The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlieshahidan285, 2022-06-13 12:56:08

efolio Salah Faham tentang Konsep Jihad

efolio

nama No. pendaftaran Kelas
Mohd azlie shahidan hamdan 20ddt21f1028 Ddt2b
20ddt21f1048 Ddt2b
Mohd nur haziq bin dahia 20ddt21f1034 ddt2b
Masyitah basirah binti hanafi



••










‫جهاد (‬





Terjemahan jihad;
Dalam kamus Islam, Jihad secara umumnya bermaksud perang pada jalan Allah. Jihad
berasal dari kata kerja ‘jahada’ yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh jiwa raga sehingga
mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah). Allah memerintahkan Muslim
mengerjakan al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'ka (mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan
menjauhi serta mencegah kekejian). Ia ditegas didalam Al-Quran Surah At-taubah yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Bagaimana keadaanmu bila dikatakan orang kepadamu :
berangkatlah ke medan perang jihad pada jalan Allah. Apakah kamu tinggal diam sahaja di
atas muka bumi?Apakah kiranya kamu lebih suka kehidupan di dunia daripada kehidupan di

akhirat? Tidaklah nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan diakhirat itu
kecuali sedikit. Sekiranya kamu tidak mahu berangkat, maka Allah akan mengazab kamu
dengan seksaan yang pedih, dan ia gantikan kamu dengan suatu kaum lain dari golongan
kamu, dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa; dan Allah atas segala sesuatu adalah kuasa.”

Jihad dalam al-quran dan hadis;

Al-Quran banyak menjelaskan konsep jihad dan peperangan (qital) dalam pelbagai
sudut perbincangan. Terdapat lebih daripada 170 ayat dalam al-Quran yang membincangkan
tentang perkara ini dalam berbagai-bagai tema. Antara tema yang dibincangkan berkaitan
dengan semangat dan hukum jihad, halangan untuk berjihad, kewaspadaan terhadp musuh,
peraturan semasa berperang, tawanan perang dan harta rampasanya, keenganan berperang, dan

kisah peperangan.
Antara ayat al-Quran yang menyeru kepada berjihad dan kebaikannya di sisi Allah

S.W.T adalah dalam firmannya yang bermaksud:
“berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan
berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah yang terbaik

bagimu jika kamu mengetahuinya”

Pensyiaratan Jihad dalam Islam;

Allah sentiasa mengingatkan rasul-Nya dan orang mukmin agar bersikap sabar, lembah
lembut, tidak berputus asa, cekal, tabah, sopan dan berusaha bersungguh-sungguh (Jihad)
semasa mengajak manusia kepada Islam. Usaha jihad pada peringkat ini masih dalam erti kata

berjihad dengan al-Quran, hujah, dalil dan kata nasihat.

Melaui intipati daripada ayat tersbut, dapatlah dirumuskan bahawa antara tujuan utama jihad
dalam Islam adalah : -

i. Untuk mempertahankan Islam dan ajarannya
ii. Membela kepentingan orang Islam daripada kezaliman pihak musuh

iii. Meluaskan syiar Islam di atas muka bumi

1. MEnCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
2. UNTUK MENYEBARKAN DAKWAH ISLAM

3. JIHAD TERHADAP SYAITAN
4. JIHAD TERHADAP KAUM KAFIR DAN MUNKARAT

1. JAHIL AGAMA

Jahil jihad juga menunjukkan ISIS melantik khalifah sendiri dan ini
melanggar undangundang syariah. Ini disokong oleh Prof. Ahmad al-
Raysuni yang mendakwa Khalifah Islamiah yang dilaungkan oleh ISIS
adalah tidak lebih dari angan-angan semata-mata. Ini juga dilihat oleh
institusi fatwa tersohor iaitu Darul Ifta yang membuat keputusan bahawa

ISIS adalah haram pada hukum syarak.

2. MAKSUD FIRMAN DIPESONGKAN

Memang sukar untuk menuding jari dengan pasti ulama atau cendekiawan Islam yang
telah menyalahertikan tafsiran salah mengenai jihad. Namun yang jelas ayat Quran dan Sunnah

telah ditafsirkan untuk membolehkan pengganasan dibuat atas nama jihad. Hayati contoh
berikut:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orangmmukmin, diri dan
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang
pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi)
janjinyang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.Dan siapakah
yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah
dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang

besar.”4
Surah at-taubah: 111

3. MENGELIRUKAN KONSEP FARDU

Urusan Muslim di dunia dapat dibahagikan dua iaitu - Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah.
Fardu ‘Ain itu adalah sesuatu yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang

sudah
baligh seperti solat, zakat, puasa dan menunaikan haji. Manakala Fardu Kifayah ialah
perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat

Islam,
tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang

melakukannya fardu ini, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat
beribadat, rumah

sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya.

4. SALAH FAHAM MATI SYAHID

“...dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan
Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab)

yang benar....”13
Surah Al Baqarah: 190-193
Islam menegah membunuh diri atau merosakkan diri sendiri dan membunuh orang lain.
Larangan ini amat jelas dalam Al-Quran dan pertegas dalam Sunnah. Tetapi lain halnya dalam
soal terkorban dalam menegakkan kebenaran agama. Yang terkorban itu akan mendapat
makam syahid atau bertaraf ‘syuhada’ . Syahid kerana berperang demi membela Islam diberi
pahala khusus dan ini dipanggil syahid dunia dan akhirat.

5. HEBAHAN JIHAD SEBAGAI PERANG AGAMA

Punca utama kekeliruan mengenai jihad, menurut satu tinjauan Council of IslamAmerican
Relations (CAIR yang berpangkalan di Washington, DC Amerika Syarikat) ialah

Dunia Barat sudah mengistilah dan menghebahkan jihad sebagai ‘holy war’ (perang suci) yang
senantiasa terdapat dalam minda orang Islam di mana jua mereka berada.

Tanggapan Barat dapat disusur sejak zaman Perang Salib, lebih 1,000 tahun lalu,
dimana perebutan untuk menawan Jerusalem (Baitulmakdis). Tentera pelbagai kerajaan
Eropah dan juga askar upahan telah dikerahkan oleh Vatican agar merampas kembali Jerusalem
dari tangan umat Islam, setelah kejatuhan empayar Rom ketika itu. Sejak itulah, kebencian

terhadap Islam terjadi.




Click to View FlipBook Version