KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula
2 SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
1.1 PENGERTIAN SEJARAH ▪ Bahasa Melayu ▪ Kamus Dewan ▪ Bahasa Inggeris 1.2 PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEJARAWAN ▪ Herodotus ▪ E.H. Carr ▪ Ibn Khaldun ▪ Khoo Kay Kim ▪ Mohd Yusof Ibrahim 1.3 MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH ▪ Masa Silam ▪ Ruang 1.4 SUMBER SEJARAH ▪ Sumber Primer ▪ Sumber Sekunder 1.5 PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH ▪ Kaedah Bertulis ▪ Kaedah Lisan ▪ Kaedah Arkeologi 1.6 TAFSIRAN DALAM SEJARAH ▪ Maksud ▪ Perbezaan ▪ Kepentingan ▪ Contoh 1.7 KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH ▪ Ilmu ▪ Iktibar ▪ Patriotisme ▪ Perpaduan ▪ Negara dan Bangsa ▪ Aplikasi KPS MENGENALI SEJARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
1.1 PENGERTIAN SEJARAH Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan pengertian sejarah berdasarkan istilah dan kamus BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
PENGENALAN SEJARAH Sejarah merupakan disiplin ilmu tentang 1 peristiwa masa lampau. Penulisan sejarah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan terhadap sumber sejarah 2 Sejarah amat penting dalam memupuk 3 semangat cinta akan negara BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
APAKAH SEJARAH? • Istilah sejarah berasal daripada bahasa Arab “Syajaratun” bererti pokok. • Sejarah dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul • Asal usul keturunan, salasilah • Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau • Kajian/ pengetahuan peristiwa lalu • History • Cerita tentang seseorang • Berasal daripada perkataan Yunani historia BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
1.2 PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEJARAWAN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan pengertian sejarah berdasarkapandangan tokoh. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
"Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan sebab berlakunya sesuatu peristiwa" PENGERTIAN SEJARAH – HERODOTUS • Sejarawan yang mula menggunakan perkataan sejarah atau historia • Bermaksud "penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman" • Karyanya yang terkenal ialah Histories (The Persian War). • Ditulis berdasarkan kajiannya terhadap peristiwa yang benar berlaku. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
"Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau" PENGERTIAN SEJARAH – E. H CARR • Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan. • Karyanya yang terkenal ialah What is History? BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
"Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan sebab berlakunya sesuatu peristiwa". PENGERTIAN SEJARAH – IBN KHALDUN • Sejarawan yang mula menggunakan perkataan sejarah atau historia • Bermaksud "penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman" • Karyanya yang terkenal ialah Histories (The Persian War). • Ditulis berdasarkan kajiannya terhadap peristiwa yang benar berlaku. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
“Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang". PENGERTIAN SEJARAH – KHOO KAY KIM Antara sejarawan tempatan tersohor yang mengkaji sejarah Malaysia. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
“Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu" PENGERTIAN SEJARAH – MUHD YUSOF IBRAHIM Sejarawan tempatan yang mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah. Karya beliau yang terkenal “Sejarawan dan Persejarahan Melayu” & “Tradisi dan Transformasi” BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
Peristiwa sejarah negara kita penting untuk dihargai oleh segenap lapisan masyarat. Bersetujukah anda? Jelaskan pendirian anda. . BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K1.1.9) ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
Sejarah adalah masa lalu yang memberi pengajaran dan teladan kepada kehidupan kita. Bincangkan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT CAKNA MINDA
1.3 MASA SILAM DAN RUANG MASA DALAM SEJARAH Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menghuraikan konsep masa silam dan ruang dalam sejarah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
KONSEP MASA SILAM Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku. Dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi. Kronologi merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M). Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
Ruang dalam sejarah yang luas - mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu, seperti politik, ekonomi dan sosial. Konsep ruang memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah. Dalam konteks sejarah Malaysia, ruang masa dibahagikan kepada beberapa tempoh masa: • Era Kesultanan Melayu Melaka • Kemunculan kuasa-kuasa luar • Kemerdekaan negara. KONSEP RUANG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR Zaman Prasejarah Zaman Air Batu Tamadun Dunia Kerajaan Alam Melayu Kerajaan Melayu Melaka Zaman Penjajahan Kemerdekan Pembentukan Malaysia Malaysia & Masa Hadapan 650 juta – 10,000 tahun dahulu 2.5 juta tahun dahulu – 500M 3500 SM– 1922M Abad 01 – 16 1400– 1511 1511– 1957 1957– 1963 1963-1969 1970 - kini Zaman Sebelum Masihi (SM) Zaman Masihi (M) – bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS 1000 tahun (1001 -2000) – 1 Alaf 100 tahun (1001 -1100) – 1 Abad 10 tahun (1001 -1010) – 1 Dekad Ruang masa ini dapat dibahagikan kepada:
Menghargai masa penting dalam kehidupan seharian. Bincangkan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K1.1.8) ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
CAKNA MINDA Konsep masa silam dan ruang penting dalam sesuatu peristiwa sejarah. Bincangkan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT
1.4 SUMBER SEJARAH Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menghuraikan maksud, jenis dan contoh sumber sejarah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
• Belum diolah atau diterbitkan • Bersifat asli • Belum ditafsir Contoh: Fosil, Artifak, Bukan Artifak, Batu Bersurat, Dokumen Rasmi, Manuskrip, Fail Rasmi Jabatan, Surat Peribadi, Diari SUMBER PRIMER BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
• Bahan yang telah diolah dan diterbitkan • Bahan tersebar kepada umum Contoh: Buku, Akhbar, Majalah Jurnal, Ensiklopedia, Risalah SUMBER SEKUNDER BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
Artifak adalah alatan ciptaan manusia digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. Diperbuat daripada batu, kaca dan logam. Penemuan artifak loceng gangsa di Kampung Pencu, Muar, Johor dijadikan sumber untuk melihat hubungan perdagangan dengan kerajaan Funan. Bukan Artifak merupakan data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah, seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan. Penemuan candi Lembah Bujang boleh dijadikan sumber kajian bagi menunjukkan adanya pengaruh Hindu dan Buddha serta hubungan perdagangan antara India dengan Kedah. Ensiklopedia merupakan satu daripada sumber sekunder. Bahan yang terkandung dalam ensiklopedia ini berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih. Contohnya, The Encyclopedia of Malaysia yang mengandungi beberapa tema seperti, sejarah awal, sejarah moden awal, arkitektur, laut dan tumbuh-tumbuhan SUMBER SEJARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
Pada pendapat anda, adakah sumber memainkan peranan penting dalam penyelidikan tentang sesuatu peristiwa sejarah.Bincangkan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT CAKNA MINDA
1.5 PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan kaedah penyelidikan sejarah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
KAEDAH BERTULIS kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis. KAEDAH LISAN proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. KAEDAH ARKEOLOGI kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah. PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut. Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh. Menggunakan peralatan yang sesuai Menganalisis. PROSES KAEDAH BERTULIS BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
PROSES KAEDAH LISAN Tahap Pertama: Persediaan • Menentukan tokoh. • Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual. • Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah. Tahap Kedua: Rakaman temu bual • Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji terutama dengan meneliti sumber bertulis dahulu. • Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian. Tahap Ketiga: Memproses rakaman • Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman. • Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis. • Menyimpan rakaman dengan baik. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
PROSES KAEDAH ARKEOLOGI Aktiviti Gali Cari di Tapak Penemuan Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi. Setiap petak diberikan nombor rujukan. Menandakan kawasan berdasarkan pelan. Ekskavasi dengan mencatatkan semua penemuan. • bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi. • memelihara dan memulihara tapak arkeologi agar warisan ini dapat dinikmati oleh generasi seterusnya. • Usaha penyelidikan dan langkah mendapatkan pengiktirafan UNESCO BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
PROSES KAEDAH ARKEOLOGI Pemunggahan dan pengisihan mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak dijumpai. Pembersihan dilakukan sebelum dikaji. Pengkatalogan bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan. PROSES KERJA DI MAKMAL ARKEOLOGI Penganalisisan bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
ARKEOLOGI BAWAH AIR • Kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik - kapal dagang melalui laluan laut. • Teknik gali cari di daratan telah diubah suai untuk kegiatan di dalam air. Kemajuan teknik ekskavasi di dalam air sentiasa berkembang. • Segala khazanah warisan kapal karam ini perlu dikaji dan direkod. Kes kerosakan, kecurian dan penjualan artifak kapal karam merupakan isu dunia yang dibincangkan di UNESCO. • Di Malaysia, arkeologi bawah air merupakan bidang kajian baharu dan semakin mendapat perhatian. • Jabatan Warisan Negara dan beberapa buah universiti awam seperti Universiti Malaysia Sabah berperanan terhadap pembangunan bidang arkeologi bawah air. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
ARKEOLOGI BAWAH AIR Grid ekskavasi untuk merekod lokasi hasil penemuan dengan tepat. 01 02 03 04 Peralatan menyelam yang membantu ahli arkeologi bekerja di dalam air. Fotografi di dalam air untuk merekod butiran ekskavasi. Ahli arkeologi menggunakan paip udara untuk menyedut endapan yang menutupi hasil penemuan. Artifak diletakkan di atas bekas dan diangkat ke permukaan air dengan menggunakan beg, seperti belon berisi udara. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMJPW KUALA LUMPUR
Pelbagai langkah boleh diambil dalam usaha memelihara warisan negara kita. Bahaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K1.1.10) ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
Kaedah penyelidikan penting dalam menentu sesuatu peristiwa sejarah. Bincangkan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT CAKNA MINDA
1.6 TAFSIRAN DALAM SEJARAH Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan tafsiran dalam sejarah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
TAFSIRAN DALAM SEJARAH Menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya Perbezaan wujud disebabkan: • pemilihan sumber yang pelbagai • perbezaan pandangan • perbezaan ideologi • tujuan penulisan PERBEZAAN MAKSUD Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan. Pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat menjadi matlamat utama seseorang sejarawan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMJPW KUALA LUMPUR
• Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang punyai bukti yang kukuh. • Menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza. • Berfikiran secara terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah. TAFSIRAN DALAM SEJARAH KEPENTINGAN • Bagaimanakah kita mentafsir peristiwa penentangan pemimpin tempatan seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Rentap dan Mat Salleh? • Pengkaji tempatan melihat faktor kebangkitan tokoh-tokoh tersebut disebabkan oleh penentangan peraturan yang berkaitan dengan cukai yang diperkenalkan oleh pihak penjajah membebankan rakyat. • Bagi pengkaji Barat pula, penentangan pemimpin tempatan ini dianggap sebagai pemberontakan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMJPW KUALA LUMPURCONTOH
1.7 KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menghuraikan kepentingan mempelajari sejarah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
Mengenal asal usul keluarga dan negara kita Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu Memupuk patriotisme, menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat patriotik Mengukuhkan perpaduan dalam meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita Membangunkan negara dan bangsa mengekalkan kegemilangan yang dicapai oleh negara Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMJPW KUALA LUMPUR
Ilmu Sejarah penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Bahaskan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K1.1.11) ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
Sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa hadapan. Bincangkan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR APLIKASI KBAT CAKNA MINDA
The future starts today, not tomorrow. LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 1
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 1. Antara kepentingan tafsiran sejarah ialah A. Mengajak dua pihak berdebat B. Menilai fakta dari sumber berbeza C. Mendorong seseorang bersikap egois D. Melatih seseorang berhujah tanpa sumber 2. Apakah sebab berlaku perbezaan tafsiran dalam sejarah? A. Pendapat penulis B. Perbezaan ideologi C. Keterangan lisan D. Ketiadaan sumber 3. Kaedah X bertujuan mendapatkan maklumat daripada sumber yang dipahat pada batu. Kaedah X ialah? A. Kaedah lisan B. Kaedah bertulis C. Kaedah arkeologi D. Kaedah temubual 4. Antara berikut yang manakah merupakan sumber sekunder? A. Ekofak B. Ideofak C. Ensiklopedia D. Batu Bersurat Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 5. “Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa”. Penyataan berikut dinyatakan oleh A. Herodotus B. E.H. Carr C. Ibn Khaldun D. Khoo Kay Kim 6. Apakah yang dimaksudkan dengan kronologi? A. Garis masa peristiwa B. Rentetan peristiwa mengikut urutan C. Tarikh berlakunya peristiwa D. Aturan peristiwa 7. Antara berikut yang manakah ciri sumber primer? A. Bersifat asli B. Ditafsir oleh pakar C. Telah diolah D. Rujukan sejarawan 8. Apakah kepentingan mempelajari sejarah? A. Mengenali masyarakat majmuk B. Mengukuhkan perpaduan C. Elakkan salah faham D. Mengenali warisan bangsa Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 1. Secara umumnya, sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarawan. a) Nyatakan pengertian sejarah mengikut: i) Kamus Dewan: ………………………………………………………. (1m) ii) dalam Bahasa Inggeris: ………………………………………………………. (1m) b) Namakan sejarawan yang turut memberikan pengertian sejarah (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Pandangan sejarawan berkaitan pengertian sejarah perlu merujuk kepada (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Sejarah mampu memberikan teladan dan pengajaran kepada kita. Jelaskan (4m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 2. Sumber sejarah amat penting dalam penyelidikan dan penulisan sejarah. Sejarah ditulis berdasarkan sumber sejarah yang membantu kita untuk mengetahui sesuatu peristiwa masa lalu. a) Senaraikan dua sumber sejarah (2m) i) ……………………………………………………………. ii) …………………………………………………………… b) Antara berikut yang manakah merupakan sumber yang asli dan belum ditafsir, diolah atau diterbitkan. (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Apakah kepentingan penemuan sumber sejarah? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Penemuan sumber sejarah seperti artifak arca Buddha dan seramik barang perdagangan dari China di tapak arkeologi di Santubong, Sarawak mampu merungkai semua penyelidikan tentang sejarah Santubong. Bahaskan (4m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR TERIMA KASIH Unit Sejarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum dengan kerjasama JPW Labuan Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula Unit Sejarah +603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/