The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pensejarahan Malaysia merupakan wadah penulis yang terdiri daripada enam orang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang pensejarahan Malaysia. Kandungan buku ini disusun selaras dengan kurikulum Sejarah di Institut Pendidikan Guru(IPG) yang membincangkan tentang pengenalan pensejarahan Malaysia, kajian berdasarkan beberapa karya agung, wacana karya agung, pensejarahan berbentuk undang-undang, pensejarahan Malaysia daripada perspektif penulisan kolonial dan persoalan sentrik Malaysia dan sentrik Eropah dalam pensejarahan Malaysia. Tiga karya agung dibahaskan dengan teliti dalam buku ini ialah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Misa Melayu dan Tuhfat Al-Nafis.
<br>Buku ini sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan kepada para pelajar IPG, IPTA dan IPTS yang ingin memahami latarbelakang pensejarahan Malaysia berdasarkan beberapa aspek yang dijelaskan di atas. Pendirian para penulis buku ini yang memberi penegasan supaya penulisan pensejarahan Malaysia perlu berpaksikan sentrik Malaysia patut dipuji kerana menonjolkan tafsiran sejarah negara berdasarkan kaca mata masyarakat tempatan. Usaha sebegini dapat mengangkat martabat bangsa apabila nilai patriotisme dipupuk dalam kalangan generasi muda. Sesungguhnya,karya yang bercorak sentrik Malaysia mampu menyebarkan serta memupuk perasaan cinta terhadap bangsa dan negara seperti yang dilakukan oleh lepasan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Perak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2023-10-22 06:14:10

Pensejarahan Malaysia

Buku Pensejarahan Malaysia merupakan wadah penulis yang terdiri daripada enam orang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang pensejarahan Malaysia. Kandungan buku ini disusun selaras dengan kurikulum Sejarah di Institut Pendidikan Guru(IPG) yang membincangkan tentang pengenalan pensejarahan Malaysia, kajian berdasarkan beberapa karya agung, wacana karya agung, pensejarahan berbentuk undang-undang, pensejarahan Malaysia daripada perspektif penulisan kolonial dan persoalan sentrik Malaysia dan sentrik Eropah dalam pensejarahan Malaysia. Tiga karya agung dibahaskan dengan teliti dalam buku ini ialah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Misa Melayu dan Tuhfat Al-Nafis.
<br>Buku ini sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan kepada para pelajar IPG, IPTA dan IPTS yang ingin memahami latarbelakang pensejarahan Malaysia berdasarkan beberapa aspek yang dijelaskan di atas. Pendirian para penulis buku ini yang memberi penegasan supaya penulisan pensejarahan Malaysia perlu berpaksikan sentrik Malaysia patut dipuji kerana menonjolkan tafsiran sejarah negara berdasarkan kaca mata masyarakat tempatan. Usaha sebegini dapat mengangkat martabat bangsa apabila nilai patriotisme dipupuk dalam kalangan generasi muda. Sesungguhnya,karya yang bercorak sentrik Malaysia mampu menyebarkan serta memupuk perasaan cinta terhadap bangsa dan negara seperti yang dilakukan oleh lepasan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Perak.

Keywords: Pensejarahan Malaysia,IPG,IPTA,University,Sejarah

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetakatau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apajua pun, tanpa mendapat kebenaransecara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia. PENSEJARAHAN MALAYSIA © MK e-Solutions Sdn. Bhd. ISBN 978-967-0036-15-1 Terbitan Pertama: 2024 EDITOR Zurihan Yusoff PENULIS Arba’iyah Mohd Noor Ramlah Ghani Meor Aris Meor Hamzah Saimin Ginsari Hashima Sulaiman Mohd Fadzil Mohd Salleh Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawabpenulissepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403) (MKE) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050 Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] Kerjasama: Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Lingkungan Budi. 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [email protected] Dicetak oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak. Malaysia Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220


Kandungan i Prakata ii Bab 1 Pengenalan Pensejarahan Malaysia 1Bab 2 Pensejarahan Alam Melayu Abad Ke-17 Hingga26Abad Ke-19: Kajian Ke Atas Beberapa Karya Agung Bab 3 Wacana Karya-Karya Agung 46Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang-Undang92Bab 5 Pensejarahan Malaysia daripada Perspektif 110Penulisan Kolonial Bab 6 Persoalan Sentrik Malaysia dan Sentrik Eropah145dalam Pensejarahan Malaysia Biodata Penulis 195


Buku ini mengandungi enam bab dengan dimulakanperbincangantentang konsep-konsep yang terdapat dalampensejarahanMalaysiaiaitu pengertian pensejarahan Malaysia, pendekatan kajian, disiplinkajian, permasalahan filolog, anakronisme dan konsepmasa. Babkedua pula memfokuskan kepada tiga karya agung iaituSulalatusSalatin, Tuhfat al-Nafis dan Misa Melayu. Ketiga-tiga karyaagungitudibahaskan dalam bab ketiga yang membicarakan aspekjati diribangsa, pembentukan masyarakat, kritikan sosial, pendidikan,pemikiran dan emansipasi wanita. Bab keempat membincangkanpensejarahan yang melibatkan empat sistemundang-undangyangdilaksanakan di Melaka, Perak dan Kedah. Bab kelimadankeenamtelah diolah dengan teliti bagi membincangkan secarakritikalpensejarahan Malaysia daripada perspektif penulisankolonial danpersoalan sentrik Malaysia dan sentrik Eropah. Setelah mempelajari ilmu pensejarahan diharapkanparamahasiswa khususnya dapat menilai sesuatu karya sejarahsecaraobjektif. Seseorang pengkaji perlu meneliti sesuatufaktayangdikemukakan oleh pengarang mengikut kesesuaian sesuatuperistiwadan dilihat dalam konteks budaya serta latar masyarakat berkenaan.Ketika menilai sesuatu karya sejarah tradisional, seseorangpengkajiperlu berhati-hati kerana berkemungkinan besar karyaberkenaandiserapkan unsur bias, mitos dan legenda yang bolehmenimbulkankesangsian terhadap kesahihan fakta atau peristiwa yangberlaku. Kami memohon maaf atas kekurangan yang terdapat dalambuku ini. Kelemahan dari segi penyelarasan nota kaki akandibaikidalam cetakan akan datang. Segala komen daripada parapembacaamat kami alu-alukan. Semoga penerbitan buku ini dapat dimanfaatkandanmenjadirujukan kepada para pendidik, mahasiswa, pensyarah, pengkaji danpeminat sejarah tanah air. Panel Penulis


1 PENGENALAN PENSEJARAHAN MALAYSIA Meor Aris Meor Hamzah 1.1 PENGENALAN Sejarah merupakan sebuah kisah atau peristiwa lama atau yang sudah berlalu. Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), sejarah merupakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat.1 Secara umumnya, sejarah didefinisikan sebagai ‘the record of events or the events themselves’. Dengan kata lain, ‘record of event’ (catatan peristiwa-peristiwa) dan ‘the event themselves’ (peristwaperistiwa itu sendiri), mempunyai perhubungan dan pertalian yang relatif.2 Namun, tidak bermakna sejarah itu terhad atau tertumpu kepada manusia semata-mata. 1 Kamus Dewan (Edisi Keempat), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017. 2 Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah, Pensejarahan Malaysia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd, 2016, hlm. 1-2.


PENSEJARAHAN MALAYSIA 2 Ini kerana Teuku Ibrahim Alfian (1972) menyatakan bahawa peristiwa-peristiwa alam yang terjadi seperti gempa bumi, gunung meletus dan banjir besar yang mana menyangkut dengan manusia juga disebutkan di dalam sejarah.3 Sejarah dapat ditafsirkan sebagai salah satu disiplin ilmu yang penting. Istilah sejarah bertepatan dengan maksud yang diberikan di dalam Kamus Dewan yang merupakan kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu.4 Hal ini menunjukkan bahawa ilmu ini amat penting untuk dipelajari dan dihayati, tidak kira apa pun terutamanya ilmu sejarah. Ini kerana seperti definisi yang diberikan di atas, sejarah berkait rapat dengan pengetahuan sesuatu perkara berdasarkan latar belakang, sebab, tindakan dan cara mengatasi isu tersebut dengan benar dan tepat. Dari sudut lain, sejarah dapat dilihat sebagai kisah teladan yang boleh dipelajari dan diambil pengajaran dalam menghadapi situasi semasa dan kontemporari. Pemahaman akan ilmu ini adalah penting bagi mengelakkan atau meminimakan sikap taksub dan melampau terhadap isu yang diketengahkan. Dalam konteks pembentukan negara bangsa, bidang sejarah merupakan kunci kepada kefahaman tersebut. Pemahaman yang kritikal adalah sangat penting kerana negara kita mempunyai masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Sikap acuh tidak acuh akan membawa dan menjerumuskan negara bersama masyarakatnya ke dalam kancah yang lebih buruk yang mungkin tiada jalan kembali seperti yang berlaku kepada negara dan tamadun hebat suatu ketika dahulu. 1.2 PENGERTIAN PENSEJARAHAN MALAYSIA Untuk memahami lebih mendalam tentang pensejarahan ini, adalah penting untuk memahami dahulu definisi perkataan itu sendiri. Ini kerana memahami konsep dan terma sesuatu perkataan akan memudahkan lagi kefahaman akan topik yang ingin dibincangkan. Pensejarahan merupakan sebuah hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli 3 Teuku Ibrahim Alfian, “Pengertian kata “Sejarah”, Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02, 1972, hlm. 99. 4 Kamus Dewan (Edisi Keempat), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017.


2 PENSEJARAHAN ALAM MELAYU ABAD KE-17 HINGGA ABAD KE-19: KAJIAN KE ATAS BEBERAPA KARYA AGUNG Arba’iyah Mohd Noor 2.1 PENGENALAN Secara umumnya terdapat begitu banyak karya pensejarahan Alam Melayu yang telah dilahirkan dalam bentuk penulisan sejak zaman awal kedatangan Islam ke rantau ini. Melalui perkembangan agama Islam yang membawa kepada pengenalan tulisan jawi, pendidikan agama serta penghasilan karya pensejarahan Islam telah menimbulkan kesan ke atas cara berfikir sehingga timbul kesedaran tentang kepentingan sejarah tempatan. Kesedaran terhadap penghasilan karya pensejarahan telah menjadi semakin ketara dengan kelahiran begitu banyak karya yang telah dikarang oleh para pengarang Melayu dalam pelbagai jenis.


27 PENSEJARAHAN ALAM MELAYU ABAD KE-17 HINGGA ABAD KE-19: KAJIAN KE ATAS BEBERAPA KARYA AGUNG Menurut Mahayudin Haji Yahaya, karya Melayu yang dilahirkan dalam tempoh kira-kira sembilan abad lamanya (sejak dari abad ke-10) berjumlah lebih kurang sepuluh ribu naskhah atau lebih berdasarkan penemuan di pelbagai tempat termasuk penemuan terakhirnya di Tanah Abee, Acheh, Patani dan Sri Lanka.38 Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur pula memiliki lebih 3 ribu naskhah39 dalam pelbagai jenis (jumlah ini termasuk kitab-kitab yang mempunyai judul yang serupa yang disalin berulang kali oleh pengarang yang sama atau penyalinpenyalin lain dan manuskrip warkah lama). Sesetengahnya yang masih bertahan dan dapat diselamatkan telah digunakan oleh ramai sarjana untuk dilakukan kajian terhadapnya. Antara karya yang lebih banyak dilakukan kajian setakat ini ialah karya berbentuk kesusasteraan berbanding karya pensejarahan Melayu dan agama. Karya pensejarahan Melayu yang telah dikaji itu pula lebih tertumpu kepada karya yang dihasilkan pada abad ke-19 dan ke-20 sahaja. Ini disebabkan oleh keadaan karya tersebut yang masih berada dalam keadaan baik dan dapat dibaca dengan lebih mudah berbanding karya sebelumnya yang kebanyakan telah hampir rosak dan sukar dibaca. Banyaknya khazanah tersebut juga melambangkan sekurangkurangnya telah wujud kesedaran masyarakat Melayu walaupun pada ketika itu pemikiran mereka terhadap sejarah masih berada di tahap yang sederhana. Walaupun kesedaran terhadap sejarah tidak sehebat hari ini, namun sejak terhasilnya karya-karya pensejarahan oleh para penulis sejak zaman berzaman, maka kesedaran itu semakin hari menjadi semakin ketara dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian terhadap khazanah zaman silam ini wajar diterokai agar dapat memperkayakan lagi ilmu di bidang pemikiran sejarah di samping dapat memaparkan konsep sejarah masyarakat Melayu tradisional terutama dari segi kebijaksanaan mereka menjadikan sejarah sebagai antara unsur terpenting di dalam kehidupan mereka. Walaupun sukar untuk menentu dan membuktikan berapa banyakkah hasil karya Melayu yang wujud sejak zaman awal lagi namun berdasarkan jumlah yang masih wujud sehingga ke hari ini menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat tradisional terhadap kepentingan ilmu pengetahuan yang 38 Mahayudin Haji Yahaya, Karya Klasik Melayu-Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. hlm. 24. 39 Siti Mariani S.M.Omar, “Warkah Raja-raja Melayu di Pusat Manuskrip Melayu”, kertas kerja Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu, Hotel Quality, Kuala Lumpur, 2-5 Julai 2001, hlm. 1.


3 WACANA KARYA-KARYA AGUNG Ramlah Ghani 3.1 PENGENALAN Kamus Dewan memperincikan perkataan wacana sebagai keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan atau percakapan. Boleh juga dimaksudkan sebagai perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.102 Kesimpulannya wacana adalah satu kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato dan khutbah) atau dalam bentuk tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen). Justeru apabila membincangkan wacana karya agung Melayu seperti Sejarah Melayu, Misa Melayu dan Tuhfat al-Nafis maka kita menemukan satu pemikiran yang sama dalam aspek-aspek kehidupan manusia Melayu sungguhpun isi penceritaan adalah agak berbeza dengan watak-watak yang berbeza. Hal ini, yang menjadikan karyakarya ini sebagai unik dan berbeza daripada karya-karya tradisi di sebelah Barat. 102 Kamus Dewan. (Edisi 4), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.


47 WACANA KARYA-KARYA AGUNG 3.2 SEJARAH MELAYU / SULALATUS SALATIN Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin dikatakan dikarang oleh Tun Seri Lanang atau Tun Muhammad bin Tun Ahmad yang merupakan seorang pujangga Istana Melaka. Beliau juga adalah Bendahara Paduka Raja Johor. Sejarah Melayu merupakan karya magnum opus orang-orang Melayu yang mengandungi unsur-unsur sejarah. Pengkaji-pengkaji sejarah moden tidak menganggap karya ini sebagai sebuah karya sejarah kerana di dalamnya terkandung unsur-unsur mitos dan legenda.103 Genesis Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin kerap diperbincangkan oleh cendekiawan sejarah tidak kira dari Barat atau cendekiawan tempatan. Persoalan siapakah sebenar penulis Sejarah Melayu serta di manakah tempat asal naskhah ini ditulis juga menjadi perdebatan. Sulit untuk menentukan keesahan kedua-dua persoalan kerana masing-masing pihak yang mendakwa mempunyai rasional tersendiri berdasarkan tafsiran mereka ke atas sumber-sumber yang mereka ada. Persoalan-persoalan siapa, bila, dan di mana karya ini dihasilkan tidak menemui titik noktah sejak naskhah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Dikatakan terdapat 32 naskhah Sejarah Melayu dengan enam edisi Sejarah Melayu yang membentuk satu koleksi rujukan yang besar. Koleksi besar ini adalah salinan daripada naskhah autograf Sejarah Melayu yang merupakan suatu khazanah bangsa Melayu yang tidak ternilai harganya.Tidak cukup dengan persoalan siapa pengarang dan di mana karya ini ditulis, tahun penulisannya juga dipertikai. Sungguhpun edisi Shellabear ada menyebutkan tarikh penulisannya adalah pada 13 Mei 1612 namun masih ramai pengkaji yang menafikan tarikh berkenaan sesuai dianggap sebagai tarikh lahirnya naskhah ini ke dunia Melayu.104 Terdapat tiga pandangan yang berbeza tentang kepengarangan naskhah autograf SM iaitu Tun Seri Lanang, Orang Kaya Suggoh dan pandangan yang mengatakan bahawa pengarang sebenar Sejarah Melayu adalah tidak diketahui. Namun umumnya para cendekiawan 103 J.C. Bottoms dalam karyanya Malay Historical Works mengatakan karya Melayu tidak lebih daripada karya bersifat hiburan yang mengandungi unsur legenda dan fantasi. Lihat juga tulisan Raja Hassan Raja Nor dalam JEBAT.(Bil 2) 1972/1973. Penerbit UKM. 104 Lihat tulisan V.Thilagavathi Gunalan. Gensis Autograf Sejarah Melayu dalam JEBAT 26(1999) 101-119. Bangi: Penerbit UKM.


4 PENSEJARAHAN BERBENTUK UNDANG-UNDANG Hashima Sulaiman Mohd Fadzil Mohd Salleh 4.1 PENGENALAN Undang-undang merupakan satu susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara dan Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang induk yang tertinggi di Malaysia. Undang-undang merupakan sebahagian daripada keseluruhan sistem masyarakat yang bergerak, mengawal tindaktanduk manusia dan yang sering membentuk unsur dinamik dalam masyarakat. Undang-undang termasuklah undang-undang bertulis, Common Law setakat mana ia berkuatkuasa dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang


93 PENSEJARAHAN BERBENTUK UNDANG-UNDANG mempunyai kuatkuasa undang-undang dalam Persekutuan atau manamana dalam bahagiannya.173 Pada zaman feudalisme Melayu, terdapat undang-undang yang telah direkodkan dalam bentuk penulisan yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan yang memerintah dan pemerintah selepasnya. Selain menjadi panduan kepada para pemerintah, undang-undang bertulis di Alam Melayu ini juga menjadi antara sumber pensejarahan penting kepada Malaysia. Antara undangundang bertulis yang terdapat di Alam Melayu termasuklah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Kedah. 4.2 HUKUM KANUN MELAKA Pengenalan Hukum Kanun Melaka merupakan satu set peraturan undang-undang yang terdapat di dalam kerajaan Melaka pada zaman dahulu. Undangundang ini adalah sistem hukum yang berdasarkan Islam, dan mengandungi peraturan-peraturan yang dijalankan untuk melindungi kerajaan, rakyat, dan negeri Melaka.174 Hukum Kanun Melaka bermula pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444M). Dipercayai bahawa undangundang ini dijadikan secara lisan pada awalnya, kemudian dijalankan semasa zaman Sultan Muzaffar (1445-1458M), dan akhirnya disusun secara teratur pada zaman Sultan Mahmud Shah (1489M-1511M). Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang Islam yang pertama kali diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka.175 173 Hashim Yeop A. Sani. Bagaimana Undang-undang Kita Diperbuat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990 hlm. 2. 174 Abd. Jalil Borham. Pengantar Perundangan Islam (An Introduction to Islamic Legislature), Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Press, 2022, hlm. 1 175 Liaw Yock Fang. Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut, Art Printing Works Sdn. Bhd., 2022, hlm. 96.


5 PENSEJARAHAN MALAYSIA DARIPADA PERSPEKTIF PENULISAN KOLONIAL Meor Aris Meor Hamzah 5.0 PENGENALAN Penulisan berkaitan pensejarahan merupakan medium yang digunakan untuk mengetengahkan daya pemikiran ahli yang berpengetahuan kepada generasi semasa dan akan datang. Penulisan sejarah berperanan dalam memelihara segala fakta dan peristiwa penting yang boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan. Ini akan membawa kepada satu perkembangan dan pengetahuan ilmu sejarah terutama berkaitan dengan perkembangan semasa.


111 PENSEJARAHAN MALAYSIA DARIPADA PERSPEKTIF PENULISAN KOLONIAL Salah satu contoh yang berkaitan adalah para pejuang tanah air. Mereka ini dilihat dan dianggap sebagai tokoh penting dalam usaha memperoleh kebebasan dan kemerdekaan sama ada di peringkat negeri mahupun negara. Namun begitu, kisah perjuangan mereka boleh dilihat dari dua versi dan perspektif iaitu versi tempatan dan versi luar yakni kolonial. Hal ini kerana setiap kisah yang diturunkan kepada generasi baru ini kebanyakan adalah berpandukan daripada versi luar. Keadaan ini disebabkan pandangan pihak luar dianggap penting dan tepat. Seperti sedia maklum, penjajahan atau kolonialisme berlaku bukan sahaja atas faktor ‘3G’ iaitu Gold (kekayaan), Glory (kejayaan) dan Gospel (agama Nasrani) tetapi juga ingin ‘mentamadunkan’ manusia. Dalam bahasa mudah, ini adalah alasan terlindung pihak penjajah terutama British dan Perancis untuk membenarkan tindakan menjajah.180 Pernyataan ini sudah menatijahkan pendirian bahawa hasil penulisan mereka perlu juga dititikberatkan dan dipertimbangkan. Tambahan lagi, mereka ini mempunyai akses kepada maklumat dan dokumen penting seperti pentadbiran dan sosioekonomi ketika mentadbir Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak satu ketika dahulu. Mereka ini dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai kolonial. Istilah kolonial boleh didefinisikan sebagai golongan-golongan yang bertalian dengan pihak penjajah.181 Kedatangan mereka untuk meluaskan jajahan atau koloni mereka telah merubah senario geopolitik dan demografik setempat. Di sini bermulanya perubahan pentadbiran secara umum daripada kekuasaan kesultanan dan bangsawan kepada kekuasaan Residen Jeneral, Residen dan penasihat British. Ini bermakna penulisan pensejarahan yang dilakukan oleh pemimpin dan masyarakat tempatan telah beralih tugasnya kepada penulisan daripada pihak kolonial atau pendatang dari Barat. Bermula dari situ, para penggemar sejarah boleh melihat catatan dan karya yang dibukukan pada hari ini untuk melihat keadaan masyarakat dari segi adat, budaya dan cara hidup melalui pandangan kaca mata mereka. 180 Azhar Wahid, “Hegemoni Intelektual Kolonialisme dalam Novel Melayu”, Jurnal Melayu (6), 2011, hlm. 173. 181 Kamus Dewan (Edisi Keempat) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017.


6 PERSOALAN SENTRIK MALAYSIA DAN SENTRIK EROPAH DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA Saimin Ginsari 6.1 PENGENALAN Istilah sentrik umumnya merujuk kepada konsep pandangan atau kecenderungan penulis terhadap sesuatu perkara dalam penulisan sejarah. Dalam erti kata lain, sentrik merupakan ideologi atau fahaman penulis dalam melihat sesuatu peristiwa atau fakta sejarah. Umumnya, pandangan atau kecenderungan penulis bergantung kepada tujuan atau motif penulisannya. Bagaimanapun, aliran pemikiran, bidang penulisan, sumber penulisan, tahap patriotisme dalam diri penulis dan kepentingan pihak-pihak tertentu juga mempengaruhi kecenderungan pendekatan penulisannya.


PENSEJARAHAN MALAYSIA 146 Konsep sentrik sebenarnya tidak hanya merujuk kepada persoalan pandangannya terhadap sesuatu peristiwa. Konsep ini juga boleh merujuk kepada kecenderungan penulis memilih tema-tema dalam penulisan sejarah. Ianya disebut sebagai sentrik tema, kerana terdapat penulis yang cenderung untuk menulis hanya berdasarkan tema-tema tertentu. Terdapat penulis yang hanya menulis tema sosial masyarakat tanpa menyentuh aspek-aspek lain dalam penulisannya. Terdapat juga penulisan yang hanya berkisar kepada etnik, wilayah atau negara. Penulisan ini juga mewujudkan sentrik etnik, sentrik negeri dan sentrik negara. Sentrik penulisan berasaskan negara di Malaysia muncul apabila terdapat penulis-penulis tempatan dan penulis-penulis luar menulis tentang sejarah Malaysia. Para pegawai British yang berkhidmat di Malaysia, telah menulis sejarah negara ini mengikut pendekatan mereka. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga penulis British yang tidak sealiran dengan sebahagian besar penulis sentrik Eropah. Sebaliknya, tidak semua penulis sejarah tempatan menonjolkan sentrik Malaysia dalam penulisannya. Bagaimanapun, kecenderungan seperti ini hanya berlaku selepas kemerdekaan negara. Selepas kemerdekaan, ilmu sejarah semakin berkembang maju dan ramai sejarawan negara telah berpegang konsep objektiviti dan impartiality dalam penulisan sejarah. Sejarawan negara memberitahu apa yang sebenarnya berlaku dengan sumber-sumber yang tepat dan menyakinkan. Namun demikian, penulisan sejarah di peringkat pendidikan rendah masih menekankan sentrik tempatan. Ini adalah sebagai satu usaha kerajaan untuk membentuk masyarakat yang berjiwa Malaysia melalui sejarah. Sebelum kemerdekaan, motif atau kepentingan penulis telah mempengaruhi kecenderungan penulisan apabila terdapat penulis yang menulis mengikut kepentingan masing-masing. Pada zaman penjajahan, penulis tempatan mempertahankan imej negara, sementara penulis Eropah khususnya penulis British cuba untuk menunjukkan kemegahan negaranya sebagai kuasa imperialis di Asia sekitar abad ke18 sehingga abad ke-20. Aliran pandangan terhadap bagaimana sepatutnya sejarah ditulis juga telah menyebabkan sentrik dalam penulisan sejarah. Sesetengah penulis, malah sejarawan melihat keperluan melonggarkan disiplin penulisan sejarah mengikut situasi. Sesetengahnya pula melihat


BIODATA PENULIS Dr Arba’iyah Binti Mohd Noor, merupakan Profesor Madya Jabatan Sejarah, di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Tamadun dari Universiti Islam Antarabangsa, Ijazah Sarjana dalam Sejarah Idea dari Universiti Lancaster, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pemikiran Sejarah dari Universiti Malaya. Beliau banyak menjalankan kajian dan menghasilkan pelbagai penulisan ilmiah dalam bidang sejarah, kesultanan, naskhah atau manuskrip Melayu, serta pemikiran sejarah. Beliau berperanan sebagai Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, Felo Institut Tun Perak Melaka (ITP), Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Ketua Editor Jurnal Sejarah, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Editor Jurnal PURBA dan Jurnal Munsyi dan Kepolitikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Dr Saimin Ginsari, merupakan pensyarah akademik (Sejarah) dan Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran Sabah. Bidang kajian beliau adalah sejarah pembentukan Malaysia dan sejarah masyarakat Dusun di Sabah. Beliau telah menghasilkan tiga buah buku iaitu Dari Persekutuan Borneo Kepada Persekutuan Malaysia, Federalisme di Sabah, 1963 - 1967 dan Sejarah Migrasi Dusun di Sabah. Memiliki Sarjana Muda Sastera dalam bidang sejarah pada tahun 1994 dari Universiti Malaya, Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) Universiti Malaysia Sabah (2005) dan Doktor Falsafah (Sejarah) dari Universiti Malaya (2015). Beliau juga memiliki Diploma Pendidikan (Sejarah) dari Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1997. Ramlah Ghani, bertugas sebagai pensyarah di IPGKBM mulai 2008 sehingga kini. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera bidang Sejarah dengan kepujian kelas dua tinggi pada tahun 1991. Pada tahun berikutnya beliau dianugerahkan Sijil Diploma Perguruan. Pada tahun 1993, beliau ditempatkan di sekolah pertama di pedalaman Pahang dan seterusnya ke Melaka dan Selangor. Beliau kemudian mendapat tawaran Hadiah Latihan Perguruan. Beliau melengkapkan pengajian di


PENSEJARAHAN MALAYSIA 196 peringkat sarjana pada tahun 2010. Sepanjang berkhidmat beliau terlibat dalam penggubalan DSKP sejarah SK/SM. Di samping itu beliau juga terlibat dalam pembinaan RMK dan MK kursus-kursus peringkat IPGM. Penulisan ilmiah dan kreatif menjadi salah satu bidang yang digemari. Beliau pernah memenangi hadiah pertama pertandingan menulis esei sejarah peringkat kebangsaan pada tahun 2014. Beliau banyak menyertai pertandingan penulisan ilmiah dengan kemenangan sekurang-kurangnya di peringkat sagu hati. Beliau telah memiliki 15 buku penulisan kreatif dan masih giat menulis. Meor Aris Meor Hamzah, merupakan pensyarah akademik di Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Sastera dalam Sejarah Asia Tenggara dari Universiti Sains Malaysia (2010). Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang sejarah (2005) dari USM. Beliau berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 30 tahun. Dr Hashima Sulaiman, merupakan pensyarah akademik dan Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik (KJJKA), Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bidang kajian beliau berpusat kepada Perkembangan Sejarah Latihan Keguruan di Malaysia. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah), Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) dan Ijazah Doktor Falsafah (Sejarah Malaysia). Beliau merupakan penulis buku kerja Sejarah Tahun 4, 5 dan tahun 6. Berpengalaman mengajar selama 24 tahun dan beliau turut berperanan sebagai salah seorang Panel Penggubal MK Sejarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Mohd Fadzil Mohd Salleh, merupakan pensyarah akademik dan Ketua Jabatan di Jabatan Kecemerlangan Akademik, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Memiliki ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan dari Universiti Utara Malaysia (2005). Juga, memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2002). Memperoleh Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Tuanku Bainun (1994). Berpengalaman luas dalam bidang reka bentuk kurikulum Sejarah peringkat IPGM sebagai panel pengubal RMK, MK dan pakar rujuk


Click to View FlipBook Version