The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jovitakaynerjitos99, 2023-01-10 19:15:28

KUMP 5 (01)_

KUMP 5 (01)_

KESEJAHTERAAN

MENTAL GROUP 5

ITS IS IMPORTANT KMU 1013:
TO TAKE CARE OF HELPING
YOURSELF BEFORE RELATIONSHIP
OTHERS

MOTIVATE
YOURSELF

MINDSET IS EVERYTHING

GROUP MEMBER Contents

ABDUL MUHAIMIN PENDAHULUAN
BIN MOHD ISMAIL KEPENTINGAN KESEJAHTERAAN MENTAL
(73919) KESANKESEJAHTERAAN MENTAL
KESIMPULAN
D'ARTAQNAND ANAK RUJUKAN
DANIEL (74529)

JOVITA KAYNER
ANAK JITOS (75218)

KATERINA ANAK
JONATHAN (75251)

KHAIRUNNISA BINTI
ARWAN (75293)

MANISHA ANAK
THOMAS (75542)

MOHAMMAD KUSAIRI
BIN MOHAMAD
AZHAR (75702)

MOHD FAKHRUL
AZAM BIN KADERI
(75763)

MUHD AFIEF AZFAR
BIN HIPPENI (75948)

NUR NILAM SARI
BINTI SUKARSO
(76265)

“Yang dibutuhkan kesehatan mental adalah lebih banyak sinar
matahari, lebih banyak keterusterangan, dan lebih banyak
percakapan tanpa malu.” - Glenn Close

KESEJAHTERAAN MENTAL

Kesehatan mentalmu Menjaga kesihatan mental adalah lebih
penting, Jaga dirimu daripada merawat atau mencegah penyakit
mental. Kesejahteraan mental sangat
Menurut (Pilgrim, 2014), Kesejahteraan mental penting dalam melahirkan masyarakat yang
merupakan keadaan seorang individu sejahtera serta merupakan perkara yang
bertindak balas secara positif atau negatif subjektif dan memerlukan pengertian
dengan keadaan sekeliling. WHO (2010) atau mendalam antara sesama manusia. Malaysia
kesatuan Kesihatan Dunia mendefinisikan kini dihidangkan dengan pelbagai isu konflik
kesejahteraan mental sebagai tahap dalam masyarakat yang berpunca daripada
kesejahteraan psikologi. Bagi organisasi pengabaian terhadap kesejahteraan mental.
kesihatan dunia tersebut, mental yang sihat Semua ini berpunca daripada kesihatan
bermaksud ketiadaan penyakit yang individu yang membawa kepada kehancuran
melibatkan mental seseorang dan keupayaan dalam masyarakat (Amran, 2011).
berfungsi pada tahap penyesuaian emosi dan
tingkah laku yang memuaskan. Disamping itu, Pelbagai kes yang melanda negara kita sama
Kesejahteraan mental juga berkaitan dengan
fungsi psikologi seseorang, kepuasan hidup ada melibatkan pembunuhan, perogolan,
dan keupayaan untuk membangun dan
mengekalkan hubungan yang saling pencabulan, dan jenayah dan akhirnya
menguntungkan. Kesejahteraan psikologi
merangkumi keupayaan untuk mengekalkan menyebabkan kematian adalah berpunca
rasa autonomi, penerimaan diri, pertumbuhan
peribadi, tujuan hidup dan harga diri. daripada kesihatan mental yang tidak waras

hingga mengakibatkan seseorang bertindak

di luar batasan (Amran Hassan, Fatimah

Yusooff & Khadijah Alavi, 2012). Keadaan ini

mencerminkan bahawa masyarakat

sebenarnya memerlukan perancangan

rawatan yang rapi bagi memulihkan

keadaan. Ini bagi mengelakkan sebarang

tingkah laku yang merosakkan ini berterusan

tanpa menemui jalan penyelesaian.

Mengikut Makzan (1992), keadaan kesihatan dan kesakitan seseorang adalah asas kepada
perkembangan fizikal, psikologikal, dan sosial. Kesemua ini dialami dalam jangka hidup yang
mempengaruhi persepsi dan emosi seseorang. Tambahan Makzan (1992) lagi, perkembangan
kesihatan seseorang dipengaruhi oleh keadaan institusi keluarga seseorang. Oleh itu, keluarga
yang harmoni dengan nilai-nilai integriti mampu menjamin kesejahteraan mental bagi seseorang.

01KESEJAHTERAAN MENTAL

KEPENTINGAN Kesejahteraan mental ini adalah sangat penting kerana
KESEJAHTERAAN ia membantu kita dalam mengatasi kesukaran.
MENTAL Seseorang individu haruslah mempunyai daya
ketahanan mental yang kuat bagi mengatasi kesukaran
dalam hidup. Daya ketahanan mental adalah proses
yang membolehkan membolehkan seseorang itu
menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan
kesukaran, trauma atau tekanan.

Ia membolehkan kita 'bangun semula' selepas
mengalami masa yang sukar. Ini adalah satu proses
berterusan yang mengambil masa serta usaha oleh
individu terbabit. Mempunyai daya tahan yang baik
bukan bermaksud sesorang itu tidak menghadapi
tekanan langsung kerana ia adalah tindak balas normal
terhadap masalah. Tetapi ia membantu kita
menghadapi tekanan dengan baik tanpa menjejaskan

fungsi individu tersebut dengan ketara. Ia bukanlah
berlaku secara semula jadi Sebaliknya melibatkan
perubahan tingkah laku, pemikiran serta tindakan yang
boleh dipelajari oleh sesiapa pun melalui pengalaman atau
pun pemerhatian. Faktor yang menjadi penyumbang
utama kepada daya tahan ialah mempunyai hubungan
yang baik dengan keluarga dan masyarakat. Menurut
(Gani, 2019), hubungan kekeluargaan yang berlandaskan
kasih sayang, kepercayaan serta menjadi contoh yang baik
kepada individu dapat meningkatkan daya tahan
seseorang.

Untuk itu, adalah penting untuk mempunyai keluarga yang stabil serta sentiasa memberikan
sokongan kepada anak-anak. Ini kerana, ibu-bapa sering dijadikan contoh oleh anak-anak sebagai
panduan dalam menghadapi apa jua masalah. Untuk membina daya ketahanan yang kuat ini adalah
dengan sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki diri. Hal ini kita haruslah belajar untuk
mengenali diri dengan lebih baik, memperbaiki hubungan dengan orang lain serta meningkatkan
kekuatan rohani melalui kesukaran atau ujian yang dihadapi. Oleh itu, kepentingan kesejahteraan
mental ini mampu membantu kita menghadapi kesukaran.

02KESEJAHTERAAN MENTAL

Menjadi "KESEHATAN MENTAL
peribadi SERING KALI HILANG DARI
yang lebih PERDEBATAN KESEHATAN
produktif. MASYARAKAT, MESKI ITU
PENTING UNTUK
KESEJAHTERAAN." -
DIANE ABBOTT

Kita dapat bekerja secara produktif. Produktif adalah
kemampuan seseorang, dalam menghasilkan sesuatu atau
mendatangkan hasil yang banyak. Tambahan pula,
produktif kerja adalah ukuran perbandingan kualitas dan
kuantitas dari seorang tenaga kerja dalam satuan waktu
untuk mencapai hasil atau prestasi kerja secara efektif dan
efisien dengan sumber daya yang digunakan. Kekal
bermotivasi bukan sahaja adalah perjuangan, usaha kita
sentiasa diserang oleh pemikiran negatif dan
kebimbangan tentang masa depan tetapi juga meransang
mental untuk mendorong seseorang melakukan pekerjaan
dalam keadaan yang baik. Setiap orang menghadapi
keraguan dan kemurungan. Apa yang memisahkan
kejayaan adalah kemampuan untuk terus bergerak ke
hadapan. Tiada penyelesaian yang mudah kerana
kekurangan motivasi. Walaupun selepas menewaskannya,
masalah muncul semula pada tanda pertama kegagalan.
Maka, dengan adanya motivasi dapat meransang mental
untuk mendorong seseorang melakukan pekerjaan dalam
keadaan yang baik.

Selain itu, keputusan dalam pekerjaan dapat dilakukan secara baik dalam keadaan yang waras.
Mental yang sihat membolehkan kita untuk mengetahui perkara yang perlu dilakukan. Penyusunan
pekerjaan mengikut kepentingan dapat dilaksanakan. Minda yang sihat boleh membantu kita
untuk menjadi lebih produktif. Ia boleh dicapai dengan bermotivasi, dan ini boleh menggalakkan
seseorang individu untuk melakukan yang terbaik. Di samping itu, keputusan yang baik boleh
dibuat dalam persekitaran yang waras. Mempunyai fikiran yang baik membolehkan kita membuat
keputusan secara rasional (Lasemang, 2017).

MENGELAK PENYAKIT KRONIK

Kesejahteraan mental penting untuk kita jaga dan utamakan supaya dapat menjauhkan diri
daripada penyakit kronik dan masalah kesihatan yang tertentu. Hal ini demikian kerana, apabila
kesihatan mental kita berada dalam dalam keadaan yang boleh dikawal dengan baik, kita boleh
menjalankan kehidupan seharian dengan tenang dan tanpa masalah. Masalah yang kita hadapi
sehingga menyebabkan tekanan boleh mengakibatkan kita akan menghadapi penyakit kronik
seperti lemah jantung, sakit jiwa dan sebagainya. Oleh hal yang sedemikian, pentingnya
kesejahteraan mental bagi mengelak masalah kesihatan yang kronik di samping memberikan
kesan yang positif terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

03KESEJAHTERAAN MENTAL

PENGURUSAN
TEKANAN

Pengurusan tekanan boleh dilaksanakan melalui Mampu Mengharungi
pendekatan proaktif seperti mencari “masa
sendirian”. Anda perlu mengatur dan menyesuaikan
rutin harian dengan kerjasama seluruh keluarga untuk
mendapatkan masa ini. Lakukan apa-apa yang
sesuai, seperti mendengar muzik, berkebun,
bersenam, amalan kerohanian atau gabungan mana-
mana aktiviti yang bermakna Salah satu cara paling
berkesan untuk menguruskan tekanan ialah dengan
mencari "masa bersendirian." Ini boleh dilakukan
melalui rutin harian dengan mewujudkan kerjasama
seisi keluarga. Beberapa aktiviti yang sesuai
termasuk berkebun, mendengar muzik, dan latihan
rohani (Parenting, 2022). Oleh itu, memiliki kesihatan
mental yang sejahtera mampu untuk meningkatkan
tahap produktif seseorang individu dalam kehidupan
seharian mereka. Sebagai contoh, melakukan
tugasan harian dengan merujuk kepada jadual yang
sudah dirancang pada hari sebelumnya.
Kesimpulannya, menjadi individu yang produktif akan
meningkatkan kadar penyelesaian masalah dan
kemahiran membuat keputusan.

Cabaran Kehidupan

Secara Berhemah.
Kesihatan mental menyebabkan

seseorangmampu mengharungi cabaran

kehidupansecara berhemah. Seseorang yang

mempunyai kesihatan mental yang baik akan

tahu untuk menghadapi tekanan dengan baik.

Untuk menangani tekanan, seseorang individu

boleh melakukan aktiviti seharian atau

beriadah untuk mengurangkan tekanan. Selain

itu, dalam cabaran kehidupan, pastinya ia

mudah menerima kenyataan. Seseorang

individu akan menggunakan keupayaan diri

dalam mengatasi cabaran yang kian

mencabar pada masa kini. Ia juga kan
membawa kepada pemikiran yangpositif. Hal
iniakan menjerumus kepadakebaikan yang
mampu memberikan kesejahteraan kepada diri

04dan masyarakat.
KESEJAHTERAAN MENTAL

KESAN
KESEJAHTERAAN MENTAL

Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi, rohani, dan sosial kita (Hashim &
Saniff, 2019). Ini mempengaruhi bagaimana kita berfikir, merasa, bertindak, dan berhubungan
dengan orang lain. Ini juga merangkumi mood, tingkah laku, dan cara kita menangani tekanan.
Kita dapat meningkatkan kesejahteraan mental dengan menjaga badan kita, tetapi ketika mental
kita merosot, maka sebaliknya juga akan berlaku.

Apabila kita merasa sihat secara mental, ia akan lebih mudah untuk menjaga rutin harian kita.
Semasa kita hidup dengan keadaan kesihatan mental yang tidak baik, semua itu menjadi lebih
sukar. Kita mungkin tidak mempunyai tenaga untuk bersenam atau mungkin merasa ditarik dan
tidak bersedia untuk menghubungi orang yang biasanya berkomunikasi dengan kita. Intinya,
cabaran kesihatan mental mengganggu cara kita menjaga kesihatan fizikal. Hal ini boleh
mendorong kita pada risiko yang lebih tinggi untuk masalah fizikal seperti jantung, diabetes dan
sebagainya.

Berikutan penyakit mental yang dihidapi oleh seseorang individu, ia memberi kesan yang sangat
besar kepada kesihatan fizikal. Kesan yang akan dapat dilihat adalah gangguan kepada imun
tubuh. Hal ini kerana penghidap penyaki mental ini biasanya mempunyai selera makan yang
kurang. Perkara ini akan menyebabkan pesakit tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya. Pesakit
mungkin tidak akan mendapat zat dan vitamin yang mencukupi.

Selain itu, semestinya pesakit akan mengalami peningkatan hormon stres. Penyakit mental akan
memberikan tekanan tinggi kepda pesakit. Tekanan yang tidak ditangani dengan baik akan
menyebabkan peningkatan kepada hormon stress itu sendiri. Apabila tekanan yang dihadapi
tidak dapat ditangani dengan betul ia akan menyebabkan peningkatan risiko serangan jantung
dan atau strok. Mental yang tidak baik menyebabkan peredaran darah tidak berjalan dengan
lancar. Tekanan darah akan menjadi tinggi dan seterusnya menyebabkan serangan jantung atau
strok. Bukan sahaja memberi kesan kepada jantung, ia juga memberi kesan kepada tekanan
darah tinggi serta paras gula dalam darah yang tidak terkawal.

05KESEJAHTERAAN MENTAL

Apabila situasi ini berlaku ia akan menyebabkan kencing manis ataupun diabetes. Dalam pada
itu, ia akan membawa kepada gaya hidup yang tidak sihat. Penyakit mental akan menghalang
pesakit untuk menjalankan aktiviti harian dengan baik. Pemakanan pesakit pastinya terjejas
dan ia akan menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak.

Isu yang hangat diperkatakan di Malaysia yang berkaitan dengan kesihatan fizikal ialah empat
rangkaian penyakit yang berpunca daripada penyakit obesiti. Menurut Abdullah (2010),
penyakit kegemukan atau obesiti di Malaysia kini adalah hanya dikaitkan dengan negara-
negara maju di Barat sebelum ini. Namun begitu, ia berubah berikutan gaya hidup di Malaysia.
Empat penyakit rangkaian ini adalah penyakit jantung, diabetes, hypertension, dan kegagalan
buah pinggang. Masalah obesiti di Malaysia menunjukkan Malaysia menduduki tangga
keenam di belakang beberapa negara di Asia Barat, dan menjadi negara yang tergemuk di Asia
tenggara (Musa, 2019). Bagi penyakit yang berkaitan dengan jantung, ia disebabkan gaya hidup
Rakyat Malaysia yang gemarkan makanan yang mempunyai kadar lemak yang tinggi. Hal ini
boleh menyebabkan lemak yang berlebihan tidak dapat dibuang yang akan mengakibatkan
jantung tidak berfungsi dengan baik. Seterusnya ia akan menyebabkan ada saluran darah yang
tersumbat dan jantung akan diliputi oleh lemak yang berlebihan. Pengepaman darah akan
menjadi lemah dan memerlukan tekanan yang tinggi. Mengikut statistik Kajian Kesihatan dan
Kematian 2011, seramai satu daripada tiga rakyat Malaysia menghidapi kolesterol yang sangat
tinggi (Jing & Noor, 2022).

Seterusnya, penyakit diabetes. Penyakit diabetes ialah sesuatu keadaan jangka masa panjang
yang menyebabkan tingkat gula dalam darah terlalu tinggi. Statistic di Malysia yang dilakukan
melalui National Health Mobility Survey yang dijalankan pada athun 2011 mencatatkan 15.1
peratus rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atasa adalah obese (Abdullah et al., 2021).
Peningkatan yang berlaku adalah lebih tinggi berbanding 2006 yang hanya pada 14 peratus.
Selain itu, 2.6 juta populasi di Malaysia adalah obese dan negara ini dalah negara yang tertinggi
kadar obesiti di Asia Tenggara. Daripada aspek jantina, lelaki dikatakan obese jika mereka
mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25 peratus manakala wanita dadalah 35 peratus.

"Hidup itu seperti piano;
kunci putih
melambangkan
kebahagiaan dan hitam
menunjukkan kesedihan.
Namun, saat kamu
menjalani perjalanan
hidup, ingatlah bahwa
tuts hitam juga
menciptakan musik." -
Ehssan

06KESEJAHTERAAN MENTAL

KESAN

"Kesehatan mental sering
kali hilang dari perdebatan
kesehatan masyarakat,
meski itu penting untuk
kesejahteraan." - Diane
Abbott

SERING LUPA DAN SUSAH FOKUS

Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan
susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita
sering hilang fokus untuk memberi tumpuan
terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling.
Masalah ini bukan sahaja memberi impak
negatif terhadap kehidupan seharian, malahan
prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah
fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah
diberikan.

INSOMNIA

Antara kesan buruk kekurangan kesejahteraan mental adalah seperti kesihatan mental akan
terganggu sehingga menyebabkan insomnia. Insomnia adalah sesuatu masalah ketidakupaayan
manusia untuk tidur pada waktu malam dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya.
Punca masalah insomnia adalah dari masalah kesejahteraan mental yang tidak baik. Mereka yang
menghadapi masalah kesihatan mental ini akan tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun
pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat.

Ini akan menyebabkan insomnia akibat masalah
mental yang tidak baik sehingga dapat
menbahayakan kesihatan. Terdapat pelbagai faktor
yang menyumbang kepada insomnia, namun salah
satu punca insomnia adalah stres. Apabila stres, otak
manusia akan lebih aktif daripada biasa. Mereka yang
menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir
walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka
sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat
rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya

07 KESEJAHTERAAN MENTAL

BE HAPPY

KETIDAKSTABILAN EMOSI

Kekurangan kesejahteraan mental terhadap individu adalah ketidakstabilan emosi.
Kesejahteraan mental seharusnya perlu diberikan perhatian yang secukupnya oleh
setiap individu. Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi
disebabkan stres. Mereka yang menderita akibat stres tidak mampu
menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil. Selain itu penderita
juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil.
Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan
mudah marah. Stres, kebimbangan dan kemurungan merupakan antara masalah
kesihatan mental yang dialami melaui ketidakstabilan emosi (Abdul, 2021). Faktor
dari persekitaran, tempat kerja dan beban hidup mudah mempengaruhi emosi
seseorang individu. Oleh hal itu, stress, kebimbangan dan kemurungan akan
sangat mudah dialami oleh mereka.

Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan
hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang
tidak stabil. Bukan itu sahaja, hal ini dialami khususnya dari masalah tempat kerja
seperti tugasan yang banyak dan melelahkan. Persekitaran tempat kerja juga
mengganggu kestabilan emosi. Kebimbangan dan kemurungan biasanya berlaku
terhadap individu yang sering berfikir berlebihan. Kesejahteraan mental perlu
dipandang serius kerana banyak kesan negatif akan berlaku terhadap individu.
Ketidakstabilan emosi merupakan salah satunya. Oleh itu, Senantiasa peka akan
kesejahteraan mental dapat mengelakkan masalah ketidakstabilan emosi berlaku.

08KESEJAHTERAAN MENTAL

---

"Jadikanlah kritikan sebagai pembangun Kesan pengambilan langkah

mental dan semangat untuk meraih suatu awal pastinya menunjukkan

kemajuan." beberapa kesan yang positif

seperti mengurangkan risiko

Kesimpulannya, kesihatan Dapat kita lihat di Malaysia, untuk menghidapi penyakit-
masyarakatnya tidak berapa
mental sememangnya mengambil berat tentang tahap penyakit yang kronik. Oleh
kesihatan mereka. Kesedaran
ttelah mempengaruhi tentang kepentingan kesihatan yang demikian, adalah menjadi
seharusnya dipertingkatkan agar
segala aktiviti harian dan kesihatan dilihat sebagai kunci tanggungjawab individu,
utama dalam kejayaan sekaligus
juga gaya hidup seseorang melahirkan seorang individu yang masyarakat, komuniti dan
berdaya saing dari perspektif
individu.Kesihatan yang fizikal mahupun mental. Bukan negara bersama-sama bekerja
sahaja kepentingan yang harus
merangkumi fizikal dan ditingkatkan, langkah untuk sama dalam usaha mencapai
mengatasi kesihatan juga perlu
mental adalah sangat diambil agar pencegahan awal kehidupan yang sejahtera.
boleh dilakukan.
berhubungkait dan Dalam pada itu, cara hidup

memainkan peranan yang sihat adalah kunci utama

saling bergantung. dalam mendapat kesihatan

Sesungguhnya badan yang yang baik. Kesimpulannya,

cergas akan menghasilkan kesihatan bukanlah perkara

minda yang cerdas. Dapat yang rumit ataupun menjadi

kita lihat di masalah jika penjagaannya

dilakukan sejak usia dini lagi.

09KESEJAHTERAAN MENTAL

RUJUKAN

Abdullah, A. (2010). Tema dan isu penyelidikan mengenai gejala sosial pada dekad pertama abad 21 di Malaysia.
Akademika, 78, 3-14.

Abdullah, F. R., Abd Razak, M. R., & Ismail, E. (2021). Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal Dan Indeks Jisim Badan
Murid Melanau. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 355-360.

Amran Hassan, Fatimah Yusooff & Khadijah Alavi. (2012). Keluarga sihat melahirkan komuniti sejahtera: Satu
ulasan. Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 5 (51 - 63). GEOGRAFIA OnlineTM

Amran Hassan. (2011). Konflik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat.
Gani, F. A. (2019, June 23). Membina daya kekuatan mental: Bagaimana untuk kuat? astroawani.com.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/membina-daya-kekuatan-mental-bagaimana-untuk-kuat-210763

Hashim, S. N. A., & Saniff, S. B. M. (2019). KESEJAHTERAAN MENTAL: MEMBUDAYAKAN INTEGRITI DALAM INSTITUSI
KELUARGA. Editorial board, 75.

Hashim, S. N. A., & Saniff, S. B. M. (2019). KESEJAHTERAAN MENTAL: MEMBUDAYAKAN INTEGRITI DALAM INSTITUSI
KELUARGA. Editorial board, 75.

Hassan, A., Yusooff, F., & Alavi, K. (2012). Keluarga sihat melahirkan komuniti sejahtera: Satu ulasan. Geografia
Malaysian Journal of Society and Space, 8(5), 51-63.

Jing, C. A., & Noor, H. M. (2022). Konsep Penuaan Aktif di Malaysia: Satu Penelitian Awal (The Concept of Active
Ageing of Malaysia: A Preliminary Observation).

Lasemang, N. B. (2017). Kesihatan Fizikal dan Mental. Program Hubungan Industri, 1–24.
https://doi.org/10.13140/RG.2.2.36631.57762

Mohd Makzan Musa (1992) Psikologi kesihatan: Satu pengenalan. Jurnal Kebajikan Masyarakat 15 (2), 30-39
Musa, N. (2019, November 14). Malaysia catat rekod penduduk 'tergemuk' paling tinggi Asia. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/57154/berita/nasional/malaysia-catat-rekod-penduduk-tergemuk-
paling-tinggi-asia

Parenting, P. (2022, January 28). Kesihatan Mental Juga Penting! Positive Parenting.
https://mypositiveparenting.org/ms/2021/12/24/kesihatan-mental-juga-penting/

Pilgrim, D. (2014). Key concept in mental health, 3rd edition. Sage

Reporter, S. D. (2019, April 25). Hati-hati kesan stres terhadap mental, fizikal. Sinar Harian. Retrieved January 3,
2023, from https://www.sinarharian.com.my/article/25276/sinar-aktif/hati-hati-kesan-stres

ResearchGate. (n.d.). Retrieved January 4, 2023, from https://www.researchgate.net/profile/Norliah-
Lasemang/publication/315456905_KESIHATAN_FIZIKAL_DAN_MENTAL/links/58d0d15f458515302b85f76f/KESIH
ATAN-FIZIKAL-DAN-MENTAL

Rogers, A., & Pilgrim, D. (2014). A sociology of mental health and illness. McGraw-Hill Education (UK).

World Health Organization. (2010). The World Health Report 2001. Mental health: New Understanding, New Hope.
Switzerland.


Click to View FlipBook Version