TUGASAN 1
BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA : NUR ATHIRAH BINTI SHAIFUL BHARI
KELAS : F2D
ANGKA GILIRAN : 2021252310095
NAMA PENSYARAH : DR. ARFAH BINTI AHAMAD
TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
1 Perkataan kesusasteraaan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang
bermakna huruf atau buku indah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).
2 Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk
prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
Dari segi konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang ditulis dalam
3 Bahasa Melayu berunsurkan keindahaan dan kehalusan sama ada berbentuk novel,
cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional.
4 Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran,
perasaan, idea, semangat mahupun keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang
membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa yang bermutu atau tidak.
JENIS-JENIS KESUSASTERAAN
Prosa merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa dengan
menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun
dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah
difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah cerpen, novel,
skrip drama, esei dan sebagainya. Terdiri daripada prosa tradisional dan prosa moden.
Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti
tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan
terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk barisan. Pada lazimnya, puisi
merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca, pembaca akan berasa rentaknya.
Contoh bagi kesusasteraan puisi ialah sajak, syair, pantun, gurindam, seloka dan
sebagainya. Terdiri daripada puisi tradisional dan puisi moden.
Prosa Tradisional:
tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi
standard kepada yang lain.
mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak
berubah mengikut masa.
berbeza dengan sastera lama kerana sastera lama bersifat sementara.
merupakan sastera yang mempunyai sifat yang diwarisi secara turun-temurun
walaupun dari segi jangka masa sastera itu telah lama dihasilkan.
merupakan hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa.
tujuannya untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu.
terbahagi kepada dua genre, iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).
Moden:
hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden
(Annas Hj Ahmad, 1988:152).
pembahagian dari segi masa ini semata-mata untuk memudahkan kita untuk
memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu.
terdiri daripada cerpen, novel dan drama.
BENTUK-BENTUK Prosa TRADISIONAL
1.Sastera rakyat (lisan)
Sastera ditakrifkan sebagai hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan
imaginasi pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai world view itu
sendiri.
Masyarakat bererti kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan bersifat
primitif.
Rakyat ialah orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu sistem kekeluargaan
yang besar.
Sastera rakyat merupakan hasil karya yang diinspirasikan dan disampaikan secara
lisan.
Ciri sastera rakyat termasuklah sastera rakyat disebar dan diwariskan secara lisan.
Sastera ini bersifat tradisional dan lama, iaitu berada dalam sesuatu kebudayaan
dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi
Wujud dalam variasi yang berbeza-beza serta bersifat anonimi, iaitu menggunakan
nama samaran atau langsung tiada nama pencipta.
1.Sastera rakyat (lisan)
Sastera rakyat menjadi hak milik semua masyarakat yang menghasilkannya.
Mempunyai bentuk berpola dengan plot yang hampir sama, mempunyai fungsi tertentu
seperti memberi pengajaran serta penulisaannya bersifat sederhana, spontan dan
kadangkala agak kasar.
Terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
- naratif
- bukan naratif.
Sastera naratif pula terbahagi kepada:
- mitos
- legenda
- cerita rakyat
Sastera bukan naratif terdiri daripada puisi rakyat.
2.Sastera istana (tulisan)
sastera tulisan mula diperkenalkan setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan
berkembang dalam istana.
Sastera hikayat Sastera Hikayat
berunsur Hindu Sastera hikayat berunsur Islam
seperti Hikayat
seperti Hikayat
Seri Rama
Sultan Damsyik
Sastera Hikayat
berunsur Hindu-Islam
seperti Hikayat
Putera Jayapati.
Sastera undang-undang
dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan
susun lapis masyarakat lama.
genre terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih.
Sastera epik
sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat.
mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul.
genre terbahagi kepada dua jenis, iaitu epik kebangsaan yang diwakili oleh
Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Amir Hamzah.
Sastera panji
karya yang isinya berkisar sekitar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.
watak utamanya bergelar Panji.
Sastera agama
berfokus pada cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW
dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia walaupun menghadapi pelbagai
cabaran dan tentangan.
Sastera ketatanegaraan panduan dalam
salah satu kitabnya bertajuk Kitab Nasihat Segala Raja-Raja.
kitab digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin III sebagai
pemerintahan baginda.
Sastera naratif
1.Mitos
Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan asal
usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia, binatang, dan petempatan.
Ciri-ciri mitos termasuklah dianggap benar-benar terjadi, peristiwa yang aneh, tetapi
penting, dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat serta berlaku pada
zaman lampau.
Mitos dalam sastera terdiri daripada tiga jenis, iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial
dan mitos politik.
Mitos asal usul berlaku pada masa lampau dan dianggap keramat oleh masyarakat yang
mendukungnya.
Mitos institusi sosial merupakan cerita yang mengisahkan asal usul sesebuah institusi
sosial dalam masyarakat Melayu.
Mitos politik ialah cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan.
Cerita-cerita mitos Melayu sudah banyak mengalami kecairan hingga kadang-kadang tidak
lagi menjadi mitos ekoran daripada pengaruh agama yang dianuti.
2.Legenda
Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci.
Legenda mengisahkan tentang seorang tokoh manusia yang memiliki keistimewaan seperti
keberanian dan kehandalan luar biasa.
Ciri-ciri legenda termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan
kisah-kisah tokoh atau pahlawan.
Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya masa lampau, tetapi masih ada hubung kait
dengan masa silam.
Jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda keagamaan, iaitu cerita mengenai
orang alim dan penyebar agama.
Legenda jenis alam ghaib ataupun memorat yang dianggap benar-benar terjadi. Berfungsi
untuk meneguhkan kebenaran berkaitan dengan sesuatu kepercayaan.
Legenda perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu yang dianggap segala
peristiwa berkaitan dengan tokoh tersebut benar-benar terjadi.
Legenda tempat juga termasuk dalam jenis cerita-cerita legenda. Biasanya legenda ini
berkaitan dengan cerita mengenai asal usul sesuatu tempat di mana nama tempat itu
berkaitan dengan nama tokoh ataupun binatang. Legenda ini berunsur historiografi.
3.Cerita rakyat
Satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di kalangan
masyarakat berkenaan.
Cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi.
Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis cerita rakyat, iaitu:
a) cerita binatang
- cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak utama.
- watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh berkata-kata, berfikir
dan bertindak seperti manusia.
b) cerita penglipur lara
- cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga
dan Awang Batil.
- ciri cerita lipur lara ialah dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain
dengan tokok tambah dan ianya menjadi milk masyarakat.
- penceritaannya diselangselikan dengan puisi tradisional dan bahasa berirama
dengan tema berkaitan peperangan, percintaan dan pengembaraan.
c) cerita jenaka
- cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur humor/ lucu/ jenaka yang boleh
menimbulkan kegembiraan atau menggeletek hati khalayak.
- ciri cerita jenis ini ialah adanya unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam
kehidupan manusia.
- watak-watak cerita jenaka diberikan sifat dan peranan yang melucukan.
d) cerita teladan
- cerita jenis ini mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral dan pendidikan.
- sasaran pendengar biasanya dalam kalangan kanak-kanak.
- ciri cerita jenis ini ialah watak terdiri daripada manusia biasa yang mengalami suka duka
pada permulaan cerita tetapi akan memperoleh kegembiraan pada pengakhiran cerita.
BENTUK-BENTUK Prosa moden
1.Cerpen
gabungan dua perkataan, iaitu cerita dan pendek.
bukan sahaja menjadi alat yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran
pengarang malahan juga memberi gambaran tentang suatu zaman, sama ada berhubung
masalah sosial, politik atau ekonomi.
berkisar mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama.
membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan
mendalam kepada pembaca.
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
a) cerpen pendek yang panjangnya 500 hingga 2 000 patah kata.
b) cerpen panjang yang panjangnya 12 000 hungga 15 000 patah kata.
Jumlah watak dalam cerpen adalah terhad, lazimnya hanya satu atau dua watak yang diberi
peranan sebagai protagonis atau antagonis.
2.Novel
prosa rekaan yang panjang yang di dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah
kehidupan.
Istilah novel berasal daripada bahasa Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil yang
baharu.
novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada sebahagian daripada kehidupan
manusia pada suatu tempat dan masa tertentu.
novel merangkumi tiga faktor utama yang saling berkait, iaitu pengalaman peribadi, realiti
rencam hidup dan imaginasi.
3.Drama
salah satu bentuk karya sastera yang penulis menyampaikan mesej atau pemikiran melalui
lakonan serta dialog.
menggambarkan kehidupan secara mengemukakan konflik dan emosi melalui aksi dan dialog
para watak.
aksi watak dalam persembahan drama sangat penting kerana drama menyuguhkan cerita
melalui aksi.
dalam pementasan drama, aksi dan dialog antara para watak selalunya dibantu melalui
susunan prop, kostum, muzik, kesan bunyi, nyanyian, atau tarian.
Puisi Tradisional:
genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia.
masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang
bertajuk Iliad dan Odyssey.
masyarakat Hindu menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan
Ramayana.
kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam bentuk puisi malah puisi yang
terbaik akan digantung di Ka'abah pada zaman jahiliah.
genre dalam puisi ini ialah pantun, gurindam, syair dan seloka.
Moden:
sebuah seni penulisan kontemporari yang mengarang kata dengan susunan yang
indah untuk menyampaikan maksud-maksud tertentu.
setiap isi dalam puisi ini membicarakan isu-isu semasa pada ketika ia ditulis, sama
ada persoalan ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
sajak satu-satunya genre puisi dalam puisi moden.
BENTUK-BENTUK PUISI TRADISIONAL
1. Pantun
Kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat Melayu.
Penciptaannya dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap,
dua belas rangkap dan pantun berkait.
Setiap pengungkapan pantun mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud.
Bilangan perkataan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan dan bilangan
suku kata ialah antara 8 hingga 12.
Rima adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat 'a', 'a', manakala bagi pantun empat
kerat pula rima akhir berbentuk 'a', 'b', 'a', 'b'.
Jenis-jenis pantun:
- teka-teki - cinta
- nasihat - peribahasa
- agama - kiasan
- jenaka
2.Syair
Sejenis puisi yang berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa ke
Nusantara bersama-sama kedatangan Islam.
Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima
akhir 'a', 'a', 'a', 'a'.
Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan dan suku kata 8 hingga 12 bagi
setiap baris.
Syair membawa isi yang berkaitan dengan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat, dan puji-
pujian.
3.Seloka
Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang bermaksud berseloroh,
berjenaka atau menyindir (Harun Mat Piah, 1989).
Seloka dapat dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan sindiran yang
ditulis dalam bahasa puisi.
Setiap isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi
pengajaran dan teladan oleh pendengar atau pembaca.
Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris
serangkap seperti pantun seloka tetapi binaannya lebih mirip kepada bentuk pantun
atau syair.
Terdapat juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi
puisi berkenaan.
4.Gurindam
Satu bentuk puisi Melayu tradisional.
Berbentuk terikat, iaitu terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga
hingga enam patah perkataan dengan skima rima akhir ‘a’, ‘a’.
Suku kata dalam sebaris ialah antara 8 hingga 12 suku kata.
Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan
idea.
Bahasanya bernas dan serius manakala isinya mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
Berasal dari bahasa Tamil 'iradam', 'kirandam' yang bererti puisi secara terbuka.
Za'aba menyatakan gurindam ialah sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan atau
rangkapannya.
BENTUK PUISI moden
Sajak
Puisi moden yang lebih bebas yang terikat pada sesuatu pola khusus walaupun
kadang kala mempunyai ciri rima dan irama.
Mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan
pemakaian kata-kata yang saling berhubungan.
Sajak adalah pengucapan perasaan dengan perasaan yang di dalamnya
mengandungi fikiran dan tanggapan (H. B. Jassin, 1983).
Mempunyai nama penulis sebagai pengakuan hak ke atas sesebuah karya
walaupun menggunakan nama samaran atau nama pena.
Menurut Muhammad Hj Salleh (1991), rentak dan perjalanan baris serta bait
(rangkap) puisi ini lebih mengikut nafas, fikiran dan cara bertutur tidak disekat dan
ditentukan panjangnya oleh peraturan lama seperti pantun dan syair.
Puisi Melayu moden membawa suasana serta pandangan terhadap yang lebih
moden.
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN
1. Keindahan
Melalui gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera.
Hasil karya dikatakan indah jika memenuhi 4 syarat iaitu keutuhan, keselarasan,
keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur.
2. Karya seni
Sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus merupakan perkara
yang membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera.
Fiksyen bermakna karya sastera itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya
berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti.
Nilai-nilai estetik membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan jelas
serta mendalam.
3. Pengalaman seni
Pembaca mampu memahami serta merasai fikiran dan perasaan pengkarya melalui
karya mereka.
Pengkarya juga mendapat kepuasan sekiranya hasil karya mereka diterima baik oleh
pembaca.
Nilai karya sastera terletak pada perkara yang disampaikan, cara dan bentuk
penyampaian .
Hasil karya sastera dapat memberikan pengalaman dan nilai-nilai seni kepada
pembaca.
4. Mencerminkan pengalaman
Pengalaman di sini merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti.
Dalam karya sastera, pengalaman diungkapkan melalui bahasa.
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Hiburan
Keperluan menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa
keseronokan yang indah.
Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama
atau rentak yang indah.
Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama
atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai
emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya.
Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita
penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati
dan digilai pada suatu ketika dahulu.
Alat pendidikan
Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera
merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak
pengalaman.
Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui
kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya
pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan
unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi
nilainya.
Apabila khalayak menikmati karya-karya mereka secara tidak langsung
unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oleh pembaca dan
boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.
Dakwah
Sastera dalam Islam itu perlu jelas berciri waqi'iy, realistik, "dalam erti
melihat apa adanya" (Siddiq Fadzil, 2012).
Ia meraikan pandangann yang haq dalam menilai dan melukiskan
sesuatu hakikat, dengan menekankan peranan al-tawjih(membimbing)
dan al-ta'dib(mendidik), dan pengisbatan ciri-ciri estetik dan prinsip
takamul dan takmilahnya.
Kekuatan prinsip inilah yang melahirkan pandangan kosmologinya yang
ampuh yang berakar dari kefahaman nilai yang jelas dalam
menggerakkan transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dan
kesannya dalam membentuk citra dan perubahan yang dinamik.
Ciri-ciri positif dan dinamik ini yang memungkinkannya menggerakkan
dan menjalankan fungsi transformatifnya kerana ia berciri positif-
dinamik.
Kritikan
Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar
kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang
berbeza-beza.
Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku
dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia.
Karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi
pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah
sifatnya.
Manifestasi Akal Budi
Dalam Karya Puisi
Tradisional
Contoh Pantun Empat Kerat
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Manifestasi akal budi:
Aspek pemikiran pantun dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pantun tersebut
menekankan budi bahasa dalam kalangan masyarakat perlu dijaga bagi memastikan
keharmonian diantara kaum dikekalkan. Semua individu perlu menyemai sikap budi
bahasa yang baik agar tidak berlakunya salah faham dan pergaduhan di dalam negara.
Ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas cara nasihatnya disampaikan kepada
masyarakat dan memberi pengetahuan kepada mereka untuk memandang tinggi akan
nilai budi. Pantun yang dihasilkan hari ini, tidak lagi mengungkapkan manifestasi
pemikiran masyarakat Melayu yang kaya dengan akal budinya. Sedangkan pantun itu
tradisi yang bermakna dan terlahir falsafah masyarakat itu sendiri. Dalam konteks
perbincangan ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat
menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta
kebudayaan sendiri.
Contoh Pantun Nasihat (Bersatu Hati)
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Manifestasi akal budi:
Maksud rangkap tersebut ialah sekiranya kita bekerjasama melakukan sesuatu pekerjaan,
kerja sukar pasti menjadi lebih senang. Penyajak ingin menyampaikan kepada para pembaca
agar kita perlu bekerjasama apabila menghadapi kekangan dalam kehidupan. Hal ni kerana,
peribahasa Melayu berbunyi yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Oleh itu,
masyarakat perlu berusaha bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Namun masalah atau kekangan yang dihadapi sukar untuk diselesai tetapi dengan kerjasama
bersama maka masalah tetap akan diselesaikan melalui saling membantu antara satu sama
lain.
Contoh Syair Burung Nuri [Mohd Yusof Md Nor dan
Dr. Abd. Rahman Kaeh](Penyelenggara)
Bermula warkah surat rencana, Dituliskan sahifah supaya nyata,
Ikatan fakir yang sangat hina, Barang yang ghairah di dalam cinta,
Sajak dan nazam banyak tak kena, Terfikir-fikir bukan menderita,
Daripada pendapat kurang sempurna. Dakwat dan kertas tempat berkata.
Gerangan sungguh amatlah leta, Sudahlah nasib untung yang malang,
Perinya akal gelap-gelita, Mengambah lautan berulang-ulang,
Hemat pun rendah daif berserta, Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Tambahan badan miskin dan nista. Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Beribu ampun kiranya tuan, Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Atasnya hulu fakir nistawan, Segenap pesisir desa negeri,
Daripada masyghul gundah merawan, Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Terperilah madah patik nin tuan. Santap nan tidak minum pun kari.
Bangun terjunun badan suatu, Manifestasi akal budi:
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu, Berdasarkan syair burung nuri, tema syair ini adalah
Remuk dan redam hancur di situ. adab dalam kehidupan seseorang. Penyair menceritakan
adab dalam kehidupan yang sering ditempuhi oleh
Remuk dan redam rasanya hati, seseorang. Contoh masalah ialah kekecewaan dalam
Lenyaplah fikir budi pekerti, perhubungan, masalah kehidupan dan masalah
Jikalau kiranya hamba turuti, kegagalan berfikir secara rasional yang akan
Daripada hidup sebaiknya mati. memusnahkan kehidupan seseorang. Penyair juga
menerapkan nilai kegigihan dalam syair ini. Kegigihan
merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan
seharian seseorang. Hal ini dikatakan demikian,
individu perlu gigih dalam melakukan sesuatu
walaupun telah menghadapi halangan. Individu perlu
gigih dan tidak mudah berputus asa demi mendapatkan
sesuatu yang diingini.
Contoh Seloka Berbuat Istana Tiga sudut menteri delapan,
Zaman Dahulu (Za'ba) Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Baginda menitahkan orang besar empat, Galang-galangnya ular berang,
Membuat istana puri berkota; Kasau kecil puteri menyembah,
Lalu dipanggil Pawang Raja. Kasau lentik helang berbega.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas, Berbunga sawa mengelempai,
Siang malam tidak berhenti. Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Tujuh bulan tujuh purnama, Berselimpat ukir Jawa,
Istana siap dengan alatnya; Lilit-melilit akar Cina;
Besar tersergam sembilan ruang, Garam sebuku sisa jeragan,
Sepuluh dengan rembat guntung, Bunga kenanga dimakan ular,
Sebelas dengan pancung serong, Layang-layang di pintu Raja.
Dua belas dengan anjung tinggi.
Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
Manifestasi akal budi:
Berdasarkan seloka berbuat istana zaman dahulu, pengarang mengutamakan tema kesetiaan
kepada raja dimana jurubina istana dibunuh hanya kerana pemerintah tersebut mengutamakan
diri untuk kegemilangan peribadi. Dalam seloka ini, rakyat amat taat kepada perintah raja. Hal
ini dikatakan demikian, rakyat telah melakukan apa sahaja perintah yang diarahkan oleh raja.
Rakyat tetap menerima amanah yang diterima walaupun setelah istana telah siap mereka akan
dibunuh. Seterusnya, rakyat juga bekerjasama melaksanakan perintah raja untuk membina
istana. Mereka telah bekerjasama selama tujuh bulan untuk menyiapkan sebuah istana dengan
kegigihan. Oleh itu, masyarakat perlu setia kepada raja dan saling bekerjasama agar negara akan
menjadi lebih maju.
Contoh Gurindam Dua Belas (Fasal yang
Pertama) , Raja Ali Haji
Barang siapa tiada memegang agama, Barang siapa mengenal diri,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal yang empat, Barang siapa mengenal dunia,
maka ia itulah orang yang ma’rifat. tahulah ia barang yang terperdaya.
Barang siapa mengenal Allah, Barang siapa mengenal akhirat,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. tahulah ia dunia mudarat.
Manifestasi akal budi:
Akal budi pada fasal pertama tersebut menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila hidup tidak
mengenal agama yakni Tuhan maka hidupnya sia-sia tanpa ada bertujuan. Hal ini menyebabkan
seseorang sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Manakala, mengenal yang empat
berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syariat, marifat, tarikat dan hakikat. Apabila seseorang telah
mengenal yang empat ini maka kehidupannya akan semakin tenang. Selain itu, apabila mengenal
Allah, seseorang itu perlu melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya kerana
Allah SWT menciptakan dunia sebagai tempat mengumpul pahala supaya dapat ke syurga-Nya.
Namun, seperti yang kita dapat lihat, individu kini banyak terpengaruh dengan harta sehingga
mengabaikan perintah-Nya sedangkan sudah jelas bahawa Dialah yang mengurniakan rezeki dan
kenikmatan kepada kita. Hidup di dunia ini hanyalah sementara, dan tempat kita kembali kepada-
Nya ialah yang kekal untuk selamanya. Perbincangan akal budi masyarakat Melayu juga boleh
dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran dalam puisi tersebut. Falsafah yang terkandung
dalam karya Gurindam Dua Belas membincangkan pelbagai persoalan kehidupan manusia sama
ada kehidupan dunia mahupun kehidupan di akhirat
RUJUKAN
Ahmad, Dr. M. A., & Embong, Mohd. I. (2016). Kupasan & Kajian Asasi Komsas Tingkatan 5.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Ahmad, S., & Embong, M. I. (2014). Kupasan & Kajian Pintar Komsas Tingkatan 4. Sasbadi Sdn. Bhd.
Ahmad, Dr. Mohd. A., & Abd. Rahman, R. A. (2016). Kupasan & Kajian Asasi Komsas Tingkatan 1.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Awang, H. (1988). Kritikan kesusasteraan: Teori dan penulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988.
Embong, Mohd. I., & Masir, J. (2018). Kupasan & Kajian Hebat Komsas. Sasbadi Sdn. Bhd.
RUJUKAN
Hussain, S. (1981). Sejarah kesusasteraan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran, Malaysia, 1981.
Rahmat, Dr. A., Zainuddin, Dr. M. N., Abu Bakar, S., Hassan, H. A. R., & Awang, Dr. H. (2022).
Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Shaari, Dr. R., Shaary, S., & Jantan, H. (2017). Kupasan & Kajian Komsas. Sasbadi Sdn. Bhd.
Salleh, M. H. (2008). Sastera sebagai ruang bangsa: Permata di rumput gilang. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur 2008.
Zakaria, N. (2017, January 10). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu dalam Pantun. Unknown.
https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cerminan_Jati_Diri_Melayu_
d alam_Pantun