Penulisan buku Isu Semasa dan Cabaran Masa Depan lebih berfokus kepada implikasi isu konflik, perkembangan ekonomi dan global terhadap Malaysia, cabaran-cabaran, dan langkah mengatasi serta masa depan Malaysia dalam konteks perkembangan revolusi industri semasa dan globalisasi. Buku ini juga ditulis bagi memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang isu-isu semasa dunia dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia.