The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24063609, 2023-10-22 07:27:40

KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

KSSM SEJARAH TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula


BAB 1: KEDATANGAN KUASA BARAT SEJARAH TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 3 Strategi Kuasa Barat untuk Meluaskan Kuasa di Negara Kita Strategi Belanda untuk Menguasai Negara Kita Strategi British untuk Menguasai Negara Kita Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita Kestabilan Kemakmuran Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-16 Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-17 dan Ke-18 Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-19 dan Ke-20 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita Persaingan Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan KEDATANGAN KUASA BARAT


1.1 KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menerangkan kestabilan dan kemakmuran negara kita BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 4


5 1.1.1 KESTABILAN: SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR SOSIAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR • Negara kita mewarisi sistem beraja dan pentadbiran yang mantap • Sistem pentadbiran, perundangan dan struktur sosial masyarakat yang tersusun dan sistematik • Muafakat golongan pemerintah dengan orang yang diperintah menyebabkan hubungan luar dapat dijalinkan dengan berkesan PENGENALAN SISTEM BERAJA • Sistem pemerintahan beraja diwarisi dari KMM • Sultan mengetuai pentadbiran peringkat negeri, menjadi lambang kedaulatan negeri dan dibantu oleh kerabat diraja serta pembesar • Pembesar dilantik oleh sultan untuk tadbir jajahan dan daerah serta jaga keamanan, kemakmuran, kestabilan dan membantu kekalkan kedaulatan negeri • Penghulu ialah ketua kampung (mukim) yang sampaikan arahan raja atau pembesar PEMBESAR (JAJAHAN/ DAERAH) PENGHULU (MUKIM) SULTAN (NEGERI) SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA


6 1.1.1 KESTABILAN: SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR SOSIAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR Yamtuan Besar Undang Lembaga Buapak Anak Buah dan Ibu Soko HIERARKI PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN NEGERI SEMBILAN Hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan paling atas diketuai oleh Yamtuan Besar diikut oleh Undang, Lembaga, Buapak, Anak Buah dan Ibu Soko Individu yang mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok keluargaan yang diwakili. Ibu Soko terlibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan buapak IBU SOKO


7 1.1.1 KESTABILAN: SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR SOSIAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR SARAWAK Sistem Pemerintahan di Sarawak terbahagi kepada dua sistem iaitu Sistem Kesukuan dan Sistem Kesultanan SISTEM KESUKUAN SISTEM KESULTANAN SISTEM PEMERINTAHAN DI SARAWAK SABAH Sistem Pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga sistem iaitu Sistem Kesukuan, Sistem Kesultanan dan Sistem Ketua Bebas SISTEM KESUKUAN SISTEM KESULTANAN SISTEM KETUA BEBAS SISTEM PEMERINTAHAN DI SABAH


• Kestabilan negara kita dilihat melalui hubungan dengan negara luar dalam bentuk ekonomi, politik dan sosial • Pemerintah di negara kita berjaya memanfaatkan hubungan dengan pedagang British dan Belanda untuk kepentingan negeri masing-masing • Kebijaksanaan pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan mereka dapat meluaskan pengaruh, melindungi daripada ancaman musuh, memajukan ekonomi negeri dan menstabilkan sistem pemerintahan HUBUNGAN LUAR • Negara kita telah mempunyai sistem perundangan sendiri • Terdapat dua jenis undang-undang iaitu undangundang tidak bertulis dan undang-undang bertulis • Undang-undang tidak bertulis dikenali sebagai adat. ContohAdat Pepatih • Contoh undang-undang bertulis ialah Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak • Di Sarawak dan Sabah, peraturan hidup dan undang-undang berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara tradisi serta turun temurun melalui kepercayaan suku masing-masing PERUNDANGAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 8 1.1.1 KESTABILAN: PERUNDANGAN DAN HUBUNGAN LUAR


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 9 1.1.2 KEMAKMURAN: HASIL BUMI DAN HASIL ALAM HASIL BUMI DAN HASIL ALAM Negara kita juga dikenali sebagai pusat pengeluaran sumber hasil hutan seperti rempah ratus, damar dan rotan PUSAT PENGELUARAN HASIL HUTAN Masyarakat tempatan melombong emas dan bijih timah menggunakan kaedah mendulang dan melampan KEGIATAN MELOMBONG Negara kita kaya dengan bahan galian seperti bijih timah, emas dan perak BAHAN GALIAN Terkenal dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, kapur barus, rotan, damar, getah jelutong, kayu gaharu dan kayu cendana yang dijual kepada pedagang China, Jepun, Siam dan India HUTAN RIMBA NEGERI-NEGERI MELAYU, SARAWAK DAN SABAH Negara kita juga kaya dengan hasil laut seperti sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara HASIL LUAT


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 10 1.1.2 KEMAKMURAN: MEMANFAATKAN HASIL ALAM • Masyarakat tempatan mempunyai sifat kreatif dan berkemahiran tinggi dengan berjaya menghasilkan kraf tangan daripada sumber alam • Daun mengkuang, daun pandan, daun nipah dan buluh dianyam menjadi tikar atau bakul • Masyarakat Melayu juga mahir dalam bertukang kayu, membuat perabot daripada rotan dan menempa alat senjata tradisional • Di Sarawak, terdapat juga kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 11 1.1.2 KEMAKMURAN: SISTEM EKONOMI PERDAGANGAN DAN PELABUHAN • NNM menjalankan kegiatan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan di muara sungai yang strategik • Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat mengumpul barangan dari timur dan barat • Syahbandar dilantik bagi menguruskan pelabuhan • Pelbagai jenis rempah-ratus didagangkan seperti buah keras, kayu manis dan cengkih TIMBANG, SUKAT DAN UKUR • Masyarakat Melayu gunakan sukatan seperti kepul, leng, kal, cupak dan gantang • Kemudian mengambil sukatan dari padagang China menggunakan sistem kati, tahil dan pikul • Bagi emas dan perak, orang Melayu mengambil timbangan dari India iaitu saga, mayam, bungkal dan kati • Bila British sampai, muncul sukatan auns, paun, tan dan gelen MATA WANG • Pada mulanya, pedagang menggunakan sistem barter (tukar barang) dalam perdagangan • Kemudian mata wang digunakan iaitu wang logam yang diperbuat dari timah dan emas • Idea menggunakan mata wang dari logam timah atau emas dalam urus niaga menjadi ikutan NNM yang lain untuk keluarkan mata wang sendiri • Contoh mata wang emas Kedah, duit kijang dan duit pitih SISTEM CUKAI • Aktiviti perdagangan yang pesat mengembangkan bidang percukaian • Cukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil perlombongan, pertanian, hasil hutan dan perdagangan • Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan akan disalurkan untuk memakmurkan negeri


• Merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga • Kanak-kanak diajarkan kemahiran seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang dan menghasilkan kraf tangan • Ia juga diberi melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah, pantang larang, cerita berbentuk teladan dan pengajaran BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 12 1.1.2 KEMAKMURAN: KEGIATAN INTELEKTUAL PENDIDIKAN TIDAK FORMAL • Antara cerita rakyat yang diajarkan ialah Si Tanggang Anak Derhaka, yang mendidik anak tidak menderhaka kepada ibu bapa • Cerita Anjing dengan Bayang-bayang pula memberikan nasihat kepada seseorang supaya tidak tamak • Contoh pantun: Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah, Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah • Penduduk bumiputera di Sarawak dan Sabah menerima pendidikan tidak formal dan pendidikan formal • Matlamatnya membolehkan mereka berdikari apabila dewasa kelak • Di Sarawak, pendidikan tidak formal diperolehi melalui cerita lisan yang berkaitan dengan amalan dan kepercayaan turun temurun sesuatu etnik • Contohnya, cara berburu dan meramu hasil hutan • Di Sabah, pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga di tempat mereka tinggal • Mereka diajarkan kemahiran seperti bersawah, bertukang, berburu, memanjat, memancing dan menyumpit


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 13 1.1.2 KEMAKMURAN: KEGIATAN INTELEKTUAL PENDIDIKAN FORMAL ISTANA: Hal pentadbiran negara dan sistem politik. Contoh Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah Bagi masyarakat Melayu bercorak Islam, menekankan ilmu keagamaan dan dilaksanakan di masjid, surau, istana, pondok dan madrasah MASJID DAN SURAU: Pengajian merangkumi cara bacaan dalam solat, tajwid dan mempelajari hadis, fekah dan usuludin. Contoh Masjid Kampung Hulu, Melaka PONDOK: Mata pelajaran yang diajarkan ialah al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab MADRASAH: ada sukatan pelajaran, dilaksanakan secara kelas, mempunyai tahap, diawasi mudir dan diselia jawatankuasa kewangan Di Sarawak, dijalankan di masjid dan sekolah agama. Etnik beragama Islam belajar membaca alQuran, menulis tulisan jawi dan cara beribadat yang diajarkan oleh guru al-Quran, imam dan lebai Di Sabah, pendidikan formal amat terhad. Etnik beragama Islam belajar membaca al-Quran dan belajar menulis jawi di surau, pondok dan rumah guru agama Bahasa Melayu dan tulisan jawi berkembang pesat menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca dalam perdagangan di Alam Melayu membuktikan ia kemampuan menyampaikan ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang tinggi Penulisan karya kesusasteraan juga berkembang membuktikan orang tempatan mempunyai cendekiawan yang menghasilkan kitab dan karya kesusasteraan bermutu tinggi contoh Tuhfat al-Nafis, Misa Melayu, Hikayat Datuk Merpati Jepang dll


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 14 Memanfaatkan sumber kekayaan negara penting untuk memajukan dan memakmurkan negara. Bincangkan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.1.5) CAKNA MINDA


1.2 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT KE NEGARA KITA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menghuraikan faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 15


• Pada tahun 1600, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ditubuhkan di England • SHTI diberikan hak monopoli perdagangan rempah di Kepulauan Melayu oleh kerajaan British • Pada tahun 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan diberikan hak monopoli perdagangan di Timur • Pada tahun 1664, Perancis menubuhkan Syarikat Hindia Timur Perancis untuk berdagang di Asia Tenggara • Kestabilan dan kemakmuran negara kita menyebabkan kuasa-kuasa Barat berminat memiliki kekayaan tersebut PENGENALAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 16 1.2.1 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT KE NEGARA KITA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 17 1.2.1 KRONOLOGI KEDATANGAN KUASA BARAT KE ALAM MELAYU PENJAJAHAN EROPAH KE LUAR BENUA Bermula dengan pelibatan Portugis dan Sepanyol SEPANYOL Menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah pada abad ke-16 dan menjadi kuasa ulung di Eropah kerana memiliki kekayaan hasil beberapa buah koloninya ABAD KE-17 Kebangkitan kuasa Barat seperti Belanda, British dan Perancis sebagai kuasa penjajah untuk merebut kekayaan serta tanah jajahan PENJELAJAHAN PORTUGIS Membawa mereka ke Asia dan mereka berjaya bina empayar perdagangan dan kuasai jalan perdagangan di Lautan Hindi ABAD KE-16 Merupakan zaman kegemilangan Portugis dan Sepanyol 01 03 05 02 04


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 18 1.2.2 KEDATANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-16 • Kuasa Barat berminat untuk dapatkan bahan seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak, batu permata, gading dan hasil hutan • Orang Eropah perlu dapatkan barangan mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar BARANGAN MEWAH • Syarikat perdagangan Eropah perlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara China dan India • Kerana China hanya mahukan emas, bijih timah dan rempahratus yang hanya terdapat Kepulauan Melayu sebagai tukaran • Angin monsun barat daya dan angin monsun timur laut berperanan penting tentukan masa pelayaran • Kuasa Barat perlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun • Pelabuhan persinggahan di Alam Melayu diperlukan untuk memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan membaiki kapal sebelum ke Canton • Agama merupakan faktor penting penajajahan kuasa Barat ke negara kita • Matlamat penjajahan kuasa Barat ialah untuk kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran PUSAT PENGUMPULAN BARANG PELABUHAN PERSINGGAHAN AGAMA KRISTIAN


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 19 1.2.3 KEDATANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-17 DAN KE-18 Dengan mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat bekalkan bahan mentah bagi keperluan kilang secara berterusan PERUBAHAN DASAR KUASA-KUASA BARAT Negara Eropah lain seperti Jerman dan Perancis menjadi negara industri seperti Britain MENJELANG 1870-AN Kerana Revolusi Perindustrian membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran supaya barangan dapat dipasarkan dan keuntungan dapat dimaksimumkan MENCARI KAWASAN PASARAN YANG LUAS REVOLUSI PERINDUSTRIAN Sejak abad ke-17 BERLAKU DI BRITAIN


FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 DAN ABAD KE-20 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 20


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 21 1.2.3 KEDATANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 DAN KE-20 8 1 2 6 5 4 3 ABAD KE-19 DAN ABAD KE-20 KESUBURAN TANAH DAN KEKAYAAN HASIL BUMI • Negara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman eksport seperti getah, tebu dan tembakau • Negara kita kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas, petroleum dan arang batu INDUSTRI MENGETIN • Ciptaan baharu di Amerika Syarikat (AS) perlukan bijih timah seperti industri mengetin makanan dan minuman, membuat tong minyak dan bumbung rumah • kesannya harga timah melambung tinggi PEMBUKAAN TERUSAN SUEZ • Menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah yang mempercepatkan urusan perdagangan • Perdagangan antara Alam Melayu dengan benua Eropah pesat PERKEMBANGAN INDUSTRI KERETA • Kemunculan perusahaan kereta dan ciptaan tayar menambah permintaan getah asli selain menjadi bahan penting dalam perusahaan penebat barang elektrik PENCIPTAAN KAPAL WAP • Pada abad ke-19 menjadikan penggunaan kapal wap penting kerana dapat membawa muatan yang banyak, perjalanan yang cepat dan menjimatkan kos menjadikan penghantaran barang dagang semakin mudah dan murah PERSAINGAN KUASA BARAT • Wujud persaingan antara Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol dan AS untuk dapatkan tanah jajahan dan wilayah takluk di luar Eropah SLOGAN “BEBAN ORANG PUTIH” • Bermaksud tanggungjawab mereka untuk bantu dan berikan kesejahteraan kepada penduduk wilayah yang dijajah bagi mewajarkan tindakan mereka 7 PENCIPTAAN TELEGRAF • Membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan AS berhubung dengan ejen dan wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat dan pelibatan Tanah Melayu menjadi penting dalam pasaran antarabangsa


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 22


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 23 Nilai dan semangat berkerjasama penting dalam menjamin kemakmuran negara. Bincangkan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.1.6) CAKNA MINDA


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 24 Terusan Suez meningkatkan kegiatan perdagangan di Alam Melayu. Bahaskan.


1.3 PERSAINGAN KUASA BARAT UNTUK MENDAPATKAN TANAH JAJAHAN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menganalisis persaingan antara kuasa Barat untuk mendapatkan tanah jajahan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 25


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 26 1.3.1 PERSAINGAN KUASA BARAT UNTUK DAPAT TANAH JAJAHAN British jadikan Kesultanan Brunei sebagai sebuah negeri naungan British SULU Sepanyol menakluki Kesultanan Sulu British berusaha dapatkan Timor Leste HINDIA TIMUR Belanda berusaha dapatkan seluruh Kepulauan Hindia Timur SABAH SBUB membeli wilayah-wilayah Sabah daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu BRUNEI TIMOR LESTE SARAWAK Keluarga Brooke kuasai wilayah Sarawak sehingga ke sempadan Brunei (1853-1905) TERENGGANU P.LANGKAWI UJUNG SALANG SEGENTING KRA Perancis meluaskan kuasanya di Indochina dan rancang membina terusan di Segenting Kra Rusia berhasrat buka petempatan di Ujung Salang Jerman berusaha dapatkan Pulau Langkawi Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu


APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.1.7) CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 27 Berwaspada dengan unsur luar yang boleh menggugat kedaulatan negara penting demi kesejahteraan rakyat serta negara. Bincangkan.


1.4 PERBEZAAN STRATEGI KUASA BARAT UNTUK MENGUASAI NEGARA KITA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menunjukkan perbezaan strategi kuasa Barat untuk menguasai negara kita BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 28


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 29 1.4.1 PERBEZAAN STRATEGI KUASA BARAT KUASAI NEGARA KITA PENGENALAN BRITISH Menggunakan strategi yang lebih berdiplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat PERTUKARAN DASAR KERAJAAN BRITAIN Pada 1873, Parti Konservatif ambil alih kerajaan Britain dari Parti Liberal dan kenalkan dasar campur tangan British dalam pentadbiran NNM akibat desakan pedagang untuk melindungi kepentingan pelaburan mereka BELANDA Menggunakan strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk dapatkan wilayah jajahan SIR ANDREW CLARKE Mencari alasan untuk memaksa pemerintah tempatan menerima naungan dan campur tangan British untuk meluaskan kuasanya di NNM, Sarawak dan Sabah PORTUGIS Menggunakan strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka KERAJAAN BRITAIN PUTUSKAN Untuk campur tangan dalam hal ehwal NNM untuk menjaga kepentingan ekonomi British dan menghantar Sir Andrew Clarke gantikan Gabenor Harry Ord


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 30 1.4.2 STRATEGI BELANDA KUASAI NEGARA KITA • Mengadakan perjanjian dengan Perak untuk dapatkan bijih timah (1650) • Mengadakan perjanjian dengan Selangor (1786) dan Sultan Ibrahim bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda • Berperang dengan penduduk tempatan di Pulau Pangkor (1650) dan di Kuala Perak (1651) kerana dasar monopoli bijih timah Belanda • Berperang dengan Angkatan Selangor dan Rembau (1763) kerana bimbang penguasaan Selangor ke atas Selat Melaka • Berperang dengan Johor (1782) kerana perselisihan perdagangan • Berperang dengan Angkatan Johor dan Selangor (1784) kerana masalah perebutan perairan Selat Melaka • Berperang dengan Angkatan Selangor di Kuala Selangor (1784 dan 1785) SERANGAN FIZIKAL PERJANJIAN • Mengadakan pakatan dengan Johor (1641) dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka • Mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 PAKATAN


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 31 1.4.3 STRATEGI BRITISH KUASAI NEGARA KITA 02 • Untuk dapatkan Pulau Pinang, Francis Light melakukan tipu helah terhadap Sultan Kedah TIPU HELAH 04 • British ugut/ desak sultan menerima residen di Selangor dan Pahang sebagai penasihat pentadbiran negeri • James Brooke desak Sultan Brunei dan menuntut diiktiraf sebagai Raja Sarawak UGUTAN/ DESAKAN 06 • Melalui pajakan dan pemberian piagam Syarikat British Utara Borneo, British meluaskan kuasanya di Sabah PAJAKAN 01• British dapatkan Singapura • Gunakan konfilk perebutan takhta (1871) untuk campur tangan di Perak • Gunakan kejadian lanun rompak kapal dagang British dan serangan rumah api di Tanjung Rachado untuk campur tangan di Selangor • Gunakan konflik antara dua pembesar di Sungai Ujong untuk campur tangan di Negeri Sembilan MANIPULASI 03 • Untuk dapatkan Melaka, British mengadakan perjanjian dengan Belanda melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 di mana Belanda dapat Bangkahulu sebagai ganti PAKATAN 05 • Desak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Besar Seri Menanti dan Sultan Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British • Perjanjian antara Sultan Brunei dan James Brooke yang iktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka PERJANJIAN 07 • Menyerang Naning pada 1831 dan 1832 • Membedil Kuala Terengganu dan minta Sultan Omar tidak campur dalam perang saudara di Pahang dan masalah perebutan takhta Sultan Mahmud Lingga SERANGAN FIZIKAL


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 32 Kebijaksanaan berfikir secara strategik penting untuk berjaya dalam kehidupan. Bincangkan. APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.1.8) CAKNA MINDA


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR 33 Tindakan Belanda dan British menggunakan pelbagai strategi seperti peperangan, ugutan dan tipu helah wajar dicontohi oleh negara kita dalam usaha memajukan negara. Bersetujukah anda? Jelaskan jawapan anda.


~Usah difikir Letihnya Usaha, Tetapi Fikirlah Manisnya Kejayaan~ LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 1 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR #USAHATANGGAKEJAYAAN #SELAMATMAJUJAYA


35 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan 1. Antara berikut yang manakah merupakan peranan sultan dalam pentadbiran kerajaan Melayu? A. Ketua perlembagaan B. Lambang kedaulatan negeri C. Ketua kawasan naungan D. Ketua peperangan 2. Apakah tugas utama pembesar jajahan dan negeri? A. Menasihati sultan dalam pentadbiran B. Mempertahankan kedaulatan negeri C. Mengendalikan pendidikan agama D. Melantik bakal pengganti sultan 3. Pembesar X berperanan menyampaikan arahan sultan, pembesar dan menjaga keamanan kampung. X ialah... A. Penghulu Bendahari B. Ketua Hakim C. Bendahara D. Penghulu 4. Apakah kepentingan pendidikan tidak formal dalam pendidikan masyarakat di negeri-negeri Melayu? A. Mengukuhkan ikatan keluarga B. Melahirkan pahlawan bangsa C. Menjadi tokoh yang berpengaruh D. Melahirkan pekerti mulia


36 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan 5. Apakah tujuan kedatangan orang Eropah ke Alam Melayu pada abad ke-16? A. Mengaut keuntungan B. Menyebarkan ilmu pengetahuan C. Memajukan ekonomi penduduk tempatan D. Perkenalkan sistem pemerintahan moden 6. Apakah kesan pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap terhadap Alam Melayu pada abad ke-19? A. Taraf hidup penduduk tempatan meningkat B. Pelaburan modal Eropah bertambah C. Pengenalan sistem pendidikan moden D. Industri tempatan berkembang pesat 7.Antara berikut yang manakah merupakan strategi Belanda untuk meluaskan kuasanya di negara kita? A. Manipulasi B. Pajakan C. Ugutan D. Serangan Fizikal 8. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan persaingan kuasa Barat untuk mendapatkan tanah jajahan? A. Portugis berusaha dapatkan Kesultanan Sulu B. Amerika Syarikat berusaha dapatkan Pulau Langkawi C. Jerman berusaha dapatkan Ujong Salang D. Perancis luaskan kuasa di Indochina


37 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 1. Usaha menentang British oleh penduduk tempatan turut melibatkan penggunaan senjata. Gambar 1 a) Namakan senjata dalam Gambar 1 (1m) ……………………………………………………………… b) Apakah kegunaan senjata tersebut? (1m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Nyatakan strategi yang digunakan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menguasai negara kita. (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Sejauhmanakah strategi yang digunakan oleh kuasa Barat untuk menguasai negara kita berjaya? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. e) Perkembangan teknologi mempengaruhi sistem pertahanan negara. Bincangkan (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ……………………………………………………………….


38 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN JOHOR SOALAN ESEI Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 2. Kestabilan dan kemakmuran negara kita menyebabkan kuasa-kuasa Barat berminat untuk memiliki kekayaan tersebut dan melakukan penjajahan di luar benua Eropah yang bermula dengan penubuhan syarikat perdagangan. a) Jelaskan latar belakang penubuhan syarikat-syarikat perdagangan Eropah. (4m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… b) Terangkan faktor kedatangan syarikat-syarikat tersebut ke Asia Tenggara pada abad ke-17 dan ke-18. (8m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Kedatangan syarikat perdagangan Eropah menggugat kedaulatan negara kita. Bersetujukah anda? Jelaskan jawapan anda. (8m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ……………………………………………………………….


TERIMA KASIH BPK Peneraju Pendidikan Negara Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula Unit Sejarah +603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/


Click to View FlipBook Version