The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24063609, 2023-10-22 07:54:12

KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

KEGAGALAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 51 01 02 03 04 05 06 FAKTOR ISTANA British gunakan istana untuk padamkan kebangkitan masyarakat tempatan SOKONGAN tidak menyeluruh, kurang sokongan daripada istana KELEMAHAN TEKNOLOGI senjata Barat lebih canggih berbanding dengan senjata masyarakat tempatan KELEMAHAN STRATEGI British guna pelbagai strategi atasi kebangkitan masyarakat tempatan seperti: • kekuatan tentera • senjata moden • pecahbelahkan pakatan • gunakan istana • tipu daya PAKATAN BRITISH-BELANDA bekerjasama untuk padamkan kebangkitan masyarakat tempatan PENENTANGAN BERSIFAT SETEMPAT tidak meluas ke seluruh negeri


7.3 KESIMPULAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 52 kisah perjuangan masyarakat tempatan tentang kedatangan British perlu dijadikan iktibar oleh generasi muda pada masa ini. Kebangkitan masyarakat tempatan mudah ditewaskan oleh British kerana kelicikan mereka susun strategi oleh itu, kita harus hargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit tentang British 02 01


ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK (K8.1.7) Permuafakatkan membawa kepada kejayaan dalam perjuangan. Bahaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 53


CAKNA MINDA APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 54 British berjaya memecahbelahkan permuafakatan yang terbina dalam kalangan pembesar Melayu. Buktikan.


7.4 KESAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Merumus kesan penentangan masyarakat tempatan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 55


PENGENALAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 56 01 penentangan masyarakat tempatan berikan kesan kepada kedua-dua belah pihak iaitu: 1. kesan kepada pentadbiran British 2. kesan kepada masyarakat tempatan


KESAN TERHADAP PENTADBIRAN BRITISH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 57 • British rugi 100,000 Pound Sterling dalam Perang Naning dan belanjakan 400,000 Pound Sterling dalam Perang Perak • British juga alami kerugian 7000 Pound Sterling dalam Perang Pahang KERUGIAN AKIBAT PEPERANGAN • British lantik Residen berpengalaman, bijaksana, fasih berbahasa Melayu, pandai ambil hati dan kuasai adat resam tempatan • British tubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) - ahli dilantik oleh sultan daripada cadangan Residen • MMN jadi badan penasihat sultan dan luluskan “Perintah atau Peraturan Sultan dalam Majlis Mesyuarat” BRITISH LEBIH BERHATI-HATI DALAM SISTEM PENTADBIRAN • pegawai British di NNM mesti tahu adat istiadat Melayu • 1905 - tubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak • beri peluang kepada aristokrat Melayu sertai PerkhidmatanAwam Tanah Melayu (Malayan Civil Service - MCS) • tubuhkan Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service - MAS) libatkan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan BRITISH MEROMBAK SEMULA SKIM PENEMPATAN PEGAWAI 04 01 02 03 • British kuasai seluruh negeri Melayu • Dinasti Brooke berjaya luaskan pengaruh dan wilayahnya di Sarawak • SBUB kuasai Sabah (Borneo Utara) PEMANTAPAN KUASA BARAT


KESAN TERHADAP MASYARAKAT TEMPATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 58 • hilang jawatan dan kedudukan - Dol Said, Dato’ Bahaman dan Sharif Masahor • hilang jiwa - Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh dan Tok Janggut • buang negeri - Sultan Abdullah, Raja Ismail, Ngah Ibrahim dan Haji Abdul Rahman Limbong KESAN TERHADAP PEMERINTAH DAN PEMBESAR TEMPATAN 01 02 03 • British kenalkan Durbar - beri peluang kepada sultan, Ahli Mesyuarat Negeri dan pembesar Melayu suarakan pandangan berkaitan perkara libatkan kepentingan bersama • persidangan Majlis Mesyuarat Negeri, bahasa Melayu - bahasa rasmi persidangan dan gunakan tulisan jawi dalam urusan surat-menyurat KEDUDUKAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU DIBERI PERHATIAN • keberanian mereka jadi inspirasi kepada pejuang bangsa • berikan semangat kepada pejuang kemerdekaan MENJADI INSPIRASI KEPADA PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH AIR


7.4 KESIMPULAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 59 sistem pentadbiran Barat sebabkan penderitaan dan penghinaan dalam kalangan penduduk tempatan. Kekayaan tanah air telah dirampas oleh British dan masyarakat tempatan ditindas demi kembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, masyarakat tempatan bangkit berjuang tentang British yang gunakan pelbagai strategi (tipu helah, manipulasi, pengaruh istana dan kuatkuasakan undang-undang) - gagalkan kebangkitan rakyat tempatan 02 01 pejuang-pejuang negara ini dijatuhi hukuman mati, dibuang negeri, dipenjara, harta benda mereka dirampas dan kampung halaman mereka dibakar sehingga jadi padang jarak padang tekukur. Semangat perjuangan mereka dikagumi dan jadi inspirasi kepada generasi masa kini dan yang akan datang 03


ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK (K8.1.8) Tokoh tempatan wira negara. Bersetujukah anda? Jelaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN JPN PERAK JPN PERAK 60


CAKNA MINDA APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK 61 Generasi muda perlu bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara pada masa akan datang. Bincangkan.


LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 7 “IF THERE IS NO STRUGGLE, THERE IS NO PROGRESS” (Frederick Douglass) #USAHATANGGAKEJAYAAN #SELAMATMAJUJAYA 62 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK


1. Apakah tindakan British setelah arahan untuk Naning membayar ufti diingkari oleh Dol Said? A. Menduduki Naning B. Membunuh Dol Said C. Merampas hasil penduduk D. Memulaukan wilayah Naning 2. Bagaimanakah Sultan Abdullah berusaha mengembalikan kuasanya apabila J.W.W. Birch menjadi Residen Perak? A. Menandatangani perjanjian B. Memodenkan sistem pentadbiran C. Mengadakan pakatan dengan pembesar D. Menjalin kerjasama dengan kuasa Barat 3. Mengapakah British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk mematahkan kebangkitan Tok Janggut pada tahun 1915? A. Menghormati sultan B. Kuasa mutlak sultan C. Mengekalkan kuasa sultan D. Kesetiaan rakyat kepada sultan 4. “Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada orang Eropah” Mengapa Rentap yakin menyatakan sedemikian? A. Pengikut yang ramai B. Kubu pertahanan yang kukuh C. Taktik serangan yang berkesan D. Kelengkapan perang yang moden Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 63 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK


5. Rundingan antara Yamtuan Antah dengan Gabenor Negeri-negeri Selat, William Jervois telah diadakan pada bulan Mei 1876. Apakah kesan rundingan tersebut? A. British berundur dari Seri Menanti B. Yamtuan Antah dibuang negeri ke Melaka C. Yamtuan Antah memperkukuh kubu pertahanan D. Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti 6. Siapakah yang mengetuai penentangan masyarakat tempatan terhadap British? I. Golongan bangsawan tempatan II. Pembesar-pembesar tempatan III. Ketua kampung IV.Pemimpin agama A. I dan II B. I dan IV C. I, II dan III D. I, III dan IV 7. Antara berikut yang manakah merupakan bentuk penentangan Masyarakat tempatan terhadap British? I. Penentangan bersenjata II. Mencabar perjanjian III. Menggunakan sistem IV.Perundangan Peperangan A. I dan II B. I dan IV C. I, II dan III D. I, III dan IV 8. Antara berikut yang manakah merupakan pemimpin tempatan yang terlibat dalam penentangan bersenjata terhadap British? I. Dol Said di Naning II. Rentap di Sarawak III. Dato’ Maharaja Lela di Perak IV.Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu A. I dan II B. I dan IV C. I, II dan III D. I, III dan IV Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 64 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK


9. Sistem pentadbiran Barat memberikan kesan kepada kuasa pemerintahan di negeri berikut iaitu I. Pahang II. Perlis III. Kedah IV.Sabah A. I dan II B. I dan IV C. I, II dan III D. I, III dan IV 10. Apakah kesan sistem pentadbiran Barat terhadap kehidupan masyarakat tempatan? A. Membawa kesengsaraan kepada rakyat B. Memajukan ekonomi setempat C. Perpecahan masyarakat tempatan D. British berkuasa 11. Antara berikut yang manakah merupakan kekuatan strategi penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat? I. Muafakat II. Strategi perang jitu III. Kubu pertahanan kukuh IV. Penggunaan teknologi senjata A. I dan II B. I dan IV C. I, II dan III D. I, III dan IV 12. Antara berikut yang manakah merupakan faktor kegagalan penentangan masyarakat tempatan terhadap British? I. Penentangan bersifat setempat II. British gunakan Istana III.British berpakat dengan Belanda IV.British rombak penempatan pegawai A. I dan II B. I dan IV C. I, II dan III D. I, III dan IV Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 65 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK


9. Sistem pentadbiran Barat memberikan kesan kepada kuasa pemerintahan di negeri berikut iaitu I. Pahang II. Perlis III. Kedah IV.Sabah A. I dan II B. I dan IV C. I, II dan III D. I, III dan IV 1. Campur tangan kuasa Barat di negara kita membawa perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan yang akhirnya menyebabkan rakyat tempatan bangkit menentang British Gambar 1 a) Mengapakah rakyat tempatan tidak puas hati dan menentang perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan yang dilakukan oleh British (2m) .......………….………………………………………………… …………………………………………………………………. b) Nyatakan matlamat penentangan/perjuangan masyarakat tempatan terhadap kuasa British? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Senaraikan 3 bentuk penentangan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan. (3m) ……………………………………………………………….. ……………………………………………………………….. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Perjuangan masyarakat tempatan menentang British memberikan inspirasi kepada generasi muda. Bincangkan. (3m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN STRUKTUR 66 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK


2. Masyarakat tempatan bangkit menentang British dengan menggunakan pelbagai strategi a) Nyatakan 2 kekuatan strategi penentangan oleh masyarakat tempatan (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… b) Senaraikan 2 kelemahan strategi pemimpin tempatan yang membawa kegagalan terhadap penentangan (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Jelaskan faktor kegagalan penentangan masyarakat tempatan terhadap British. (3m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Penentangan terhadap British memberikan kesan terhadap masyarakat tempatan. Buktikan (3m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN STRUKTUR 67 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK


1. Sistem pentadbiran Barat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat negara kita dan menyebabkan hak kehidupan mereka terjejas a) Jelaskan sistem cukai yang dikenakan oleh British terhadap masyarakat tempatan (8m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. b) Perubahan baharu dalam pentadbiran British bertentangan dengan nilai tempatan dan menyebabkan masyarakat tempatan mendapat layanan yang tidak adil. Buktikan. (6m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Jelaskan iktibar yang diperolehi daripada perubahan sistem pentadbiran British (6m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN ESEI 68 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK


Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN PERAK Unit Sejarah +603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/


Click to View FlipBook Version