CARA UNTUK DAPAT MEMUPUK KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN PENGAJIAN ISLAM / MPU 23012 NOOR AWATIF BINTI BAKHTER NURSOBRIAH BINTI ABU BAKAR NUR ANIS SOFIA BINTI ABU HASSAN PUTERI ASMA’ AIMAN BINTI AZIZAN ALANI IRDINA BINTI MUHAMMAD SAIFUL ISKANDAR (03DAT23F1065) (03DAT23F1112) (03DAT23F1102) (03DAT23F1121)
01 PENGENALAN CARA-CARA MEMUPUK KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK CONTOH HADIS BERKAITAN MASYARAKAT MAJMUK CONTOH AYAT AL-QURAN BERKAITAN MASYARAKAT MAJMUK LAMPIRAN 02 03 04 05 ISI KANDUNGAN
Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni.Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai aur dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur. Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat” . Selain daripada itu, kekuatan atau sinergi daripada semua belah pihak diperlukan dalam berganding bahu melakukan usaha-usaha yang efektif dan proaktif bagi merealisasikan aspirasi rakyat di segenap Malaysia. Persoalannya di sini, apakah cara-cara yang dapat memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk? PENGENALAN
CARA UNTUK DAPAT MEMUPUK KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN PENERAPAN NILAINILAI BUDAYA DAN WARISAN DALAM AKTIVITI HARIAN MENGADAKAN CERAMAH PERPADUAN KAUM
MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA Dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat sesama masyarakat, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Inisiatif tabungan kawasan setempat juga boleh diperkenalkan bagi memudahkan program ini dijalankan.Antara agenda program tersebut dijalankan adalah bertujuan:- Membendung sikap diskriminasi anatara kaum dan mewujudkan nilai keakraban di dalam masyarakat yang pelbagai kaum. Pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar pendapat dan idea-idea berkaitan dengan sesuatu isu semasa mahupun global atau hal kemasyarakatan. Sambutan Hari Keluarga Sambutan Hari Ibu Sambutan Hari Bapa Sambutan Hari Perayaan
MENGADAKAN CERAMAH PERPADUAN KAUMIni bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan perpaduan kaum di dalam negara. Kerajaan juga boleh mengadakan pelbagai program lain bagi menarik minat generasi muda terhadap perpaduan kaum. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menganjurkan pertandingan membuat video atau poster dan memaparkannya melalui media massa dan media sosial. Ini kerana media sosial pada masa kini banyak digunakan oleh generasi muda untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. 1 2 3
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:- PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA DAN WARISAN DALAM AKTIVITI HARIAN Pemakanan Pemakaian Peradaban Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain. Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing.
MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolahsekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:- 1. Sekolah Kebangsaan 2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
CONTOHHADIS BERKAITAN MASYARAKAT MAJMUK Dalam surah al-Isra’ 17:70, ayat terbabit menjelaskan bahawa Allah memuliakan anak cucu Adam seluruhnya dengan tidak mengira bangsa dan golongan dan Allah juga telah melebihkan mereka daripada makhluk yang lain. Dalam surah al-Hujurat 49:13 pula, Allah menerangkan tiada kelebihan di antara satu sama lain mengikut nilai kejadian mereka. Lebih atau kurangnya manusia di sisi Allah sebenarnya diasaskan kepada perbuatan mereka dan sejauh mana mereka menjaga syariat yang ditetapkan oleh Islam.
Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian untuk mengekalkan keamanan dan kedamaian negara kita. Bak kata peribahasa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, ” kita mestilah memupuk perpaduan kaum demi kemakmuran dan keharmonian negara. KESIMPULAN
LAMPIRAN https://ecentral.my/cara-memupukperpaduan-kaum/ https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/511568/hubungan-kaumharmoni-ikut-perspektif-islam https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html