The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHAMAD RASHID BIN HUSIN Moe, 2020-05-05 19:57:30

Manual Kerja Kursus 942-4 2020-calon

Manual Kerja Kursus 942-4 2020-calon

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar)
Geografi

Kertas 4 (942/4)

Semester 3 Tahun 2020

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
__________________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 32 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2020

1 TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

12.0 Tanggungjawab Calon

12.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja
kursus (kajian luar)

12.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan

12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan
selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan

12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu

12.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;

(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,

(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan

(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan
kajian luar

12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat

12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan
kerja kursus (kajian luar)

12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar)
calon

12.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar
kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4

12.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja
calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2)

12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru
Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi

12.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada
tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

12.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon
sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan
mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja
kursus (kajian luar)

28 TERHAD

TERHAD

12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan
yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan
kerja kursus (kajian luar) Geografi

13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan Calon
Aktiviti
 Menerima soalan tugasan
4 Mei MPM memuat naik bahan berikut  Memahami skop tugasan kajian luar
hingga dalam portal MPM
26 Jun 2020 (www.mpm.edu. my) pada  Mendapatkan sumber kewangan
4 Mei 2020:  Mendapatkan kebenaran ibu

i. Manual kerja kursus yang bapa/penjaga
mengandungi Bahagian I : Guru,  Membincangkan jadual kerja
Bahagian II : Calon
bersama-sama ahli kumpulan
ii. Soalan tugasan  Mengagihkan kerja dan membentuk

29 Jun Persiapan sebelum ke lapangan struktur organisasi kumpulan
hingga  Menyediakan kerangka tugasan
17 Julai  Menyediakan peralatan dan instrumen
2020
seperti borang soal selidik
20 Julai Perlaksanaan kajian di lapangan  Mencari sumber rujukan seperti
hingga
14 Ogos sumber primer dan sekunder
2020  Mengumpul data dan maklumat

melalui pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual, dan kaji
selidik
 Memperoleh data dan maklumat dari
sumber sekunder

29 TERHAD

TERHAD

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan Calon
Aktiviti
17 Ogos  Menyusun dapatan (data dan
hingga Penulisan kajian setelah kembali maklumat) mengikut keutamaan dan
dari lapangan struktur tugasan
11
September  Memproses, mentafsir, manganalisis,
dan merumus data dan maklumat
2020
 Mempersembahkan data dan
14  Penilaian laporan kajian luar maklumat dalam bentuk peta, jadual,
 Pembentangan berkumpulan graf, carta, dan lain-lain yang
September bersesuaian
hingga hasil kajian luar oleh semua
calon  Membincangkan dapatan hasil kajian
19 Oktober dan menghubungkait dengan teori
2020 yang dipelajari

 Menulis penulisan kajian luar yang
lengkap mengikut format yang
ditetapkan

 Menyemak dan membuat
penambahbaikan penulisan kajian
luar

 Menghantar penulisan kajian luar
masing-masing kepada guru

 Membentangkan hasil kajian luar
secara berkumpulan

14.0 Format Penulisan

14.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan

14.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian
luar mengikut format berikut:

14.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

14.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat
sahaja

14.2.3 Langkau (spacing): 1.5
14.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.

Contoh:
2.0 Objektif kajian

2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji

14.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah,
graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk
lampiran

30 TERHAD

TERHAD

14.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah.
Contohnya,
i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."
ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."

14.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu
bual, dan penyataan lokaliti

14.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:
14.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
14.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
14.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
14.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar)
Geografi (Lampiran 4)
14.5.5 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi

14.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada
guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

15.0 Struktur Penulisan
Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali
dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
15.1 Isi kandungan
15.2 Penghargaan
15.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan
15.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan
15.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan,
letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di
kawasan kajian
15.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,
pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data
primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan
dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta
15.7 Hasil kajian dan perbincangan – Huraian tentang dapatan kajian yang telah
dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding,
membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan
aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh
dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta
15.8 Kesimpulan – Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk
penambahbaikan yang berkaitan

31 TERHAD

TERHAD
15.9 Senarai rujukan

15.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:
Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan
Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut:
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat.
Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2017.
Tanjung Malim: MDTM.

15.9.3 Rujukan Internet seperti contoh berikut:
Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13
Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation.
http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].

15.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut:
Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New
Straits Times, 21 February: 20.
Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman.
Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang).

15.10 Lampiran – Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang
tidak dimasukkan dalam teks

32 TERHAD


Click to View FlipBook Version