The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Semantik dan Leksikologi Bahasa Melayu atau Semantics and Lexicology of the Malay Language ini memfokuskan kepada aspek leksikologi dan semantik di Malaysia. Selain itu, turut dibincangkan adalah penelitian dan perbandingan pelbagai jenis kamus, pendekatan yang digunakan serta aplikasi metabahasa. Aspek semantik yang diberi penekanan adalah pada tahap leksikal. Namun begitu, jenis-jenis makna leksikal juga turut dibincangkan, iaitu sinonim, antonim, hiponim, homonim, homograf, homofon, polisem, sebagaimana yang terkandung dalam kamus bahasa Melayu sedia ada, seperti Kamus Dewan, Kamus Pelajar Bahasa Melayu dan sebagainya.

Kelebihan buku ini dipaparkan melalui perbincangan terperinci dalam sebelas bab yang disusun rapi. Sehubungan itu, Bab 1 memberi tumpuan kepada topik Pengenalan Kepada Semantik, Bab 2 dengan topik, Semantik Ayat, Bab 3 ialah Konteks Dalam Semantik, Bab 4 ialah Bidang Semantik, Bab 5 ialah Pengenalan Kepada Leksikologi, Bab 6 ialah Kaedah Pembentukan Kata, Bab 7 ialah Konsep Asas Leksikografi, Bab 8 ialah Sejarah Leksikografi, Bab 9 ialah Penyusunan Kamus, Bab 10 ialah Fonetik dan Fonologi Dalam Perkamusan, dan Bab 11 ialah Pelabelan Sosial dan Kamus. Buku ini ditulis berdasarkan rangka kursus major Semantik dan Leksikologi yang digunakan oleh IPTA bagi program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Bahasa Melayu dan belum terdapat di pasaran. Kandungan buku ini amat membantu mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS serta siswa guru IPG untuk memahami dengan lebih mendalam tentang topik-topik dalam semantik dan leksikologi bahasa Melayu serta aplikasi dalam komunikasi seharian. Selain itu, kandungan buku ini juga amat berguna untuk memahami teknik penyusunan kamus serta manfaatnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2025-03-23 10:46:42

Semantik dan Leksikologi Bahasa Melayu

Keywords: Semantik dan Leksikologi Bahasa Melayu

Click to View FlipBook Version