The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mr.amirulsyafiqas, 2022-06-09 05:45:17

PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

AHLI KUMPULAN

14DPM21F1008 HAIRUL AZRI BIN LAN
14DPM21F1022 AMIRUL SYAFIQ BIN SUHAIMEE
14DPM21F1002 DANISH AFFANDI BIN SHAHRIZUL
14DPM21F1067 MUHAMAD ASHRAF BIN AMRAN
14DPM21F1079 MUHAMMAD HARIS AKASHAH BIN MD RAHINDI

ISI-ISI MAKLUMAT

01 0202 03 04

PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN DEFINISI FAKTOR-FAKTOR

05 06 07

KESAN-KESAN CARA MENGATASI KESIMPULAN

PENGENALAN

Pengenalan Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan
seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak
berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat
diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam
fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya
sebagai pembalut penderitaan dan sumber
keseronokan.Menyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah
bermaksud menggunakan bahan yang boleh menjadikan ketagih
secara berlebihan atau untuk tujuan lain.Perbuatan ini adalah
salah dari segi agama dan undang-undang kerana ia boleh
memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang
pertimbangan.Keadaan ini boleh membahayakan diri sendiri dan
juga orang lain.Masalah ini juga merupakan masalah utama di
negara kita dan sering berlaku di kalangan remaja.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti penyalahgunaan bahan
terlarang dalam kalangan pelajar IPT dengan lebih spesifik dan jelas.

Mengenalpasti Mengenalpasti kesan-
definisi sebenar kesan penyalahgunaan
penyalahgunaan bahan bahan terlarang dalam
terlarang kalangan pelajar IPT

Mengenalpasti faktor- Mengenalpasti cara-
faktor penyalahgunaan cara mengatasi
bahan terlarang dalam penyalahgunaan bahan
kalangan pelajar IPT terlarang dalam
kalangan pelajar IPT

DEFINISI

Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan dengan remaja
terutamanya pelajar IPT. Hal ini berlaku oleh kerana beberapa faktor yang
menyebabkan golongan remaja dan pelajar IPT terjerumus dalam
penyalahgunaan bahan-bahan terlarang. Bahan-bahan terlarang ini
menyebabkan ketagihan kepada penggunanya dan sekaligus memudaratkan
kesihatan dan keupayaan seseorang.

Penyalahgunaan bahan terlarang akan mempengaruhi fizikal, mental,emosi
dan psikologi seseorang. Jadi tidak hairanlah kenapa ia amat berbahaya.
Pada era ini, bahan-bahan terlarang amat mudah didapati oleh kerana banyak
sindiket yang dijalankan di serata tempat termasuklah di dalam IPT.
Sesetengah bahan terlarang dijual dengan harga yang murah dan mampu
dibeli oleh pelajar.

Selain itu, sesetengah bahan digunakan untuk tujuan perubatan dan ia
disalahgunakan oleh sesetengah pihak dengan mengambilnya secara
berlebihan dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi khayal.

Antara contoh-contoh penyalahgunaan bahan terlarang ialah

dadah,rokok,daun ketum, gam/aerosol, arak dan ubat batuk.

FAKTOR - FAKTOR

KURANG PERANAN IBU
BAPA

Ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu
bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat
ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran. Faktor-Faktor seperti dorongan dan
galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh
memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi, dan pencapaian akademik remaja
yang masih bergelar pelajar.

MASALAH KELUARGA

Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-
duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpang kasih sayang serta
tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewara
sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keaddan seperti ini boleh menjejaskan
perkembagan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan
persolatiti.

FAKTOR - FAKTOR

MASYARAKAT

Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan
personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang
membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab,
berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain.

DIRI SENDIRI “INGIN TAHU”

Faktor lain yang membawa kepada berlakunya penagihan dadah adalah sikap remaja yang
ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu memang wujud
dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang
dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Sebagai contoh, fenomena lumba haram, di
mana mereka ingin menunjukkan belang mengecap keserokan bersama rakan sebaya.

KESAN-KESAN

TERHADAP FIZIKAL PELAJAR IPT

a) Dadah boleh menyebabkan mahasiswa mahupun mahasiswi

mengalami perubahan tekanan darah, berpeluh, muntah, sakit
dada dan berkemungkinan akan diserang sakit jantung yang
boleh menyebabkan kematian.

b) Rokok juga boleh menyebabkan perokok mudah mendapat

penyakit jantung, barah paru-paru dan masalah saluran
pernafasan yang teruk.

c) Minuman beralkohol boleh merosakkan sel-sel

hati,mengurangkan pengeluaran hempedu dan melambatkan
kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada
sistem saraf pusat.

TERHADAP EMOSI PELAJAR IPT

a) Mahasiswa atau mahasiswi yang ketagihan bahan terlarang menunjukkan
perubahan emosi yang sangat jelas dan menjadi terlalu gembira,
berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak mahu melakukan
aktiviti.

b) Apabila mengambil dadah, mereka berasa lebih yakin dan gembira.
sebaliknya menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat bahan
tersebut. Apabila keinginan untuk mendapatkan dadah tidak dapat
dipenuhi akan berlaku gangguan dan ketidaktenteraman jiwa dan juga
mungkin akan bertindak agresif untuk menghilangkan ketagihan dadah
yang sedang dialami.

c) Penyalahgunaan dadah seperti ganja memberi impak yang kuat kepada
otak sehingga menyebabkan penagih mengalami psikosis iaitu penyakit
mental yang teruk dan boleh berlakunya pembunuhan.

TERHADAP SOSIAL PELAJAR IPT

a) Pelajar IPT yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah
mereka akan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan
rakan-rakannya. Kebanyakkan mahasiswa mahupun mahasiswi
akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab
terhadap dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat.

b) Mendorong pelajar melakukan jenayah seperti merompak,
mencuri, dan jenayah boleh menjejaskan ketenteraman
masyarakat justeru menyebabkan mereka lupa matlamat
mereka di institusi tinggi. Iainya juga mengakibatkan pelajar
hilang kawalan dalam pergaulan sosial dan cenderung untuk
melakukan seks.

c) Boleh menyebabkan pelajar IPT tersebut bertindak ganas dan
berkemungkinan terlibat dalam pergaduhan.

CARA MENGATASI Melalui Peranan Ibubapa

Step 1 Melalui Peranan
Step 2 Masyarakat
Step 3
Step 4 Melalui Pelaksanaan
Undang-Undang

Melalui Peranan diri
sendiri

Melalui Peranan Ibu bapa

● Ibubapa hendaklah memberi
peranan kepada mereka sejak kecil
lagi. Menunjukkan tolerasi yang
baik dengan didikan dari Ibubapa.

Melalui Peranan Masyarakat

● Masyarakat disekeliling hendaklah menunjukkan
sopan santun dan tidak menunjukkan pengaruh
mereka terhadap bahan terlarang kepada pelajar-
pelajar. Ini kerana segelintir pelajar terkesan dengan
masyarakat sekeliling menyebabkan mereka ada sifat
ingin cuba dengan dadah.

Melalui Pelaksanaan Undang-Undang

● Undang-Undang di dalam negara ini juga perlu diperketatkan dan apa akan
berlaku jika mengambil dadah seperti memberitahu hukuman yang akan
jadi apabila mereka mengambil dadah. Seperti penjual dadah, hukuman
beliau adalah gantung sampai mati. Jadi ini boleh mengambil pengajaran
sebelum mereka berbuat demikian.

Melalui Peranan Diri Sendiri

● Terhadap diri sendiri, hendaklah menjaga diri sendiri daripada gejala-
gejala yang buruk disekeliling kita. Ia juga terkesan apabila pelajar ada
sifat ingin tahu terhadap dadah samaada dia mahu mencuba atau tidak.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, isu penyalahgunaan bahan terlarang
dalam kalangan pelajar IPT banyak memberi impak negatif
pada individu itu sendiri dan masyarakat. Para remaja
seharusnya bijak menggunakan peluang yang ada pada
hari ini untuk tujuan kebaikan dan bukannya
menyalahgunakan kemudahan tersebut. Oleh itu, ibubapa
perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak-
anak sejak kecil lagi tentang bahayanya barang-barang
terlarang seperti rokok, dadah, alkohol dan sebagainya.
Rakan juga prlu mengambil inisiatif dalam mendorong
rakan yang lain untuk tidak melibatkan diri dalam isu
penyalahgunaan barang-barang terlarang ini. Pada zaman
ini remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan
budaya barat yang sering mengamalkan unsur negatif
berbanding positif oleh masyarakat. Akhir sekali, pihak IPT
wajar mengadakan kempen kesedaran kepada para pelajar
agar dapat menjauhi diri daripada bahan-bahan terlarang
yang boleh memakan diri serta mengenakan tindakan
kepada mereka yang masih berdegil dan melanggar
peraturan pihak IPT.

RUJUKAN

1) https://antidadahsedunia.blogspot.com/
2) https://prezi.com/3lar_033fbzf/kajian-penyalahgunaan-dadah-dalam-kalangan-pelajar-
institusi/\
3) https://prezi.com/9fofw9udgzs6/kesan-dadah-kepada-fizikalmentalemosi-dan-sosial/
4) https://dns5akpi2017.blogspot.com/2017/09/faktor-faktor-penyalahgunaan-
dadah.html?m=1
5) Buku Teks Pengajian Islam


Click to View FlipBook Version