The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KENYATAAN AKHBAR KAWALAN PRODUK DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatiamirah002, 2021-04-20 03:14:35

KAWALAN KOSMETIK DI MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KAWALAN PRODUK DI MALAYSIA

KAWALAN
PRODUK
KOSMETIK DI
MALAYSIA

NUR AMIRAH IZZATI BT AWANG
(04DIN19F2001)

NURUL ‘AIN SYAFIQAH BT ABD AZIZ
(04DAT19F2002)

START!

ISI KANDUNGAN

Berikut merupakan isi kandungan yang tertulis:

1. Pengenalan tentang produk.
2. Kaedah kawalan produk kosmetik.
3. Aktiviti surveilans produk kosmetik di pasaran.
4. Kesimpulan.
5. Sumber rujukan.

Isi
kandungan

Pengenalan
Kaedah kawalan
produk

Aktiviti
surveilans
kesimpulan
Sumber
rujukan

PENGENALAN

 Mengikut garis panduan kawalan produk kosmetik di malaysia, produk
kosmetik didefinisikan sebagai mana-mana bahan atau penyediaan
yang bertujuan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan
manusia (kulit, rambut, kuku, bibir dan bahagian luar kelamin) atau gigi
dan membran mukus mulut dengan tujuan utama untuk membersih,
mewangikan, mengubah rupa dan/atau memperbaiki bau badan
dan/atau melindungi atau mengekalkan dalam keadaan baik.

 Produk kosmetik diletakkan di bawah kawalan Akta Jualan Dadah 1952
dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Peraturan-peraturan ini berkaitan dengan kawalan keselamatan, kualiti
dan tuntutan produk untuk memastikan semua tuntutan kosmetik
boleh disokong dengan data yang mencukupi, bagi tujuan melindungi
dan menggalakkan kesihatan awam.

PENGENALAN

 Mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008, kesemua produk yang

dipasarkan di Malaysia perlu bernotifikasi dengan Bahagian Regulatori
Farmasi Negara (NPRA), KKM sebelum dijual, diedarkan, diimport di
Malaysia. Proses notifikasi merupakan proses pengisytiharan berkenaan
maklumat produk oleh pihak syarikat sebelum produk tersebut
dipasarkan di pasaran Malaysia. Produk yang telah menjalani notifikasi
tidak bermaksud produk tersebut telah diluluskan oleh KKM.

 Setiap pengusaha produk kosmetik perlu memastikan bahawa produk

yang dipasarkan berkualiti dan selamat digunakan. Produk yang
dihasilkan perlu mematuhi keperluan garis panduan Amalan
Pengilangan Baik (APB) dan tidak mengandungi sebarang bahan
terlarang atau melebihi had seperti yang termaktub dalam garis panduan
kawalan produk kosmetik di Malaysia

 Produk kosmetik yang telah bernotifikasi dengan NPRA

perlu dipantau secara berterusan melalui Program
Pengawasan Mutu Produk Kosmetik Bernotifikasi. Antara
aktiviti utama bagi Program ini termasuklah penyaringan
maklumat produk, audit ke atas Fail Maklumat Produk,
penyampelan produk untuk ujian kualiti, pemantauan
kepatuhan label, pemeriksaan premis pengilang bagi
memastikan pematuhan kepada keperluan APB dan
pemantauan iklan produk bernotifikasi serta memantau
laporan kesan advers dan menjalankan penyiasatan ke atas
aduan yang diterima berkaitan produk kosmetik. Sekiranya
terdapat produk kosmetik yang tidak mematuhi keperluan
garis panduan dan undang-undang maka NPRA akan
mengambil tindakan membatalkan notifikasi produk
dan/atau syarikat perlu menarikbalik produk dari dipasarkan.

Produk kosmetik ditakrifkan NEXT!
sebagai ‘bahan atau persediaan
untuk digunakan pada bahagian
luaran tubuh badan manusia dan
berfungsi untuk membersih,
mewangi, memperbaiki, mengubah
penampilan atau mencantikkan,
menghilangkan bau badan atau
memelihara dan menjaga dalam
keadaan yang baik’.

—Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia

Isi
kandungan

Pengenalan
Kaedah kawalan
produk

Aktiviti
surveilans
Kesimpulan
Sumber
rujukan

KAEDAH KAWALAN PRODUK KOSMETIK

1. Produk kosmetik adalah dikawal di 2. Syarikat yang memasarkan kosmetik
bawah Peraturan-Peraturan Kawalan bertanggungjawab untuk memastikan
Dadah dan Kosmetik 1984. Syarikat produk kosmetik mereka selamat,
yang ingin memasarkan produk berkualiti serta tuntutan produk yang
kosmetik di Malaysia perlu mematuhi dinyatakan pada label atau iklan dapat
keperluan Garis Panduan Kawalan disokong dengan bukti dokumentasi
Produk Kosmetik. Sesuatu produk mencukupi. Melalui sistem notifikasi
kosmetik perlu dinotifikasikan terlebih kosmetik, BPFK sebagai badan regulatori
dahulu dengan Biro Pengawalan berkemampuan untuk menyemak semua
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), maklumat berkaitan produk kosmetik
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bernotifikasi melalui sistem
sebelum dikilang, diimport, diedarkan pangkalan data produk kosmetik
atau dijual di Malaysia bernotifikasi BPFK

3. Sistem notifikasi kosmetik di Malaysia telah dilaksanakan sejak 1
Januari 2008. Ini adalah selaras dengan sistem harmonisasi regulasi
kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, begitu juga
negara-negara Eropah. Kawalan produk kosmetik melalui sistem
notifikasi adalah berbeza berbanding kawalan terhadap produk-produk
farmaseutikal, di mana produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan
BPFK dan akan dinilai dengan lebih terperinci serta perlu mendapat
kelulusan KKM sebelum boleh dipasarkan.

4. Sistem pangkalan data produk kosmetik bernotifikasi BPFK,KKM
telah dibangunkan dengan sistem yang berupaya untuk menyaring dan
menyekat produk-produk kosmetik yang tidak mematuhi keperluan
regulatori daripada dibenarkan untuk dinotifikasi. Sistem ini dapat
menyekat/menghalang produk-produk kosmetik yang mengandungi
bahan terlarang atau melebihi had dan syarat yang dibenarkan daripada
memasuki pasaran Malaysia. Ini bagi memastikan hanya produk
kosmetik yang selamat dan berkualiti sahaja dibenarkan berada di
pasaran bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Isi
kandungan

pengenalan
Kaedah kawalan
produk
Aktiviti
surveilans

kesimpulan
Sumber
rujukan

AKTIVITI SURVEILANS PRODUK
KOSMETIK DI PASARAN

 BPFK menjalankan  secara amnya, produk
pemantauan terhadap kosmetik dikategorikan
produk kosmetik di pasaran sebagai produk berisiko
secara berterusan melalui rendah berdasarkan cara
aktiviti surveilans. Ini bagi penggunaan produk secara
memastikan produk bilasan (rinse-off) contohnya
kosmetik di pasaran produk sabun dan mandian.
mematuhi keperluan Kriteria pemilihan produk
undang-undang dan untuk aktiviti surveilans
garispanduan yang telah adalah berdasarkan potensi
ditetapkan. risiko sesuatu produk seperti
produk tanpa bilas (leave-
on), contohnya krim pemutih
dan produk untuk kegunaan
bayi.

 BPFK membuat penyampelan produk kosmetik secara aktif melalui

pelbagai kaedah seperti membuat pembelian produk kosmetik di
pasaran dan turut berkerjasama dengan Bahagian Penguatkuasa
Farmasi, KKM untuk mendapatkan sampel daripada pihak syarikat
untuk tujuan pengujian makmal BPFK.

 Selain itu BPFK juga menjalankan penyaringan maklumat dan

formulasi produk, menilai data keselamatan dan dokumen
sokongan bagi menyokong tuntutan kosmetik, pemeriksaan kilang
kosmetik bagi memastikan kepatuhan kepada keperluan Amalan
Perkilangan Baik, pemantauan label serta menyaring iklan
kosmetik.

 BPFK sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk memberikan

maklumat sekiranya mereka mendapati produk kosmetik di
pasaran dituntut dengan tuntutan yang melampau dan label tidak
dinyatakan dengan maklumat lengkap. Sekiranya produk-produk
kosmetik didapati membuat tuntutan yang melampaui skop
takrifan kosmetik seperti membuat tuntutan perubatan atau
tuntutan yang mengelirukan, BPFK akan membatalkan notifikasi
produk kosmetik terlibat.

 Tindakan punitif seperti pembatalan notifikasi akan
dikenakan terhadap produk kosmetik yang gagal mematuhi
keperluan garispanduan dan undang-undang yang
ditetapkan. Ini termasuklah produk-produk kosmetik yang
dikesan positif mengandungi bahan yang tersenarai dalam
Senarai Racun Berjadual di bawah Akta Racun 1952. Bagi
produk kosmetik yang didapati gagal ujian makmal BPFK,
syarikat akan diarahkan untuk membuat panggilbalik produk
terlibat daripada pasaran dalam tempoh yang ditetapkan
dan seterusnya melupuskan produk kosmetik terlibat.

 Susulan itu, satu hebahan melalui kenyataan akhbar akan
dikeluarkan kepada orang ramai agar mereka
memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik
terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka.
Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web
BPFK www.bpfk.gov.my serta turut dikongsikan dengan
semua pihak berkuasa negara ASEAN melalui sistem
pengkongsian maklumat iaitu ASEAN Post Marketing Alert
System.

KESIMPULAN

 Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa membeli sesuatu produk
kosmetik dan pastikan ia dibeli dari sumber-sumber yang dipercayai. Terdapat
pelbagai jenama kosmetik di pasaran dan orang ramai harus bijak dalam memilih
sesuatu produk kosmetik yang ingin dibeli dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-
iklan produk kosmetik yang disiarkan di media cetak dan media elektronik atau pun di
laman sosial serta blogspot yang yang membuat tuntutan yang boleh menunjukkan
kesan perubahan ketara dalam jangkamasa singkat. Ini kerana produk kosmetik
biasanya memerlukan masa untuk menunjukkan kesannya. Kehadiran bahan-bahan
seperti hidrokuinon dan merkuri dalam produk boleh disyaki jika pengguna
mengalami perubahan secara ketara dalam tempoh yang singkat

GAMBAR & SUMBER RUJUKAN

6 ciri-ciri produk
kosmetik yang selamat

 Mempunyai nombor notifikasi
yang tulen.

 Mempunyai formulasi yang
bersesuaian .

 Mempunyai bahan yang
dibenarkan sahaja.

 Hanya boleh digunakan untuk
kegunaan luar sahaja.

 Hanya digunakan untuk tujuan
kosmetik.

 Kesan penggunaan produk tidak
kekal.

TERIMA KASIH ! ISI
KANDUNGAN
• https://www.npra.gov.my/index.php/en/ar
chives/press-release/977-kenyataan- PENGENALAN
akbar-kawalan-kosmetik-di-malaysia Kaedah kawalan
produk
• http://media.hacademy.my/kawalan- Aktiviti
produk-kosmetik-di-malaysia/ surveilans

CREDITS: This presentation template was created kesimpulan
by Slidesgo, including icons by Flaticon, and Sumber
infographics & images by Freepik. rujukan


Click to View FlipBook Version