The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelaksanaan Inisiatif-Inisiatif di bawah Pakej–Pakej Rangsangan Ekonomi & Bantuan (1 September 2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Upki Korporat, 2021-09-01 21:40:03

Laporan LAKSANA Ke-66 (2021)

Pelaksanaan Inisiatif-Inisiatif di bawah Pakej–Pakej Rangsangan Ekonomi & Bantuan (1 September 2021)

Keywords: Laksana

LLLLAAAAKPPKSOOSARANRAANNAAN LAKS NA

YB TEYNBGTKEUNDGAKTUUDKASTEURKISUETRAIMUTAAZMAAFRZAUFLRAUZLIZAZIZ Agensi Pelaksanaan Ekonomi & Koordinasi Strategik Nasional
MenteMrieKnetwerai nKgeawnanMgaalanyMsiaalaysia
LAPORAN202L1/MAAKC/LSAPAORNANALAkKSeAN-A6-465
19 MAC 2021
1 SEPTEMBER 2021

PELAKSANAAN INISIATIF PELABURAN RM7 BILION
BELANJAWAN 2021 UNTUK MENJANA 12,000
PERMAI PEKERJAAN
KITA PRIHATIN
PENJANA Pertama, pendekatan strategik dan menyeluruh 6R
PRIHATIN Kerajaan tetap menjadi garis panduan untuk Kerajaan
menangani COVID-19 dan memastikan kelangsungan
ekonomi;

• ULASAN ISU SEMASA

• PENGEKALAN &
PENJANAAN PEKERJAAN

• PEMERKASAAN PERNIAGAAN

• INISIATIF-INISIATIF LAIN

www.mof.gov.my Kementerian Kewangan Malaysia MOFmalaysia mof_malaysia MOF Malaysia

ULASAN ISU SEMASA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

BARISAN KABINET BAHARU SASARKAN PENCAPAIAN AWAL DALAM
100 HARI PERTAMA

Barisan kabinet baharu di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyasarkan
pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama bertugas untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap
usaha-usaha yang dijalankan untuk keluar daripada krisis pandemik dan kemelut ekonomi.
Seperti yang digariskan oleh YAB PM, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan
jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Setiap kementerian juga perlu membuktikan pencapaian
awal dalam tempoh 100 hari pertama. Kementerian Kewangan menyambut baik inisiatif ini. Penetapan KPI
membolehkan rakyat mengukur pencapaian Kerajaan supaya kita boleh mengenalpasti kekuatan dan juga
kelemahan untuk penambahbaikan.
Kementerian Kewangan sememangnya sentiasa memantau perlaksanaan Belanjawan 2021 dan pakej-pakej
rangsangan dan bantuan melalui agensi Laksana. Minggu ini menyaksikan laporan Laksana edisi ke 66 sejak tahun
lalu. Fokus utama Kementerian Kewangan masih tertumpu kepada kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan
dan ketahanan ekonomi. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan akan memastikan penyaluran manfaat-manfaat
seperti Bantuan Khas COVID-19, Bantuan Kehilangan Pekerjaan, Bantuan Prihatin Rakyat dan subsidi upah bagi
sektor-sektor yang masih terkesan dapat diteruskan.

1

ULASAN ISU SEMASA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

KENYATAAN PRA-BAJET DAN KERTAS KONSULTASI AWAM BAGI
BAJET 2022

Sebagai salah satu usaha penambahbaikan proses penyediaan bajet tahunan, Kerajaan telah bersetuju untuk
menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) dan kertas konsultasi awam sebagai salah satu usaha penambahbaikan
proses penyediaan bajet tahunan. Langkah berkenaan adalah bertepatan dengan amalan terbaik di peringkat
antarabangsa, di mana KPB dan kertas konsultasi awam diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan proses dan
penglibatan rakyat dalam merangka inisiatif bajet tahunan, serta meningkatkan keyakinan awam terhadap
pengurusan fiskal negara, terutamanya dalam kalangan pelabur.
Melalui penerbitan KPB berkenaan, rakyat berpeluang melihat perkembangan pelaksanaan inisiatif Belanjawan
2021 dan gambaran awal berkenaan hala tuju, pendekatan yang diambil serta manfaat yang bakal dinikmati
daripada Bajet 2022, yang akan dirangka berdasarkan matlamat berikut:
a. Melindungi dan memulihkan kehidupan serta mata pencarian: Bajet 2022 akan meneruskan usaha pemulihan
dalam memastikan negara berjaya keluar daripada kemelut pandemik COVID-19, serta meneruskan agenda
memulih kehidupan dan sektor ekonomi yang terjejas pasca-pandemik.
b. Membina semula daya ketahanan negara: Bajet 2022 akan memberi penekanan kepada usaha untuk
membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara, mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi
terutamanya dalam sektor pendidikan dan menyediakan keperluan untuk negara beralih kepada sektor industri
yang mempunyai produktiviti tinggi berasaskan teknologi automasi dan kemahiran tinggi.
c. Memangkin pembaharuan: Bajet 2022 akan memastikan langkah pembaharuan dilaksanakan dengan
memberi penumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), Rancangan Malaysia Kedua
Belas (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Penerbitan KPB ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi
maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat. KPB boleh
dimuat turun melalui laman web: www.mof.gov.my.

2

ULASAN ISU SEMASA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

PENYALURAN DANA FASA 1 BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) BERNILAI
RM3.1 BILION DISALURKAN KEPADA BANK PADA 1 SEPTEMBER 2021

Pada 28 Jun 2021, Kerajaan telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
bagi tujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Bantuan Khas COVID-19 (BKC) telah diperkenalkan bagi memastikan rakyat B40 dan M40 mendapat bantuan
tambahan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021. Inisiatif bantuan tunai ini dijangka akan
memanfaatkan hampir 10 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak
RM4.6 bilion. Data penerima bayaran BKC akan menggunakan data sedia ada iaitu data lulus Bantuan Prihatin
Rakyat (BPR) termasuk rayuan dan data percukaian. Bayaran BKC ini dijadualkan akan dibuat pada September 2021,
November 2021 dan Disember 2021.

3

ULASAN ISU SEMASA

Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 1 September 2021, Kementerian Kewangan telah menyalurkan
peruntukan tersebut kepada pihak bank pada hari yang sama untuk diproses. Fasa 1 BKC yang memanfaatkan
4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 4.5 juta individu bujang akan dibayar secara
berperingkat mulai 6 September 2021 (Isnin) bagi penerima B40 dan 9 September 2021 (Khamis) bagi penerima
M40 melibatkan peruntukan berjumlah RM3.1 bilion. Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:

B40 M40

Perkara/ Isi Rumah Individu Isi Rumah Individu Jumlah
Pendapatan termasuk Bujang/Warga (RM5,001 – Bujang/Warga
Miskin Tegar Emas termasuk RM9,000) Emas (RM2,501 – 10 juta
Bulanan (RM5,000 dan Miskin Tegar penerima
ke bawah) (RM2,500 dan RM5,000)
RM3.1 bilion
ke bawah)

Data sedia ada 3.8 juta 5.0 juta 0.6 juta 0.6 juta
BPR termasuk penerima penerima penerima penerima
rayuan dan data
RM100
percukaian RM0.06 bilion

Nilai Bayaran RM500 RM200 RM250
Fasa 1 BKC

Implikasi RM1.89 bilion RM1.0 bilion RM0.15 bilion
Kewangan
Fasa 1 BKC

Tarikh Secara Berperingkat Mulai:
Pembayaran - 6-9 September 2021 Bagi Penerima B40
(Ada Akaun) - 9-10 September Bagi Penerima M40.

Tarikh - Penerima B40 dan M40 mulai 6 September 2021 .
Pembayaran
(Tiada Akaun)

Mengambil kira pembayaran BPN 2.0, BPR, BPR Tambahan dan BKC, bantuan tunai yang disediakan sehingga
kini kepada hampir 10 juta penerima adalah sebanyak RM12.3 bilion manakala jangkaan baki pembayaran BPR
(Fasa 3 dan rayuan), BKC (Fasa 2 dan Fasa 3) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) pada September hingga
Disember 2021 dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion. Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM17.1 bilion
telah disediakan oleh Kerajaan pada tahun ini bagi pelaksanaan BPN 2.0, BPR, BPR Tambahan, BKC dan BKP yang
telah dan akan disalurkan kepada penerima yang layak.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

4

ULASAN ISU SEMASA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

LANJUTAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN SEHINGGA 30 SEPTEMBER
2021

Program Jaringan Prihatin yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk
membantu golongan B40 terutamanya penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan menyediakan subsidi
bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi ataupun pembelian peranti mudah alih kini dilanjutkan kepada 30
September sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Setelah Kerajaan menilai semula jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak, terutamanya yang bersekolah,
RM500 juta telah ditambah di bawah pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan nilai
program ini RM2.0 bilion. Selain itu, syarikat- syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan faedah tambahan
terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion. Ini menjadikan faedah keseluruhan program ini
berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.
Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) juga layak menyertai program
Jaringan Prihatin dan mendapat subsidi pelan data bulanan ataupun subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.
Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun ditawarkan
subsidi RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti atau RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan
selama 12 bulan.
Bagi penerima BPR (bujang atau berkahwin) yang tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun pula, mereka
ditawarkan subsidi berjumlah RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti atau RM15 bulan sebulan untuk
rancangan data bulanan selama 12 bulan.
Setakat 20 Ogos, subsidi bernilai sebanyak RM412.6 juta telah pun berjaya dimanfaatkan oleh 3.1 juta penerima
BPR dengan melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi
yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah
disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Untuk
maklumat lanjut, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin

5

ULASAN ISU SEMASA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

AKTIVITI PERNIAGAAN NEGARA DIJANGKA MENINGKAT 54% TAHUN
INI

Firma pemimpin dunia dalam bidang pengurusan sumber tenaga manusia, Hays, melaporkan bahawa aktiviti
perniagaan di Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak 54% tahun ini, walaupun wujud situasi ketidaktentuan
di dalam pasaran pekerjaan ekoran pandemik COVID-19.
Ini ekoran usaha syarikat-syarikat yang giat menggerakkan operasi perusahaan ke arah teknologi baru melalui
pelaburan di dalam keupayaan pendigitalan, sebagai satu langkah menyambut peluang perniagaan baharu di
dalam Revolusi Industri Ke-4 (4IR). Ini turut membuka peluang-peluang pekerjaan bagi pekerja berkemahiran
digital baharu dan yang telah dipersiapkan untuk 4IR.
Keyakinan ini dalam transformasi digital ini adalah berasaskan kepada peningkatan fokus dalam negara untuk
mengukuhkan dan meningkatkan rangkaian telekomunikasi asas, serta adanya peruntukan khusus sebanyak
RM9.4 bilion dalam Belanjawan 2021 yang merangkumi sektor pendidikan, pekerjaan, dan transformasi digital.
Rancangan infrastruktur digital nasional turut disokong oleh Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang juga telah
memperuntukkan dana untuk meningkatkan kesalinghubungan digital sekolah-sekolah di seluruh negara sebagai
usaha menyokong peralihan ke pembelajaran dalam talian, serta memberikan pengalaman jalur lebar yang lebih
baik dan mempersiapkan negara untuk teknologi 5G.
Selain daripada rancangan-rancangan di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) seperti penyediaan
program latihan & kemahiran semula untuk memudahkan peralihan tenaga kerja ke dalam industri ICT dan skim
geran berkaitan pendigitalan. Langkah-langkah ini tidak hanya menyokong peningkatan hubungan digital tetapi
juga mewujudkan masyarakat digital yang lebih inklusif, memacu aktiviti perniagaan yang dapat meningkatkan
peluang Malaysia untuk menjadi hab digital serantau di era 4IR.

6

ULASAN ISU SEMASA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

RAM RATINGS KEKALKAN UNJURAN 2021 KDNK MALAYSIA

RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) telah mengekalkan unjuran 2021 bagi pertumbuhan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 3.8%, dengan peningkatan kadar vaksinasi dijangka menjadi faktor
memudahkan pembukaan semula sebahagian besar sektor ekonomi pada suku keempat yang akan menyumbang
kepada memberikan rangsangan yang baik kepada pertumbuhan.
RAM Ratings telah menganggarkan pertumbuhan KDNK antara 7 dan 8% bagi 2022, sementara pengeluaran
secara keseluruhan pada 2022 dijangka pulih melebihi paras yang dilihat pada 2019, dianggarkan kira-kira 4.8
hingga 5.8% lebih tinggi.
Ini berdasarkan pemulihan permintaan global yang berterusan, terutamanya permintaan berlebihan untuk
semikonduktor, yang dijangka meningkatkan prestasi pengeluaran Malaysia tahun depan, selain daripada
pembukaan semula kebanyakan sektor ekonomi dan penggunaan kapasiti ganti domestik secara berperingkat
yang akan meningkatkan pertumbuhan asas.

7

PENGEKALAN & PENJANAAN PEKERJAAN

PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU) 1.0

Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU di bawah PRIHATIN dan PENJANA.
Setakat 20 Ogos, permohonan subsidi upah yang diluluskan telahpun mencapai nilai RM12.929 bilion.

Jumlah diluluskan* Jumlah Pekerja* Jumlah Majikan*
(RM bilion) (juta) 2.640 3.0

15 Juta 322,177 350K
2.5
RM12.929 Majikan
2.0 250K
Bilion 150K
1.5 50K
12
1.0
9
0.5
6

3

0 0 0

24 29 26 31 28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 24 29 26 31 28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 24 29 26 31 28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

* Jumlah Kumulatif
** Jumlah majikan dan pekerja kekal pada takat maksima. Namun, pembayaran dibuat secara berfasa dan berterusan untuk memastikan bahawa hanya perusahaan
yang layak sahaja menerima subsidi tersebut.

PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU 2.0)

Setakat 20 Ogos, sejumlah RM1.356 bilion telah disalurkan kepada 77,507 majikan untuk terus beroperasi dan
mengekalkan penggajian bagi 692,805 pekerja.

Jumlah Disalurkan* Jumlah Pekerja* Jumlah Majikan*
(RM Bilion)
77,507
RM1,356.27 1.2 800k
Majikan
Bilion 692,805 80k
1.0
Pekerja 60k
0.8
600k

0.6 400k 40k
20k
0.4
200k

0.2

0 0 0

20 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 20 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 20 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

NOV NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS NOV NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS NOV NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

* Jumlah Kumulatif KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

8

PEMERKASAAN PERNIAGAAN

SOKONGAN PENGGUNAAN TEKNIKAL DAN DIGITAL BAGI PKS DAN
SYARIKAT DI PERINGKAT PERTENGAHAN (MTC)

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM700
juta bagi membantu dan menggalak PKS dan MTC ke arah pendigitalan operasi dan saluran perdagangan. Setakat
20 Ogos, sejumlah RM82.27 juta telah disalurkan kepada 13,884 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman
untuk langganan perkhidmatan digitalisasi.

Jumlah Nilai Pinjaman* Jumlah Penerima
(RM juta)

100 13,884 15k

RM82.3 Perniagaan

Juta 12k

80

60 9k

40 6k

20 3k

0 0

25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

* Jumlah Kumulatif

DANA PINJAMAN MUDAH PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)
(SME SOFT LOANS FUNDS) YANG DIKENDALIKAN OLEH BANK NEGARA
MALAYSIA (BNM)

Setakat 20 Ogos, jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh
PKS adalah RM12.36 bilion yang akan memberi manfaat kepada 26,048 PKS. Jumlah ini termasuk dana Special
Relief Facility (SRF), Automation & Digitalisation Facility (ADF), All-Economic Sector Facility (AES) dan Agrofood
Facility (AF).

Jumlah diluluskan dan disetuju terima* Jumlah PKS
(RM bilion)

15 26,048 30k
25k
RM12.36 PKS

Bilion

12

20k KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66
9

15k

6
10k

3
5k

0 0

24 29 26 31 28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 24 29 26 31 28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

* Jumlah Kumulatif

Walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhnya, PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih
tersedia melalui Tabung BNM seperti ADF, AES dan AF. PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui
platform imSME di pautan https://imsme.com.my/portal/bm/ yang boleh membantu dalam membuat padanan
pembiayaan yang diperlukan dengan pelbagai penyedia dana untuk PKS.

9

PEMERKASAAN PERNIAGAAN

PEMBIAYAAN SEKTOR PELANCONGAN PENJANA

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi PKS dan PKS mikro yang masih terkesan dengan penularan
COVID-19. Setakat 20 Ogos, terdapat 681 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 337
permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM66.9 juta. Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/2294076/FAQ%20PENJANA%20Tourism%20Financing_BM.pdf

Maklumat tambahan daripada BNM

RM400 juta daripada dana asal RM1 bilion diperuntukkan semula bagi:

• Penubuhan Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk mengurangkan beban kewangan dan memulihkan
operasi perniagaan PKS yang terjejas akibat banjir; dan

• Kemudahan Automasi Digital PKS (ADF) untuk memberi insentif kepada PKS untuk mengautomasikan proses
dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Jumlah Diluluskan* Jumlah 337
(RM juta) PKS Mikro*
PKS Mikro 350
80

RM66.9

Juta

60
250

40

150

20

50

0 0

28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

* Jumlah Kumulatif

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

10

INISIATIF-INISIATIF LAIN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

SKIM PENGELUARAN i-LESTARI KUMPULAN WANG SIMPANAN
PEKERJA (KWSP)

Inisiatif yang bermula pada April 2020 sehingga Mac 2021 ini memudahkan pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP
bagi membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM500 sebulan dan bergantung kepada jumlah baki yang terdapat
di dalam Akaun 2 KWSP. Pada akhir tempoh pengeluaran i-Lestari iaitu April 2021, jumlah pengeluaran kumulatif
adalah sebanyak RM20.8 bilion dan melibatkan 5.27 juta penerima.

SKIM PENGELUARAN i-SINAR KWSP

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama KWSP untuk membolehkan ahli KWSP untuk membuat
pengeluaran daripada Akaun 1 mulai 8 Mac 2021. Beberapa penambahbaikan telahpun diperkenalkan dengan
i-Sinar Tanpa Kriteria yang membenarkan semua ahli KWSP (termasuk pemastautin tetap dan bukan negara)
yang berumur 55 tahun di bawah dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150
untuk turut membuat pengeluaran juga. Setakat 19 Ogos 2021, pengeluaran kumulatif i-Sinar yang telah berjaya
dikreditkan adalah sebanyak RM58.4 bilion, yang melibatkan 6.57 juta pemohon.

SKIM PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Kerajaan telah
memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra yang membenarkan ahli KWSP untuk membuat
pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan. Kemudahan
ini dapat menyalurkan sebanyak RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian di mana
pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun pada bulan ini. Setakat 19 Ogos, pengeluaran
kumulatif i-Citra yang telah diluluskan adalah sebanyak RM20.2 bilion yang melibatkan 4.87 juta pemohon.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.6 bilion telahpun berjaya dikreditkan kepada ahli.

11

INISIATIF-INISIATIF LAIN

SOKONGAN BAGI INDUSTRI PERTANIAN DAN MAKANAN

Pembiayaan bernilai RM400 juta telah diperuntukkan bagi golongan petani, peladang dan nelayan. Di bawah
skim ini, RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank. Setakat 20 Ogos,
sebanyak RM187.74 juta telah disalurkan di bawah skim ini bagi memanfaatkan 15,058 PKS Mikro pertanian.
Jaminan makanan (food security) amatlah dititikberatkan di dalam Pelan Penjana dan juga Belanjawan 2021.

Jumlah Disalurkan* Jumlah Penerima
(RM juta)

RM187.74 200

Juta 20,000

15,058

Penerima

150 15,000

100 10,000 KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAPORAN LAKSANA - 66

50 5,000

0 0

11 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 11 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

SEPT SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS SEPT SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

* Jumlah Kumulatif

12

LAMPIRAN

LAMPIRAN: PENCAPAIAN PAKEJ PENJANA

MATLAMAT 1: MEMPERKASAKAN RAKYAT

1. Subsidi Pengangkutan Awam Setakat 20 Ogos, sebanyak RM127.74 juta telah disalurkan bagi langganan

My30 751,414 pas bulanan pengangkutan awam tanpa had bernilai RM30 ini,

yang disediakan khusus untuk warganegara Malaysia. Seperti yang

diumumkan di bawah Belanjawan 2021, inisiatif ini dilanjutkan ke tahun

2021 bagi terus menggalakkan mobiliti dan mengurangkan beban kos

pengangkutan awam untuk Rakyat.

2. Program Insentif Setakat 20 Ogos, seramai 137,659 pekerja telah berjaya mendapat
Pengambilan Pekerja dan pekerjaan melalui program ini. Antara industri dan sektor utama yang
Bantuan Latihan mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan
runcit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.perkeso.gov.my/186-
penjana/803-program-insentif-pengambilan-pekerja-dan-bantuan-
latihan.html

KATEGORI RAKYAT YANG MENDAPAT PEKERJAAN

40 – 60 tahun Jumlah* 150k

< 40 tahun 137,659

111,491 18,071 20k Pekerja

Pekerja 120k Pekerja 120k
100k
15k

80k

60k 10k

40k

5k 90k

20k

0 0

28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

60k

Perantis OKU

7,599 1,500

Pekerja 8k

1,200 30k
6k
0
900
4k

498

Pekerja 600

2k
300

28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

0 0

28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20 28 25 30 27 25 29 26 26 30 28 25 30 6 13 20

OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS OGOS OGOS

2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2020 2020 2020 2020 2020 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021 2021

* Jumlah Kumulatif
** Penurunan berbanding minggu sebelumnya adalah disebabkan sesetengah majikan yang tersilap membuat pemilihan kategori pekerja sebelum permohonan
sebenar.

LAMPIRAN: PENCAPAIAN PAKEJ PENJANA

MATLAMAT 1: MEMPERKASAKAN RAKYAT

Senarai 5 industri/sektor pengambil pekerja tertinggi mengikut kategori

No < 40 tahun 40 – 60 tahun Perantis OKU Keseluruhan
1 Pembuatan Perkhidmatan Lain Perkhidmatan Lain Pembuatan
Perdagangan
Borong dan
Runcit; Pembaikan
Kenderaan
Bermotor dan
Motosikal

2 Perkhidmatan Lain Pembuatan Pembuatan Perkhidmatan Lain Perkhidmatan Lain

Perdagangan Perdagangan Perdagangan Perdagangan
Borong dan
Borong dan Borong dan Borong dan Runcit; Pembaikan
Kenderaan
3 Runcit; Pembaikan Runcit; Pembaikan Runcit; Pembaikan Pembuatan Bermotor dan
Kenderaan Kenderaan Kenderaan Motosikal

Bermotor dan Bermotor dan Bermotor dan Penginapan &
Perkhidmatan
Motosikal Motosikal Motosikal Makanan

Penginapan & Penginapan & Penginapan & Penginapan &
4 Perkhidmatan Perkhidmatan Perkhidmatan Perkhidmatan
Makanan Makanan Makanan
Makanan

5 Pendidikan Pembinaan Maklumat & Pendidikan Pembinaan
Komunikasi

LAMPIRAN: PENCAPAIAN PAKEJ PENJANA

MATLAMAT 2: MELONJAKKAN PERNIAGAAN

3. Skim Pemulihan Perniagaan Dana RM100 juta ini telah mencapai objektifnya dengan memanfaatkan
TEKUN atau TEKUN Business 14,946 PKS Mikro.
Recovery Scheme (TBRS) khas
untuk PKS Mikro

4. Bumiputera Relief Financing Bantuan dana khas ini adalah khas untuk PKS Bumiputera yang terkesan

(BRF) berjumlah RM200 juta oleh COVID-19, dengan pembiayaan antara RM100,000 dan RM1 juta bagi

oleh Perbadanan Usahawan PKS terlibat. Dana RM200 juta ini telah mencapai objektifnya dengan

Nasional Bhd (PUNB) memanfaatkan 749 PKS.

LAMPIRAN: PENCAPAIAN PAKEJ PENJANA

MATLAMAT 3: MERANGSANG EKONOMI

5. Pengecualian 100% duti Merangkumi industri berasaskan minyak sawit, bagi merangsang
eksport kepada sektor pertumbuhan sektor komoditi dan nilai eksport negara. Inisiatif ini dapat
komoditi membantu memudahkan para pekebun kecil untuk menjual hasil
keluaran mereka kepada kilang-kilang. Nilai pengecualian duti eksport
yang berjaya dimanfaatkan oleh industri negara ialah sebanyak RM593.9
juta.

6. Pengecualian cukai Nilai pengecualian cukai yang telah dimanfaatkan oleh pengendali premis
perkhidmatan bagi hotel penginapan telah mencecah nilai RM2.366 bilion (peningkatan sebanyak
RM962.7 juta berbanding RM1.37 bilion pada pelaporan sebelumnya,
iaitu pada 29 Januari 2021. Antara inisiatif lain bagi menyokong sektor
pelancongan merangkumi pelepasan cukai pendapatan individu sehingga
RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong, serta pengecualian cukai
pelancongan sepenuhnya.

7. Pelepasan cukai jualan bagi Insentif cukai jualan ini merangkumi pelepasan 100% bagi kereta

kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan pengurangan 50% bagi model import

sepenuhnya (CBU). Setakat 20 Ogos, nilai pelepasan cukai jualan yang

telah dimanfaatkan adalah berjumlah RM232.96 juta.

8. Skim Pembiayaan Mudah Jaya Kemudahan pembiayaan ini bermula dengan had RM500,000 sehingga

Penjana Institut Pengajian RM50 juta dengan kadar keuntungan 3.5% setahun yang bertujuan untuk

Tinggi Swasta (SPiM PENJANA membantu IPTS bumiputera yang terkesan dengan pandemik Covid-19

IPTS) oleh Majlis Amanah untuk menampung modal kerja seperti kos operasi, gaji pekerja, sewa

Rakyat (MARA) premis, utiliti dan perbelanjaan mengurus. Setakat 20 Ogos, sebanyak 22

permohonan bernilai RM118.3 juta telah diluluskan dengan dan daripada

jumlah itu, RM10.6 juta telah disalurkan kepada 12 IPTS Bumiputera.

9. Sokongan bagi Sektor Seni, Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mara.gov.my/en/index/
Budaya dan Hiburan entrepreneurship/business-financing/spim/#tab-id-1

Bagi Inisiatif Pemulihan CENDANA, Kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak RM10 juta yang dijangka akan memanfaatkan 3,000 penerima
daripada kalangan seniman dan organisasi di dalam sektor seni dan
budaya Malaysia. Penerima akan menerima saiz geran yang berbeza
bergantung kepada permohonan dan program yang disasarkan. Setakat
20 Ogos, sebanyak RM4.37 juta telah disalurkan kepada 535 penerima
(tiada perbezaan berbanding minggu sebelumnya).

Para penggiat industri kreatif adalah disaran untuk menggunakan
peluang kemudahan yang disediakan dan boleh memohon bantuan
dari kedua agensi berkaitan dengan melayari www.mycreative.com.my/
penjana dan www.cendana.com.my untuk maklumat lanjut.


Click to View FlipBook Version