Perkembangan
Seni Visual di
Malaysia
Kandungan SENI HALUS
Nota - SEJARAH
- TOKOH & KARYA
- PERTUBUHAN & PERSATUAN
- INSTITUSI
SENI REKA
- SEJARAH
- TOKOH & KARYA
- PERTUBUHAN & PERSATUAN
- INSTITUSI
SENI KRAF
- SEJARAH
- TOKOH & KARYA
- INSTITUSI
Seni Halus
Sejarah & Perkembangan
Sejarah Seni Visual negara kita bermula pada tahun 1920-an dengan penubuhan Penang
Impressionist Society. Ahlinya adalah isteri-isteri golongan ekspatriat. Puan Lim Cheng Kung sebagai
penaja dan Abdullah Ariff sebagai guru seni lukis. Pada tahun 1930-an, muncul sekumpulan pelukis
yang dikenali sebagai 12 pelukis perintis di Pulau Pinang, antaranya ialah Abdullah Ariff dan Yong
Mun Sen. Mereka menjadikan landskap sebagai tema karya cat air mereka.
Pada tahun 1950-an, muncul pula pelukis seperti Chuah Thean Teng dan Khalil Ibrahim yang
menggunakan subjek tempatan sebagai tema dalam karya catan mereka. Penubuhan Wednesday Art
Group melahirkan para pelukis yang menampilkan karya catan gaya naturalisme. Karya mereka
bertemakan subjek yang mencerminkan warisan sosiobudaya masyarakat Malaysia.
Selepas merdeka, landskap seni visual negara terus berubah. Kepulangan pelukis-pelukis seperti Jolly
Koh dan Ibrahim Hussein ke tanah air telah menampilkan catan gaya ekspresionisme dan
ekspresionisme abstrak hasil pengaruh gaya seni barat. Perkembangan seni visual semakin rancak
dengan penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia dan Persatuan Pelukis Malaysia. Penubuhan Institusi
seperti institusi Teknologi MARA dan institusi seni swasta menawarkan pelbagai kursus seni
menyemarakkan lagi bidang seni visual di negara kita.
Tokoh & Karya
Lukisan - Cetakan
- Khaw Sia Arca - Long Thien Shih
- Syed Ahmad Jamal - Ahmad Khalid Yusof
- Anthony Lau
- Dzulkifli Buyong -Zakaria Awang Chew Teng Beng
- Chuah Thean Teng - Ramlan Abdullah - Ismail Zain
-Syed Ahmad Jamal - Raja Shariman Raja - Ponirin Amin
- Abdul Latiff Mohidin - Lee Joor For
Aziddin - Juhari Said
- Mad Anuar Ismail - Ilse Noor
- Zulkifli Yusoff
- Rosli Zakaria
Seni Lukisan Karya beliau
Abdullah Ariff
Beliau merupakan pengerusi persatuan bagi
kesatuan kesenian guru Pulau Pinang dan
merupakan ahli Penang Impressionist.
Dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau juga
menjadi guru seni di Anglo Chinese School,
Penang. Juga, diiktiraf sebagai Pelapur Seni
Lukis Cat Air dan meninggal dunia pada
tahun 1962.
Seni Arca Karya beliau
Anthony Lau
Anthony Laudilahirkan pada tahun 1933 di Johor
Bahru, Johor. Beliau menerima pendidikan seni
formal di England, Amerika. Beliau juga banyak
mempengaruhi pelukis-pelukis muda dan guru-
guru seni dengan konsep-konsep terbaru pada
tahun 1960-an. Sumbangan utama beliau ialah
dalam bidang arca. Anthony Lau mempunyai
sikap kukuh terhadap bahan dan ciri
konvensional seni arca.
Seni Cetakan Karya beliau
Redza Piyadasa
Redza Piyadasa dilahirkan pada tahun 1939
di Kuantan, Pahang. Beliau menuntut di
Brinsford Lodge untuk menjadi cikgu dan
berjaya menjadi guru di Universiti Teknologi
MARA. Beliau mendapat anugerah Prince
Claus Award di Netherlands. Meninggal
dunia pada tahun 2007 di Selayang.
Pertubuhan & Persatuan
Sebelum merdeka
Penang Impressionist Society
Tahun penubuhan : 1928
Tempat : Pulau Pinang
Ciri istimewa : Semua ahli terdiri daripada pegawai dagang Eropah,terutamanya suri
rumah berbangsa Inggeris
Ahli-ahli istimewa : a) Puan Lim Cheng Kung, isteriseorang jutawan yang memberi
sumbangan kewangan kepada pertubuhan
b) Abdullah Ariff, guru lukis kepada ahli-ahli pertubuhan
Wednesday Art Group
Tahun penubuhan : 1952
Tempat : Kuala Lumpur
Pengasas : Peter Harris
Tema kumpulan : " Seni sebagai Wadah Ekspresi Diri"
Objektif : Memperkenalkan estetika, cara seni lukis, serta alat dan media catan baru kepada ahli-
ahlinya.
Aktiviti : Bertemu pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan tubuh manusia (figuratis),
gubahan dan lakonan
Gaya catan : Pelbagai-aliran impresionis, post impresionis dan gaya tersendiri
Ahli yang aktif : Peter Harris, Cheong Laitong, Patrick NG Kah Onn, Dzulkifli Buyong, Syed Ahmad
Jamal, Ismail Mustam dan Grace Selvanayagam.
Sumbangan : Pernah dikatakan bahawa asas falsafah yang disemai telah menjadi tenaga
pembimbing utama dalam bidang seni di Malaysia pada hari ini.
Selepas Merdeka
Persatuan Pelukis Malaysia
Tahun penubuhan : 1979
Nama asal : Persatuan Pelukis-pelukis Nasional
Nama baharu : Persatuan pelukis Malaysia
Objektif : Memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan
yang mewakili pelukis
Jawatankuasa peringkat awal PPM : Syed Ahmad Jamal (Presiden), Yeoh Jin Leng,
Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff, Ruzaikha Omar Basree, Redza Piyadasa, Lee Kian
Seng, Hassim Hassan dll.
Aktiviti : Mengadakan Pameran Perdana, khidmat nasihat kepada pelukis-pelukis yang
ingin mengadakan pameran, ceramah, bengkel, seminar tentang seni lukis dan
menerbitkan majalah seni.
Angkatan Pelukis SeMalaysia
Tahun penubuhan : 6 Julai 1956
Jawatankuasa awal : Senu Abdul Rahman dan Yaacob Latif(Penasihat), Mohammad Hossein
Enas (Pengerusi), Idris Salam (Setiausaha), Yusof Nordin (Pemangku Setiausaha), Habibah
Baharuddin dan Tamby Abdullah Long (Bendahri) dll.
Aktiviti : Pameran Senilukis di Dewan British Council, Kuala Lumpur
Institusi Seni
INSTITUSI : SULTAN IDRIS INSTITUSI : SPECIALIST INSTITUT : INSTITUT
TRAINING COLLEGE (SITC) TEACHER'S TRAINING TEKNOLOGI MARA (ITM) KINI
ISNTITUTE (STTI) DIKENALI SEBAGAI UNIVERSITI
TAHUN PENUBUHAN : 29
NOVEMBER 1922 TAHUN PENUBUHAN : 1960 TEKNOLOGI NARA (UITM)
TUJUSN : MELATIH GURU- TAHUN PENUBUHAN : 1972
TUJUAN : MELATIH GURU- KURSUS : PENGAJIAN SENI
GURU MELAYU GURU DALAM MATA SEPERTI SENI HALUS, SENI REKA
PELAJARAN SENI GRAFIK DAN SENI REKA
KURSUS : SENI LUKIS DAN KURSUS : SEJARAH DAN
PERTUKANGAN TANGAN APRESIASI SENI, IDEA MODEN PERINDUSTRIAN
SEPERTI ANYAMAN DAN DALAM PENDIDIKAN MODEN
DAN REKAAN KREATIF
KERJA KAYU
Institusi Seni
UNIVERSITI SAINS INSTITUSI : INSTITUSI
MALAYSIA (USM) SENI SWASTA
TAHUN PENUBUHAN : 1972
(JABATAN SENI) TUJUSN : MEMBANTU
KURSUS : PENGAJIAN SENI DALAM PERKEMBANGAN
HALUS SEPERTI CATAN, SENI VISUAL DAN PENDID
SENI REKA GRAFIK, SENI I
FOTO DAN CETAKAN CONTOH : KUALA LUMPUR
INSTITUTE OF GRAPHIC.
LIMKOKWING UNIVERSITY
OF CREATIVE
TECHNOLOGY
Seni Reka
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Sejarah perkembangan seni reka negara kita agak muda berbanding
dengan perkembangan seni halus dan seni kraf. Seni reka terbahagi kepada
komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran.
Kewujudan kursus seni reka secara formal menerusi Institut Teknologi
MARA (kini UITM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak
dan institusi swasta misalnya, merupakan titik tolak transformasi terhadap
bentuk-bentuk rekaan dua dimensi (2D) daan tiga dimensi (3D) sejajar
dengan perkembangan sains dan teknologi.
Bidang seni reka di negara ini terus berkembang dengan penubuhan Majlis
Rekabentuk Malaysia dan Majlis Inovasi Negara. Beberapa buah institusi
seperti Institut Teknologi MARA dan institusi swasta telah berjaya
melahirkan ramai pereka yang berkaliber.
Zulkifli Haron Tokoh & Karya
Karyanya
Tokoh reka bentuk teknologi
Dilahirkanpada tahun 1959 di Kelantan dan
mendapat pendidikan di Institut Kemahiran
MARA Johor Bahru. Beliau meruupakan
pereka cipta peralatan berteknologi dalam
pelbagai sektor. Beliau juga pernah
menerima anugerah Guinness Effort Award
1989 dan Anugerah Belia Selagor Draul
Ehsan 1996.
Haji Hashim Hassan Tokoh seni reka grafik
Karyanya Haji Hashim Hassan dilahirkan pada tahun
1938 di Johor. Beliau mendapat pendidikan di
Canterbury College of Art, England dan
University Ohio, USA. Beliau juga telah
memenangi pelbagai anugerah antaranya
ialah Pertandingan mencipta logo Hari
Kebangsaan, iaitu pada tahun 1980, 1981,
1983, 1984,1985, 1986, 1987dan 1991. Beliau
dikenali sebagai 'Bapa Logo Hari
Kebangsaan'.
Jimmy Choo Tokoh seni reka bentuk fesyen
Karyanya
Jimmy Choo dilahirkan pada tahun 1961 di
Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan di
London College of Fashion. Beliau menerima
anugerah gelaran 'Professor' dari Universiti of
the Arts, London atas sumbangannya dalam
bidang fesyen dan mendapat anugerah
Order of the British Empire (Knighthood)
daripada Queen Elizabeth II, England pada
tahun 2002.
Hassan Abdul Muthalib Tokoh seni reka animasi
Karyanya Beliau dilahirkan pada tahun 1945 di Kedah.
Mendapat pendidikan sehingga SPM tetapi
meminati bidang animasi. Beliau merupakan
Pengerusi Persatuan Animasi Malaysia dan
pernah dianugerahkan 'AnugerahSri Angkasa'
bagi kategori 'Idea Terbaik' dan 'Treler
Terbaik' untuk animasi pendek, iaitu 'Sang
Kancil dan Buaya' dan 'Sang Kancil dan
Monyet'.
Ahmad Haji Zainuddin Tokoh komunikasi visual
Ahmad Haji Zainuddin dilahirkan pada tahun
1950 di Pahang. Beliau Mendapat Ijazah
Kedoktoran dari Manchester Metropolitan
University, England. Beliau juga menjadi
Profesor di UCSI University, Malaysia dan
merupakan Pengerusi Majlis Rekabentuk
Malaysia (MRM), Ahli Majlis Profesor Negara
dan pakar seni grafik dalam kluster industri
dan inovasi. Ahmad Haji Zainuddin
merupakan tokoh yang mempelopori
kempimpinan reka bentuk.
Lim Kok Wing Tokoh seni reka bentuk teknologi kreatif
Karyanya Lim Kok Wing dilahirkan pada tahun 1946 di
Kula Lumpur. Beliau merupakan pelopor dan
juga Presiden Limkokwing University of
reative Technology. Beliau juga menerima
banyak penghargaan seperti anugerah Father
of Innovation in Africa dalam The Bizz awards
2014 di Texas, USA.
Persatuan & Pertubuhan
Majlis Rekabentuk Malaysia Majlis Inovasi Negara
Ditubuhkan pada tahun Ditubuhkan pada tahun
1993 2007
Terletak bawah Terletak di bawah
pengawasan Kementerian pengawasan Kementerian
Sains, Teknologi dan Sains, Teknologi dan
Inovasi. Inovasi.
Tujuannya untuk Tujuannya untuk
membuka masa depan membentuki dan
inovasi dan reka bentuk melaksanakan agenda
inovasi negara yang lebih
di Malaysia
mantap
Institusi Seni
Institusi Teknologi MARA (sekarang dikenali sebagai Universiti
Teknologi MARA (UITM)) dengan kewujudan Jabatan Seni Lukis dan
Seni Reka pada tahun 1967.
Universiti awam lain seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti
Malaysia Kelantan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tun Hussein
Onn dan Universiti Malaysia Sarawak.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta seperti Centre for Advanced Design,
Malaysian Institute of Art dan Limkokwing University of Creative
Technology
Seni Kraf
Sejarah & Perkembangan
Sejarah seni kraf Malaysia boleh dikaitkan dengan kerja
tangan yang diusahakan oleh masyarakat Melayu di
Kelantan, Terengganu dan Pahang sekitar tahun 1780-an.
Contoh hasil rekaan mereka ialah keris, perahu payang, wau
dan gasing. Seni kraf tradisi mengandungi unsur-unsur
kebudayaan penciptanya yang berupa hiasan. Kedatangan
imigrasi luar seperti kaum Cina dan India telah
mempengaruhi rekaan tempatan. Proses asimilasi budaya ini
terlihat pada rekaan seperti ukiran kayu, sulaman dan
barang kemas.
Seni Kraf
Tradisonal Moden
batik seni kertas
tembikar kraf sabun
ukiran kayu kraf manik
tenunan
anyaman kraf lilin
tekatan kraf tali
Adiguru & Produk
Batik
YUSOFF HAJI ABDULLAH
Yusoff Haji Abdullah dilahirkan pada tahun 1928 di Kelantan.
Beliau pernah mengikuti kursus seni kreatif (Seni Halus) di
Universiti Sains Malaysia. Rekaannya menampilkan budaya
masyarakat Pantai Timur. Beliau juga pernah mengadakan
Pameran Lukisan Batik di Moscow pada tahun 1978 dan
menjadi penceramah di pusat pengajian tinggi di dalam dan
luar negara.
Tembikar
ZAMARI @ ZAMRI PANDAK
Zamri Pandak dilahirkan pada tahun 1942 di Perak. Beliau
memperolehi kemahiran daripada datuknya. Berpengetahuan luas
dalam teknik penghasilan tembikar. Menjadi pakar rujuk dan
khidmat nasihat kepada pelajar dan orang perseorangan. Beliau
juga menerima anugerah Seal of Excellence daripada UNESCO-
AHPADA 2002 dan dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Labu Sayong
pada tahun 2007.
Ukiran Kayu
HAJI ABD. RAHMAN LONG
Haji Abd. Rahman Long dilahirkan pada tahun 1943 di Terengganu.
Beliau mewarisi kemahiran seni ukiran daripada ayah dan datuknya.
Beliau juga merupakan pakar dalam ukiran kayu tradisional dan
penghasilan sarun serta hulu untuk senjata Melayu seperti keris.
Hasil karyanya menghiasi Bank Negara dan Istana Negara. Beliau
dianugerahi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Sultan Perlis pada
tahun 1986.
NORHAIZA NOORDIN Norhaiza Noordin dilahirkan pada tahun 1963 di Terengganu. Beliau
mengikuti latihan ukiran kayu dengan empat orang tokoh pengukir
tersohor negara seperti Wan Su Othman dan Tengku Ibrahim
Tengku Wok. Beliau juga menjadi ahli panel dan penceramah yang
dikendalikan oleh jabatan kerajaan dan swasta. Pernah menerima
Anugerah Seni Negeri Terengganu pada tahun 2005 dan Anugerah
Usahawan Kraf 2010. Norhaiza Noordin Dianugerahi sebagai
Adiguru Kraf Ukiran Seni Halus pada tahun 2011.
Tenunan
HAJAH HABIBAH ZIKRI
Hajah Habibah Zikri dilahirkan pada tahun 1948 di Kedah. Beliau
mendapat pendidikan di Institut Teknologi MARA dalam Jurusan Tekstil.
Beliau telah memberikan nafas baharu kepada kain songket agar boleh
dimiliki dan diterima pakai oleh semua masyarakat. Melatih dan
membimbing penenun muda sehingga menjadi penenun yang mahir. Karya
kreatifnya dijadikan hiasan di Istana Negara, Istana Johor, hotel dan
resort. Beliau juga dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Songket dan juga
dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2007.
HAJAH NATIPAH @ NATIPAH ABD. KADIR
Hajah Natipah atau juga dikenali sebagai Nortipah Abd. Kadir
dilahirkan pada tahun 1944 di Pahang. Beliau mewarisi kemahirun
menenun darpada keluarganya. Beliau telah membangunkan dan
memajukan kegiatan menenun dalam kalangan masyarkat tempatan.
Mahir dalam menenun kain limar dan seni tekat gubah. Hajah
Natipah dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Tenun Pahang Diraja
pada tahun 2006.
Anyaman
AMINAH HAJI AMAT Aminah Haji Amat dilahirkan pada tahun 1928 di Melaka. Beliau mewarisi
kemahiran menganyam daripada keluarganya. Mengajar orang
perseorangan dan pelajar sekitar Melaka tentang anyaman rombong.
Beliau mengahasilkan teknik pemprosesan bahan mentah dan anyaman
yang lebih mudah. Aminah Haji Amat dianugerahi sebagai Adiguru Kraf
Anyaman Rombong pada tahun 1988.
ISHAK KASSIM
Ishak Kassim dilahirkan pada tahun 1959 di Melaka. Beliau mengikuti latihan
jangka pendek anyaman rotan anjuran Kraftangan Malaysia seterusnya
menjadi tenaga pengajar dalam latihan industri yang dikelolakan oleh
jabatan kerajaan. Beliau menjadi Naib Johan Kategori Bidan Kraf Rotan
anjuran UNESCOpada tahun 2003 dan dianugerahi sebagai Adiguru Kraf
Anyaman Rotan pada tahun 2011.
Tekatan
HAJAH AZIZAH MOHD. YUSOF
Hajah Azizah Mohd. Yusof dilahirkan pada tahun 1938 di Perak. Beliau
mewarisi kemahiran daripada ibunya dan seterusnya memajukan kegiatan
menekat dengan membuka bengkel dan ruang pameran. Beliau juga
sangat kreatif dalam memilih dan mengubah reka corak berunsurkan
motif flora. Sering diundang menjadi pengajar dalam pelbagai program
yang diadakan di dalam an luar negara. Hajah Azizah dianugerahi
sebagai Adiguru Kraf Tekatan pada tahun 1995.
AINATISHAH BILAL DIN
Ainatishah Bilal Din dilahirkan pada tahun 1914 di Perak. Beliau mempelajari
seni tekat daripada ibu dan neneknya. Produk kreatifnya mendapat
tempahan daripada masyarakat setempat, kerabat diraja dan pembesar
istana. Beliau dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Tekatan pada tahun 1987.
Institusi
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
Ditubuhkan pada 1 Oktober 1979
Peranan :
Memelihara dan melindungi warisan kraf negara
sebagai satu industriyang berdaya maju dan mantap
dalam pasaran tempatan dan antarabangsa
Institusi Kraf Negara (IKN)
Ditubuhkan pada bulan Ogos 2001
Peranan :
Bertanggungjawab melahirkan modal insan yang
berkemahiran, berilmu pengetahuan, menguasai
teknologi dan peka terhadap warisan kraf.
Terima Kasih
SARAH ALISYA 1 AL-BIRUNI