KSSM SEJARAH TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula
BAB 4: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU SEJARAH TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPNJOHOR
3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR BAB 4: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB) Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor • Kerajaan Perlis • Kesultanan Kedah • Kesultanan Kelantan • Kesultanan Terengganu • Kesultanan Johor Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu • Faktor Peluasan Kuasa British Strategi Peluasan Kuasa • Perjanjian Bangkok 1909 Peluasan Kuasa British Johor • Kemajuan dan Kemakmuran Johor • Strategi British Menguasai Johor Sistem Pentadbiran NNMTB • Latar Belakang NNMTB • Pentadbiran NNMTB • Perkembangan Pentadbiran 01 02 03 04
4.1 PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU DAN JOHOR Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menyatakan pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor 4 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
5 PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU Pemerintahan Kesultanan Melayu membentuk sistem pentadbiran yang tersusun dan diwarisi sejak turun-temurun Kebijaksanaan pemerintah tempatan membolehkan perkembangan ekonomi, sosial dan politik berlaku di setiap negeri Sebelum kedatangan kuasa British, pemerintahan kesultanan merupakan asas terpenting yang membawa kemakmuran Sultan sebagai puncak kuasa dan kedaulatan turut diperkuat dengan dukungan para pembesar Sistem kesultanan yang diamalkan dalam pemerintahan di negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor menjadi tonggak yang 01 sangat penting 02 03 05 04 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
6 KERAJAAN PERLIS LATAR BELAKANG • Perlis wilayah yang terpisah dengan Kedah (1842) • Maharaja Siam iktiraf Syed Hussin Jamalullail di Bangkok sebagai Raja Perlis pertama (1843) - digelar Phya Songkhram Rama Wichit Willis Asmara Phya Pelit • Istiadat pengisytiharan diadakan di istana Arau - pemberitahuan kepada rakyat seluruh negeri Perlis PENTADBIRAN • Raja Syed Hussin Jamalullail bentuk pasukan pentadbiran berwibawa - kalangan pembesar tempatan • Tuan Syed Abdullah ibni Syed Harun Jamalullail dilantik sebagai Raja Muda Perlis, Dato’ Arau sebagai Perdana Menteri (gelaran Dato’ Belat Paduka Seri Perdana Menteri) • Negeri Perlis dibahagikan kepada 22 buah mukim HUBUNGAN LUAR • Hubungan dengan Siam terus berjalan dengan baik • hubungan ini menjadi strategi Perlis untuk tidak diganggu gugat oleh kuasa lain PERUNDANGAN • Berdasarkan UndangUndang Kesultanan Kedah sebagai rujukan. • Pelaksanaannya menitikberatkan kebajikan terhadap rakyat BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
7 KERAJAAN KEDAH 01 03 02 04 • Kerajaan Kedah bermula sejak abad ke-7 dan merupakan antara kerajaan terawal di negara ini - terus kekal hingga hari ini • Pertapakan Islam di Kedah sejak abad ke-12 telah memulakan sistem pemerintahan Islam (pusat pemerintahan di Kota Bukit Meriam). Pemerintah pertama yang bergelar sultan ialah Sultan Mudzaffar Shah LATAR BELAKANG • Diketuai oleh Sultan, pembesar dan disokong oleh undang-undang yang kemas dan teratur • Membolehkan negeri ditadbir dengan berkesan, pembahagian wilayah diwujudkan - diletakkan di bawah pengawasan pembesar daerah • Di setiap daerah, diwujudkan mukim - dikendalikan oleh penghulu • Pada abad ke-19, terdapat 128 mukim di Kedah PENTADBIRAN • Kedah menjalinkan hubungan luar dengan Siam sebagai strategi mempertahankan negeri daripada ancaman Burma • Hubungan dua hala ini berlaku dalam pelbagai cara - hubungan diplomatik, pentadbiran dan kewangan HUBUNGAN LUAR • Kanun undang-undang Kedah yang pertama ditulis pada tahun 1650 - memberikan hak kepada raja dan golongan pemerintah. • Terdapat 5 bab undang-undang Kedah (rujuk buku teks ms 87) PERUNDANGAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
8 KERAJAAN KELANTAN 01 LATAR BELAKANG • Wujud sebelum abad ke-17. Semasa pemerintahan Long Yunus (1776-1794) Kelantan berjaya disatukan • Pertelingkahan Kelantan dengan Terengganu dan pengaruh Siam - berlaku perubahan pada 1812 • Sultan Muhammad I buat persetiaan dengan Siam - mengelakkan ancaman Terengganu dan Siam meluaskan pengaruhnya di Kelantan hingga 1909 02 PENTADBIRAN • Sultan dibantu oleh para pembesar dalam Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh Sultan Muhammad II (1839-1886) • Dalam pentadbiran wilayah, Kelantan dibahagikan kepada jajahan tertentu. • Terdapat 3 jajahan (1904), iaitu Selatan Batu Mekebang, Pasir Puteh dan Pasir Mas • Pada peringkat paling bawah, pentadbiran dijalankan oleh Tok Kweng yang turut dibantu oleh imam 03 HUBUNGAN LUAR • Hubungan dengan kerajaan Siam dijalinkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I • Kelantan juga menjalin hubungan dengan Terengganu, Kedah, Patani dan negeri-negeri Melayu yang lain 04 PERUNDANGAN • Pelaksanaan undangundang syarak di Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad II - Kelantan berada dalam keadaan aman dan makmur sebagai pusat perdagangan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
KERAJAAN KELANTAN
10 KERAJAAN TERENGGANU • Diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin I (1708-1733) • membawa kemajuan negeri dan memelihara kedaulatan kerajaan • Terengganu merupakan negeri paling akhir menerima Penasihat British LATAR BELAKANG 01 02 03 04 • Sultan dibantu pembesar (penasihat sultan atau dalam urusan pentadbiran wilayah serta daerah) • Sistem penghulu dikemas semasa Sultan Omar memerintah (1839-1876) • Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh Tengku Musa, Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim • Terdapat pembesar bergelar Dato’ Mata-mata (bertugas sambut kedatangan pelawat atau orang kenamaan Terengganu) • Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan (dianggotai oleh Ahli Mesyuarat) dibentuk - putuskan hukuman atau perisytiharan negeri PENTADBIRAN • Jalinkan hubungan dengan Siam sejak abad ke-18 • Menjalinkan hubungan dengan negeri Kelantan, Patani dan Johor - kedudukan sebagai sebuah negeri berdaulat diakui oleh negeri-negeri lain HUBUNGAN LUAR • Berasaskan prinsip keadilan Islam • Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu digubal dan diamalkan pada 1911 • Hakim mahkamah dipilih secara teliti- individu berkebolehan dan pengetahuan agama yang luas • Melantik Tengku Musa - Ketua Jabatan Mahkamah PERUNDANGAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
KERAJAAN TERENGGANU
12 KERAJAAN JOHOR • Maharaja Abu Bakar jalinkan hubungan dengan NNM termasuk Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor • Baginda juga menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar - lawatan ke Eropah dan Jepun • Kesannya, kuasa-kuasa ini mengiktiraf kedudukan Johor HUBUNGAN LUAR • Jurai keturunan Sultan Melaka berakhir (1699). Kesultanan Johor diperintah oleh keturunan Bendahara • Konflik politik berlaku membolehkan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim menjadi pemerintah di Johor. • Kedudukan ini digantikan oleh anakanda baginda (Daeng Abu Bakar) menjadi Sultan Johor pada tahun 1885 LATAR BELAKANG • Zaman pemodenan - Maharaja Abu Bakar • Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan -mewujudkan Majlis Jemaah Diraja Johor, Jemaah Menteri dan jabatan-jabatan kerajaan • Pembesar-pembesar kerajaan (Dato’ Seri Amar Diraja dan Dato’ Bentara Dalam) berperanan membantu pemerintahan sultan • Jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran PENTADBIRAN • Kesultanan Johor memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan (1895) digunakan sebagai aturan dalam pemerintahan PERUNDANGAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
KERAJAAN JOHOR
14 KESIMPULANNYA Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran tersusun yang menjadi asas kemajuan kesultanan tersebut 01 02 03 04 05 Dalam sistem ini, raja menjadi tonggak paling penting. Gandingan pemerintahan oleh raja dan pembesar memacu kemakmuran negeri Selain itu, sistem undang-undang dilaksanakan dengan teratur dan teliti Kita perlu menyedari bahawa kestabilan politik amat penting bagi mewujudkan keamanan negara Pentadbiran yang sistematik menyumbang kepada kemajuan negara BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
Sikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab penting dalam kehidupan. Bincangkan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.4.5) CAKNA MINDA 15 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
16 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR APLIKASI KBAT CAKNA MINDA Pentadbiran yang sistematik menyumbang kepada kemajuan negara. Bahaskan.
4.2 PELUASAN KUASA BRITISH DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menghuraikan peluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu 17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
FAKTOR PELUASAN KUASA BRITISH 18 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 01 02 03 04 05 Kemakmuran dan Kekayaan Sumber Hasil Menghalang Kemasukan Kuasa Barat Lain Kedudukan yang Strategik Beban Orang Putih Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang
19 1. KEDUDUKAN YANG STRATEGIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR SEBELUM KEDATANGAN BRITISH • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berhadapan dengan pengaruh Siam • Pada abad ke-19, hubungan antara British dengan Siam memberikan kesan besar kepada negeri-negeri ini • Kedudukan strategik dan kemakmuran negeri-negeri ini menarik perhatian British • Selagi negeri-negeri ini di bawah naungan Siam, British tidak akan mampu untuk meluaskan kuasanya Kedudukan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British 01 Kelantan dan Terengganu strategik di laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura 02
20 2. MENGHALANG KEMASUKAN KUASA BARAT LAIN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR British perlu menguasai negeri-negeri ini - menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut Kuasa Barat (Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia) cuba meluaskan kuasa di sekitar negeri Melayu Utara Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu - penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan Kemaraan kuasa Barat dapat dilihat dari aspek yang berikut: ingin menguasai bahan mentah - cabar penguasaan British di NNM Jerman berusaha untuk mendapatkan Pulau Langkawi Amerika Syarikat berhasrat meluaskan pengaruhnya di Terengganu Perancis berminat untuk meluaskan kuasa ke kawasan di Segenting Kra - matlamat mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang 01 02 03 04
21 3. KEMAKMURAN DAN KEKAYAAN SUMBER HASIL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Kelantan dan Terengganu, aktiviti pembuatan (pertukangan dan pembinaan kapal) menjadi sangat penting. Kedua-dua negeri ini menjadi pembekal pelbagai barang dagangan kepada pedagang Singapura Kedah dan Perlis, hasil pertanian dan penternakan menjadi sumber bekalan makanan - memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang yang dikuasai oleh British 01 02 Manuskrip Pembinaan Kapal Melayu di Muzium Ketenteraan Sepanyol, Bacerlona
22 4. HUBUNGKAN BURMA DENGAN PULAU PINANG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR British berhasrat menghubungkan Burma yang dikuasainya dengan Pulau Pinang dan Singapura Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang membolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India Hal ini sangat penting bagi perdagangan dan keselamatan British 01 02 03
23 5. BEBAN ORANG PUTIH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR British mendapati Siam melakukan kekejaman di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu Bagi mewajarkan tindakannya, slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha British meluaskan kuasanya 01 02
24 STRATEGI PELUASAN KUASA BRITISH • British menggunakan strategi perjanjian untuk memastikan kejayaannya • Dengan menggunakan kedudukannya di Pulau Pinang, British memantau perkembangan yang berlaku di NNM sebelum bertindak mengadakan perjanjian dengan Siam • Peluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dijalankan secara berperingkat-peringkat • British menyedari bahawa negerinegeri ini berada di bawah naungan Siam dan tindakan agresif akan menimbulkan masalah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 01 02
25 KE ARAH PERJANJIAN BANGKOK 1909 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Menyedari konfrontasi secara bersemuka akan merugikan, British gunakan strategi perjanjian bagi luaskan kuasa Tahun 1826, terdapat beberapa siri perjanjian libatkan British dan Siam - menyentuh hal ehwal negeri-negeri Melayu Perjanjian ini diakhiri dengan Perjanjian Bangkok 1909 - British meluaskan kuasa di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu jalin hubungan rapat dengan Siam - negeri naungan, perlu hantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali (ufti-tanda pertuanan). Sebaliknya, negeri ini anggap ufti tanda persahabatan Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri ini kurang menyenangkan pihak British Matlamat utama British - pastikan laluan perdagangan di antara India dan China berada dalam keadaan selamat 01 02 03 06 05 04
26 SIRI PERJANJIAN BRITISH-SIAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR • Ditandatangani pada 6 April 1897 • British pastikan tidak ada kuasa lain luaskan pengaruhnya ke atas Kedah, Kelantan dan Terengganu • British akui hak pertuanan Siam ke atas negeri tersebut PERJANJIAN SULIT 1897 • Ditandatangani pada 29 November 1899 • Perjanjian ini tetapkan sempadan di antara sempadan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah • Perjanjian ini selesaikan masalah sempadan di antara Perak (British) dan Reman (Siam) PERJANJIAN SEMPADAN • Ditandatangani pada 6 Oktober 1902 • Siam kawal hubungan luar negeri Kelantan dan Terengganu • Negeri-negeri ini tidak boleh serahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam • Pengisytiharan ini merupakan langkah penting bagi peluasan kuasa British di Negeri Melayu Utara PERJANJIAN 1902 01 02 03
PERJANJIAN BRITISH-SIAM
28 PERJANJIAN BANGKOK 1909 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR • Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani oleh British dan Siam pada 10 Mac 1909 • Perjanjian ini berikan kesan besar kepada Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu • Perjanjian ini buka laluan kepada British untuk kuasai negara kita tanpa gangguan daripada kuasa luar yang lain • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu terima seorang Penasihat British • Tahap awal, Kelantan dan Terengganu menolak kehadiran penasihat ini RENTETAN PERISTIWA PERJANJIAN BANGKOK 1909
Kestabilan politik menyumbang kepada keamanan negara. Bahaskan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.4.6) CAKNA MINDA 29 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
30 APLIKASI KBAT CAKNA MINDA Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan. Buktikan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
4.3 PELUASAN KUASA BRITISH DI JOHOR Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menilai peluasan kuasa British di Johor 31 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
32 PENGENALAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 01 02 03 04 Sistem pemerintahan dan pentadbiran Johor teratur sejak sebelum campur tangan British Kebijaksanaan pemerintah Johor membangunkan negeri, British tiada alasan meluaskan kuasa di Johor Johor telah mencapai tahap kemakmuran yang tinggi Penguasaan British terhadap Singapura menyebabkan kedudukan Johor terancam
33 KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN JOHOR Kemajuan, kemakmuran dan pemodenan yang dilaksanakan dalam pentadbiran jadi faktor penting Johor kekalkan kedaulatannya hingga tahun 1914 Johor terima kesan daripada pelaksanaan sistem pentadbiran Barat di Singapura secara tidak langsung Kebijaksanaan pemerintah dan pembesar Johor memajukan dan memakmurkan negeri, British tidak dapat manipulasi keadaan untuk campur tangan di Johor BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah Berlakunya perkembangan pesat dalam ekonomi komersial terutamanya dalam sektor pertanian Kemunculan golongan pentadbir yang komited dan jalankan tugas dengan berkesan makmurkan ekonomi Johor Pemodenan Johor dalam pelbagai bidang (pentadbiran, infrastruktur dan sosial) bawa kemajuan dan kemakmuran 02 01 04 03
34 STRATEGI BRITISH MENGUASAI JOHOR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 01 02 • Kemajuan ekonomi Johor - faktor British mula merangka strategi kuasai Johor • British bimbang kerana Johor menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat yang lain • British jalankan strategi secara tersusun untuk kuasai Johor • Peluasan kuasa British di Johor: Perjanjian manipulasi • Douglas Graham Campbell dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor • Pelantikan ini tukarkan taraf Johor daripada negeri bebas dan berdaulat kepada negeri naungan British • Perkembangan ini tidak jejaskan kedudukan Sultan Johor – British akui kedudukan dan kedaulatan sultan
35 STRATEGI BRITISH MENGUASAI JOHOR Perjanjian 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim - sekiranya jajahan Kesang hendak dijual oleh sultan, Kesang hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada British Perjanjian Setia 1885 antara Johor dengan British – Johor terima seorang ejen (peranan menyamai seorang pegawai Konsul dan lebih rendah daripada Penasihat). Hal ehwal luar dikawal oleh British Gabenor NNS (1879) cadangkan untuk tempatkan Residen British di Johor British manipulasi kedudukan kewangan Johor - tawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar kepada Johor (biayai pembinaan kereta api) - tidak berjaya cadangan tidak diterima - akan menjejaskan ekonomi Johor BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Gabenor NNS (1879) cadangkan British tempatkan Residen British di Johor 12 Mei 1914, Sultan Ibrahim tandatangan perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor NNS - jawatan Konsul yang sebelumnya ditempatkan di Johor ditukarkan kepada Penasihat Am British 01 02 04 03 06 05
36 KESIMPULANNYA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Kemampuan anak tempatan diterajui oleh Sultan Johor - dibantu oleh gandingan pemimpin berwibawa membolehkan Johor berjaya kekang asakan British Asakan berterusan ini gagal dihalang dan British berjaya luaskan kuasanya di Johor Sikap jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab pembesar Johor sangat penting dalam memastikan kedaulatan Johor terus terjamin Kewibawaan pemimpin amat penting dalam memperjuangkan maruah bangsa 01 02 03 04
Pentadbiran yang sistematik penting untuk kemajuan negara. Bincangkan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.4.7) CAKNA MINDA 37 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
38 APLIKASI KBAT CAKNA MINDA Pemimpin bijaksana rakyat sejahtera. Bahaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
4.4 SISTEM PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Merumuskan sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 39 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
40 LATAR BELAKANG NNMTB PENGENALAN Perjanjian Bangkok 1909 bawa perubahan dalam sejarah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kedudukan Johor berubah apabila menerima Penasihat Am (1914). 5 negeri ini dikenali sebagai NNMTB BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Pentadbiran NNMTB bersifat longgar, tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran tunggal Tiada perjanjian khas wujudkan “gabungan”, lebih bersifat membezakan pentadbiran 5 negeri ini dengan NNMB 5 negeri ini amalkan pemerintahan beraja yang bebas dan punya kuasa autonomi Raja di NNMTB punya kuasa lebih besar berbanding kuasa raja di NNMB Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua 5 negeri ini terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi NNMB (Gabenor NNS) Usaha British gabungkan kedua-dua sistem pentadbiran gagal kerana tentangan raja Melayu di NNMTB 01 02 03 05 04 06 07
41 PENTADBIRAN NNMTB 01 • Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan • Majlis Mesyuarat Negeri jalankan pentadbiran (dipengerusikan oleh raja) • Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. (1931, 3 orang pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis). • Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting PENTADBIRAN DI PERLIS 02 • Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan • Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan bertulis sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri • Majlis Mesyuarat Negeri jalankan pentadbiran yang diwujudkan sejak tahun 1905 • Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan • Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting PENTADBIRAN DI KEDAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
42 PENTADBIRAN NNMTB 03 • Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan • Sultan pengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British merupakan anggota Majlis • Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Pegawai Eropah dihadkan pegang jawatan tertentu sahaja • Menteri Besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri PENTADBIRAN DI KELANTAN 04 • Pentadbiran negeri berlandaskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (1911) • Undang-undang - ketetapan atau perundangan yang dilaksanakan tidak boleh dipinda • Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan • Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri - laksanakan pentadbiran kerajaan • Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Penglibatan pegawai Eropah dihadkan dalam pentadbiran PENTADBIRAN DI TERENGGANU 05 • Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 • Sultan tidak dibenarkan serah negeri kepada kuasa asing • Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar, Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu (menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi) • Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri bantu sultan jalankan pentadbiran. • Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan diberikan kepada orang Melayu yang berkelayakan bagi penuhi jawatan pentadbiran PENTADBIRAN DI JOHOR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
43 PERKEMBANGAN PENTADBIRAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Penerusan sistem pentadbiran tradisional Pengekalan kedudukan sultan Pengenalan birokrasi Barat 01 02 03 NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
44 1. PENGEKALAN KEDUDUKAN SULTAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Perubahan berlaku dalam sistem pentadbiran di NNMTB tidak ubah kedudukan sultan Sultan punya kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu Pembesar tiada hak kutip cukai dan pajak - diberikan elaun dan pencen Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri Kedudukan pembesar dikekalkan - bidang tugasnya telah berubah 01 02 03 04 05
45 2. PENERUSAN SISTEM PENTADBIRAN TRADISIONAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Sistem pentadbiran tradisional (Sistem Jemaah Menteri, Majlis Negeri) dan peraturan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan diteruskan 01 02 03 04 05 Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri British bantu melalui peminjaman pegawai daripada Perkhidmatan Awam NNMB dan NNS 5 negeri ini punya sistem perkhidmatan awamnya sendiri Kerajaan Kedah buat perjanjian dengan kerajaan British - semua jawatan perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah
46 3. PENGENALAN BIROKRASI BARAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Jabatan baharu diperkenalkan di setiap negeri Pasukan polis diwujudkan Urusan pentadbiran negeri amalkan cara Barat, mahkamah sivil diperkenalkan dan pegawai British dibawa masuk sebagai pegawai pentadbiran kerajaan Penasihat British tentukan dasar pentadbiran negeri sehingga kurangkan kuasa sultan dan pembesar 01 02 03 04
47 KESIMPULANNYA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Peluasan kuasa British di NNMTB bawa perubahan dalam sistem pentadbiran 01 02 03 04 Pembentukan sistem Penasihat British - asas penting peluasan kuasa British di 5 negeri ini Kedaulatan negeri masih dipegang oleh sultan - kuasa semakin terhakis Pembaharuan dan sistem pentadbiran yang sistematik - penentu kepada kemajuan dan pembangunan negara
Kewibawaan pemimpin penting dalam menjayakan perjuangan mempertahankan maruah bangsa. Bahaskan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.4.8) CAKNA MINDA 48 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
49 APLIKASI KBAT CAKNA MINDA Sistem Penasihat British dilaksanakan di NNMTB bukti British telah berjaya meluaskan kuasanya. Bincangkan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR
LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 4 “Work hard in silent. Let success do the noise” (Unknown) #USAHATANGGAKEJAYAAN #SELAMATMAJUJAYA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR