WARISAN NEGARA KSSM SEJARAH TINGKATAN 2 Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN
2 BAB 4 AGAMA, KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN WARISANMASYARAKAT KERAJAANALAM MELAYU BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN SEJARAH TINGKATAN 2
3 4.1 Agama dan Kepercayaan 4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN • Kepercayaan awal • Penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam sebelum abad ke-15 • Perkembangan agama • Sistem pemerintahan beraja • Kebijaksanaan pemerintah • Kegiatan ekonomi • Perkembangan sosiobudaya • Amalan beragama AGAMA, KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 4 JPWP LABUAN 4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menerangkan agama dan kepercayaan masyarakat kerajaan Alam Melayu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 5 JPWP LABUAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan yang memberikan panduan dalam kehidupan seharian mereka. Pemerintah kerajaan Alam Melayu berperanan penting untuk memastikan pengukuhan dan kelangsungan agama dalam kerajaannya KEPERCAYAAN AWAL Animisme – ❑ Kepercayaan setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat. ❑ Percayakan makhluk halus dan sembah roh nenek moyang yang telah meninggal dunia (hyang) ❑ Penyembahan roh nenek moyang penting untuk memastikan keluarga dapat kebaikan dan terhindar dari kesusahan Dinamisme – ❑ kepercayaan terhadap kekuatan yang dikenali sebagai mana atau semangat ❑ setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana - boleh mempengaruhi kehidupan seseorang ❑ contohnya, diadakan pemujaan semangat tanaman untuk memperoleh tanaman yang subur dan banyak
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 6 JPWP LABUAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN Peta penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam Sebelum Abad Ke-15 ke Alam Melayu. PENYEBARAN AGAMA HINDU, BUDDHA DAN ISLAM SEBELUM ABAD KE-15 • Hindu dan Buddha tersebar sebelum Masihi lalu mempengaruhi kehidupan masyarakat kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara • Islam tiba di Alam Melayu mulai abad ke-7. Islam seterusnya tersebar dan diamalkan dalam kerajaan Melayu seperti Champa, Majapahit, Kedah dan Pasai • Hindu, Buddha dan Islam tersebar ke Alam Melayu lazimnya berkait rapat dengan peranan mubaligh, pemerintah dan perkembangan perdagangan antarabangsa • Beberapa aspek kehidupan mendapat pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih diamalkan dan disesuaikan dengan agama Islam seperti: sistem pemerintahan bahasa persuratan seni bina
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 7 JPWP LABUAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN PERKEMBANGAN AGAMA • Agama Hindu dan Buddha tersebar sejak abad pertama • Fan Shih Man berperanan kembangkan agama Buddha • Candi Go Cay Thi merupakan bukti penyebaran agama Buddha • Agama Hindu ✔ tersebar dalam kalangan masyarakat Champa ketika pemerintahan Bhadravarman (abad ke-4) ✔ mendirikan candi Hindu di Lembah Mi Son yang dikenali sebagai Siva-Bhadresvara ✔ Candi Hindu turut dibina di Po Nagar • Agama Buddha ✔ Candi Dong Duong pula merupakan bukti penyebaran agama Buddha • Agama Islam ✔ Penemuan batu bersurat bertarikh 1035 dan batu nisan bertarikh 1039 di Panduranga ✔ Islam mulai tersebar luas semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin pada abad ke-14 • Agama Hindu ✔ menjadi anutan utama sejak kerajaan ini diasaskan ✔ menjadi gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II ✔ Candi Hindu yang termasyhur Angkor Wat • Agama Buddha ✔ mengambil alih peranan agama Hindu semasa pemerintahan Jayavarman VII pada abad ke-12 Kerajaan Funan Kerajaan Champa Kerajaan Angkor
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 8 JPWP LABUAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN PERKEMBANGAN AGAMA • merupakan pusat kegiatan agama Buddha sejak abad ke-7 • pendeta Buddha bernama I-Tsing dari China pernah datang ke Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha • antara candi Buddha tinggalan kerajaan Srivijaya yang masyhur termasuklah Candi Muara Jambi, Candi Bahal dan Candi Muara Takus • Agama Hindu dan Buddha ✔ berkembang serentak dan saling mempengaruhi masyarakat kerajaan Majapahit ✔ Hayam Wuruk menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha yang dipanggil Tripaksa pada abad ke-14 ✔ Antara candi tinggalan kerajaan Majapahit yang masyhur termasuklah Candi Jabong, Candi Sukuh dan Candi Brahu • Agama Islam ✔ tersebar di Majapahit sejak abad ke-14 ✔ Buktinya, Wu Ping pegawai kerajaan Ming beragama Islam dilantik sebagai wakil tetap di Majapahit ✔ Gan Eng Chou, pegawai yang beragama Islam juga pernah dilantik sebagai ketua kaum Cina di Tuban (kota pelabuhan Majapahit) Kerajaan Srivijaya Kerajaan Majapahit Setelah kerajaan Majapahit runtuh, kerajaan Demak muncul dan menjadi pusat pengajian agama Islam terbesar di Jawa pada abad ke-16
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 9 JPWP LABUAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN PERKEMBANGAN AGAMA Agama Buddha • telah diamalkan sejak abad kelima • menjadi anutan utama Agama Hindu • turut tersebar selepas agama Buddha Agama Islam • mula menerima pengaruh Islam pada abad ke-12 • Pemerintah Kedah yang ke-9, iaitu Maharaja Derbar Raja II telah memeluk agama Islam pada tahun 1136 • Masyarakat kerajaan Gangga Nagara menganut agama Buddha • dibuktikan dengan penemuan arca-arca Buddha di Lembah Kinta • Turut ditemui ialah patung Buddha, Avalokitesvara di Bidor, Perak • Arca-arca Buddha ini bertarikh abad ke-6 hingga ke-9 Masihi Kerajaan Kedah Tua Kerajaan Gangga Nagara
10 Kepercayaan animisme dan dinamisme masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara pada hari ini. Bincangkan. CAKNA MINDA APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 11 JPWP LABUAN 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menghuraikan keunikan warisan kerajaan Alam Melayu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 12 JPWP LABUAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU Keunikan warisan bermaksud legasi kebijaksanaan dan keunggulan yang ditinggalkan oleh pemerintah terdahulu untuk diwarisi oleh generasi seterusnya. Keunikan warisan inilah yang menjadikan tamadun Melayu gemilang seperti tamadun-tamadun dunia yang lain perkembangan sosiobudaya KEUNIKAN WARISAN sistem pemerintahan beraja kebijaksanaan pemerintah amalan beragama perkembangan kegiatan ekonomi
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 13 JPWP LABUAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU Sistem Pemerintahan Beraja Kerajaan Alam Melayu berasaskan sistem beraja keunikan warisan - pemerintah mengasimilasikan pengaruh agama dalam pentadbiran raja menjadi tonggak utama kerajaan Kedudukan raja diperkukuh dengan dibantu oleh para pembesar memperoleh ketaatan daripada rakyatnya
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 14 JPWP LABUAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU 1. Pemilihan Raja • berasaskan keturunan • pengesahan pembesar • keturunan diraja dianggap suci dan • berdaulat • boleh dipilih daripada golongan tentera (kerajaan Funan dan Champa) • Wanita keturunan diraja boleh dilantik sebagai pemerintah (kerajaan Majapahit) 2. Kedudukan Raja • semasa pengaruh Hindu dan Buddha, raja dianggap sebagai titisan dewa dan mesti dihormati • kedatangan Islam perkenalkan konsep khalifah • raja-raja sentiasa ditaati • ingkari raja dianggap ingkari tuhan dan perbuatan tersebut adalah derhaka 3. Gelaran Pemerintah • pengaruh Hindu dan Buddha -gelaran Raja dan Maharaja • kedatangan Islam - gelaran Sultan • Gelaran Raja (Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau) – untuk gambarkan kebesaran kuasa • terdapat golongan raja yang diberi gelaran ikut identiti dan keunikan kerajaan • contoh - Raja Funan, Champa, Angkor dan Srivijaya yang menggunakan gelaran Sanskrit “varman” SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 15 JPWP LABUAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU KEBIJAKSANAAN PEMERINTAH 1. Memilih dan membangunkan pusat pemerintahan i. pemerintah memilih lokasi yang strategik (pesisiran pantai dan lembah sungai) ii. menggunakan alam sekitar untuk kegiatan pertanian seperti lembah sungai, (Angkor dan Majapahit) iii. sungai berfungsi sebagai laluan pengangkutan utama iv. tempat yang menjadi laluan antarabangsa, timur dan barat seperti pelabuhan Oc Eo di Funan dan Palembang di Srivijaya v. mengambil kira petunjuk arah yang memudahkan pedagang singgah di pelabuhan seperti bukit atau gunung dan teluk (Gunung Jerai yang menjadi mercu tanda kerajaan Kedah) vi. bukit dan teluk juga membantu dalam aspek pertahanan 2. Menjalinkan Hubungan Diplomatik i. pemerintah jalinkan hubungan diplomatik yang berterusan bagi menjamin kemakmuran kerajaan ii. bentuk hubungan diplomatic iaitu: ❑ hubungan persahabatan: • Kerajaan Srivijaya mengirimkan utusan persahabatan ke China pada abad ke-7 • Kerajaan Majapahit menjalinkan persahabatan dengan China pada abad ke-14 ❑ bantuan ketenteraan atau senjata: • Maharaja Chola dari India hantar bantuan tentera ke Srivijaya untuk membantu selesaikan pemberontakan pada abad ke-11 ❑ perkahwinan: • perkahwinan pemerintah Majapahit, Raden Wijaya dengan puteri kerajaan Singhasari pada abad ke-13
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 16 JPWP LABUAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU KEGIATAN EKONOMI 1. Memanfaatkan Kesuburan Tanah • menjalankan kegiatan pertanian • tapak pertanian subur yang penting dan diwarisi dari zaman ke zaman • kawasan iaitu lembah ✔ Sungai Mekong ✔ Sungai Musi ✔ Sungai Bengawan Solo ✔ Sungai Brantas 2. Mencipta Sistem Pengairan • memiliki kemahiran mencipta sistem pengairan seperti baray • memastikan bekalan air mencukupi di kawasan pertanian • tanaman utama - padi, rempah-ratus dan tanaman sampingan dapat diusahakan sepanjang tahun • keunikan dalam kemahiran ini merupakan warisan penting terhadap perkembangan ekonomi tamadun Melayu. 3. Membina Pelabuhan i. mendirikan pelabuhan di lokasi yang strategik ii. mudah dikunjungi oleh para pedagang dari timur dan barat iii. pelabuhan berkembang dalam tiga bentuk iaitu: ❑ Pelabuhan pembekal: ✔ pelabuhan persinggahan untuk membekalkan bahan dagangan dan bekalan makanan kepada pedagang ❑ Pelabuhan kerajaan: ✔ pelabuhan pembekal yang berkembang - wujudnya pusat pentadbiran atau kerajaan di pelabuhan tersebut ❑ Pelabuhan entrepot: ✔ pelabuhan tumpuan pedagang ✔ berperanan sebagai pengumpul, pengendali dan pengedar barang dagangan – pedagang serantau dan antarabangsa
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 17 JPWP LABUAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA 1. Sistem Tulisan dan Bahasa • adaptasi pengaruh luar untuk kembangkan sistem tulisan dan bahasa • tulisan Palava dan Kawi berasal dari India digunakan sebagai medium tulisan bahasa tempatan dan Sanskrit • huruf-huruf Arab disesuaikan sehingga terbentuknya tulisan Jawi menjadi warisan sistem tulisan masyarakat Melayu hingga kini 2. Persuratan • mempamerkan keintelektualan melalui kegiatan persuratan • kegiatan ini berkembang dalam bentuk batu bersurat • lahir karya-karya dalam bentuk manuskrip • keunikan intelektual ini diwarisi dan diteruskan oleh kerajaan-kerajaan Melayu 3. Seni Bina • merupakan keunikan yang menjadi warisan kerajaan Alam Melayu • seni bina dihasilkan bagi memudahkan kehidupan (kegiatan pertanian, pelayaran, perdagangan dan keagamaan) • kehidupan di persisiran pantai dan lembah sungai melahirkan petukang-petukang kapal yang handal
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 18 JPWP LABUAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU AMALAN BERAGAMA 1. Mengamalkan Sifat Terbuka dalam Amalan Beragama ▪ Kepercayaan awal disesuaikan dengan penyebaran agama Hindu dan Buddha ▪ Islam juga tersebar secara aman ▪ Kesannya, keunikan warisan masyarakat kerajaan Alam Melayu tergambar melalui anutan pelbagai agama ▪ Contohnya, sebahagian masyarakat kerajaan Champa dan Angkor menganut agama Hindu dan sebahagian yang lain menganut agama Buddha pada masa yang sama 2. Sifat Toleransi • merupakan keunikan dalam amalan beragama masyarakat kerajaan Alam Melayu • penganut agama Hindu membina Candi Prambanan berdekatan dengan Candi Borobudur tempat ibadat penganut agama Buddha di Jawa Tengah 3. Agama Menjadi Simbol Penyatuan Raja dan Rakyat • Raja memerlukan golongan agama untuk kukuhkan kedudukan di atas takhta kerajaan • golongan Brahmin mempunyai peranan yang besar semasa pertabalan raja • pengasas kerajaan Angkor, Jayavarman II diisytiharkan kedudukan baginda sebagai Dewaraja oleh seorang Brahmin bernama Hiranyadama
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 19 JPWP LABUAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU 4. Golongan agama • diberi tempat dan status istimewa dalam kerajaan • dilantik sebagai pentadbir dan penasihat pemerintah (kerajaan Funan, Srivijaya dan Angkor) • warisan ini diteruskan oleh kerajaan lain di Alam Melayu 6. Penyebaran agama Islam • masjid dibina sebagai pusat ibadat, pendidikan dan kebajikan • Keunikan sistem pendidikan Islam melalui institusi pondok atau madrasah merupakan warisan yang diteruskan hingga hari ini 5. Candi besar • lambang keagungan sesebuah kerajaan • dikagumi hingga hari ini • buktinya dengan binaan Candi Borobudur, Angkor Wat, Candi Prambanan dan Candi Muara Jambi • candi ini menjadi institusi agama • Peranan - pusat ibadat, tempat pemujaan roh nenek moyang dan pusat perhimpunan para pendeta AMALAN BERAGAMA
20 Kehidupan berorganisasi penting dalam membentuk kemakmuran negara. Buktikan. ELEMEN K (K5.2.9) APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN
21 Pada pandangan anda, adakah pemilihan lokasi di muara sungai atau lembah sungai masih menjadi ciri utama pembinaan bandar pada hari ini? Bincangkan. CAKNA MINDA APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN
22 LATIHAN PENGUKUHAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN AKHIR BAB 4
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 1. Apakah monumen yang membuktikan penyebaran agama Hindu di kerajaan Alam Melayu? A. Candi Muara Jambi B. Candi Dong Duong C. Candi Borobudur D. Angkor Wat 2. Antara berikut yang manakah benar mengenai kepercayaan animisme? A. Setiap makhluk mempunyai jasad B. Setiap makhluk mempunyai roh atau semangat C. Penyembahan roh dan kuasa ghaib D. Penyembahan semangat laut 3. Bilakah agama Hindu dan Buddha tersebar dalam kalangan masyarakat kerajaan Alam Melayu? A. Abad Pertama B. Abad ke-7 C. Sebelum Masihi D. Selepas abad ke-15 4. Antara berikut yang manakah merupakan aspek kehidupan masyarakat Alam Melayu menerima pengaruh Hindu dan Buddha dan disesuaikan dengan Islam? A. Persuratan B. Perdagangan C. Pertanian D. Pelayaran Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 5. Apakah faktor berlakunya penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam ke Alam Melayu? A. Peranan orang perseorangan B. Perkembangan ilmu dan persuratan C. Perkembangan struktur sosial masyarakat D. Perkembangan perdagangan antarabangsa 6. Apakah bukti Islam tersebar di Majapahit sejak abad ke-14? A. Maharaja Derbar Raja II memeluk Islam B. Pemerintah bernama Merah Silu memeluk Islam C. Perkahwinan raja dengan puteri Pasai D. Pelantikan wakil pegawai Dinasti Ming yang beragama Islam 7. Bagaimanakah kedudukan raja diperkukuhkan dalam sistem pemerintahan beraja kerajaan Alam Melayu? A. Pembesar membantu pemerintahan raja B. Rakyat berkhidmat kepada raja C. Mendapat sokongan ahli agama D. Raja taat kepada tuhan 8. Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki kemahiran yang tinggi dalam….. A. Ilmu pelayaran B. Mahir bercucuk tanam C. Mahir berenang D. Mahir selok belok laluan hutan Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN
SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 1. Agama merupakan suatu sistem berkaitan anutan, keimanan dan penyembahan terhadap tuhan manakala kepercayaan merupakan pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan a) Nyatakan dua bentuk kepercayaan awal masyarakat Alam Melayu? (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… b) Senaraikan dua faktor penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam ke Alam Melayu? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Berikan bukti penyebaran agama berikut dalam kerajaan Alam Melayu. (3m) i) Buddha di Champa: …………………………………… ii) Hindu di Angkor: ……………………………………….. iii) Islam di Majapahit : ………………………………….... d) Amalan beragama masyarakat Alam Melayu telah meninggalkan kesan kepada kehidupan masyarakat kita pada masa kini. Jelaskan.(3m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN
SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 2. Keunikan perkembangan sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu merupakan warisan yang sangat bernilai. a) Nyatakan dua aspek perkembangan. (2m) i) …………………………………………………………… ii) …………………………………………………………… b) Senaraikan dua jenis tulisan berasal dari India yang digunakan oleh masyarakat Alam Melayu? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Nyatakan dua bentuk hasil karya persuratan masyarakat kerajaan Alam Melayu (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… d) Nyatakan dua kegiatan berkaitan seni bina masyarakat Alam Melayu yang memudahkan kehidupan (2m) i) .................................…………………………………… ii) ...........................……………………………………….. d) Warisan masyarakat Alam Melayu hasil daripada perkembangan sosiobudaya wajar dihargai oleh setiap lapisan masyarat. Bincangkan.(4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP LABUAN
TERIMA UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KASIH KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPWP LABUAN Unit Sejarah 603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/