KSSM SEJARAH TINGKATAN 2 WARISAN NEGARA Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
BAB 6 KESULTANAN JOHOR RIAU SEJARAH TINGKATAN 2 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau 6.2 Kegemilangan Kerajaan • Pengasasan • Pusat Pemerintahan • Cabaran Ke Arah Kegemilangan ✔ Persaingan Johor-Acheh-Portugis ✔ Perang Johor-Jambi ✔ Konflik pembesar ✔ Ancaman Raja Kechil • Strategi Menghadapi Cabaran ✔ Pemindahan pusat pemerintahan ✔ Membina kota pertahanan ✔ Menjalinkan hubungan dengan Belanda KESULTANAN JOHOR RIAU • Pusat Perdagangan yang Unggul ✔ Kedudukan strategik ✔ Tumpuan para pedagang ✔ Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang dagangan ✔ Kesibukan pelabuhan Johor Riau • Pengurusan Pelabuhan ✔ Kemudahan pelabuhan ✔ Urusan jual beli ✔ Sistem naungan ✔ Peranan Orang Laut ✔ Kemudahan membaiki dan membina kapal • Pusat Persuratan ✔ Karya agung ✔ Tokoh persuratan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
6.1 PENGASASAN KESULTANAN JOHOR RIAU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Memerihalkan pengasasan Kesultanan Johor Riau BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PENGENALAN • Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka (KMM) • Kerajaan ini mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan KMM • Kesultanan Johor Riau teruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PENGASASAN Pengasasan Kerajaan ❑ Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah ❑ Baginda gunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564) ❑ Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan himpunkan rakyat untuk buka negeri di pesisir Sungai Johor
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PEMERINTAHAN 1. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua ❑ Sultan Alauddin Riayat Shah I bina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528 ❑ Kedudukan Kota Kara terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam mudahkan kapal untuk keluar masuk ❑ Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara jadi benteng pertahanan daripada ancaman luar
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PEMERINTAHAN 2. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang ❑ Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535 ❑ Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan buka pusat pemerintahan di Kota Sayong ❑ Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PEMERINTAHAN 3. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama ❑ Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I pindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama ❑ Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu ❑ Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam mudahkan kemasukan kapal dagang
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kedaulatannya. Antara cabaran tersebut termasuklah: ❑ persaingan Johor-Acheh-Portugis ❑ Perang Johor-Jambi ❑ konflik pembesar ❑ ancaman Raja Kechil
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN 1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis ❑ Berlaku peperangan antara tiga kuasa ini untuk kuasai perdagangan di Selat Melaka ❑ Perang ini dikenali sebagai Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun ❑ Peperangan ini berakhir apabila Johor berikan bantuan kepada Belanda untuk kalahkan Portugis dan kuasai Melaka pada tahun 1641 ❑ Acheh pula malami kemerosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani Acheh serang Johor kerana perdagangan Acheh tergugat. Johor serang Portugis di Melaka kerana hendak rampas semula Melaka daripada Portugis. Acheh serang Portugis di Melaka kerana Portugis hendak kuasai perdagangan Acheh.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN 2. Perang Johor - Jambi ❑ Johor tuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi ❑ Krisis dan peperangan berlaku dari tahun 1659 hingga 1679 ❑ Johor serang Jambi pada bulan Jun 1679 ❑ Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN ❑ Konflik berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk kuasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau ❑ Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu ❑ Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau ❑ Tun Habib meninggal dunia dan dikenali dengan gelaran Bendahara Padang Saujana ❑ Jawatan Bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil 3. Konflik Pembesar
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN 4. Ancaman Raja Kechil ❑ Raja Kechil serang Johor pada tahun 1718 kerana tuntut takhta kerajaan Johor ❑ Baginda dakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) (1685-1699) dan isytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau - gunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah ❑ Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV minta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk usir Raja Kechil ❑ Raja Kechil dapat dikalahkan pada 4 Oktober 1722. ❑ Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor - gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760) ❑ Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR STRATEGI MENGHADAPI CABARAN 1. Pemindahan Pusat Pemerintahan ❑ Sebahagian besar pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor ❑ Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685), kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat pemerintahan yang baharu ❑ Pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat pertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR STRATEGI MENGHADAPI CABARAN 2. Membina Kota Pertahanan Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri Kota Kara ❑ Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I ❑ Terletak di Kuala Sungai Telor ❑ Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter) ❑ Diperkuatkan dengan bedil dan meriam
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR STRATEGI MENGHADAPI CABARAN 3. Menjalinkan Hubungan dengan Belanda ▪ Kepemimpinan Kesultanan Johor Riau kekalkan kedaulatan kerajaan dengan adakan perjanjian persahabatan dengan pihak Belanda ▪ Dasar berbaik-baik dengan Belanda dilakukan sebagai strategi untuk hadapi ancaman daripada Portugis di Melaka dan Acheh ❑ Hubungan Johor - Belanda (1602) - Belanda tawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597-1615) untuk lindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh ❑ Perjanjian Johor - Belanda ditandatangani pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas kapal Belanda bernama Oranje
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR STRATEGI MENGHADAPI CABARAN 3. Menjalinkan Hubungan dengan Belanda ❑ Belanda minta bantuan Johor untuk serang Melaka ❑ Johor ambil bahagian dalam perang Belanda-Portugis dengan berikan bantuan yang berikut: ✔ bantu mengangkut peralatan perang ✔ buat tapak meriam ✔ gali parit kubu ✔ sekat musuh lari ke dalam hutan ✔ naikkan semangat tentera Belanda ❑ Johor bantu Belanda kepung dan serang Portugis di Melaka sejak 2 Ogos 1640 ❑ Portugis di Melaka berjaya ditewaskan pada Januari 1641
APLIKASI KBAT 19 Kelangsungan warisan pentadbiran negara penting dalam mempertahankan kedaultanan negara. Bincangkan. ELEMEN K (K6.2.5) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
APLIKASI KBAT 20 Pada pendapat anda, mengapakah pemerintah Kesultanan Johor Riau sering memindahkan pusat pemerintahan? CAKN A MIND A BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Menghuraikan kegemilangan Kesultanan Johor Riau BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU ❑ Kesultanan Johor Riau muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan unggul di Alam Melayu ❑ Kerajaan ini capai kegemilangannya dalam aspek perdagangan dan persuratan Melayu ❑ Kerajaan ini berusaha hidupkan kembali tradisi perdagangan kerajaan di Alam Melayu dengan Arab, India dan China Pengenalan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL 1. Kedudukan Strategik ❑ Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar - Sungai Johor yang lebar dan dalam ❑ Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka - kawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat ❑ Pelabuhan Riau terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik - tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL 2. Tumpuan Para Pedagang ❑ Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris ❑ Pedagang Jawa jadikan Johor - pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka ❑ Pedagang Siam pasarkan hasil pertanian seperti beras ❑ Jadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL 3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan Pelabuhan Johor Riau - pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab ❑ Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor - lada hitam, bijih timah dan emas ❑ Bijih timah - dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera ❑ Lada hitam - dari Jambi ❑ Emas - dari Inderagiri ❑ Barang tempatan lain - kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam - dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning dan Rembau
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL 3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan ❑ Pelabuhan Batu Sawar - pusat perdagangan untuk barangan yang dibawa dari China ✔ Antaranya benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga ❑ Pedagang Jawa - beras ❑ Pedagang Gujerat - kain, wangian dan manik ❑ Johor dapat bekalan beras yang diniagakan oleh pedagang Siam
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL 4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau ❑ Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau ❑ Antara kapal yang berlabuh di Riau - kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PENGURUSAN PELABUHAN Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau kendalikan barang dagangan dan kemampuannya bekalkan semula kapal dengan cepat dan murah, merupakan antara faktor utama yang menjadikan pelabuhannya sebagai pelabuhan entrepot
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PENGURUSAN PELABUHAN 1. Kemudahan Pelabuhan ❑ Sediakan gudang bawah tanah untuk simpan barangan bagi elakkan daripada kebakaran ❑ Sediakan pegawai terlatih untuk kendalikan urusan perdagangan ❑ Bekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan rempah-ratus
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PENGURUSAN PELABUHAN 2. Urusan Jual Beli ❑ Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan gunakan mata wang ❑ Sultan Alauddin Riayat Shah I perkenalkan: ✔ wang emas – mas ✔ wang perak – kupang ✔ wang timah – katun ❑ Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan ❑ Syahbandar merupakan pembesar bertanggungjawab urus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan ❑ Cukai pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah berpatutan ❑ Syahbandar tetapkan ukuran dan berat timbangan barangan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PENGURUSAN PELABUHAN 3. Sistem Naungan ❑ Pedagang luar dan pedagang tempatan dapat naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu ❑ Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang berikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan ❑ Melalui sistem ini pedagang mudah dapat surat kebenaran daripada Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PENGURUSAN PELABUHAN 4. Peranan Orang Laut ❑ Ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka ❑ Terlibat kawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan jadi tentera angkatan laut
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PENGURUSAN PELABUHAN 5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal ❑ Pelabuhan di Johor punyai kemudahan baiki dan bina kapal bersaiz kecil ❑ Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal ❑ Mereka membuat kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang ❑ Kemahiran ini telah bantu majukan Kesultanan Johor Riau
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERSURATAN Pengenalan ❑ Penghasilan karya persuratan buktikan Kesultanan Johor Riau juga tidak ketandusan dengan karya agung dan tokoh persuratan yang berkaliber ❑ Batu Sawar dan Pulau Penyengat, Riau mainkan peranan penting dalam perkembangan penulisan karya persuratan berkaitan kerajaan Melayu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERSURATAN Karya Agung ❑ Kesultanan Johor Riau banyak hasilkan karya agung ❑ Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu cetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu ❑ Karya agung lambang pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang mencerminkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERSURATAN Karya Agung – Sulalatus Salatin ❑ Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja ❑ Naskhah asal karya ini bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612 ❑ Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERSURATAN Karya Agung – Hikayat Hang Tuah ❑ Sejarawan meyatakan - naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka (1641) ❑ Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan merentas sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ❑ Kandungannya juga berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR TOKOH PERSURATAN Tun Seri Lanang ❑ Nama sebenar Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja ❑ Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565 ❑ Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II ❑ Susun dan tulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II ❑ Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERSURATAN Karya Lain ❑ Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari ❑ Karya ini - antara karya persuratan yang tersohor dihasilkan pada zaman Kesultanan Johor Riau ❑ Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis serta Gurindam Dua Belas dikarang - Raja Ali Haji ❑ Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang - Tun Hisap Misai ❑ Syair Ungku Puteri dikarang - Raja Ahmad
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR PUSAT PERSURATAN Kesimpulan ❑ Kelahiran karya persuratan - pengiktirafan kepada kegemilangan Kesultanan Johor Riau sebagai pusat persuratan Alam Melayu pada abad ke-17 dan ke-18 ❑ Kesannya, kesultanan ini muncul sebagai pusat perkembangan persuratan dan bahasa Melayu yang terulung di Alam Melayu ❑ Kita perlu hargai karya-karya persuratan ini kerana karya tersebut - warisan bernilai yang menjadi rujukan hingga hari ini
APLIKASI KBAT 41 Tanggungjawab pemimpin dan rakyat penting dalam mempertahankan kegemilangan sesebuah negara. Bahaskan. ELEMEN K (K2.6.6) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
APLIKASI KBAT 42 Bincangkan langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa. CAKN A MIND A BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
AKHIR BAB 6 LATIHAN PENGUKUHAN
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) ▪ Perang Tiga Segi berlaku antara Johor-Acheh-Portugis. ▪ Dikenali juga dengan Perang Seratus Tahun. 1. Apakah faktor yang membawa kepada peperangan di atas? A. Persaingan kuasa Acheh. B. Perluasan pengaruh Portugis. C. Perebutan kuasa antara pembesar. D. Persaingan untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. 2. Bagaimanakah Kesultanan Johor Riau dapat menamatkan ancaman Jambi yang menggugat kedaulatannya? A. Membuat pakatan dengan Belanda. B. Menjalankan pemerintahan yang cekap. C. Menyerang dan menewaskan kerajaan Jambi. D. Meminta bantuan daripada askar upahan Bugis. Sultan Alauddin Riayat Shah I telah mengambil langkah untuk memantap dan mengekalkan kewibawaan Kesultanan Johor Riau. 3. Apakah tindakan tersebut? I. Mengalahkan Portugis dan Acheh. II. Mengawal perdagangan di Selat Melaka. III. Menguasai tanah jajahan dan naungan Kesultanan Melayu Melaka. IV. Membina kota pertahanan untuk mempertahankan pusat pentadbiran. A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV 4. Antara berikut yang manakah merupakan kenyataan tentang Sulalatus Salatin? A. Mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau B. Ditulis oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1621 C. Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala D. Naskhah asal karya ini bernama Sejarah Melayu Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 5. Sistem Naungan diamalkan dalam perdagangan di Johor Riau. Apakah yang diperolehi oleh pedagang melalui sistem ini? A. Surat kebenaran B. Jaminan keselamatan C. Potongan cukai jualan D. Disediakan tempat tinggal 6. Orang Laut menyumbang terhadap kegemilangan Kesultanan Johor Riau. Apakah sumbangan tersebut? I. pengawal pelabuhan dan penunda kapal dagang II. pembuat kapal III. pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka IV. pembuat senjata A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. I dan IV 7. Siapakah yang menguruskan jual beli dan kutipan cukai di pelabuhan? A. Bendahara B. Temenggung C. Laksamana D. Syahbandar 8. Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Johor ketika membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka? A. Membuat tapak meriam B. Memberikan peralatan perang C. Menyediakan tentera bantuan D. Membantu membina kubu pertahanan Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 1. Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan ini telah meneruskan tradisi kegemilangan serta keagungan kerajaan awal di Alam Melayu. a) Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Johor Riau? (1m) ……………………………………………………………… b) Nyatakan 2 pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau. (2m) ………………………………………………………………. c) Senaraikan 2 ciri semula jadi dari aspek keselamatan yang dimiliki oleh pusat-pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau. (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Mengapa pemerintah Kesultanan Johor Riau sering memindahkan pusat pemerintahnya? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. e) Jelaskan iktibar yang boleh kita pelajari daripada pengasasan Kesultanan Johor Riau. (3m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 2. Kesultanan Johor Riau muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan unggul di Alam Melayu. Kerajaan ini berusaha menghidupkan kembali tradisi perdagangan kerajaan di Alam Melayu dengan kerajaan luar. a) Namakan 2 kerajaan luar yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kesultanan Johor Riau? (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… b) Senaraikan 3 kelebihan yang dimiliki oleh Kesultanan Johor Riau sehingga kerajaan ini muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul. (3m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… c) Nyatakan 2 barangan dagangan yang dibawa oleh pedagang luar yang diperdagangkan di pelabuhan Johor Riau. (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Kebijaksanaan pemimpin penting dalam membentuk kerajaan yang unggul. Bincangkan (3m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN NEGERI SELANGOR
TERIMA KASIH http://bpk.moe.gov.my/ Unit Sejarah 603-8884 2000 [email protected] UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPN NEGERI SELANGOR Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula