penubuhan disahkan dengan sedikit pindaan dan disokong oleh Tuan Abd Rani bin Mohamad. 2.2 Minit mesyuarat Permuafakatan PIBG dibacakan dan dibentangkan di hadapan ibu bapa / penjaga. Puan Yusmahwati binti Yusof mencadangkan agar minit mesyuarat Permuafakatan PIBG disahkan dengan sedikit pindaan dan disokong oleh Puan Hafizah. 3.0 Pembentangan dan penerimaan Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2022 / 2023 3.1 Pengerusi membentangkan dan menerangkan aktiviti atau program yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 / 2023. 3.2 Pengerusi menerangkan berkaitan usul cadangan pembinaan dewan dan surau di kawasan tanah lapang SRA Pandan Indah bersebelahan bangunan sekolah MITS Pandan Indah. Tindakan : Makluman 3.3 Pengerusi menerangkan berkaitan program Hang-out with Al-Quran yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana KPM melarang pelaksanaan aktiviti di luar berikutan cuaca panas. Pengerusi memaklumkan program Hang-out withAl-Quran akan disambung semula pada bulanOgos ini. Tindakan : Makluman 5
3.4 Pengerusi memaklumkan berkaitan Program Khidmat Bakti Al-Quran dimana seramai tujuh orang alumni MITS telah dilantik sebagai guru sambilan tahfiz. Pengerusi juga memaklumkan bahawa jumlah kutipan infak Ramadhan sebanyak RM 18,000.00 telah digunakan untuk program Iftar Jamaie dan pembelian peralatan seperti seterika, tikar dan penghadang Dewan Makan. Tindakan : Makluman 4.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan dan Penyata Kewangan PIBG 4.1 Pembentangan laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 dilakukan oleh Bendahari iaitu Tuan Khairul Asraf bin Khalid. Bendahari menerangkan bahawa jumlah penerimaan sumbangan sehingga 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM 27,931.00. Tindakan : Makluman 4.2 Bendahari memaklumkan pembayaran perbelanjaan sehingga 31 Disember 2022 adalah seperti perincian berikut: i. Oktober : RM 450 (Jamuan) ii. November : RM 240 (Majlis Persaraan Ustaz Bong dan Cikgu Razali) iii. Disember : RM 600 (Jamuan) Tindakan : Makluman 4.3 Laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 dicadang untuk disahkan oleh Puan Hafizah dengan sedikit pindaan dan disokong oleh Tuan Syahirul Halim. 5.0 Penetapan dan Pengesahan Yuran PIBG 2023 / 2024 5.1 Pengerusi menerangkan bahawa penetapan yuran PIBG dilakukan setelah mendapat persetujuan ibu bapa / penjaga dalam Mesyuarat Agung PIBG dan pecahan kutipan sumbangan PIBG adalah seperti berikut: i. RM 100 – sumbangan ahli PIBG ii. RM 120 – dana pembangunan akademik iii. RM 100 – dana pembangunan tahfiz Tindakan : Makluman 5.2 Pengerusi menerangkan bahawa kutipan sumbangan ahli PIBG hanya perlu dibayar sekali sahaja bagi ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang bersekolah di MITS Pandan Indah. Pengerusi juga mencadangkan bayaran tuisyen ditukar daripada RM 50 sebulan kepada RM 500 setahun. Tindakan : Makluman 5.3 Ahli mesyuarat bersetuju dengan jumlah yuran PIBG yang dibentangkan. Puan Roslelawati binti Suparman mencadangkan untuk disahkan jumlah yuran PIBG yang dibentangkan dan disokong oleh Puan Norashimah binti Saripan. 5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan untuk menukar dataran tar kepada dataran simen belum dapat dimulakan kerana mengutamakan penyelesaian untuk mengatasi masalah kekurangan guru tahfiz. Pengerusi juga mencadangkan untuk mewujudkan guru pembantu bagi setiap kelas. 6
6.0 Perbahasan usul dan cadangan 2023 / 2024 6.1 Usul 6.1.1 Laluan teduh dari tempat letak kereta ke asrama – Pengerusi memaklumkan bahawa perbincangan di peringkat ahli PIBG akan dilaksanakan untuk membina laluan teduh daripada tempat letak kereta ke asrama. 6.1.2 Gazebo / ruang khas untuk kemudahan pelawat – Pengerusi memaklumkan bahawa ibu bapa dibenarkan berada di kawasan sekolah kecuali beberapa kawasan larangan. 6.1.3 Ruang menyidai pakaian – Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG dan pihak sekolah merancang untuk membina ruang menyidai pakaian dan merancang untuk membeli penyidai pakaian mudah alih sebagai langkah penyelesaian sementara. 6.1.4 Ruang untuk bersukan – Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG dan pihak sekolah merancang untuk menukar dataran tar kepada dataran simen dan menaik taraf prasarana / kemudahan untuk bersukan. Pihak sekolah juga merancang untuk berkongsi padang SRA Pandan Indah bagi membolehkan murid melakukan aktiviti sukan. 6.1.5 Kutipan infaq / sumbangan secara rasmi – Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG merancang untuk membuat kutipan sumbangan secara berkala. 6.1.6 Kerusi batu untuk kemudahan pelawat – Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG merancang untuk membeli kerusi batu bagi kemudahan ibu bapa semasa melawat murid. 6.1.7 Pengerusi mencadangkan untuk aktiviti menanam pokok di kawasan persekitaran sekolah yang akan diuruskan mengikut kumpulan sokongan ibu bapa (PSG - Parents Support Group) - satu kumpulan PSG, satu kawasan tanaman. 6.2 Cadangan dan maklum balas 6.2.1 Facebook MITSPI – Pengetua MITS Pandan Indah memaklumkan berkaitan kebenaran mewujudkan dan pengaktifan akaun Facebook. Pengetua juga mencadangkan supaya PIBG mewujudkan akaun Facebook khas PIBG MITS Pandan Indah sebagai medium perkongsian maklumat dan aktiviti PIBG. 6.2.2 Dermasiswa Huffaz – Pengetua MITS Pandan Indah memaklumkan bahawa Lembaga Zakat Selangor tidak membenarkan pihak sekolah mengambil atau membuat pemotongan daripada dermasiswa murid. 6.2.3 Lawatan Penanda Aras – Pengetua MITS Pandan Indah memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan lawatan ke MITS Istana Bandar dan telah melakukan beberapa lawatan penanda aras ke MITS yang lain. 6.2.4 Cuti Tambahan – Pengetua MITS Pandan Indah memaklumkan bahawa JAIS telah memperuntukkan cuti tambahan khas setiap tahun dan pihak sekolah berusaha untuk memanfaatkan cuti yang diberikan dengan aktiviti yang sesuai seperti kelas tambahan dan program khas. 7
6.2.5 Program Motivasi – Pengetua MITS Pandan Indah memaklumkan bahawa pihak sekolah telah dan akan merancang bersama kaunselor lantikan JAIS untuk mengadakan program motivasi. 6.2.6 Aliran menengah atas MITS Pandan Indah – Pengetua memaklumkan bahawa JAIS telah menetapkan bahawa MITS Pandan Indah akan mengambil aliran sastera untuk murid tingkatan empat dan perbincangan di peringkat PIBG diperlukan untuk memohon supaya diadakan aliran sains tulen di MITS Pandan Indah. Encik Noor Maisam bin Mohamad Noor berkongsi pengalaman dan memberikan cadangan untuk membuat petisyen bagi memohon untuk diadakan aliran sains tulen di MITS Pandan Indah. Pengerusi mencadangkan untuk diadakan program hala tuju bagi murid yang akan mengambil aliran sastera untuk mendedahkan murid berkaitan kerjaya dan kursus pengajian yang bersesuaian dengan aliransastera. 6.2.7 Tempat menurunkan murid – Pengetua memaklumkan bahawa ibu bapa dibenarkan untuk menurunkan murid di foyer bangunan sekolah semasa menghantar murid kembali ke asrama. 6.2.8 Kebenaran menggunakan telefon – Pengetua menerangkan bahawa larangan penggunaan telefon selepas kembali ke asrama adalah bertujuan untuk memberi tumpuan dan persediaan persekolahan. Kebenaran penggunaan telefon adalah untuk urusan penting dan kecemasan sahaja. Pengetua juga memaklumkan bahawa murid dibenarkan untuk membuat panggilan telefon bermula pukul 4.30 pagi. 6.2.9 Kebenaran untuk melawat murid – Pengetua memaklumkan perubahan waktu melawat atau outing pada hari Sabtu (petang) dan hari Ahad. Waktu murid kembali ke asrama selepas keluar outing adalah pada pukul 4.30 petang. 6.2.10 Masalah ketiadaan air di asrama – Pengetua memaklumkan bahawa punca kerosakan adalah disebabkan kerosakan pam air dan pihak sekolah telah memanggil kontraktor untuk membaiki kerosakan. 6.2.11 Tambahan guru warden – Pengetua memaklumkan bahawa JAIS telah menetapkan bilangan guru warden berdasarkan bilangan jumlah murid. Encik Noor Maisam binMohamadNoor mencadangkan untukPIBGmembayar guru warden upahan bagi menampung bilangan guru warden yang tidak mencukupi. 6.2.12 Perkongsian maklumat murid sakit (Covid-19 / Influenza) – Pengetua memaklumkan adalah menjadi kesalahan untuk menyebarkan nama murid yang dijangkiti penyakit Covid-19 / Influenza dan pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa dari masa ke semasa berkaitan kesihatan murid. 6.2.13 Satu murid satu jawatan – Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah melaksanakan cadangan yang dikemukakan. 8
6.2.14 Aktiviti kokurikulum dan penyertaan pertandingan luar – Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima sumbangan alatan memanah dan mengucapkan terima kasih kepada En. Noor Maisam kerana menaja bayaran pendaftaran dan penyertaan murid dalam pertandingan MSSD Ping Pong. Encik Noor Maisam bin Mohamad Noor berkongsi pengalaman MITS Bagan Lalang melaksanakan aktiviti memanah (murid tingkatan satu dan dua), aktiviti berenang (murid tingkatan tiga) dan aktiviti berkuda (murid tingkatan empat dan lima). Encik Noor Maisam juga berkongsi kesan penglibatan aktiviti sukan elit kepada pencapaian pembelajaran murid dan menawarkan bantuan untuk mendapatkan nombor telefon jurulatih luar. 6.2.15 Kumpulan sokongan ibu bapa (PSG - Parents Support Group) – Pengetua memaklumkan akan menstrukturkan semula kumpulan PSG setiap tingkatan. 7.0 Hal-hal lain 7.1 Aktiviti sukan dan riadah – Pengetua memaklumkan bahawa dua orang murid telah mengalami kecederaan serius kerana murid terpaksa menggunakan dataran tar ketika melakukan aktiviti sukan dan riadah. Pihak sekolah merancang untuk memilih tempat yang bersesuaian untuk aktiviti dalaman seperti ping pong. 7.2 Kumpulan sokongan ibu bapa (PSG) – Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG merancang untuk setiap PSG melantik penyelaras dan bendahari bagi membantu PIBG mengurus dan menyokong aktiviti sekolah. Pengerusi memohon kerjasama dan sokongan ibu bapa berkaitan sebarang aktiviti atau program sekolah. 7.3 Program kerjasama dengan agensi luar – Pengerusi memaklumkan bahawa PIBGakan berbincang dengan pihak sekolah untuk merancang aktiviti lawatan dan menjemput agensi luar untuk memberikan ceramah dan menganjurkan aktiviti yang bersesuaian. 7.4 Encik Abdullah Hanif bin Mohd Hasan memberikan pendapat berkaitan pengurusan kantin sementara dan persoalan berkaitan isu halal / keselamatan makanan serta polisi pemakanan patuh syariah. Pengerusi memberikan maklum balas bahawa lantikan pengusaha kantin sementara adalah daripada KPM dan JAIS yang memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan penyediaan makanan yang ditetapkan. Pengetua memberikan maklum balas bahawa lantikan pengusaha Dewan Makan adalah berlandaskan polisi pemakanan halal / patuh syariah dan setiap tahun pengusaha Dewan Makan akan dipantau dan diaudit. 9
7.5 Encik Syahirul menimbulkan persoalan berkaitan kaunseling sekolah dan mendapat maklumat bahawa sebahagian kecil murid mengalami tekanan dan kemurungan. Pengetua memberikan maklum balas bahawa JAIStelah menghantar seorang kaunselor bertauliah dan beberapa sesi kaunseling telah diberikan kepada murid yang berkaitan. 7.6 Puan Yusmahwati menimbulkan persoalan berkaitan mata pelajaran DINI dan pentaksiranSijilMenengahAgama(SMA)sertamempersoalkankeistimewaan MITS Pandan Indah berbanding sekolah lain. Penolong Kanan Kurikulum memberikan maklum balas berkaitan mata pelajaran DINI dan pentaksiran SMA bagi murid yang akan naik ke tingkatan empat tahun hadapan. Penolong Kanan Kurikulum memaklumkan bahawa JAIS telah mengambil maklum akan masalah kekurangan guru yang dihadapi MITS Pandan Indah. 7.7 Encik Ismail bin Ibrahim mencadangkan untukPIBG mewujudkan akaun untuk aktiviti pembangunan sekolah / asrama dan setiap cadangan projek pembinaan direkodkan / didokumentasikan serta diwar-warkan kepada ibu bapa. Encik Ismail juga mencadangkan untuk disediakan statistik permohonan murid untuk berpindah ke sekolah aliran sains tulen. Pengerusi memberikan maklum balas bahawa PIBG akan mewujudkan lajur pembangunan memandangkan PIBG telah mempunyai dua akaun bank dan JAIS hanya membenarkan satu akaun bank sahaja untuk sebarang kutipan sumbangan PIBG. 7.8 Seorang bapa murid mencadangkan pihak sekolah untuk mencabut palang penghadang di ruang menyidai pakaian bagi membenarkan lebih banyak laluan udara dan menimbulkan persoalan berkaitan masa pulang awal ke rumah. Pengetua menerangkan bahawa kebenaran pulang awal adalah kerana ingin memudahkan urusan ibu bapa untuk mengambil anak di sekolah lain. Encik Noor Maisam berkongsi pengalaman di MITS yang lain di mana sesi pembelajaran dan pemudah caraan (PdPc) dilaksanakan sehingga tamat waktupersekolahansebelummuriddibenarkanpulangkerumah.Permohonan secara bersurat perlu dilakukan bagi ibu bapa yang ingin membawa murid pulang awal ke rumah. 7.9 Encik Abdullah bin Abd Wahab menimbulkan persoalan berkaitan murid yang mengalami tekanan dan kemurungan dalam pembelajaran di kalanganmurid tingkatan satu. Pengetua memberikan maklum balas bahawa murid tingkatan satu sedang menjalani Program Jati Diri Murid bagi melatih jati diri murid dan membantu murid untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama. 7.10 Encik Abdullah Hanif bin Mohd Hasan mencadangkan pihak sekolah untuk mengadakan program khas dan program pemantapan untuk mata pelajaran bahasa Arab dan Hafazan Al-Quran. 10
8.0 Ucapan penangguhan 8.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK PIBG, ibu bapa / penjaga dan juga guru ke mesyuarat yang diadakan. 8.2 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. 11
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2023/2024 Hasil kerjasama dan permuafakatan erat antara PIBG dan pihak sekolah, beberapa aktiviti telah dapat dilaksanakan sepanjang sesi 2023/2024. Berikut merupakan aktiviti yang telah dilaksanakan sehingga Februari 2024. APRIL 2023 • Program Khidmat Bakti Al-Quran – Melantik guru jemputan ALUMNI (Tahfiz) seramai 7 orang • Parents’ Corner – Sumbangan makanan iftar daripada ibu bapa • Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie MEI 2023 • Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru – sumbangan makanan ‘potluck’ JUN 2023 • Program “Hang Out with Al-Quran” • Mesyuarat Agung PIBG kali pertama JULAI 2023 • Night Guidance Huffaz ( Hunain ) OGOS 2023 • Program Motivasi Bingkas dan Bangkit anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG • Kem Tarkiz Al-Quran Sempena Cuti Sekolah DISEMBER 2023 • Cenderahati kepada Guru Agama Vietnam sempena Lawatan Kerja dan Kursus Tahsin Tilawah Imam dan Guru Agama Vietnam • Program Tamrin Qiyadi di Kem Permata Resort anjuran Badan Disiplin dan PIBG JANUARI 2024 • Karnival Huffaz FEBRUARI 2024 • Mini Sukan Sekolah • Jaulah Tarbawi – Jejak KL 12
LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023 13
16 14
15
Bil. Usul Maklum balas 1. Mewujudkan lapangan berbumbung. Dana melalui sumber luaran, program pendanaan dan sumbangan ahli/ individu yang berminat. ( SHAMSUL ANUAR BIN SARIFUDIN ) Perancangan dan kertas kerja pembangunan infrastruktur telah dibangunkan. Penambahbaikan serta pelarasan perancangan dengan pihak Maahad dan JAIS diperlukan. 2. Menambah baik Infrastuktur Sekolah: i. Sediakan tempat yang sesuai di kawasan sekolah bagi ibu bapa yang ingin melawat/ ziarah anak di hujung minggu (bagi bukan minggu outing). ii. Dataran bertar sedia ada boleh dibuat bumbung agar pelbagai aktiviti (eg Futsal, Berkawad etc) boleh dilaksanakan dgn lebih selesa. Jika boleh disimenkan dataran tersebut. iii. Bangunan Surau iv. Bangunan Dewan Serbaguna v. Padang Balapan/Bola Sepak ( MD JAFRRY BIN MASAT ) 3. Prasarana: i. kemudahan surau utama, kantin, dan dewan besar dibina ii. kemudahan ruang foyer beratap dibina iii. tambahbaik ruang bersukan anak seperti padang, gelanggang bola jaring iv. pembinaan wakaf tambahan utk tempat pertemuan anak dan ibu bapa v. pembinaan ampaian kain terbuka vi. kawasan riadah/ rehat dibanyakkan (SHAHRUL NIZAM BIN ZAINI (AJK)) 4. Laluan berbumbung utk anak banin jika hujan ( SITI BAZILAH / AZMAN ) PEMBENTANGAN USUL 2023/2024 16
Bil. Cadangan Maklum Balas 1. Membina / Mewujudkan bangunan sementara koperasi untuk murid seperti di MITIB. Memungut sumbangan khas melalui Sarana atau PIBG bagi membolehkan koperasi diwujudkan yang dibantu murid seperti di MITIB. (MOHD FAUZI BIN MAULAN) Wujudkan koperasi/ kantin di asrama/ sekolah untuk kemudahan pelajar. (ZAIDI BIN MOHD. NUSRAN) Tubuhkan koperasi sekolah untuk memudahkan pelajar membeli keperluan asas. (NOOR MAISAM BIN MOHAMAD NOOR) Kedai sekolah telah diwujudkan dan telah mula beroperasi. 2. Sesi Lawatan. Jika boleh sesi lawatan tidak perlu ditetapkan hanya sebulan sekali, biarlah boleh melawat anak setiap minggu. Ini kerana murid yang pertama kali di asrama dan yang baru nak mula menghafal memerlukan sokongan ibu bapa. (SAIDATUL AKMA ISMAIL) Dasar/ peraturan yang pihak sekolah telah tetapkan. 3. 1. Membenarkan pelajar perempuan pulang setelah tamat belajar pada hari jumaat dan tak perlu tunggu sampai pukul 2.00 petang. (Pada minggu pulang bermalam dan akan dijemput oleh ibu pelajar) 2. Memberi kebenaran masa menghantar anak ke asrama sebelum pukul 6.00 petang seperti yang dilaksanakan oleh sebahagian sekolah berasrama. (TAUFIK BIN ISMAIL) 1. Murid perlu makan tengah hari sebelum pulang ke rumah bagi mengelakkan pembaziran. 2. Murid perlu pulang sebelum 4.30 petang supaya dapat menunaikan solat Asar secara berjemaah dan seterusnya menghadiri perhimpunan asrama. 4. Semarakkan teknologi dalam Pendidikan, contoh Smart TV. Selaras peredaran semasa.. (ZAIDI BIN MOHD. NUSRAN) Smart TV telah disediakan di setiap kelas dan digunakan semasa PdPc. 5. Menambah kipas di dalam kelas, bilik asrama dan dewan makan untuk keselesaan guru dan murid. (AHMAD HUZAIFAH BIN AHMAD SHAHRIR) Pemasangan kipas di kelas dan asrama adalah mengikut spesifikasi JKR dan tidak dibenarkan melakukan sebarang pendawaian tambahan. PIBG telah menyumbang 4 buah kipas (air-cooler) di Dewan Makan. 17 MAKLUM BALAS CADANGAN 2023/2024
6. Penyidai pakaian asrama perempuan tidak mencukupi. Dengar ada pelajar terpaksa panjat untuk menyidai pakaian. Dikhuatiri ada pelajar terjatuh dan menyebabkan kecederaan serius. Tambah penyidai pakaian untuk pelajar perempuan. (SALZURA BT. MOHD NOOR) Mengadakan ampaian yang terdedah secara langsung dengan matahari. Bilik ampaian sedia ada tidak mencukupi untuk menampung bilangan pelajar yang telah bertambah. Pakaian tidak boleh kering dengan sempurna kerana terlalu padat dan tiada sumber matahari secara terus. Turut memberi kesan tidak baik kepada anak yang mempunyai masalah ekzema. (Telah dipersetujui dalam mesyuarat PIBG kali pertama). Jika kewangan menjadi masalah, dicadangkan supaya kutipan diadakan. (MUHAMMMAD FADZLI ARIFIN/ NAZLIA GIRUN) Ampaian Luar Asrama. Menyediakan tempat ampaian di luar bangunan asrama bagi membolehkan pakaian yg dibasuh kering dengan pancaran cahaya matahari. Perkara ini amat penting bagi pelajar yang menghidapi penyakit ekzema bagi memastikan pakaian kering secara semulajadi. (CHE HASRAH BINTI ABD RAHIM) Penyidai pakaian sedang dalam proses pemasangan di asrama. 7. Mewujudkan jawatan pengawas pusat sumber dan pengawas buku teks/ koperasi (jika tiada). Justifikasi: mengasah kepimpinan pelajar dlm pelbagai bidang dan meningkatkan markah kokurikulum pelajar (skor jawatan). (NURA'AFIFAH BINTI MARNI) Badan Kepimpinan Murid telah diwujudkan termasuklah Pengawas Pusat Sumber. 8. Kelas persediaan (prep) dilaksanakan di kelas untuk pelajar Banin dan bukan di Dewan Makan. Bagi mewujudkan suasana yg kondusif. (NOR AZIZAH AZIZ) Kelas persediaan (prep) murid pada sebelah malam diadakan di kelas masing-masing. (MOHD AMIRNUDIN BIN JAAFAR) Pengawalan murid ketika kelas persediaan (prep) adalah terhad sekiranya ingin dilakukan di bangunan sekolah. 9. Mohon pencerahan untuk fungsi makmal Sains. Boleh diubah sebagai koperasi dan sebagainya. (NOR AZIZAH AZIZ) Makmal Sains masih digunakan dalam PdPc untuk amali dan eksperimen Sains. Makmal Fizik akan diubah menjadi Bilik Seminar. 10. Mengadakan slot 5 minit pengucapan awam/ public speaking/ sharing moments/ bedah buku sewaktu perhimpunan mingguan. Justifikasi: menggilap minat serta potensi pelajar dlm kemahiran berkomunikasi & sebagai persediaan pertandingan. (NURA'AFIFAH BINTI MARNI) Slot pengucapan awam telah dilaksanakan. 11. Mengadakan Waktu Flexible Hafazan bagi pelajar yang terlibat dengan aktiviti pertandingan/ kegiatan luaran kokurikulum agar kemajuan hafazan murid tidak terjejas. (MD JAFRRY BIN MASAT) Pihak sekolah telah melaksanakan program hafazan semasa cuti sekolah. 18
12. Guru sepatutnya mendenda murid mengikut garis panduan yang telah ditetapkan KPM, mendenda murid duduk di bawah meja dan keluar daripada kelas adalah bentuk hukuman yang dilarang dalam ketetapan KPM. Guru menghukum mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh KPM dan tidak memalukan murid. (MOHD SHAZMAN BIN IBRAHIM) Pihak sekolah berusaha memastikan semua hukuman mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh KPM dan JAIS. 13. Mohon peruntukkan dari JAIS utk membina tembok tinggi di bahagian belakang asrama banat sehingga banin. (MOHD DANIAL BIN ABDUL RAHIM) Pihak sekolah telah menghantar permohonan ke JAIS. 14. Mempercepatkan proses pengambilan guru guru bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam subjek matapelajaran. (MOHD DANIAL BIN ABDUL RAHIM) Proses pengambilan guru adalah di bawah bidang kuasa JAIS. 15. Program kecemerlangan pelajar tingkatan 3 sebagai persiapan awal untuk ke tingkatan 4 (aliran akaun/ sains tulen). Guru pakar yang berpengalaman luas dari SBP/ MRSM/ sekolah harian boleh dijemput untuk mengadakan seminar, bengkel dan lain-lain. Pembiayaannya adalah dari sumbangan ibu bapa/ penjaga tingkatan 3. (NOOR MAISAM BIN MOHAMAD NOOR) Program Kecemerlangan bagi menengah rendah dan menengah atas telah dirancang dan dimasukkan dalam takwim sekolah. 16. Mewujudkan kelas aliran sains di MITSPI untuk tempoh 3 atau 4 tahun lagi. Dalam tempoh itu, pihak sekolah masih ada peluang untuk menyediakan bahan pengajian dan pembelajaran murid serta mencari guru aliran sains tulen. (MOHD REDUAN BIN ABDUL RAZAK) Penetapan aliran menengah atas di MITS adalah di bawah bidang kuasa JAIS. 17. Akademik: i. Pelaksanaan kelas tambahan bagi subjek teras dibuat secara 'joint-venture' dengan pusat tuisyen. Ini memastikan content pembelajaran adalah terkini dan sealiran dengan content pembelajaran di kelas. Guruguru kelas tambahan yang bertugas juga boleh ditukar dengan mudah sekiranya prestasi tidak memuaskan, kerana pusat tuisyen mempunyai 'pool of resources' mereka. Boleh masukkan dalam kontrak perjanjian. ii. Hari Pencapaian/ Anugerah akademik: buat acara tahunan; untuk meraikan usaha anak2 dlm pembelajaran. (SHAHRUL NIZAM BIN ZAINI (AJK)) Pihak sekolah telah memohon untuk menyertai Program Kecemerlangan anjuran Yayasan Selangor. BPI JAIS memaklumkan penawaran Program Tuisyen Rakyat Selangor anjuran Negeri Selangor (MBI) kepada MITS Pandan Indah. Pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan pada bulan Jun. 18. Perkongsian Peraturan Sekolah, Asrama, bahan larangan (pdf file). (SHARUL AZZUAN BIN IBRAHIM) Ibu bapa boleh merujuk buku SPSM murid. 19. Perkongsian aktiviti sekolah dan pencapaian pelajar2 MITSPI melalui media sosial/ telegram. (SHARUL AZZUAN BIN IBRAHIM) Dicadangkan agar diaktifkan perkongsian pintar / komunikasi dua hala berkaitan perkembangan/ aktiviti para pelajar di sekolah antara ibubapa dan guru-guru/ pihak sekolah (NUR HASLAILY BINTI MOHD NASIR) Pihak sekolah telah mempunyai beberapa medium seperti Facebook MITSPI dan Whatsapp PSG setiap tingkatan. 19
20. Laporan hafazan (pencapaian hafazan) data look up setiap bulan. Parents boleh rujuk untuk tahu tahap pencapaian hafazan anak2. (SHARUL AZZUAN BIN IBRAHIM) Laporan hafazan murid telah diwujudkan mulai tahun 2022. 21 Mengadakan kelas taekwondo (di samping silat) kerana ada pelajar yang telah mengikuti teakwando semasa di sekolah rendah dan kemahiran tersebut boleh disambung di sekolah menengah. (NOOR MAISAM BIN MOHAMAD NOOR) Mewujudkan Kelab Taekwondo. (MOHAMAD HAFIZ BIN JAHAYA) Dalam mesyuarat PIBG tahun lepas juga pihak sekolah telah bersetuju untuk memasukkan sukan taekwondo/ silat. Tetapi bila ada kelab yang majukan proposal, MITS maklumkan belum ada perancangan. Diharap MITS dapat membuka peluang kerana ramai antara pelajar MITS sendiri telah mempunyai asas sejak sekolah rendah. Untuk makluman, Kelab taekwondo MOI (kelas di SRAI BBB) mempunyai instructor taekwondo yang boleh mengajar di MITSPI dengan sekurang-kurangnya 10 orang pelajar disamping dapat menubuhkan kelab Taekwondo MITSPI. (MUHAMMMAD FADZLI ARIFIN/ NAZLIA GIRUN) Pihak sekolah telah menubuhkan kelab silat. 22. Mengadakan Kelab Memanah bagi pelajar yg berminat. Justifikasi: Mengamalkan salah satu sukan sunnah, meningkatkan daya fokus pelajar dan memberi peluang pelajar menyertai pertandingan MSSD memandangkan hanya beberapa sekolah mempunyai Kelab Memanah. (NURA'AFIFAH BINTI MARNI) Mengadakan sukan sunnah (berenang, memanah dan berkuda) kerana ia adalah program rasmi dan program tradisi di MITS. Disyorkan pelajar meyumbang semula (Cth: 30%) wang dermasiswa zakat ke sekolah untuk menampung kos. (NOOR MAISAM BIN MOHAMAD NOOR) Pihak sekolah telah menubuhkan kelab memanah. 23. Menambah aktiviti sukan. (MOHD IKHLASH BIN SHARIPAN) Sukan utk para pelajar. Berikutan kekangan kawasan persekitaran MITSPI, mungkin boleh diwujudkan aktiviti merentas desa atau bola sepak bagi pelajar lelaki. (NOR AZIZAH AZIZ) Mewujudkan sukan teras seperti bola sepak/ futsal (banin), bola jaring (banat) serta olahraga sebagai permulaan. Fokuskan pembangunan fasiliti untuk sukan teras terlebih dahulu dan jenis sukan ditambah secara berperingkat mengikut keperluan. (MUHAMMMAD FADZLI ARIFIN/ NAZLIA GIRUN) Menambah kemudahan peralatan sukan seperti meja ping pong, set catur, bola tampar, bola sepak, bola jaring, takraw, raket badminton dan lain-lain. (NOOR MAISAM BIN MOHAMAD NOOR) Membuat penggiliran aktiviti riadah petang bg penggunaan gelanggang: cth bola tampar, futsal, takraw Justifikasi: memberi kepelbagaian aktiviti riadah kpd pelajar mengikut kecenderungan mereka. (NURA'AFIFAH BINTI MARNI) Kesesuaian prasarana sedia ada di sekolah untuk aktiviti sukan tidak mencukupi. 20
24. Memastikan setiap murid aktif untuk program PAJSK ke peringkat yang setinggi mungkin (Badan Beruniform/ Kelab/ Sukan) untuk memudahkan kemasukan ke Universiti & Permohonan Biasiswa. (MD JAFRRY BIN MASAT) Pihak sekolah telah berusaha memastikan semua murid terlibat dengan program PAJSK. 25. Dicadangkan agar markah/ pencapaian PAJSK para pelajar dikongsikan juga kepada ibubapa setiap akhir tahun persekolah. (NUR HASLAILY BINTI MOHD NASIR) Ibu bapa boleh merujuk buku PAJSK yang telah ditandatangani oleh guru yang terlibat untuk menyemak markah dan pencapaian murid. 26. Menyertai kejohanan sukan peringkat sekolah/ zon/ daerah/ negeri. (MUHAMMMAD FADZLI ARIFIN/ NAZLIA GIRUN) Penyertaan pelajar dalam sukan MSSD untuk pelbagai acara seperti ping pong, catur, memanah, merentas desa, bola tampar, badminton, bola jaring dan lain-lain. Markah PAJSK adalah penting juga, untuk kemasukan ke universiti dan biasiswa. (NOOR MAISAM BIN MOHAMAD NOOR) Pihak sekolah telah melaksanakan dan menyertai kejohanan semua peringkat (MSSD, SUKMAS, KESSUMA). 27. Kokurikulum: Pelaksanaan banyak lagi aktiviti kokurikulum untuk menengah rendah. i. Sekurang-kurangnya ada 2 Unit Beruniform, kelab, persatuan utk setiap pelajar lelaki dan perempuan (murid boleh memilih). ii. Sukan dan permainan: kemudahan diperbaiki dan ditambah lagi iii. Sukan Sekolah: dicadangkan buat dwi tahunan (SHAHRUL NIZAM BIN ZAINI (AJK)) Aktiviti kokurikulum dan sukan telah mula dilaksanakan. 28. Mohon kepimpinan baru AJK PIBG bergerak lebih aktif mencari dana untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah dan lain2. Wujudkan pangkalan data berkaitan kepakaran ibu bapa yang boleh memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan PIBG. (TAUFIK BIN ISMAIL) Perancangan dan kertas kerja pembangunan infrastruktur telah dibangunkan. Penambahbaikan serta pelarasan perancangan dengan pihak Maahad dan JAIS diperlukan. PIBG telah mewujudkan pangkalan data berkaitan kepakaran ibu bapa 29. Mewujudkan fungsi sebenar KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa - PSG). Yang bagus ttg ibu bapa MITS semuanya proaktif. Alhamdulillah. Tapi kita boleh diaktifkan KSIB kerana ia sepatutnya subset PIBG. (NOR AZIZAH AZIZ) PIBG berlapang dada menerima cadangan dan bantuan daripada ibu bapa yang mahir dan mempunyai pengalaman dalam mengendalikan KSIB. 21
AJK PIBG MITS PANDAN INDAH 2022/2024 Penasihat Tuan Misri bin Kabut Yang Di Pertua PIBG Tuan Azlin bin Sanip Naib Yang Di Pertua PIBG Tuan Mohd Khairulnizam bin Idris Guru Penolong Kanan Puan Muslihah binti Hasan ( Kurikulum ) Puan Nor Adibah binti Yacob ( HEM ) Tuan Muhammad Azman bin Mohd Husin ( Ko-kurikulum ) Tuan Saiful Anuar bin Suleh Wan Kurdi ( Tahfiz ) Setiausaha Puan Siti Balqis binti Muhajir Naib Setiausaha Puan Fatimah Harlina binti Mohd Taib Bendahari Puan Rosdiana @ Juliana binti Ab Jalal AJK PIBG Tuan Shamsul Anuar bin Saifudin Tuan Shahrul Nizam bin Zaini Puan Zuerniwaty binti Yusoff Puan Nahdiya binti Sabirin Puan Siti Hafizah binti Haziz Tuan Mohd Hafizul bin Sarabani Juruaudit Dalaman Tuan Mohd Hasmunir bin Mohd Rusly Tuan Abu Bakar bin Abdoll Wahab 22
BIL NAMA JAWATAN NO TELEFON 1. MISRI BIN KABUT PENGETUA 019-3713467 2. MUSLIHAH BINTI HASAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 012-2305594 3. NOR ADIBAH BINTI YACOB PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 012-3238855 4. MUHAMMAD AZMAN BIN MOHD HUSIN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 019-6151940 5. SAIFUL ANUAR BIN SULEH WAN KURDI PENOLONG KANAN TAHFIZ 019-3354527 6. ROSDIANA @ JULIANA BINTI AB JALAL GURU KELAS 4 AL-BIRUNI / GURU PRINSIP AKAUN, EKONOMI & MATEMATIK 012-2110640 7. NOR FADZILLAH BINTI KHAIRAL FAIZI GURU KELAS 4 AL-KHAWARIZMI / GURU DINI - AL LUGHAH AL'ARABIAH AL MU'ASIRAH (KBD) 016-3928696 8. NORAINI BINTI ZAINAL ABIDIN GURU KELAS 3 AL-BIRUNI /GURU GEOGRAFI 017-6924797 9. ZULHILMI BIN ABD RASHED GURU KELAS 3 AL-KHAWARIZMI/ GURU B.INGGERIS 019-6494410 10. UMMU KHALIJAH BINTI PAHROL GURU KELAS 2 AL-BIRUNI / GURU TAHFIZ 011-28045052 11. HALWANI BINTI GHANI GURU KELAS 2 AL-KHAWARIZMI / GURU B.MELAYU, SEJARAH 013-3799133 12. MOHD ZAHID BIN ADANAN GURU KELAS 1 AL-BIRUNI/GURU TAHFIZ 013-3696064 13. MUHAMMAD AMIR BIN ROSLEY GURU KELAS 1 AL-KHAWARIZMI /GURU TAHFIZ 013-3894873 14. MOHD HAFIZUL BIN SARABANI GURU TAHFIZ 019-2215687 15. SITI HAFIZAH BINTI HAZIZ GURU TAHFIZ 019-2893737 16. MUHAMMAD NAIM BIN AHMAD TAMIZI GURU TAHFIZ 013-7324269 17. NOOR FADRINA BINTI CHE LONG GURU TAHFIZ 011-10924945 18. FATIMAH HARLINA BINTI MOHD TAIB GURU REKABENTUK & TEKNOLOGI 013-2032920 19. SITI BALQIS BINTI MUHAJIR GURU SAINS 012-2367837 20. NOR RABIATUL ATIQAH BINTI MOHD YAZID GURU BAHASA INGGERIS 010-8984485 21. NORHIDAYU BINTI HAMERUDIN GURU BAHASA MELAYU, SEJARAH 012-3898017 22. ABU BAKAR BIN ABDOLL WAHAB GURU MATEMATIK,MATEMATIK TAMBAHAN 019-20645039 23. MOHD AZMIR BIN MAIDEEN GURU DINI 012-2577538 24. SAIFURRIJAL BIN SYAEFURROHMAN GURU DINI - AL LUGHAH AL'ARABIAH AL MU'ASIRAH (KBD) 011-39217750 25. SAKINAH BINTI NASIR GURU RAKYAT 013-9071004 26. NURUL AINA MAISARAH BINTI ABD WAHAB GURU RAKYAT 018-9877470 27. MUHAMMAD FIKRI BIN MOHD ZAFIR GURU RAKYAT 011-63893469 SENARAI NAMA GURU MITS PANDAN INDAH 23
AKTIVITI PIBG 2023/2024 PROGRAM HANG OUT WITH ALQURAN PROGRAM MOTIVASI - BINGKAS & BANGKIT PROGRAM TARKIZ AL-QURAN 24
TAMRIN QIYADI DI KEM PERMATA RESORT, MELAKA MINI SUKAN MITS PANDAN INDAH 25
JAULAH TARBAWI – JEJAK KL 26 SUMBANGAN DARIPADA IBU BAPA
CADANGAN PROGRAM & AKTIVITI KECEMERLANGAN MITS PANDAN INDAH 2024 BIL. AKTIVITI PELAKSANAAN CATATAN MENENGAH RENDAH 1 MATA PELAJARAN KSSM i. Seminar Teknik Menjawab Mata Pelajaran Teras ii. Program Adaptasi & Bedah Novel iii. Seminar/ Bengkel Bahasa Melayu iv. Bengkel Kemahiran Algebra v. Program Motivasi Sejarah vi. Bengkel Mikropengawal & Pengaturcaraan RBT Ogos – September Ogos November Ogos - September September Januari 2025 2 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) i. Bengkel Pengukuhan & Pemantapan Hafazan ii. Program Hafazan “Hang Out with al-Quran” iii. Seminar KBT Januari 2025 Cuti Persekolahan November 3 KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD) i. Seminar Kemahiran Bahasa Arab & LAM ii. Seminar KBD (Syariah & Usul al-Din) iii. Bengkel Penulisan Karangan Bahasa Arab September Januari 2025 Oktober MENENGAH ATAS 4 PEPERIKSAAN SMA & SMATQ 2024 i. Seminar Teknik Menjawab Mata Pelajaran ii. Kem Tasji’ SMA & SMATQ iii. Ceramah Motivasi Kecemerlangan SMA & SMATQ iv. Penetapan Target (bersama ibu bapa / penjaga) v. Gerak Gempur SMA & SMATQ Julai - September September Jun Jun Ogos 5 MATA PELAJARAN KSSM i. Seminar Teknik Menjawab Mata Pelajaran Teras ii. Seminar Kepentingan Ilmu Matematik iii. Seminar / Bengkel Penulisan Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iv. Seminar Prinsip Perakaunan & Ekonomi Asas v. Program Motivasi Prinsip Perakaunan & Ekonomi Asas November - Januari Jun - Julai Jun Januari 2025 November Disember 27
PENGHARGAAN Sekalung penghargaan kepada Tuan Anas bin Ayob A.I.S Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS Tuan Ismail Sabri bin Norihan Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Tuan Azlin bin Sanip Yang Dipertua PIBG MITS Pandan Indah Tuan Misri bin Kabut Pengetua MITS Pandan Indah & Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG 2022- 2024, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali Kedua, warga MITSPI, ibu bapa/penjaga dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Semoga Segala Usaha Tuan / Puan Akan Diberkati Oleh Allah S.W.T 28