The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24063609, 2023-10-22 07:33:14

KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

KSSM SEJARAH TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula


BAB 3: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB) SEJARAH TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


3 Kekayaan Bijih Timah Kekayaan Hasil Emas Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Strategi British Meluaskan Kuasa di Negeri-negeri Melayu Sistem Residen Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Ciri-ciri NNMB Faktor Pembentukan NNMB Pembentukan NNMB Majlis Mesyuarat Negeri Majlis Mesyuarat Persekutuan Pentadbiran NNMB 01 02 03 04 BAB 3: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


3.1 KEKAYAAN HASIL BUMI DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan kekayaan hasil bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 4


PENGENALAN 3.1 KEKAYAAN HASIL BUMI PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN DAN PAHANG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 5 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan emas Kekayaan hasil bumi ini ditadbir urus dengan baik sehingga menjadikan negeri tersebut makmur Kekayaan dan kemakmuran ini telah menarik minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri-negeri tersebut Bijih timah merupakan barangan dagangan yang penting di negeri-negeri Melayu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka Para pedagang dari seluruh Alam Melayu datang ke pelabuhan Melaka untuk mendapatkan bijih timah 01 02 03 04 05


3.1.1 KEKAYAAN BIJIH TIMAH A) PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-15 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 6 “Che Long Jaafar telah membuka sebuah daripada jajahan negeri Perak yang dinamakan Larut dan segala sungai-sungai telah dijadikan lombong bijih timah. Segala pekerjaan itu telah dibuatnya dengan usaha dan belanjanya sendiri. Oleh itu, dengan sukacita beta menyerahkan jajahan Larut kepadanya dan anak cucunya bolehlah menerima jajahan itu seperti hak miliknya.” Antara kandungan surat kuasa bertarikh 28 Februari 1850 pengurniaan daerah Larut 3 2 1 Seawal abad ke-15, perlombongan bijih timah diusahakan orang Melayu di lembah-lembah sungai 4 Peringkat Awal Kegiatan Melombong Bijih Timah Orang Melayu melombong bijih timah bagi kegunaan tempatan dan diperdagangkan • Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan • Punca pendapatan utama mereka ialah perdagangan bijih timah • Sultan menerima bahagiannya daripada hasil perdagangan bijih timah Perdagangan bijih timah dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu sebagai pemilik lombong yang membekalkan semua keperluan perbelanjaan Kaedah tradisional melombong bijih timah iaitu melampan


3.1.1 KEKAYAAN BIJIH TIMAH B) PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-16 HINGGA KE-17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 7 01 02 03 04 05 06 Lokasi Perlombongan Perlombongan tertumpu di sepanjang Sungai Perak dan anak sungai di daerah sekitar Kuala Kangsar dan Kelian Intan Perak terkenal dengan hasil bijih timah sejak zaman Kesultanan Perak Pada tahun 1616, bijih timah mula dilombong di Manjung dan Beruas Perak merupakan pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah dan sering dikunjungi pedagang, terutamanya Portugis Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri naungannya pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Perak menggunakan bijih timah sebagai bahan bernilai untuk mendapatkan perlindungan Portugis di Melaka bagi membebaskan Perak daripada naungan Acheh Peta menunjukkan kawasan di sepanjang Sungai Perak


3.1.1 KEKAYAAN BIJIH TIMAH C) PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-18 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 8 Kekayaan bijih timah di Kuala Sungai Selangor menarik ramai pedagang luar ke Kuala Selangor Pada pertengahan abad ke-18, bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan Larut seperti Kerian, Kurau, Larut, Terong dan Beruas Menjelang akhir abad ke-18, pengeluaran bijih timah Perak merosot akibat aktiviti penyeludupan bijih timah kepada pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau Pada tahun 1790, Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian penjualan hasil timah antara Selangor dengan Belanda Perak Selangor Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka 01 02 03 01 02 Tahukah anda.. surat Francis Light kepada Gabenor Jeneral British di India memerihalkan bahawa Perak hasilkan 5000 pikul bijih timah setiap tahun dan mempunyai kontrak perdagangan dengan Belanda di Melaka


3.1.1 KEKAYAAN BIJIH TIMAH D) PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-19 DI PERAK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Mengapa berlaku pertukaran nama? 9 Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim telah memajukan perlombongan bijih timah dengan bawa masuk pelombong Cina Ngah Ibrahim menjadikan sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang Sultan Ismail majukan perlombongan baharu di Lembah Kinta dan muncul bandar Papan dan Pangkalan Peguh Aktiviti perlombongan menyebabkan muncul bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan Kampar Pada akhir abad ke-19, Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia Kawasan Klian Pauh dan Klian Baru Perlombongan bijih timah di Perak mencapai tahap penting pada tahun 1840-an, hasil penemuan bijih timah di Larut Antara versi penemuan bijih timah di Larut, Perak pada abad ke-19 berkaitan dengan peristiwa gajah milik Long Jaafar bernama Si Larut terlepas ke dalam hutan yang ditemui dengan kaki berlumpur bercampur bijih timah Pelabuhan Kuala Sepetang Pada tahun 1870-an Kesan Perkembangan Perlombongan LARUT LARUT LARUT LEMBAH KINTA LEMBAH KINTA LEMBAH KINTA


3.1.1 KEKAYAAN BIJIH TIMAH D) PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-19 DI SELANGOR • Sultan Abdul Samad (1857-1898) menjadikan Jugra di daerah Langat sebagai pusat pentadbiran Kesultanan Selangor • Jugra memainkan peranan penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan berpindah ke Klang • Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat untuk dibawa ke pelabuhan Melaka JUGRA •Lukut merupakan wilayah Kesultanan Selangor. Perlombongan bijih timah di Lukut mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina •Pada tahun 1830-an, selepas kemangkatan Raja Busu, Raja Jumaat berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih timah yang terkenal •Pada tahun 1880, Lukut diserahkan kepada daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan melalui rundingan antara Sultan Selangor bersama-sama pemerintah Sungai Ujong •Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelumnya di dalam kawasan Sungai Ujong menjadi sebahagian daripada wilayah Kesultanan Selangor LUKUT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 10 • Menjelang tahun 1860, Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor • Bijih timah berjaya dilombong di Ampang. • Kuala sungai yang menjadi pertemuan di antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah • Kejayaan tersebut mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ yang membentuk bandar Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Nama Kuala Lumpur daripada nama Sungai Lumpur. Namun begitu, nama sungai tersebut ditukarkan kepada Sungai Gombak pada tahun 1875. ~Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim~


3.1.2 KEKAYAAN HASIL EMAS BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 11 Perlombongan emas di negeri-negeri Melayu bertumpu di kawasan jalur emas yang sebahagian besarnya terdiri daripada negeri Pahang Jalur emas Pahang meliputi kawasan perlombongan di Raub dengan berkeluasan 14,000 batu persegi Antara kegunaan emas dalam masyarakat Melayu termasuklah dijadikan barangan perhiasan. Pending emas bertatah batu permata biasanya dipakai oleh kerabat diraja semasa upacara istiadat kebesaran diraja Sultan Pahang juga menggunakan emas sebagai hadiah kepada negeri-negeri lain • Mengikut rekod negara China, emas telah menjadi eksport utama Pahang sejak abad ke-13 • Menurut catatan Portugis pula, pada abad ke-16 emas yang dihasilkan di negeri Pahang diperdagangkan di Melaka •Sumber India menyatakan Semenanjung Tanah Melayu (STM) dikenali sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas • Catatan Yunani, Claudius Ptolemy menulis pada abad kedua Masihi menamakan STM sebagai Golden Khersonese bermaksud Semenanjung Emas 01 06 02 05 04 03


3.1.2 KEKAYAAN HASIL EMAS Dijalankan oleh orang Melayu, orang Asli dan orang Minangkabau menggunakan kaedah mendulang dan melampan •Sultan Ahmad memberikan konsesi kepada orang Eropah untuk memajukan kegiatan perlombongan di Pahang • Pelombong Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah Kawasan-kawasan penting perlombongan emas ialah Raub, Tui, Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau dan Hulu Dong Kekayaan emas menarik kehadiran orang Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan menggunakan kaedah melampan Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang, iaitu di sekitar Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Semantan 01 LOKASI 04 Abad Ke-18 05 Abad Ke 19 03 Abad Ke-16 & 17 02 LOKASI KESIMPULANNYA • Kita sewajarnya bersyukur dan menghargai negara kita kerana dikurniakan dengan pelbagai kekayaan hasil bumi • Kita seharusnya memanfaatkan kekayaan hasil bumi tersebut untuk kesejahteraan hidup masyarakat dan kemakmuran negara BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 12


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 13 Sikap bersedia menerima perubahan penting dalam kehidupan. Bincangkan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.3.5) CAKNA MINDA


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 14 Tinggalan tapak perlombongan berpotensi untuk dijadikan lokasi ekopelancongan bagi menambah pendapatan negara. Bahaskan.


3.2 PELUASAN KUASA BRITISH DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Mengklasifikasikan peluasan kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 15


STRATEGI BRITISH MELUASKAN KUASA DI NNM PENGENALAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 16 akibat perkembangan perindustrian menyebabkan British memerlukan bahan mentah yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri di Eropah PERUBAHAN DI EROPAH British melaksanakan taktik manipulasi, desakan dan ugutan serta mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk meletakkan negeri Melayu tersebut di bawah pengaruh British DEMI MENCAPAI MATLAMAT digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang PELBAGAI STRATEGI yang kaya dengan bijih timah mendorong British berusaha meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang KEMAKMURAN NNM 01 02 03 04


3.2.1 STRATEGI MANIPULASI NEGERI PERAK British memperoleh peluang untuk menguasai Perak apabila berlaku Perang Larut dan perebutan takhta Kesultanan Perak dalam kalangan kerabat diraja Perak. Gabenor Negeri-negeri Selat (NNS), Andrew Clarke mengambil peluang daripada kedua-dua peristiwa tersebut untuk campur tangan dan bertindak sebagai orang tengah menamatkan kekacauan di Perak. Alasan British adalah untuk menyelamatkan rakyat Perak daripada keadaan kucar-kacir BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 17 A) PERANG LARUT 1861-1874 Tahukah anda.. selepas Perang Larut tamat, nama Klian Pauh ditukarkan kepada nama Taiping yang bermaksud “kedamaian yang abadi” Pemerintah Larut, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk ramai pelombong Cina memajukan perlombongan bijih timah di Larut Pergaduhan pelombong Cina antara kumpulan Ghee Hin dengan Hai San untuk mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing menyebabkan tercetusnya Perang Larut Pergaduhan yang berpanjangan di Larut menjejaskan perdagangan bijih timah di NNS Golongan pelabur Eropah dan pedagang NNS meminta British campur tangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih timah 01 02 03 04


3.2.1 STRATEGI MANIPULASI SISTEM PENGGILIRAN Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak yang diasaskan pada awal tahun 1820-an MANIPULASI POLITIK Kekacauan di Perak membuka ruang kepada British untuk melakukan manipulasi politik TIGA JAWATAN Bakal raja perlu melalui tiga jawatan, iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda, sebelum berhak ditabalkan sebagai Sultan KRISIS PEWARISAN TAKHTA Pada akhir abad ke-19, berlaku krisis dalam kalangan kerabat diraja Perak berkaitan sistem pewarisan takhta dalam Kesultanan Perak SOKONG DAN BANTU RAJA ABDULLAH Andrew Clarke, iaitu Gabenor NNS sokong Raja Abdullah. British sedia membantu mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan menamatkan sengketa pelombong Cina di Larut demi mewujudkan keamanan di Perak BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 18 B) PEREBUTAN TAKHTA KESULTANAN PERAK


3.2.1 STRATEGI MANIPULASI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 19 B) PEREBUTAN TAKHTA KESULTANAN PERAK •Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail, iaitu Raja Bendahara dilantik sebagai Sultan •Mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim, Menteri Larut PERTABALAN SULTAN ISMAIL •Raja Yusuf, iaitu Raja Di Hilir menuntut haknya sebagai sultan setelah sekian lama diketepikan BANTAHAN RAJA YUSUF •Raja Abdullah, iaitu Raja Muda tidak ditabalkan sebagai sultan kerana tidak hadir ke upacara pemakaman Sultan Ali walaupun dijemput •Menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah kewangan dan desakan golongan pelabur Eropah dan Cina •Mendapat sokongan pembesar di Hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela TUNTUTAN RAJA ABDULLAH Peta Perak menunjukkan kawasan kekuasaan kerabat diraja dan pembesar yang terlibat dalam perebutan takhta Kesultanan Perak


3.2.1 STRATEGI MANIPULASI NEGERI SELANGOR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 20 Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad (1857-1898), tercetus pertelingkahan dalam kalangan kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang 01 02 03 04 05 06 British turut campur tangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruh di Selangor Kekacauan di Selangor memberikan peluang kepada British melaksanakan manipulasi politik British memihak kepada raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa keuntungan dari segi ekonomi terutama perdagangan bijih timah Oleh sebab itu, British memberikan bantuan ketenteraan kepada Tunku Kudin untuk menamatkan Perang Klang Melalui bantuan tersebut, British mengharapkan Sultan Selangor sedia menerima perlindungan British bagi mewujudkan kestabilan di Selangor


3.2.1 STRATEGI MANIPULASI PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERANG KLANG (1866-1874) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 21 02 01 • Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja Abdullah • Kemajuan perlombongan bijih timah di daerah Klang dorong Raja Mahadi menuntut hak ke atas daerah tersebut yang pernah diletakkan di bawah kekuasaan ayahandanya • Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin RAJA MAHADI BIN RAJA SULAIMAN • Memperoleh hak mentadbir daerah Klang daripada Sultan Abdul Samad • Berjaya memajukan daerah Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah dengan pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur • Mendapat sokongan kumpulan Hai San RAJA ABDULLAH BIN RAJA JAAFAR Bersiap sedia untuk menyerang Gedung Raja Abdullah Kota Raja Mahadi Tunku Dhiauddin KPS (Meneroka Bukti dan Membuat Interpretasi) : Lengkapkan cerita disebalik gambar di atas


3.2.1 STRATEGI MANIPULASI NEGERI SEMBILAN British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan apabila berlaku perbalahan pembesar Melayu di daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 22 Tahukah anda.. Sungai Ujong kini dikenali Sungai Linggi merupakan laluan penting sebagai Seremban yang menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar dapat hak memungut cukai terhadap pedagang yang membawa keluar bijih timah melalui sungai tersebut untuk dibawa ke pelabuhan Melaka KEPENTINGAN SUNGAI LINGGI Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saling bersaing untuk kawal pungutan cukai di Sungai Linggi PERSAINGAN PEMBESAR PUNGUT CUKAI DI SUNGAI LINGGI Persengketaan Dato’ Kelana dan Dato’ Syahbandar dimanipulasi oleh British Melalui bantuan ketenteraan kepada Dato’ Kelana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar, British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi Manipulasi British dalam konflik ini berjaya letakkan daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah di bawah kekuasaan British 01 02 01 02 03 04


3.2.2 DESAKAN DAN PAKSAAN DESAKAN BRITISH DI SELANGOR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 23 British terus mencari alasan untuk meletakkan Selangor di bawah pengaruhnya bagi menguasai kekayaan bijih timah di Selangor British memberikan bantuan ketenteraan untuk menamatkan kekacauan di Selangor SERANGAN RUMAH API Pada tahun 1874, berlaku serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado Kerana peristiwa tersebut menggugat aktiviti perdagangan British di perairan Selangor British mendapat alasan untuk mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan British apabila berlaku peristiwa yang menggugat aktiviti perdagangan British di perairan Selangor British mendapat alasan untuk mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan British ROMPAKAN KAPAL DAGANG BRITISH Pada tahun 1873, kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Melaka dirompak berdekatan perairan Kuala Langat Namun British tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan British 01 02 03 04 05 06 07 08


3.2.2 DESAKAN DAN PAKSAAN PAHANG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 24 02 06 03 07 British tidak mempunyai ruang melakukan manipulasi dan memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British Pahang tidak berlaku kekacauan dalam kalangan kumpulan pelombong Cina yang boleh jadi alasan oleh British untuk campur tangan Wakil British: mempunyai kuasa seperti seorang pegawai konsul iaitu mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain British memperoleh peluang untuk desak dan paksa Sultan Pahang menerima perlindungan British apabila berlaku kematian seorang lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui yang ditikam di perkarangan istana (1888) Sultan Ahmad amat berhati-hati dalam rundingan dengan pihak British yang berusaha memujuk baginda menerima perlindungan British British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Pahang menerima seorang wakil British di Pahang (1887) British mendakwa Goh Hui ialah rakyat British dan Sultan diminta bertanggungjawab atas kematian rakyat tersebut Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British dengan alasan Sultan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam 01 04 05 08


3.2.3 STRATEGI MENANDATANGANI PERJANJIAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 25 PERAK A) PERJANJIAN PANGKOR 1874 KUKUHKAN KUASA BRITISH DI PERAK •Andrew Clarke, iaitu Gabenor NNS bertindak memanggil ketua kumpulan Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka •Pembesar-pembesar Melayu yang bertelagah dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor bagi menamatkan perselisihan di Perak •Pembesar Melayu yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor. Sultan Ismail dan Raja Yusuf tidak menyertai rundingan tersebut Antara Syarat Perjanjian Pangkor: •Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak •Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan diberikan sebuah jajahan kecil untuk ditadbir •Sultan menerima seorang Residen British. Nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi dalam semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu. •Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen •British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak 02 03 •British mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk mengikat persetiaan menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu •Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah perjanjian dengan pembesar Perak di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874 •Perjanjian ini ditandatangani di atas kapal perang British, iaitu HMS Pluto 01


3.2.3 STRATEGI MENANDATANGANI PERJANJIAN NNM LAIN Perjanjian Pangkor menandakan kejayaan penguasaan British secara langsung dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di Perak. Perjanjian tersebut menjadi titik peralihan kepada British bagi perjanjian seterusnya dengan pemerintah negeri Melayu yang lain BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 26 Antara syarat perjanjian: •British membantu Sultan memerintah negeri •British menghantar J.G. Davidson menetap di Klang dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor PERJANJIAN BRITISH-SELANGOR 1875 Antara syarat perjanjian: •British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang •British bertanggungjawab menjaga keamanan Pahang •Pahang tidak dibenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British PERJANJIAN BRITISHAntara syarat perjanjian: PAHANG 1887 • Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong • British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi PERJANJIAN BRITISHSUNGAI UJONG 1874 Melalui perjanjian dengan pemerintah tempatan, British berjaya mengikat persetiaan pemerintah tempatan untuk menerima nasihat British dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di negeri Melayu


3.2.4 SISTEM RESIDEN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 27 Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu British menempatkan Residen melalui perjanjian yang dibuat dengan pemerintah tempatan dan Raja-raja Melayu Melalui pelbagai strategi peluasan kuasa, British dapat melaksanakan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang SISTEM RESIDEN PERANAN RESIDEN


3.2.4 SISTEM RESIDEN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 28 PERAK PAHANG SELANGOR NEGERI SEMBILAN RAJA ABDULLAH J.W.W. Birch, Residen British pertama di Perak (1874-1875) SULTAN ABDUL SAMAD J.G. Davidson, Residen pertama di Selangor (1874-1875) SULTAN AHMAD J.P. Rodger, Residen British pertama di Pahang (1888-1896) TUANKU MUHAMMAD, YAMTUAN BESAR Martin Lister, Residen pertama di Negeri Sembilan (1895-1897) Kejayaan menempatkan Residen membolehkan British melaksanakan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Bot kepunyaan JWW Birch di tebing Sungai Perak dekat Belanja. Penulis (Swettenham) kelihatan di sudut kiri gambar manakala Birch sedang duduk di atas perahu di sudut kanan. (Sumber: Swettenham's Malayan Journals 1874-1876)


3.2.4 SISTEM RESIDEN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 29 01 02 03 04 05 Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang seperti sebelumnya Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai Residen mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar dan negeri. Peranan pembesar digantikan oleh pegawai British Jabatan-jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional PELAKSANAAN SISTEM RESIDEN Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan British secara tidak langsung di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 30 Sikap berwaspada terhadap anasir luar penting bagi mempertahankan kedaulatan negara. Bincangkan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.3.6) CAKNA MINDA


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 31 Mengapakah British berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kuasa memungut cukai?


3.3 PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menghuraikan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 32


3.3.1 CIRI-CIRI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU PENGENALAN Selepas pelaksanaan Sistem Residen, British mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 33 NNMB juga dikenali sebagai Persekutuan 1896 Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk sebuah persekutuan Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran NNMB Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu Persekutuan: gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran yang mengandungi kerajaan pusat dan kerajaan negeri CIRI-CIRI NNMB 01 03 02 04 06 05


3.3.2 FAKTOR PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 34 PENGENALAN Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk untuk memenuhi kepentingan British bagi mengatasi kelemahan Sistem Residen, menyeragamkan pentadbiran, menjamin keselamatan dan menangani masalah kewangan negeri Pahang • Raja dan pembesar Melayu tidak berpuas hati kerana hilang kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai • Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri • Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas untuk melaksanakan tugas Mengatasi Kelemahan Sistem Residen FAKTOR PEMBENTUKAN NNMB Menyeragamkan Pentadbiran Menjamin Keselamatan Negeri Menangani Masalah Kewangan Pahang •Pentadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang tidak seragam kerana mempunyai undangundang sendiri •Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang •British memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam untuk eksploitasi ekonomi •Penggabungan membolehkan NNMB mempunyai pasukan keselamatan sendiri • Menjaga keamanan tanpa mengharapkan bantuan luar •Gabungan negeri-negeri Melayu yang kaya •Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat membantu mengurangkan beban kewangan negeri Pahang


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 35 Pentadbiran yang cekap dan sistematik penting demi kemajuan negara. Bincangkan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.3.7) CAKNA MINDA


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 36 Bandingkan jata NNMB dengan Jata Negara Malaysia pada masa kini.


3.4 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Membahaskan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 37


3.4.1 MAJLIS MESYUARAT NEGERI PENGENALAN NNMB diketuai oleh Residen Jeneral. Beliau bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi NNMB yang juga merupakan Gabenor NNS BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 38 Dari sudut pentadbiran, peranan Raja-raja Melayu diambil alih oleh Residen Jeneral Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu 01 Majlis ini dipengerusikan oleh Raja Melayu dan berperanan menggubal undang-undang serta membantu pentadbiran negeri 02 Selepas pembentukan NNMB, Majlis Mesyuarat Negeri tidak lagi berkuasa kerana kuasa perundangan terletak di tangan Residen Jeneral 03 04 Kuasa Raja-raja Melayu semakin terhakis kerana terpaksa menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara pentadbiran kecuali dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu 05


3.4.2 MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 39 PENGENALAN Pada tahun 1909, British menandatangani perjanjian dengan Raja-raja Melayu bagi menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis ini berkuasa meluluskan undang-undang di NNMB Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan memberikan ruang kepada British untuk mengawal undang-undang dan kewangan negeri serta memberikan kuasa pentadbiran kepada Pesuruhjaya Tinggi British Hal ini menjejaskan kewibawaan Raja-raja Melayu yang hanya diletakkan sebagai ahli biasa dalam majlis tersebut British membentuk Durbar untuk dapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap NNMB Ahli Durbar terdiri daripada: • Pesuruhjaya Tinggi British • Raja-raja Melayu • Residen Jeneral • Residen British Pada asasnya, Durbar memperlihatkan tanggungjawab bersama-sama oleh Raja-raja Melayu sebagai pelindung orang Melayu 01 02 03 04 05


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 40 Rakyat berilmu aset negara. Bahaskan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.3.8) CAKNA MINDA


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 41 Banding bezakan pentadbiran NNMB dengan pentadbiran Persekutuan Malaysia pada masa kini.


LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 3 42 “It does not matter how slowly you go as long as you do not stop” (Confucius) #USAHATANGGAKEJAYAAN #SELAMATMAJUJAYA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


1. Perebutan takhta dan pergaduhan antara pelombong Cina mencetuskan kekacauan di Perak. Bagaimana kekacauan tersebut diselesaikan? A. Perjanjian Pangkor ditandatangani B. Pembahagian kawasan pengaruh dibuat C. Sistem pewarisan takhta diperkenalkan D. Majistret dan pemungut hasil ditempatkan 2. Apakah kesan serangan ke atas kapal dagang dan rumah api Tanjung Rachado kepada Selangor? A. Pembinaan kubu B. Peperangan saudara C. Penerimaan Residen D. Pengambilan askar upahan 3. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa kekacauan di negeri-negeri Melayu seperti Perang Larut, Perang Klang dan perbalahan Sungai Ujong? A. Bersatu padu asas kestabilan negara B. Berbangga dengan kekayaan negara C. Berdikari untuk memperjuangkan hak D. Bertoleransi dalam kalangan masyarakat 4. Apakah faktor Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896? A. Pergaduhan pelombong Cina B. Desakan pedagang Eropah C. Pentadbiran tidak seragam D. Perebutan takhta kerajaan Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan 43 SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


5. Bagaimanakah Kuala Lumpur mendapat nama? A. Daripada peristiwa terjumpanya lumpur pada kaki gajah Long Jaafar B. Perjumpaan lopak lumpur bercampur bijih timah di Sungai Klang C. Nama sungai iaitu Sungai Lumpur D. Daripada kawasan perlombongan yang berlumpur 6. Tokoh yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur ialah A. Raja Abdullah B. Raja Puasa C. Sultan Abdul Samad D. Raja Yusuf 7. Siapakah pembesar Melayu yang hadir semasa rundingan di Pulau Pangkor dibuat untuk menamatkan perselisihan di Perak? A. Abdullah Hukum B. Sultan Ahmad C. Raja Mahadi D. Orang Kaya Menteri Larut 8. Antara berikut yang manakah merupakan faktor pembentukan NNMB? A. Masalah kewangan Perak B. Satukan pentadbiran C. Menjamin keselamatan negeri D. British bebas mengutip cukai di NNMB Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan 44 SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


9. Persengketaan Dato’ Kelana dengan Dato’ Bandar telah menyebabkan British campur tangan di Sungai Ujong. Mengapakah persengketaan tersebut berlaku? A. Pertikaian sempadan daerah B. Perebutan hak mengutip cukai C. Penguasaan kawasan pertanian D. Percanggahan undang-undang adat 10. Apakah peranan Residen British di negeri Perak, Sungai Ujong, Selangor dan Pahang? A. Membawa masuk buruh Cina B. Melindungi hak pelabur Barat C. Menasihati sultan berkaitan pentadbiran D. Melindungi raja dan pembesar Melayu 11. Apakah tujuan pembinaan Kota Belanda di Pulau Pangkor pada tahun 1670? A. Gudang menyimpan makanan B. Gedung menyimpan bijih timah C. Tempat penginapan Gabenor D. Kubu pertahanan tentera Belanda 12. British membentuk Durbar bagi mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu. Siapakah ahli yang terlibat? A. Pembesar di setiap negeri B. Sultan dari NNMB C. Wakil pegawai British D. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan 45 SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


1. Gambar 1 menunjukkan Persidangan Durbar Pertama yang telah diadakan di Tanah Melayu. Gambar 1 a) Bila persidangan tersebut berlangsung? (1m) .......……………………………………………………… b) Di manakah persidangan tersebut diadakan?(1m) ………………………………………………………………... c) Siapakah yang hadir dalam persidangan tersebut? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Mengapakah Durbar dibentuk? (2m) ……………………………………………………………….. ……………………………………………………………….. e) Pembentukan Durbar merupakan strategi British mengambil hati Raja-raja Melayu setelah kuasa sultan dikurangkan dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan. Bersetujukah anda? Bincangkan (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. 46 Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN STRUKTUR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


2. Gambar 2 menunjukkan keratan akhbar tempatan yang menceritakan tentang sejarah perlombongan emas di Raub Gambar 2 a) Selain Raub, senaraikan dua lagi lokasi perlombongan emas di Pahang (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… b) Nama bandar Raub berkait rapat dengan perlombongan emas. Jelaskan (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Jelaskan kegunaan emas dalam masyarakat Melayu (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Buktikan Pahang merupakan negeri yang kaya sejak dari abad ke-13 lagi hasil daripada perlombongan emas (4m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. 47 Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN STRUKTUR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


1. Kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mendorong British berusaha meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bagi memenuhi keperluan bahan mentah bagi kegunaan perindustrian mereka a) Jelaskan strategi yang digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu (8m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. b) British berjaya meluaskan kuasanya di Pahang meskipun British tidak mempunyai ruang memanipulasi keadaan di Pahang kerana tiada kekacauan yang berlaku dalam kalangan pelombong Cina. Bincangkan (6m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Buktikan Perjanjian Pangkor menjadi titik peralihan kepada British untuk menguasai pemerintahan negeri Melayu yang lain dengan menggunakan strategi yang sama (6m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. 48 Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN ESEI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


TERIMA KASIH BPK Peneraju Pendidikan Negara Unit Sejarah +603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/ Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


Click to View FlipBook Version