The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahidah, 2023-02-27 23:43:24

Pantun

TUGASAN 1: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104)

Pantun TUGASAN 1: BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Disediakan oleh: Nor Syahidah Umairah binti Roslan


Maksud Pantun Menurut Za ' abaa, (1978), pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat melayu. Semenjak orang Melayu belum pandai menulis surat, mereka telah pandai berbalasbalas pantun. Pantun merupakan puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, 2017) Harun Mat Piah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan.


Jenis-jenis Pantun PANTUN MENGHIBUR PANTUN NASIHAT PANTUN MENDUGA AKAL PANTUN MELUAHKAN PERASAAN PANTUN MENYEDAPKAN CAKAP PANTUN MENYAMPAIKAN HASRAT TERSEMBUNYI PANTUN MENYAMPAIKAN HASRAT SENI PANTUN AGAMA PANTUN BUDI PANTUN JENAKA PANTUN PERCINTAAN PANTUN PERPISAHAN


Ciri-ciri Pantun PANTUN ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah. Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk ' a,a '. Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk ' a,b,a,b'.


Akal Budi dalam Pantun Pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang melayu. Melalui pantun dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap dan pemikiran. (Ungku Aziz, 2011) Menurut T. Effendy, 2004, tradisi Melayu amatlah memperhatikan sopan santun dalam pergaulan sehariannya. Tradisi ini melahirkan " pantun larang " yang menyebabkan orang Melayu selalu berhatihati dalam berjenaka Pantun kaya dengan falsafah. Kekayaan pantun terletak pada pembayang yang mengangkat alam sebagai manifestasi masyarakat Melayu. (T. Effendy, 2005)


Akal Budi dalam Pantun Sejak zamanberzaman pantun telah menjadi wadah atau saluran untuk adat yang dianuti sesebuah masyarakat. Nasihat pula menjadi landasan penting bagi menyampaikan pengalaman lalu dan berguna dalam kehidupan seharian dan juga pada prinsip agama Pantun juga dicipta untuk menghibur. Hiburan boleh menjadi penawar untuk mereka yang harus menanggung takdir buruk


Click to View FlipBook Version