PANDUAN PERATURAN SEKOLAH KEBANGSAAN RIAM BATU DUA1. Pakaian Seragam a. Pakaian Seragam Murid-Murid Lelakia) Hendaklah memakai kemeja putih berlengan pendekb) Hendaklah memakai seluar panjang berwarna biru tuan (navy blue)c) Tidak dibenarkan memakai tali pinggang yang telah diubahsuai dengan sebarang hiasan.d) Diwajibkan mengguna kasut kanvas hitam dan stoking hitame) Songkok berwarna hitam untuk murid lelaki yang beragama Islam sahaja.b. Pakaian Seragam Murid-Murid Perempuana) Blaus putih berlengan pendekb) Hendaklah memakai “pinafore tunic” berwarna biru tua (Navy Blue)c) Baju kurung putih dan sarung biru tua (navy blue) serta tudung atau mini telekung dibenarkan untuk pelajar yang beragama Islam sahaja.d) Barangan kemas atau apa jua perhiasan perempuan tidak dibenarkan.e) Diwajibkan mengguna kasut kanvas putih/hitamdan stoking putih/hitam2. Lencana SekolahSemua murid mesti memakai Tanda Nama dan Tali Leher yang mempunyai Lencana Sekolah.3. Kebersihan Dan Kekemasan Diria. Potongan Rambut Untuk Pelajar Lelakia) Semua murid lelaki berambut pendek bersih dan sentiasa kemasb) Di belakang – rambut mestilah jangan melebihi garisan di bawah cuping telinga.c) Di depan – rambut janganlah menutup tengah dahi.d) Di tepi (side) – rambut janganlah menutup kedua-dua bahagian telinga atau sebahagian daripadanya.b. Potongan Rambut Untuk Pelajar Perempuana) Pelajar Perempuan yang berambut panjang hendaklah disikat dan diikat kemas.b) Kebersihan rambut hendaklah dijaga selalu.
c) Warna rambut asal (hitam) – tidak boleh diwarna atau di dye.4. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)a. Buku teks akan dipinjamkan kepada semua murid warganegara Malaysia sahaja.b. Jagailah buku anda. Balutkan buku teks anda dengan pembalut buku.c. Buku teks hendaklah dipulangkan pada hujung tahun.d. Buku teks yang didapati rosak, koyak, diconteng atau hilang wajib diganti.5. Telephone Bimbit (Hand-Phone)a. Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali membawa Telefon Bimbit. b. Jika didapati murid-murid membawa telefon bimbit ke sekolah, pihak sekolah akan merampas telefon berkenaan untuk disimpan sehingga penghujung sesi persekolahan iaitu pada tarikh akhir persekolahan pada bulan November. 6. Kehadiran Harian Pelajar / Murid adalah WAJIBa. Semua murid hendaklah hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari.b. Murid yang selalu ponteng dari sekolah akan diambil tindakan mengikut Surat Pekeliling Prosedur – “Ketidakhadiran Pelajar” .Surat Amaran akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.c. Jika murid tidak hadir ke sekolah disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti: sakit, ibubapa perlu mendapatkan sijil sakit dari pihak hospital/klinik atau menulis surat dan dihantar ke sekolah.7. Aktiviti Kokurikulum / Pendidikan Jasmania. Semua murid wajib menyertai Aktiviti KK / Pendidikan Jasmani.b. Wajib menggunakan baju PJ sekolah untuk semua aktiviti dalam kawasan sekolah atau aktiviti luar yang di anjur oleh pihak sekolah.c. Sekiranya murid/pelajar tidak dapat menyertai mana-mana aktiviti KK / Pendidikan Jasmani disebabkan oleh masalah kesihatan, ibubapa perlu menghantar sesalinan surat pengesahan dari Doktor Kerajaan kepada pihak sekolah.8. Keselamatana. Tidak dibenarkan bermain di dalam bilik darjah pada bila-bila masa. Murid-murid dilarang memasuki kelas orang lain. b. Waktu bersekolah, semua murid mestilah berada dalam kelas masing-masing.c. Semasa datang atau balik sekolah, dilarang berebut-rebut atau bertolak-tolak.d. Gunakanlah jalan raya dengan betul. Jangan bermain atau berjalan ditengah jalan raya.
e. Murid-murid dilarang berbasikal di kaki lima bangunan sekolah. Basikal hendaklah diletakkan di kawasan yang telah disediakan.f. Murid yang berbasikal janganlah membawa kawan atau bersaingan di jalan raya. 9. Bilik Darjaha. Banggalah dengan bilik darjah anda sendiri dan jagailah perkara-perkara berikut:a) Lampu, suis dan system pendawaian elektrik.b) Perabot, papan tulis dan papan kenyataan kelas.c) Penyapu, penyeduk dan tong sampah.d) Pastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan kemas, teratur dan bersih.10. Kebersihan, Kecantikan Dan Keindahan Sekolah11.1 Banggalah dengan sekolah anda. Kebersihan, Kecantikkan dan Keindahan sekolah adalah tanggungjawab kita bersama. Bilik air dan tandas hendaklah dijaga dan digunakan dengan baik.a. Tutup air paip selepas digunakan.b. Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.c. Pokok hiasan/bunga hendaklah dijaga. Jangan dipetik11. Disiplin Pelajar / Murida. Semua pelajar / murid wajib mematuhi semua garis panduan peraturan sekolah. Pelajar /,murid adalah tertakluk kepada Peraturan Disiplin Sekolah. (ruj. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah – KPM)b. Jenis kesalahan dilakukan oleh pelajar/murid sekolah merangkumi 3 kategori yang utama, iaitu KESALAHAN BERAT, KESALAHAN SEDERHANA DAN KESALAHAN RINGAN 12. PenutupPihak sekolah akan memanggil pihak ibu bapa atau penjaga berhubung dengan prestasi Murid sama ada dalam Bidang Akademik, Sahsiah (Disiplin) atau Kokurikulum. Kerjasama ibubapa/penjaga amatlah diharapkan agar dapat datang sendiri dan bukan mewakilkan kepada kakak , abang atau individu tertentu murid berkenaan. Pihak sekolah tidak akan berurusan dengan mana-mana individu selain dari ibubapa / penjaga yang sah sahaja.