Sejarah Islam Sehingga Zaman Kerajaan Abbasiyah Ismail Said Mohd Ashraf Ibrahim Muhammad Ridzuan Idris Haslindawati Saari Shakimah Che Hasbullah Meor Aris Meor Hamzah
Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetakatau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apa-apa pun, tanpa mendapat kebenaransecara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd. Malaysia. Sejarah Islam Sehingga Zaman KerajaanAbbasiyah© MK e-Solutions Sdn. Bhd. ISBN: 978-967-0036-20-5 Terbitan Pertama : 2024 PENULIS Ismail Said Mohd Ashraf IbrahimMuhammad Ridzuan Idris Haslindawati Saari Shakimah Che Hasbullah Meor Aris Meor HamzahKesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawabpenulis sepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsirandanhuraianpihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (MKE) (200801002403) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong JayaSelatan,Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050 Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] Dicetak oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) SdnBhdNo.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak. Malaysia. Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220
Kandungan i Prakata ii Bab 1 Zaman Jahiliah 1Bab 2 Zaman Rasulullah SAW 26Bab 3 Zaman Khulafa al Rasyidin 62Bab 4 Zaman Kerajaan Umaiyah Tahap I (Damsyik) 127Bab 5 Zaman Kerajaan Umaiyah Tahap II (Andalusia) 150Bab 6 Zaman Kerajaan Abbasiyah 181Biodata Penulis 210
Buku Sejarah Islam Sehingga Zaman Kerajaan Abbasiyahini ditulissebagai panduan kepada para pelajar ProgramIjazah SarjanaMudaPerguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru, para pelajar di IPTAdan IPTS yang mengambil jurusan Sejarah sebagai terasatauelektifteras bagi memenuhi keperluan pengijazahan. Justeruitu, penulisanbuku ini dibuat berdasarkan Maklumat Kursus (MK) ataukurikulumyang terkini dengan memperincikan isi kandungan bagi setiaptopikyang terdapat di dalam MK atau kurikulum tersebut. Penyusunan tajuk-tajuk yang dibuat meliputi erasebelumkedatangan Islam yang bermula dari zaman Jahiliah diikuti denganerakedatangan Islam iaitu zaman Rasulullah SAW, zamanKhulafaalRasyidin, zaman kerajaan Umaiyah tahap 1 (berpusat di Damsyik)dantahap 2 (berpusat di Andalusia) dan akhir sekali zamankerajaanAbbasiyah. Perbincangan yang terperinci dibuat tentangkeenam-enamtajuk tersebut bagi memastikan para pelajar memahami kesukaranRasulullah SAW dan pewaris-pewaris pemerintahan Islammembentukdan mengekalkan pentadbiran kerajaan yang berpandukankepadaajaran Islam untuk satu tempoh yang lama. Dengan ini diharapkanpara pelajar akan lebih menghargai legasi peradabanIslamyangbanyak memberi sumbangan kepada peradaban dunia. Fakta sejarah di dalam buku ini disampaikan denganbahasayang mudah difahami dan disusun secara sistematik. Soalan-soalanperbincangan juga dimasukkan bagi menguji pengetahuandankefahaman pelajar. Sesungguhnya, buku Sejarah IslamSehinggaZaman Kerajaan Abbasiyah ini dapat dijadikan teks rujukanutamabukan sahaja untuk para pelajar IPG, IPTA dan IPTStetapi menjadirujukan juga kepada guru dan calon STPMsertaindividuyangberminat mempelajari keagungan peradaban Islam. Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepadapihakpenerbit iaitu Syarikat MK-e Solutions Sdn. Bhd keranamemberikepercayaan untuk menulis buku ini. Penerbitan buku ini diharapdapatmemberi manfaat sepenuhnya kepada para pelajar khususnyapelajaropsyen Sejarah di seluruh negara. Panel Penulis
1 ZAMAN JAHILIAH Ismail Said 1.1 PENGERTIAN JAHILIAH “Jahiliah” secara literalnya berasal daripada perkataan “Jahala” atau “Yajhalu” yang membawa makna jahil atau bodoh tetapi melihat kepada situasi masyarakat jahiliah sebelum Islam itu, kita tidak dapat lagi menyatakan bahawa jahiliah di sini memberi makna demikian. Ini ialah kerana bukanlah masyarakat Arab Jahiliah itu sebenarnya bodoh, kurang pengetahuan atau sebagainya, masyarakat jahiliah ini merupakan masyarakat yang tidak mempunyai atau tidak mengikut pedoman dan pegangan keagamaan yang sebenar-benarnya” (Mohd Mokhtar,1989). Dasuki Ahmad (1978) menjelaskan bahawa masyarakat Arab pada zaman sebelum diutuskan Nabi Muhammad SAW dianggap bodoh kerana mereka tidak mengakui dan tidak mahu percaya tentang peraturan Allah yang berlaku di alam semesta yang luas ini. Mereka juga tidak patuh kepada hukum-hukum Allah yang telah diturunkan sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW. Muhammad Qutb (1974) menyatakan bahawa masyarakat Arab pra-Islam disebut jahiliah bukan kerana
SEJARAH ISLAM SEHINGGA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH 2 mereka tidak berpengetahuan atau tidak bertamadun tetapi adalah kerana mereka berhakimkan hawa nafsu dan menolak hukum atau peraturan Allah. Ini turut ditegaskan oleh Amin (2018) bahawa masyarakat ini pintar dan cerdas. Jahiliah dicatat dalam kamus Oxford pada bahagian Islamic Study sebagai "ignorance" dan "foolishness" iaitu gabungan dua perkataan jahl dan jahālah. Menurut Philip K. Hitti (1951) dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada Nabi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi. Pandangan Malek Bennabi (2009) yang menyimpulkan bahawa Arab Jahiliah itu ialah orang Arab yang tidak mentauhidkan Allah dari segi akidah, ibadah dan amalan hidup. Dalam bahasa Arab, jahiliah disebut sebagai جاهلية yang bermaksud kejahilan. Istilah ini dikaitkan dengan masa dan keadaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam (Esposito, 2009). Ia sering diterjemahkan sebagai “Zaman Ketidaktahuan”. Istilah jahiliah adalah berasal daripada jahala kata asal yang bermaksud” menjadi bodoh atau, berkelakuan dan berperangai bodoh” (Amros, Arne A. & Stephan Pocházka, 2004). Menurut Syed Qutb (2003), masyarakat jahiliah adalah sebuah masyarakat yang tidak menerima Islam dalam bentuk akidah, ibadah dan syariah. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan jahiliah sebagai gelaran kepada umat Arab sebelum lahirnya Nabi Muhamad SAW yang tidak menerima kebenaran ajaran para Nabi dan Rasul sebelum kedatangan Islam. Dalam al-Quran menjelaskan jahiliah yang bermaksud keadaan jiwa yang menolak hidayah dan petunjuk llahi serta keadaan yang bersifat menentang hukum Allah. Hal ini dinyatakan dalam surah al-Maidah ayat 50 yang bermaksud, “sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Pada hal kepada orangorang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. Dalam skop yang lebih luas jahiliah ini tidak terbatas sahaja pada era masyarakat sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW sahaja, ia boleh wujud di dalam masyarakat pada bila-bila masa dan di mana-
2 ZAMAN RASULULLAH SAW Mohd Ashraf Ibrahim 2.1 LATAR BELAKANG DIRI DAN KELUARGA RASULULLAH SAW Perbincangan tentang Nabi Muhammad SAW wajar bermula dengan tarikh kelahiran baginda. Dilahirkan pada 20 April 571 yang juga dikenali sebagai tahun Gajah. Secara ringkasnya tahun Gajah merujuk kepada peristiwa penyerangan Tentera Bergajah oleh Abrahah dari Yaman dengan tujuan untuk memusnahkan peranan Mekah sebagai kota ibadah dan pusat perdagangan. Beliau dilahirkan dalam keturunan Quraisy. Keturunan ini adalah merujuk kepada mereka yang merupakan anak cucu Kinanah. Sumber sejarah telah membuat perkaitan di antara Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Jurai keturunan baginda sehingga ke Adnan boleh disusurgalurkan sebagai berikut;
ZAMAN RASULULLAH SAW 27 (Akhmad Saufi & Hasmi Fadiilah, 2012) Nabi Muhammad SAW Abdullah Abdul Mutalib Hasyim Abd Manaf Qushayyi Kilab Fihr Malik Nadhar Kinanah Khuzaimah Mudrika Ilyas Nizar Ma’ad Adnan
3 ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN Meor Aris Meor Hamzah 3.1 PENGENALAN Kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi telah mengubah senario dunia Islam secara keseluruhannya. Baginda menutup dan membuka masingmasing dua perkara yaitu kerasulan telah tamat sebagaimana yang diwahyukan di dalam al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 40. Oleh yang demikian, junjungan baginda digelar khatimul anbiya’ yang bermaksud penutup dan penghulu para nabi, kerana tiada lagi nabi yang akan muncul selepas baginda. Yang kedua pula ialah kekosongan kuasa politik di Madinah. Rasulullah bukan sahaja seorang nabi dan rasul akhir zaman, tetapi baginda juga merupakan seorang ketua negara yang memimpin sebuah negara berdaulat iaitu Madinah Al-Munawwarah. Untuk itu, kehilangan baginda membuka satu ruang baharu yang menjadi teras pegangan politik daulah dan empayar Islam seterusnya sehingga pemansuhannya pada awal abad ke-20.
63 ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN Khulafa al Rasyidin membawa maksud pemimpin-pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah. Mereka ini merupakan para pemimpin awal yang lahir daripada hasil tarbiyyah nabawiyyah selama 23 tahun. Tugasan kepimpinan baginda diganti dan diambil alih oleh empat orang sahabat utama iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar AlKhattab, Uthman bin Affan dan diakhiri oleh Ali bin Abi Talib. Mereka berempat ini merupakan antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin syurga. Secara tidak langsung, pengorbanan, ketokohan dan kewibawaan mereka ini diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. 3.2 PENGERTIAN KHALIFAH Khalifah itu sendiri membawa maksud pengganti dalam bahasa Arab. Gelaran ini diberikan dan selalu diletakkan di hadapan nama pemimpin umat Islam yang dilantik setelah kewafatan baginda. Mahmood Mohd Taib menjelaskan di dalam bukunya, Sejarah Tamadun Islam bahawa jawatan khalifah merupakan suatu jawatan pengganti baginda untuk memerintah dan mentadbir negara dan umat Islam. Sistem khalifah merupakan sebuah institusi penting yang memainkan peranan sepanjang sejarah tamadun Islam. Ini ialah lambang kekuasaan ketamadunan Islam yang berpandukan al-Quran dan Sunnah. Jawatan kekhalifahan merupakan satu tanggungjawab yang besar dan berat. Peranan yang perlu dimainkan dan diisi selaras dengan kekuatan suatu jawatan tersebut. Khalifah yang ingin dipilih dan dilantik perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut; • Seorang lelaki Islam • Mempunyai ilmu yang tinggi dan bersesuaian • Mempunyai sifat terpuji • Cukup sifat dari segi fizikal dan mental • Mempunyai personaliti yang baik Sistem pemilihan khalifah berbeza mengikut daulah atau empayar sesebuah kerajaan. Hal ini kerana al-Quran tidak menetapkan secara terperinci bagaimana seseorang ketua tersebut dilantik. Ini semua bergantung kepada kebijaksanaan masyarakat dan juga keadaan pada masa itu. Dalam pemerintahan Khulafa al Rasyidin, pemilihan yang dilakukan berbeza antara satu khalifah ke khalifah seterusnya. Ini adalah hikmah yang tersirat untuk panduan pemimpin selanjutnya sebagai pilihan apabila berdepan krisis kepimpinan.
4 ZAMAN KERAJAAN UMAIYAH TAHAP I (DAMSYIK) Muhamad Ridzuan Idris 4.1. PENGENALAN Pemerintahan Bani Umaiyah dibahagikan kepada dua tahap, tahap pertama pada 41-132 Hijrah (661-750 Masihi) di Damsyik, Syria dan tahap kedua pada 138–413 Hijrah (756-1031 Masihi) di Cordova, Sepanyol. Kerajaan Bani Umaiyah diasaskan oleh Mu’awiyah bin Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa oleh Saidina Hassan bin Ali, Mu’awiyah merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyah dan khalifah pertama Bani Umaiyah. Nama Bani Umaiyah adalah nama datuk Mu’awiyah iaitu Umaiyah bin Abdul Syams yang merupakan seorang pemimpin kaum Quraisy yang kaya dan berpengaruh (Mustafa Daud, 2001).
SEJARAH ISLAM SEHINGGA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH 128 4.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN KERAJAAN Latar belakang penubuhan Kerajaan Bani Umaiyah bermula pada 41 hijrah/ 661 Masihi selepas peristiwa pembunuhan Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Pelantikan Sayyidina Hassan bin Ali sebagai khalifah telah memburukkan lagi konflik antara golongan yang menyokong sayyidina Ali dengan golongan yang menyokong Mu’awiyah. Konflik ini telah menyebabkan berlakunya Perang Shiffin dan majlis Tahkim. (Munir Ali, 1995). Akhirnya Sayyidina Hassan terpaksa memgambil keputusan untuk meletakkan jawatan demi menjaga keharmonian dan perpaduan umat Islam. Namun demikian, Sayyidina Hassan meminta supaya proses pelantikan khalifah seterusnya dibuat melalui Majlis Syura. (Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong, 1999) Pada 20 Rabiul Akhir tahun 41 Hijrah, Mu’awiyah telah memasuki Kota Kufah dan mengambil bai’ah daripada penduduk di sana yang turut dihadiri oleh Sayyidina Hassan dan Sayyidina Husain. Tahun berkenaan dikenali sebagai Tahun Jamaah. Mu’awiyah kemudian dilantik sebagai khalifah pertama Kerajaan Bani Umaiyah. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan, licik dalam siasah dan berkebolehan dalam berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain (Taha Husin, 1990). Pelantikan itu juga menandakan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa al Rasyidin. Terdapat 14 orang khalifah memerintah kerajaan Bani Umaiyah Tahap 1 di Damsyik (Mustafa Daud. 2001).
5 ZAMAN KERAJAAN UMAIYAH TAHAP II (ANDALUSIA) Shakimah Che Hasbullah 5.1 PENGENALAN Kerajaan-kerajaan Islam yang terbentuk selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW merupakan kerajaan yang hebat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan-kerajaan seperti Khulafa al Rasyidin, kerajaan Umaiyah, kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Turki Uthmaniyah memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada peradaban manusia. Warisan daripada kerajaan-kerajaan tersebut menjadi satu legasi yang bertahan sehingga ke hari ini.
151 ZAMAN KERAJAAN UMAIYAH TAHAP II (ANDALUSIA) Kegemilangan peradaban Islam yang menjadi sumber kekuatan kerajaan-kerajaan ini tentunya terhasil dari kecintaan terhadap agama Islam itu sendiri. Al-Quran dan hadis yang menjadi sandaran kehidupan masyarakat pada masa itu melahirkan ramai golongan intelektual yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Antara kerajaan Islam yang unik dari segi pencapaiannya kerana berjaya menggegarkan dunia Timur dan Barat adalah kerajaan Umaiyah. Kerajaan yang wujud selepas kemangkatan khulafa al Rasyidin yang terakhir iaitu Ali Bin Abi Talib, dianggap memulakan dinasti pertama kerajaan Islam dengan pusat pemerintahannya di Damsyik. Kejatuhan Umaiyah di Damsyik membawa kepada penubuhan kerajaan Umaiyah tahap II di Andalusia. Andalusia merupakan sebuah tamadun Islam yang berkembang di sekitar Semenanjung Iberia dari tahun 711 sehingga 1492 Masihi (alHamawi, 1968). Andalusia atau Al Andalus merujuk kepada wilayah yang diduduki oleh kerajaan Islam di Sepanyol Selatan yang meliputi bandar-bandar seperti Almeria, Malaga, Zadiz, Huelva, Seville,Toledo, Cordova, Jaen dan Granada. Sebelum kedatangan Islam, Andalusia pernah diperintah oleh kuasa-kuasa Eropah seperti Rom, Vandal dan Kristian dari Visigoth (Henry Azar, 2008). Corak pemerintahan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan serta pertelingkahan dalam kalangan pemerintah yang berebut kuasa menyebabkan sistem pentadbiran negara tersebut menjadi tidak stabil dan rakyat menderita. Penubuhan dan perkembangan tamadun Islam di Andalusia bermula pada tahun 711 Masihi apabila angkatan tentera Islam di bawah pimpinan seorang panglima perang terkenal bernama Tariq bin Ziyad bin Abdullah al-Zanati atau dikenali sebagai Tariq Ibn Ziyad berjaya menawan wilayah-wilayah di Sepanyol (Mahayudin, 1990). Kemunculan Islam di Andalusia bukanlah hasil dari usaha perluasan kuasa tetapi merupakan permintaan pemerintah bahagian Ceuta (wilayah Andalusia yang terletak di Afrika Utara) yang bernama Count Julian bagi tujuan membalas dendam terhadap Raja Don Roderic yang telah melakukan kekejaman dan penindasan di Andalusia. Undangan Count Julian itu adalah bertujuan untuk mengembalikan keadilan di bumi Andalusia kerana beliau yakin dengan keadilan yang diamalkan dalam masyarakat Islam (al-Baladhuri, 1959).
6 ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH Haslindawati Saari 6.1 LATAR BELAKANG PENUBUHAN KERAJAAN Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M dan memerintah selama lima abad iaitu 534 tahun (132-656 H) menggantikan kerajaan Bani Umaiyah melalui satu revolusi. Pada mulanya kerajaan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan telah bergerak secara sulit, namun bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, gerakan ini telah dikendalikan secara terbuka. Mereka telah meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad SAW) untuk mendapatkan sokongan. Mereka juga telah menjadikan Khurasan, Kufah dan Humaimah sebagai pusat operasi. Gerakan ini diperkukuh dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar iaitu Abu Salamah al-Khalal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani yang menjadi ketua di Khurasan.
SEJARAH ISLAM SEHINGGA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH 182 Ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, terdapat usahausaha untuk membangunkan kerajaan dari Bani Abbasiyah. Kerajaan Umaiyah sendiri didirikan melalui kekerasan dan menindas suara-suara yang menentangnya (Hamka, 2006). Tercetusnya Revolusi Abbasiyah yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah adalah berpunca daripada kelemahan-kelemahan dasar pemerintahan Bani Umaiyah sendiri. Pada masa yang sama, iaitu pada peringkat akhir zaman Bani Umaiyah, para khalifahnya telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat di samping mengabaikan ajaran Islam. Sikap tersebut membangkitkan kemarahan rakyat. Selain itu, pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan oleh Bani Umaiyah terus ditentang oleh sebilangan orang Islam, khasnya golongan Syiah dan Khawarij yang kemudiannya turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah. Walaupun pendukung Revolusi Abbasiyah atau penyokong mereka yang turut menentang pemerintahan Bani Umaiyah tidak menyatakan satu persatu tentang kelemahan dan kemusykilan mereka terhadap dasar-dasar tersebut, tetapi suara penduduk Khurasan yang terdiri daripada pelbagai puak, Arab dan bukan Arab (Mawali), termasuk sebahagian ahli keluarga Bani Umaiyah sendiri sudah cukup membuktikan Bani Umaiyah melakukan banyak kesilapan dan kesalahan yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan agama Islam (Mahayudin Hj. Yahaya & Ahmad Jelani Halimi, 1993). Kerajaan Abbasiyah mengambil sempena nama al-Abbas iaitu nama bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Kerajaan ini juga telah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak warisan atau sistem monarki iaitu sistem pemerintahan keturunan raja. Ketika Abu Jaafar alMansur memerintah, pusat pemerintahan telah diubah dari Damsyik ke Baghdad. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan. 6.1.1 Kerajaan Abbasiyah Pada Zaman Bani Buwaih Bani Buwaih ialah sebuah kerajaan yang kuat dan berpengaruh serta mempunyai wilayah yang sangat luas. Mereka memerintah antara abad ke 4-5 H / 9-10 M sebelum ketibaan kaum Seljuq. Asal usul kemunculan Bani Buwaih tidak jelas, sama ada bermotifkan sosial, politik atau agama. Ada pendapat menyatakan mereka daripada keturunan Bahram Jur (salah seorabg Raja Parsi). Pendapat lain menyatakan daripada
BIODATA PENULIS DR ISMAIL SAID dilahirkan di Kampung Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam (SKAH) sehingga Darjah Enam. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di SMK Ayer Hitam (SMKAH) dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Atas. Meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama dalam bidang Sejarah dan Geografi di Universiti Malaya dari tahun 1990 hingga 1994. Tahun 1995 menyambung pengajian di universiti yang sama untuk memperolehi Diploma Pendidikan dalam bidang Pendidikan Sejarah dan Geografi. Melanjutkan pengajian peringkat Sarjana pada tahun 2000 hingga 2002 di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sejarah. Pada tahun 2008 memperolehi ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sejarah Politik Malaysia. Merupakan tenaga pengajar bidang Sejarah di Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis. Beliau juga terlibat aktif memberi khidmat konsultansi berkenaan kurikulum sejarah sekolah rendah, pedagogi abad ke-21, aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi, pedagogi, pentaksiran dalam bilik darjah kepada pihak yang berminat. Antara buku yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Siri Soalan Contoh Pengajian Am Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (1995), Dr. Burhanuddin al-Helmi:Pejuang Melayu Sejati (2008), Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah (2009), Pengajian Sosial 1 (2010), Pengajian Sosial 2 (2010), Pengajian Sosial KPLI (2010), Sejarah Perkembangan Negara (2011), Menegak Agama Membela Bangsa:Perjuangan PAS antara tahun 1951-1970 (2011), Sejarah Malaysia Moden 1945-1969 (2012), Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (2013), Kaedah Pengajaran Sejarah (2013), Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah (2014), Sejarah Eropah (2015), Malaysia Negara Kita (2015), Kaedah Pengajaran Sejarah (Kemaskini 2016), Pilihan Raya Umum di Malaysia (2019), PBD Sejarah Sekolah Rendah (2020), Isu Semasa dan Cabaran Masa Depan (2023-Penulisan bersama), Resepi Pembelajaran Koperatif (2023-Penulisan bersama), dan Mencanai Pengajaran Inovasi Dimensi Baharu (2023-Penulisan bersama). DR. MUHAMMAD RIDZUAN BIN IDRIS merupakan Pensyarah Cemerlang (PC) bidang sejarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Mempunyai pengalaman selama 24 tahun mengajar subjek Sejarah dari peringkat menengah rendah, SPM, STPM sehingga peringkat Institut Pendidikan Guru. Dari aspek pendidikan, dianugerahkan ijazah Sarjana
BIODATA PENULIS 211 Muda Sastera (Sejarah) dengan Kepujian serta Diploma Pendidikan (Sejarah) dari Universiti Malaya. Seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana pendidikan di Universiti Malaysia Sabah dan peringkat Doktor Falsafah (Sejarah) di Universiti Malaya. Bidang penyelidikan adalah Sejarah Tanah Melayu yang meliputi sejarah politik, sosial dan ekonomi. Telah menerbitkan pelbagai buku akademik dan buku rujukan dalam bidang sejarah. Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia pula, terlibat dalam pembanguan modul seperti Modul Pengoperasian Nilai sekolah rendah dan menengah serta Instiut Pendidikan Guru Malaysia, Modul SUHAKAM untuk pendidik, Modul Perpaduan, Modul SPRM untuk pendidik dan Modul nilai untuk pelajar pra sekolah. Di samping itu, terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan inovasi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Pernah menerima anugerah kertas kerja terbaik keseluruhan dalam Persidangan Majlis Dekan-Dekan Universiti Awam pada tahun 2021 serta mendapat pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Antaranya ialah anugerah ”The Best Innovation Awards” dalam World Confrence And Innovation In Early Childhood Education, WCIECE 2021, Pingat Platinum dalam International Competition Of Research, Idea And Innovation On Teaching And Learning 2022, Pingat Perak dalam International Competition of Innovation, Technology & Digital Exhibition held on 29th-30th November 2022. Manakala peringkat kebangsaan pula, mendapat Pingat Platinum, emas dan perak dalam NCERiC 2021 dan lain-lain lagi. DR HASLINDAWATI SAARI merupakan pensyarah akademik di Jabatan Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH), Kedah. Bidang kajian beliau berpusat kepada Sejarah Asia Tenggara, khususnya kepada Sejarah Malaysia. Terlibat dalam penulisan artikel jurnal dan buku tentang Sejarah Kedah. Antaranya bertajuk Isu Tanah dan Hutang Dalam Kalangan Orang Melayu Kedah Berdasarkan Surat UndangUndang, 1882-1909, Islam Minoriti Di Selatan Thailand: Analisis Terhadap Dasar Pemerintahan Thailand (Siam) dan Isu-Isu Konflik Ke Atas Masyarakat Islam Patani, Surat Raja-Raja (SRR), Surat Undang-Undang (SUU) Dan Pensejarahan Negeri Kedah, 1882-1911 dan lain-lain lagi. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) pada tahun 2007 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada tahun 2015 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Sejarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pada tahun 2021 memperolehi PhD dalam bidang Sejarah dari USM.
SEJARAH ISLAM SEHINGGA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH 212 MEOR ARIS MEOR HAMZAH anak kelahiran Parit, Perak. Telah berkhidmat selama 31 tahun dalam bidang Pendidikan. Beliau merupakan pensyarah akademik di Unit Sejarah di Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan. Menerima Sijil Perguruan Asas dari Maktab Penguruan Mohd Khalid pada tahun 1993, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Sejarah dari USM (2005), dan ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Asia Tenggara) dari Universiti Sains Malaysia (2010). Bidang kepakaran beliau ialah Sejarah. Beliau telah menulis lebih daripada 10 buah buku yang kebanyakannya buku Sejarah IPTA. Antaranya ialah Pensenjarahan Malaysia, Sejarah Islam Sehingga Zaman Kerajaan Abbasiyah, Sejarah Politik di Tanah Melayu Awal Abad ke-20, Kaedah Pembelajaran Sejarah, Sejarah Lisan dan Pendokumentasian, Malaysia dan Hubungan Antarabangsa, Cabaran dan Isu Semasa Dan Cabaran Masa Depan. Antara artikel berwasit pula ialah Perak: Warisan dan Harta Pusaka Adat Perpatih serta Perjanjian Pangkor yang merugikan Inggeris. SHAKIMAH CHE HASBULLAH merupakan pensyarah akademik dan Penolong Ketua Jabatan di Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM), Melaka. Bidang kajian beliau berpusat kepada sejarah sosial ketika era penjajahan British di Negerinegeri Selat. Terlibat dalam penulisan buku tentang IPGKPM yang bertajuk Menguntai Kenangan di Kampus Srikandi. Beliau juga menghasil buku (Penulisan Bersama, 2024) berjudul Sejarah Lisan dan Pendokumentasian. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang sejarah pada tahun 1990 dari USM serta Diploma Pendidikan pada tahun 1991 juga dari USM. Pada tahun 2010 beliau memperolehi Sarjana Sastera dalam bidang Sejarah dari UKM. DR MOHD ASHRAF IBRAHIM adalah pendidik yang memulakan karier pada tahun 1990. Jawatan terkini beliau adalah Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar. Beliau mengajar kursus-kursus di Jabatan Sejarah IPGM Kampus Raja Melewar. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Pengkhususannya adalah dalam bidang Sejarah Politik Malaysia, Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Hubungan Etnik serta Sosiologi Pendidikan. Antara buku yang telah dihasilkan ialah Pengisian Kemerdekaan 1957- 1974, Hubungan Etnik, Cabaran dan Isu Semasa Dunia dan Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu. Beberapa tulisan berkaitan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) juga telah dihasilkan.
Buku Sejarah Islam Sehingga Zaman Kerajaan Abbasiyah merupakan wadah penulis yang terdiri dariapada enam orang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang Sejarah Islam. Kandungan buku ini disusun selaras dengan kurikulum Sejarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang membincangkan tentang Sejarah Islam dari Zaman Jahiliyah, Zaman Rasulullah SAW, Zaman Khulafa Al Rasyidin, Zaman Kerajaan Umaiyah sehingga akhir Zaman Kerajaan Abbasiyah. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan utama kepada pelajar dari pelbagai institusi pendidikan seperti IPG, IPTA, dan IPTS. Penyusunan bab dan penulisan yang teliti dan komprehensif tentang sejarah Islam dari Zaman Jahiliah sehingga Zaman Kerajaan Abbasiyah akan memudahkan pelajar memahami perkembangan sejarah Islam. Buku ini dibahagikan kepada enam bab yang dimulakan dengan Zaman Jahiliah, diikuti Zaman Nabi Muhammad. S.A.W, seterusnya Zaman Khulafa Al-Rasyidin, Zaman Kerajaan Umaiyah Tahap Satu dan Zaman Kerajaan Umaiyah Tahap Dua. Bab terakhir membincangkan Zaman Kerajaan Abbasiyah. Setiap bab dalam buku ini membincangkan tentang perkembangan dan peralihan zaman yang memberi kesan kepada perubahan sistem politik, ekonomi dan juga sosial. Buku ini perlu dimiliki oleh semua pelajar yang mengambil kursus Sejarah Islam sama ada pelajar STPM, diploma dan Ijazah Sarjana Muda. RM 28.00 RM 32.00