The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24063609, 2023-10-22 09:35:08

KSSM Sejarah Tingkatan 1 Bab 2.pptx

KSSM Sejarah Tingkatan 1 Bab 2.pptx

1 KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH KITA DAN DUNIA Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 2 ZAMAN AIR BATU BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


ZAMAN AIR BATU 2.1 DUNIA KITA ▪ Pengenalan ▪ Pembentukan Fizikal Bumi 2.2 ZAMAN AIR BATU ▪ Tahap Zaman Air Batu ▪ Pembentukan Fizikal Bumi 2.3 GARIS MASA ZAMAN AIR BATU ▪ Garis masa 2.4 CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR ▪ Ciri Fizikal Bumi ▪ Aras Laut ▪ Binatang ▪ Tumbuhan ▪ Suhu ▪ Kehidupan Manusia 2.5 PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR ▪ Perubahan ▪ Kesan 2.6 KESAN PRUBAHAN ZAMAN AIR BATU DI ASIA TENGGARA ▪ Zaman Air Batu Akhir BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


4 2.1 DUNIA KITA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan tentang dunia kita BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


❑ Dunia merupakan bumi tempat tinggal kita ❑ Tempat tinggal berjuta-juta hidupan yang lain. DUNIA KITA ❑ Bumi telah mengalami perubahan dari segi iklim dan fizikal semenjak bumi mula terbentuk. ❑ Ahli sains menjangkakan bahawa usia bumi melebihi 4.6 bilion tahun. ❑ Terdapat binatang yang berbulu tebal seperti mamot dan harimau bertaring panjang. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


Asia This is the sample text, you can easily edit this text as you wish this is the sample text, you can easily edit this text as you wish this is the sample text, you can easily. 30% | 70% 4613m Population in 2019 DUNIA KITA Pada hari ini telah melalui pelbagai perubahan yang memberikan kesan terhadap: rupa bentuk fizikal iklim cuaca hidupan yang ada kedalaman lautan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


Kemajuan ilmu sains dan teknologi telah membantu manusia untuk mengetahui sejarah yang berlaku kepada bumi semenjak jutaan tahun dahulu. DUNIA KITA Pengetahuan dalam bidang paleontologi, kimia, arkeologi, geologi dan fizik membantu kita membuat penyelidikan tentang perubahan yang berlaku kepada bumi. Geologi: berasal daripada dua perkataan Greek geo yang bermaksud bumi dan logia yang bermaksud sains. Geologi merujuk bidang ilmu yang mengkaji pembentukan bumi Paleontologi: bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, sisa atau fosil yang telah terawet dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk-bentuk hidupan purbakala. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


PEMBENTUKAN FIZIKAL BUMI Bumi 650 juta tahun dahulu. Tiada hidupan Bumi 390 juta tahun dahulu. Air laut masih tawar. Wujud hidupan seperti ikan dan amfibia. Bumi 195 juta tahun dahulu. Zaman Jurasik dan hidupan utama ialah dinosaur. Bumi 94 juta tahun. Dinosaur mengalami kepupusan. Rupa bentuk benua mula kelihatan. Bumi 18,000 tahun dahulu. Kebanyakan binatang telah wujud seperti kuda, badak sumbu, anjing, dan kucing. Paras air laut meningkat. Bumi pada hari ini BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


PEMBENTUKAN FIZIKAL BUMI • Iklim telah mempengaruhi perubahan rupa bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan • Daratan ialah gunung, banjaran, bukit, tanah pamah, lembah dan sungai • Antara lautan dan benua di dunia ialah LAUTAN BENUA Lautan Pasifik Utara Benua Amerika Utara Lautan Pasifik Selatan Benua Amerika Selatan Lautan Atlantik Utara Benua Eropah Lautan Atlantik Selatan Benua Afrika Lautan Hindi Benua Asia Lautan Artik Benua Oceania Lautan Antartika Benua Antartika BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK Kita perlu bersyukur dengan alam ciptaan Tuhan. Bahaskan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K2.1.7) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


CAKNA MINDA Perubahan bumi yang merangkumi fizikal dan iklim memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan. APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


12 2.2 ZAMAN AIR BATU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan tentang Zaman Air Batu BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


ZAMAN AIR BATU Zaman air batu merupakan garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun pada tahap membeku dalam jangka masa yang lama. Air batu tebal yang dikenali sebagai lapisan ais menutupi Kutub Utara dan Kutub Selatan. Lapisan ais ini menyebabkan kawasan air batu menjadi luas di kawasan kutub dan pergunungan. Pada akhir zaman air batu, bumi mengalami proses pengglasieran (kecairan air batu). Zaman Air Batu berakhir apabila iklim dunia berubah kepada suhu panas BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


ZAMAN AIR BATU PROSES PENGGLASIERAN TAHAP PERTAMA 900 – 600 JUTA TAHUN TAHAP KEDUA 250 – 80 000 JUTA TAHUN TAHAP KETIGA 10 000 JUTA TAHUN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


TAHAP ZAMAN AIR BATU 4 3 2 1 ZAMAN HOLOSEN ZAMAN PLEISTOSEN ZAMAN PLIOSEN ZAMAN MIOSEN ❖ Berlaku antara 23 – 5 juta tahun dahulu ❖ Gunung-ganang terbentuk secara fizikal ❖ Mamalia berkembang di bumi, begitu juga hidupan laut dan air ❖ Suhu dunia panas dan kering ❖ Berlaku antara 5.3 juta – 2.6 juta tahun ❖ Berlaku penyejukan global ❖ Penyejukan dan pengeringan alam sekitar global membawa kepada penyebaran besar padang rumput dan savana ❖ Berlaku antara 2.5 juta – 10,000 tahun ❖ Glasier utama berlaku sebanyak 11 kali ❖ Manusia tahu cara membuat api ❖ Manusia telah sampai ke Australia melalui jalan darat di Asia Tenggara ❖ Berlaku 10,000 tahun dahulu hingga kini ❖ Manusia tahu menjalankan pertanian untuk mendapatkan makanan ❖ Berlaku perkembangan dalam bidang pentadbiran, undang-undang, pendidikan dan keagamaan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


16 2.3 GARIS MASA ZAMAN AIR BATU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan tentang garis masa Zaman Air Batu BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


GARIS MASA ZAMAN AIR BATU 23 – 5 juta 5 – 2 juta 2.5 juta – 10,000 Hari ini Miosen Pliosen Pleistosen Holosen Tahun Zaman BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


1 8 Kewujudan hidupan mengikut garis masa. GARIS MASA ZAMAN AIR BATU Tahun 500 juta 25 juta 5.2 juta 2 juta 12,000 Ahli paleontologi yang mengkaji sejarah bumi berpendapat: • hidupan di bumi bermula semenjak 545 juta tahun dahulu. • kepelbagaian spesies binatang berkait rapat dengan perubahan iklim dan peringkat zaman yang dilalui Berdasarkan garis masa di bawah, dapat dilihat perkembangan dan evolusi hidupan dan binatang mengikut perkembangan tempoh masa. Trilobite Eurypterids Crinoid Stone-lily Dipterus Coiled Cephalopod Stegosaurus Diatryma Hyracotherium Deinotherium BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK Menjaga alam sekitar merupakan nilai dan sikap yang perlu diamalkan oleh semua orang. Bahaskan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K2.1.8) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


CAKNA MINDA Iklim mempengaruhi kehidupan manusia. Berikan pandangan anda. APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


21 2.4 CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan tentang ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


2 2 05 CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR Bumi mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu Suhu dunia meningkat dan menyebabkan berlaku kecairan air batu Proses ini dinamakan pengglasieran yang memberikan kesan besar terhadap rupa bentuk fizikal bumi Kecairan air batu menyebabkan paras air laut dunia meningkat. Bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi mulai terbentuk seperti tasik dan pulau telah memisahkan haiwan dan tumbuhan di kawasan yang berbeza BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


CIRICIRI CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR Ciri Fizikal Bumi • Permukaan air laut membeku • Sebahagian besar bumi dilitupi salji Aras Laut • Permukaan air laut membeku • Paras laut rendah • Pulau bersambung dengan tanah besar Suhu • Suhu dunia masih sejuk • Kawasan kutub dan benua Eropah dipenuhi salji Binatang • Di kawasan tanah pamah yang sejuk terdapat badak dan mamot Tumbuhan • Tumbuhan utama ialah rumput dan pokok renek Kehidupan Manusia • Manusia hidup secara nomad • Mereka memburu binatang BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK Menghubungkait masa lalu, kini dan hadapan penting dalam kehidupan demi kesejahteraan hidup. Bahaskan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K2.1.9) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


CAKNA MINDA Pada pendapat anda, apakah langkah yang harus diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar? APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


26 2.5 PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan tentang perubahan Zaman Air Batu Akhir BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR Bumi mengalami perubahan iklim Bentuk fizikal bumi berubah Sungai dan tasik terbentuk Bintang Zaman Pleistosen pupus Manusia menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR Glasier telah mengubah bentuk fizikal bumi. Air batu yang cair dari tanah tinggi dan gunung akan membawa batu dan tanah semasa menuruni tanah tinggi. Lebihan air yang dibawa akan melimpahi ke kawasan laut. Kesannya berlaku perubahan paras air laut dengan kedalamam 100 meter BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR Kecairan air batu membentuk tasik air tawar seperti Tasik Dayang Bunting di Malaysia dan Great Lakes di Kanada. Bentuk saliran sungai turut berubah kepada bentuk yang wujud pada hari ini Tasik Dayang Bunting Great Lakes Saliran sungai BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR Kepupusan binatang yang hidup pada Zaman Pleistosen Harimau bertaring Mamot Sloth BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR Manusia perlu menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim. Mereka berhijrah dari benua Afrika ke benua Asia dan benua Eropah. Penghijrahan ini disebabkan suhu di benua Asia dan benua Eropah tidak lagi terlalu sejuk BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR Iklim bumi berubah daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk. Kegiatan radiasi bumi yang berlaku daripada sinaran matahari penyebab utama peningkatan suhu bumi. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK Usaha-usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar penting demi kesejahteraan kita bersama. Bahaskan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K2.1.10) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


CAKNA MINDA Pemanasan alam sekitar yang berlaku di dunia perlu dikawal bagi mengelakkan peningkatan aras laut. Bincangkan APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


35 2.6 KESAN PRUBAHAN ZAMAN AIR BATU DI ASIA TENGGARA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menjelaskan tentang perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


KESAN PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU DI ASIA TENGGARA pergerakan manusia di sekitarnya kerana Pentas Sunda merupakan daratan yang mempunyai kawasan tanah rendah di antara pulau-pulau yang wujud pada hari ini. Sebelum 10,000 tahun dahulu, Asia Tenggara merupakan kawasan tanah pamah yang luas terbentang dan menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan yang dikenali sebagai Pentas Sunda. Perkembangan yang berlaku pada Zaman Air Batu Akhir memberikan kesan yang sama di Asia Tenggara. kenaikan paras air laut di Pentas Sunda iaitu perubahan paras air laut yang aktif berlaku pada 17,000 hingga 20,000 tahun dahulu. Sejak tempoh tersebut aras laut telah naik antara 100 hingga120 meter. Dua kesan penting ialah: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


KESAN PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU DI ASIA TENGGARA Kepulauan Sumatera, Jawa dan Borneo berada di atas Pentas Sunda. Kawasan yang dihubungkan melalui daratan menyatukan Burma, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pentas Sunda adalah daratan seluas lebih 3.2 juta kilometer persegi. Bentuk fizikal tanah pamah ini berlaku pada Zaman Pleistosen yang mempunyai paras air laut yang rendah. Pada ketika itu, daratan boleh dilalui oleh manusia dengan cara berjalan kaki. Pentas Sunda merupakan tunjang kebenuaan di Asia Tenggara. Keadaan ini menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama AsiaTenggara: ▪ telah dihuni oleh kumpulan mamalia bersaiz sederhana dan besar. ▪ merupakan kawasan tumpuan mamalia. ▪ Kawasan ini didiami oleh sebanyak 13% mamalia dunia. ▪ beberapa binatang seperti stegodon (gajah) dan pachycrocuta (hyena atau dubuk) bersaiz besar BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM telah pupus. JPWP KUALA LUMPUR


KESAN PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU DI ASIA TENGGARA Perkembangan ini mempengaruhi pembentukan Selat Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa. Kecairan air batu pada peringkat akhir Zaman Holosen menyebabkan terjadinya sungai dan tasik. Sungai yang terbentuk telah mengalirkan air ke dalam tasik dan ke laut. Antara sungai terbesar termasuklah Sungai Sunda Utara Aliran sungai yang mengalir telah menenggelamkan kawasan tanah rendah di sepanjang tepi pantai. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


CAKNA MINDA Kecairan air batu meninggalkan kesan terhadap perubahan fizikal muka bumi di Asia Tenggara. Bincangkan. APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 2 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR


SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR 1. Berjuta-juta tahun dahulu bumi telah mengalami beberapa perubahan. Perubahan ketika itu memberikan kesan kepada? A. Pentadbiran B. Perbandaran C. Kegiatan ekonomi D. Rupa bentuk fizikal bumi 2. Berapakah usia bumi mengikut jangkaan ahli sains? A. 4.5 billion tahun B. 4.6 billion tahun C. Melebihi 4.6 billion tahun D. Kurang daripada 4.6 billion tahun 3. Apakah haiwan yang wujud pada Zaman Air Batu? A. Seladang B. Harimau C. Badak Sumatera D. Mamot 4. Apakah yang berlaku pada Zaman Air Batu? A. Suhu bumi menurun B. Paras air batu menurun C. Lapisan air batu menjadi nipis D. Keluasan air batu berkurang Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan


SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR 5. Bila dataran tinggi Grand Canyon di Amerika Syarikat dipercayai wujud? A. Zaman Miosen B. Zaman Pliosen C. Zaman Pleistosen D. Zaman Holosen 6. Apakah perubahan yang berlaku pada Zaman Pliosen? A. Berlaku pemanasan global B. Penyebaran besar padang rumput dan savana C. Australia menjadi jalan darat dari Asia Tenggara D. Manusia tahu cara membuat api 7. Apakah kesan perubahan Zaman Air Batu Akhir dunia kepada Asia Tenggara? A. Mengurangkan pergerakan manusia B. Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda C. Pembentukan sungai terhenti D. Stegodon membiak 8. Mengapakah sungai dan tasik terbentuk di Asia Tenggara semasa Zaman Akhir Holosen? A. Kecairan air batu B. Lembah-lembah terbentuk C. Menerima hujan yang banyak D. Air laut mula kering membentuk sungai dan tasik Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan


SOALAN STRUKTUR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 1. Haiwan di atas telah pupus pada Zaman Pleistosen. a) Namakan dua haiwan yang terdapat dalam gambar di atas. (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… b) Nyatakan dua kesan lain akibat perubahan Zaman Air Batu Akhir selain daripada kepupusan haiwan di atas (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Nyatakan dua lokasi penghijrahan manusia dari benua Afrika akibat perubahan Zaman Air Batu Akhir (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Kecairan air batu telah memberikan kesan terhadap perubahan fizikal muka bumi di Asia Tenggara. Bincangkan (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ……………………………………………………………….


SOALAN STRUKTUR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPWP KUALA LUMPUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 2. Rajah 1 di bawah menunjukkan garis masa Zaman Air Batu. Rajah 1 a) Jelaskan pendapat ahli paleontologi yang mengkaji sejarah bumi (2m) ..…………………………………………………………… ..…………………………………………………………… b) Nyatakan perkembangan dan evolusi hidupan serta haiwan pada 2 juta tahun dahulu (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… c) Nyatakan ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir (2m) ……………………………………………………………. ……………………………………………………………. ……………………………………………………………. d) Pada pandangan anda, mengapakah kehidupan 18,000 tahun dahulu lebih mencabar berbanding dengan hari ini? (4m) ……………………………………………………………... ………………………………………………..................... ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… ………………………………………………………………


TERIMA KASIH UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPW KUALA LUMPUR Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula Unit Sejarah +603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/


Click to View FlipBook Version