The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pedagogi Terbeza : Satu Anjakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini memberi pendedahan kepada guru supaya Pedagogi Terbeza menjadi suatu amalan terbaik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025). Guru perlu mengambil perhatian terhadap perbezaan murid dalam pelbagai aspek semasa mereka bentuk pengajaran. Perkara dasar dalam kerjaya seseorang guru ialah mengetahui dan mengamalkan pedagogi dalam pengajaran dengan baiknya. Dalam melaksanakan PAK-21, pedagogi hendaklah menjurus kepada memenuhi keperluan murid dan tidak lagi kepada kehendak guru sahaja. Hal ini dijelaskan dalam rasional, tujuan dan kepentingan Pedagogi Terbeza. Elemen penting dalam Pedagogi Terbeza ialah kandungan, proses, produk dan persekitaran dihuraikan dengan terperinci bagi memudahkan guru memahami seterusnya melaksanakan PdP yang berkesan dan menepati keperluan murid. Pemetaan dan huraian tentang pola pengajaran terbeza juga dijelaskan dalam buku ini supaya guru dapat membezakan pola yang dipatenkan dalam Pedagogi
Terbeza. Seterusnya, contoh-contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga disertakan bagi memudahkan guru mengadaptasikan pengajaran mereka sesuai dengan pola yang dipilih. Bagi melazimkan tatacara kitaran PdP guru, buku ini menyediakan satu Reka Bentuk Pengajaran Pedagogi Terbeza yang mengandungi enam fasa yang bermula daripada fasa analisis hingga fasa penilaian. Akhir sekali, dimuatkan juga maklumat tentang aplikasi digital atau teknologi maklumat supaya buku ini mencakupi tiga keperluan dalam pengajaran, iaitu penguasaan guru dalam teknologi, pedagogi dan ilmu kandungan (Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK)).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2023-10-05 11:29:42

Pedagogi Terbeza : Satu Anjakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Buku Pedagogi Terbeza : Satu Anjakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini memberi pendedahan kepada guru supaya Pedagogi Terbeza menjadi suatu amalan terbaik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025). Guru perlu mengambil perhatian terhadap perbezaan murid dalam pelbagai aspek semasa mereka bentuk pengajaran. Perkara dasar dalam kerjaya seseorang guru ialah mengetahui dan mengamalkan pedagogi dalam pengajaran dengan baiknya. Dalam melaksanakan PAK-21, pedagogi hendaklah menjurus kepada memenuhi keperluan murid dan tidak lagi kepada kehendak guru sahaja. Hal ini dijelaskan dalam rasional, tujuan dan kepentingan Pedagogi Terbeza. Elemen penting dalam Pedagogi Terbeza ialah kandungan, proses, produk dan persekitaran dihuraikan dengan terperinci bagi memudahkan guru memahami seterusnya melaksanakan PdP yang berkesan dan menepati keperluan murid. Pemetaan dan huraian tentang pola pengajaran terbeza juga dijelaskan dalam buku ini supaya guru dapat membezakan pola yang dipatenkan dalam Pedagogi
Terbeza. Seterusnya, contoh-contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga disertakan bagi memudahkan guru mengadaptasikan pengajaran mereka sesuai dengan pola yang dipilih. Bagi melazimkan tatacara kitaran PdP guru, buku ini menyediakan satu Reka Bentuk Pengajaran Pedagogi Terbeza yang mengandungi enam fasa yang bermula daripada fasa analisis hingga fasa penilaian. Akhir sekali, dimuatkan juga maklumat tentang aplikasi digital atau teknologi maklumat supaya buku ini mencakupi tiga keperluan dalam pengajaran, iaitu penguasaan guru dalam teknologi, pedagogi dan ilmu kandungan (Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK)).

Keywords: Pedagogi Terbeza

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkandicetakatau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salin foto, rakaman atau dengan cara apa juapun, tanpa mendapat kebenaransecara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia. PEDAGOGI TERBEZA © MK e-Solutions Sdn. Bhd. ISBN: 978-067-0036-09-0 Terbitan Pertama: 2024 PENULIS Hapsah Majid Abd Khahar Saprani, Zanariah IbrahimMek Nah Bakar, Sharifah Said Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab penulis sepenuhnyadantidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050 Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak. MalaysiaTel : +605-5262627 Fax : +605-526220


Kandungan i Prakata iii Pengenalan vi Singkatan dan Akronim xBab 1 Pedagogi 11.1 Pengertian Pedagogi 11.2 Guru dan Pedagogi 61.3 Kepentingan Pedagogi 131.4 Guru dan Pembelajaran Abad ke-21 16Bab 2 Pedagogi Terbeza: Suatu Pengenalan 252.1 Pengenalan 252.2 Pengertian Pedagogi Terbeza 262.3 Matlamat Pedagogi Terbeza 282.4 Objektif Pelaksanaan Pedagogi Terbeza 302.5 Tujuan Pelaksanaan Pedagogi Terbeza 432.6 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 47Bab 3 Kerangka Pedagogi Terbeza 603.1 Pengenalan 603.2 Kesediaan Persekitaran Pendidikan 623.3 Penggerak Sarana Pengajaran dan Pembelajaran753.4 Elemen dalam Pedagogi Terbeza 803.5 Faktor-faktor Pelaksanaan Pedagogi Terbeza 81Bab 4 Elemen Pedagogi Terbeza 824.1 Pengenalan 824.2 Kandungan 844.3 Proses 864.4 Produk 874.5 Persekitaran 88Bab 5 Faktor-faktor Pelaksanaan Pedagogi Terbeza 915.1 Pengenalan 915.2 Kepelbagaian Sekolah 925.3 Budaya dan Persekitaran 925.4 Kesediaan dan Motivasi Belajar 935.5 Keupayaan Kognitif, Afektif dan Psikomotor 945.6 Bakat dan Kecenderungan 955.7 Profil Murid 95


PEDAGOGI TERBEZA ii 5.8 Gaya Pembelajaran 965.9 Kecerdasan Pelbagai 98Bab 6 Reka Bentuk Pengajaran Terbeza 1016.1 Pengenalan 1016.2 Fasa-fasa Reka Bentuk Pedagogi Terbeza 103Bab 7 Pelaksanaan Pedagogi Terbeza 1127.1 Pola Pengajaran Terbeza 1127.2 Kepentingan Pola Pengajaran Terbeza 1137.3 Panduan Pemilihan Pola Pengajaran Terbeza 1157.4 Pemetaan Pola Pengajaran Terbeza 1167.5 Contoh Pemetaan Pola Pengajaran Terbeza 127Bab 8 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pengajaran Terbeza1338.1 Pengenalan 1338.2 Rancangan Pengajaran Harian 135Bab 9 TMK dalam Pelaksanaan Pedagogi Terbeza 1779.1 Perkembangan TMK dalam Pendidikan 1779.2 TMK dalam Pembelajaran Abad ke-21 1799.3 Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan 180Pembelajaran 9.4 Pemanfaatan (Laveraging) Aplikasi Digital melalui 181Web 2.0 dan peranannya dalam Pengajaran danPembelajaran 9.5 Penggunaan e-pembelajaran dalam Pengajaran183dan Pembelajaran 9.6 Tahap Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan 185Kandungan (TPACK) Guru 9.7 Keperluan Kemahiran TMK dalam PdP 1879.8 TMK dalam Pengajaran Terbeza 1899.9 Aplikasi digital menggunakan pendekatan 194Hyperdocs 9.10 Pembelajaran Mobile (M-Learning) dalamPdP197Pengajaran Terbeza 9.11 Pemanfaatan aplikasi digital dalam PdP 199Pengajaran Terbeza Bab 10 Rumusan 206Rujukan 209Biodata Penulis 219


Salam sejahtera kepada semua pembaca. Segala puji-pujiandanrasasyukur dikhususkan kepada-Nya kerana menganugerahkannikmatlaluan masa, cetusan buah fikiran dan tiupan semangat untukkamimenyiapkan buku ini. Naskhah yang dihasilkan ini merupakan suatu bentukulangkajidan pertambahan ilmu dalam konteks pembelajaran sepanjanghayat.Ilmu tentang pendidikan sentiasa berkembang. Ilmu itu perlusentiasadigali, disuburkan dan disebarkan supaya dapat dikongsi dengankhalayak guru yang lain. Buku ini mengandungi sepuluh bab. Bab yang pertamamenyentuhtentang pengertian pedagogi. Bab ini dianggap sebagai ulangkaji keranaguru sudah pun mempunyai pengetahuan tentang pedagogi semasabelajar di Institut Pendidikan Guru (dulunya disebut maktab) dandiuniversiti awam atau swasta. Disentuh juga tentang guru danperanannyadalam pendidikan negara serta keperluan tuntutan semasapengajarandan pembelajaran abad ke-21. Bab 2 dihuraikan pengertian Pedagogi Terbeza, matlamat, objektif,tujuan pelaksanaan Pedagogi Terbeza dan teori tentang pengajarandanpembelajaran. Menyedari dan memahami bahawa kelima-limaperkarainimampu memberikan aura baharu kepada guru dalampenyampaianilmukepada murid-murid, maka wajar ilmu tentang Pedagogi Terbezadanteori-teori berkaitan pengajaran dan pembelajaran dijelaskansecaraterperinci. Tumpuan Bab 3 ialah Kerangka Pedagogi Terbeza. Terdapatempat komponen utama dalam pembentukan Pedagogi Terbeza.Komponen-komponen tersebut jika diteliti tidak banyak berbezadenganapa yang telah dilakukan oleh guru sebelum ini. Kelainannyaialahdalamkerangka ini keempat-empat perkara tersebut dinyatakan denganlebihtersusun supaya memberikan kefahaman kepada guru tentangkewajaranPedagogi Terbeza dilaksanakan bagi mendepani keterbezaanmuriddalam sesuatu bilik darjah. Anjakan paradigma amat penting demi memastikancitraatauwarna pendidikan negara kita sentiasa diperbaharu, dimantapkandandilaksanakan oleh guru supaya pedagogi dalampendidikansentiasamemenuhi keperluan zamannya.


PEDAGOGI TERBEZA iv Bab 4 menjurus kepada elemen-elemen dalamPedagogi Terbeza.Empat elemen, iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaranmenjaditunjang kepada pelaksanaan Pedagogi Terbeza walaupunkesemuaelemen tersebut telah dan sedang dilaksanakan tanpa sedar olehguru.Empat elemen ini sebenarnya lahir daripada kerangka Pedagogi Terbezayang dinyatakan dalam Bab 3. Lapan faktor pelaksanaan Pedagogi Terbeza yangjugamenjadisatu daripada kerangka Pedagogi Terbeza dihuraikan dalamBab5.Faktor-faktor ini menjadi sebab pendidikan khasnya dalammatapelajaranBahasa Melayu amat perlu berganjak kepada pedagogi yanglebihberpusatkan murid dengan memberikan fokus kepada keterbezaanyangada pada mereka. Bab 6 memberikan tumpuan kepada reka bentuk pengajaranterbeza, iaitu satu siri tindakan dalam proses pengajarandanpembelajaran. Reka bentuk pengajaran terbeza mengandungi enamlangkah yang perlu diikuti oleh guru. Menyedari, memahami danmelaksanakan langkah demi langkah dalam satu siri pengajarandanpembelajaran membolehkan guru melunaskan tanggungjawabmerekasecara terarah dan tersusun. Pedagogi Terbeza memperkenalkan suatu perkara baharudalamdunia pendidikan di negara ini dengan menampilkan polapengajaranterbeza. Melalui lima belas pola yang disediakan (7 pola untuksekolahbiasa dan 8 pola untuk Sekolah Kurang Murid - kelas bercantum), gurubebas memilih corak pengajaran mereka. Pemilihan pola ini memberikanruang kepada guru untuk menyesuaikan pengajaran merekaberdasarkanprasarana yang ada di sekolah dan keperluan murid. Penjelasantentangpola, kepentingan pola dan membuat pemetaan dimuatkan dalamBab7.Bab 8 merupakan perkara utama bagi guru dalammelaksanakantugasan mereka, iaitu penyediaan Rancangan Pengajaran Harian(RPH).Bagaimana guru berperanan untuk menentukan bahawakemahiranbahasa yang hendak diajar selari dengan objektif pengajarandanpembelajaran yang diterjemahkan melalui proses atau aktiviti sehinggamurid dapat menghasilkan sesuatu (produk) dalampersekitaranpembelajaran yang dipilih oleh guru. Untuk membantugurumenterjemahkan empat elemen tersebut, disediakan contoh-contohRancangan Pengajaran Harian (RPH) yang boleh diubah suai olehgurumengikut keperluan murid. Bab 9 pula menyentuh tentang aplikasi teknologi maklumat dankomunikasi dalam pelaksanaan Pedagogi Terbeza. Teknologi maklumat


PRAKATAvdan komunikasi (TMK) yang kini diistilahkan sebagai aplikasi digital amatmendesak keperluannya terutamanya dalam konteks PendidikanAbadke-21. Gelombang digital 2.0 yang melanda dunia perlu diharmonikandengan bijak oleh guru supaya kecenderungan dan kebiasaanmuriddapat dihalakan ke arah kebaikan. Aktiviti pembelajaransewajarnyadiaktifkan dan dimeriahkan dengan penggunaan aplikasi digital olehmuridsesuai dengan tuntutan zamannya. Bab 10 ialah rumusan keseluruhan yang telah dibincangkandalam buku ini. Penulisan buku Pedagogi Terbeza berdasarkanrujukandaripada Kementerian Pendidikan seperti Pelan PembangunanPendidikan Malaysia 2013–2025 (PPPM), Dokumen StandarddanPentaksiran (DSKP), Pekeliling Rasmi Kementerian, kajian-kajianilmiah,buku-buku daripada penulis tempatan dan luar negara sertapengalamanpenulis yang telah terlibat dalam dunia pendidikan selama lebihdaripadadua puluh lima tahun. Akhirnya penerbitan buku ini merupakan sumbanganparapenulisdalam memberikan satu alternatif kepada proses pengajarandanpembelajaran. Pedagogi Terbeza jika difahami dan dilaksanakandengancemerlang, diyakini mampu menyerlahkan keterampilangurudalamproses penyampaian ilmu dan keterampilan murid dalampemerolehanilmu. Dunia pendidikan memerlukan kesungguhan dankeberaniandaripada semua pihak untuk mengubah kebiasaan PdPkepadayanglebihrealisitik, meyakinkan dan bermanfaat untuk negara. Diharapkan pendidikan di negara ini akan lebihmemberikanpenekanan kepada PdP yang melihat murid sebagai pelangganutama.Murid perlu dididik mengikut keupayaan mereka supayakeberadaanmurid di sekolah selama 6 hingga 7 jam sehari mampumemenuhikeperluan pembelajaran mereka. Sekian, salam hormat daripada panel penulis bukuPedagogiTerbeza: Suatu Anjakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hapsah Majid Abd Khahar Saprani Zanariah Ibrahim Mek Nah Bakar Sharifah Said


Menghadapi cabaran sosioekonomi, sosiobudaya dan landskappolitikabad ke-21 memerlukan Malaysia bergerak ke hadapanuntukbersaing pada peringkat antarabangsa. Dalamusahamencapaiaspirasi yang tinggi dalam persekitaran dan persainganglobal yangsemakin sengit, pendidikan menjadi satu daripada kayuukur kejayaannegara menghadapi abad baharu. Pendidikan juga menjadi wahanadalam melahirkan generasi berilmu yang mampu berfikir secarapositif,kritis, kreatif, inovatif dan memiliki jati diri dalammemajukandiri,keluarga, masyarakat dan negara. Bergerak ke arah itu, KementerianPendidikan telah mengambil langkah mentransformasikansistempendidikan yang disusun atur secara jelas dalamPelan PembangunanPendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). PPPM menyediakan kerangka pembangunan yangmenyeluruhuntuk melahirkan transformasi sistem pendidikan secarapantasdanmapan sehingga tahun 2025. Antara lain, perubahanyangdimaksudkan merangkumi aspek pembelajaran murid yangtentunyamenuntut peningkatan kualiti pengajaran guru. Pengajaranyangberkesan menjadi wahana untuk mentransformasikanpendidikanrendah dan menengah seterusnya pada peringkat yanglebihtinggi.Bagi memastikan keberhasilan murid dapat dicapai, kementerianberiltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolahdenganmemperkukuh amalan terbaik sedia ada di samping menggalakkanpenemuan-penemuan baharu dari segi strategi, pendekatan, kaedahdan teknik pengajaran dan pembelajaran. Berada pada abad ke-21, persekitaran digital semakinmenuntut ruang dan kepakaran guru dalam mengendalikanpengajarandan pembelajaran (PdP) supaya memenuhi keperluandankepelbagaian murid. Oleh yang demikian, kemahiran mengaplikasikansumber dan alatan digital sudah tentu perlu dipertingkatkandalamkalangan guru di samping kemahiran asas pengajaran, iaitumenguasai ilmu kandungan dan pedagogi.


PENGENALANviiGuru perlu bergerak seiring dengan ledakanteknologimaklumat supaya negara memiliki modal insan yangsentiasamenambah ilmu mengikut tuntutan zaman. Pastinyamasyarakatkecewa seandainya guru masih berada di takuk lamadandi takukyang sama dari zaman dahulu hingga sekarang denganmengekalkanpendekatan berpusatkan guru. Sembilan belas Inisiatif Utama dan lapan Inisiatif Sokongantelah dirangka dan dilaksanakan oleh bahagian-bahagiandalamKementerian Pendidikan sebagai usaha untuk memastikansebelasanjakan dalam PPPM (2013-2025) terlaksana. Satu daripadainisiatifutama tersebut ialah Pemartabatan Pendidikan BahasaMelayu(dibawah Inisiatif #108). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayupadatahun2017 telah diberikan tanggungjawab untuk merangkaprogram-program yang melibatkan Latihan Pembangunan ProfesionalismeGurudengan tujuan untuk mencapai KPI 1 dalamInisiatif tersebut, iaitumeningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan awam(SPM).Untuk mencapai KPI tersebut, latihan kepada guru amat pentingkerana gurulah sandaran kepada keberhasilan murid khasnyadalambidang akademik dan kokurikulum. Dinyatakan secara jelas dalam PPPM(2013-2025) bahawaKementerian Pendidikan mahu memastikan pengajarandanpembelajaran yang berpusatkan murid dan terbezadilaksanakansecara berkesan di dalam setiap bilik darjah. Hasrat kementeriantersebut telah disambut oleh Institut Pendidikan Guru KampusBahasaMelayu selaku peneraju Program Pemartabatan PendidikanBahasaMelayu: Inisiatif #108 bersama-sama dengan IPGKampusyanglaindengan meneroka ilmu berkaitan dengan differentiatedpedagogy(Pedagogi Terbeza). Bermula pada tahun 2016, pasukan penyelidikyangjugapensyarah dan penulis buku ini telah membuat kajianmelalui soalselidik dan temu ramah untuk melihat keperluan guru BahasaMelayudalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian dilakukandi tiganegeri,iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Dapatankajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayumemerlukanpendedahan dan bimbingan dalam pedagogi, ilmu tatabahasadanteknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Daripada dapatantersebutpasukan penyelidik yang juga penulis buku ini menerokapelbagai


PEDAGOGI TERBEZA viii dimensi ilmu untuk digarap menjadi sesuatu yang bermaknadalamdunia pendidikan. Pedagogi Terbeza yang mengambil konsepdifferentiatedpedagogy oleh Carol Ann Tomlinson dan diolah mengikut budaya,keperluan dan persekitaran pendidikan yang ada di negaraini.Pedagogi Terbeza ini juga menggunakan metodologi penyelidikanyang melibatkan pengkaji sebagai instrumen kajian yangmempunyaipengalaman yang luas dalam bidang pendidikan. Pendekatanheuristikyang menggunakan penyelidik sebagai pengkaji sesuai dengankonsep heuristik, seperti yang dinyatakan dalamKamusMerriam-Webster iaitu heuristic sebagai relating to exploratory problem-solvingtechniques that utilize self-educating techniques toimproveperformance. Penyelidik dalam kajian ini terdiri daripadalimaorangpensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu yang berpengalamansebagaipendidik lebih daripada dua puluh lima tahun. Penyelidik yangterlibatberpengalaman luas sebagai guru, pensyarah, penyelidikdanpenceramah serta memiliki tahap pencapaian akademikpadaperingkat sarjana dan lebih tinggi. Berdasarkan pengalamantersebutproses inkuiri dilakukan untuk menentukan ketepatan suatufaktadanpenemuan. Metodologi ini sejajar dengan pendekatan heuristicsepertiberikut:… a heuristic, is any approach to problem solving, learning, or discovery that employs a practical method, not guaranteedtobe optimal, perfect, logical, or rational, but instead sufficient for reaching an immediate goal (Wikipedia, 2018). Konsep dan perkara-perkara yang mendasari PedagogiTerbeza buat pertama kalinya dibentangkan dalamPersidanganPendidikan dan Inovasi Kebangsaan Institut PendidikanGuruKali ke-3yang berlangsung di IPGK Temenggong Ibrahim, Johor dengantajukPedagogi Terbeza: Keadilan dalam Proses PengajarandanPembelajaran. Artikel penuh mengenainya diterbitkandalamJurnalPenyelidikan, Jilid 11, 2018. Pedagogi yang memberikan penekanan kepadakepelbagaiankeperluan, latar belakang sosioekonomi, sosiobudaya, minat,


PENGENALANixkecerdasan dan sebagainya menjadi titik tolak kepadalahirnyaPedagogi Terbeza. Matlamat memperkenalkan Pedagogi Terbezaadalah untuk memantapkan pedagogi guru dalammendepani abadke-21 seperti yang dihasratkan dalam Pelan PembangunanPendidikanNegara (2013-2025) terutamanya dalam pengajaran danpembelajaranBahasa Melayu. Lahirnya Pedagogi Terbeza juga menjadi suatuanjakan dalam pelaksanaan PdP yang melihat kepelbagaianmuridmenjadi penentu kepada reka bentuk pengajaran atauperancanganguru. Pada akhir tahun 2018, empat buah modul Pedagogi Terbezaiaitu Modul Pedagogi Terbeza untuk Sekolah OrangAsli (SOA),Sekolah Kurang Murid (SKM), Sekolah Agama BantuanKerajaan(SABK) dan Peralihan telah dihasilkan. Tahun 2019, bermulalahLatihan Pembangunan Profesionalisme Keguruan BahasaMelayudiseluruh negara yang memberikan pendedahan kepadaguruBahasaMelayu tentang Pedagogi Terbeza. Selaku pasukan pemimpin sekolah, pengetua, gurubesardanpenolong kanan berperanan untuk menggerakkanpemimpinpertengahan dan guru supaya melaksanakan amalanpengajaranterbaik melalui Pedagogi Terbeza. Lahirnya buku ini diharapkan dapat memberikanmanfaatkepada guru Bahasa Melayu dalam menyemarakkan pengajarandanpembelajaran dengan aktiviti yang mampu menyerlahkanpotensimurid di samping meningkatkan keterampilan berbahasamereka.Paling penting, dalam buku ini telah digarap pelbagai keperluanPendidikan Abad ke-21 seperti KBAT, Didik Hibur, penggunaanPetaPemikiran (i-Think) dan pelbagai pendekatan pengajaransupayaselaridengan keperluan Kurikulum Bahasa Melayu SekolahRendahdanSekolah Menengah. Semoga buku ini menjadi asas, panduan dan rujukankepadakajian-kajian lain dalam pendidikan bahasa Melayu di negaraini dalammeningkatkan wibawa guru Bahasa Melayu ke persada dunia.


1.1 Pengertian Pedagogi Tafsiran dan takrifan tentang pedagogi boleh dibuat olehsesiapasahaja sama ada mereka yang terlibat secara langsungdalambidangpendidikan atau tidak. Yang penting ialah berlaku pemindahanilmudaripada seseorang kepada yang lain. Secara mudahnyakitabolehmembuat suatu senario seperti yang berikut: Seorang ibu atau bapa menghantar anaknya yangberumurenam tahun dan belum mengenal huruf atau aksara kepadaanda.Dalam masa tiga bulan, ibu atau bapa tersebut mengharapkananaknya itu tahu menyebut dan membaca perkataan-perkataanmudahyang mengandungi suku kata KV+KV seperti susu, gigi, titi danseterusnya. Apakah yang akan anda lakukan untuk memastikanmuridyangberumur enam tahun itu dapat memenuhi hasrat ibu bapanya. Pastianda tidak mengajar mengikut kehendak anda sahaja tanpamembuattinjauan tentang tahap kebolehan belajar murid tersebut. Sebagai guru(walaupun murid anda hanya seorang) kebijaksanaanandauntukmengatur strategi, membuat perancangan, menggunakanteknikdan


2.1 Pengenalan Murid yang ada di bilik darjah merupakan individu yangunikkeranamereka datang daripada pelbagai latar belakang etnik, kepercayaan,status ekonomi, sosial dan sebagainya. Mereka jugamempunyaibudaya dan gaya pembelajaran yang berbeza. Merekaberadadisekolah dengan tahap kematangan emosi dan sosial yangberbeza.Minat, keyakinan dan motivasi mereka juga sangat berbeza, baikdalam kurikulum mahupun kokurikulum. Situasi di bilik darjah yang sedemikian, perlu dihadapi olehsebahagian besar guru di seluruh negara. Berbekalkanpengetahuandan latihan yang dilalui di Institut Pendidikan Guru (IPG) danuniversitiawam atau swasta, mampukah guru-guru ini menampilkanpengajaranyang terbaik untuk murid-murid belajar dengan berkesandalamkepelbagaian murid yang sedemikian?


3.1 Pengenalan Kerangka Pedagogi Terbeza terbina daripada empat komponenpenting, iaitu: i. Kesediaan Persekitaran Pendidikan ii. Penggerak Sarana Pengajaran dan Pembelajaraniii. Elemen dalam Pedagogi Terbeza iv. Faktor-faktor Pelaksanaan Pedagogi TerbezaKeempat-empat komponen di atas membentuk kerangkaPedagogi Terbeza yang dapat divisualkan seperti rajah yangberikut:


4.1 Pengenalan Elemen boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang menjadi bahagiandalam sesuatu unsur atau perkara. Terdapat empat elemendalamPedagogi Terbeza, iaitu: i. Kandungan ii. Proses iii. Produk iv. Persekitaran Keempat-empat elemen dalam Pedagogi Terbezainisebenarnya sudah sinonim dengan guru-guru. Bagaimanapun, melalui


5.1 Pengenalan Pedagogi Terbeza amat sesuai dilaksanakan dalamPdPdi sekolahkerana Pedagogi Terbeza menyediakan satu pola pembelajaranyangbertepatan dengan kehendak Kementerian Pendidikanyangtidaklagimembudayakan pengasingan kelas mengikut pencapaianakademikmurid. Hal ini disebabkan beberapa faktor perbezaanyangadadisekolah dan murid itu sendiri. Antara rasional ataufaktoryangmenyebabkan perlunya pelaksanaan Pedagogi Terbezaialah:


REKABENTUKPENGAJARANTERBEZA6.1 Pengenalan Reka bentuk merujuk kepada rancangan yang melibatkancorakataubentuk atau susunan. Susunan pula dimaksudkan sebagai satusiritindakan dalam usaha untuk melengkapkan satu kitaranPdP. Dalammelaksanakan sesuatu PdP, kitaran ini memang berlakudantindakanguru dalam merencana PdP secara umumnya melibatkantigaperingkat,iaitu sebelum, semasa dan selepas PdP. DalamPedagogi Terbeza,siritindakan ini disebut sebagai fasa. Telah dinyatakan bahawa dalam melaksanakanPdP, gurusebenarnya telahpun melaksanakan kitaran PdP ini sejaklamadahulusecara sedar atau tidak. Oleh sebab guru melaksanakannyasecaratidak konsisten, maka perkara ini dianggap sebagai sesuatuyangbaharu. Oleh itu, melalui pengajaran terbeza yang disusunsecarasistematik ini, diharapkan guru secara sedar atau terancangperlumelaksanakan tindakan seperti yang sudah dijenamakansebagai rekabentuk PdP Pedagogi Terbeza.


7.1 Pola Pengajaran Terbeza Pola merupakan corak atau bentuk yang dapat menggambarkansecara keseluruhan tentang sesuatu perkara. Pedagogi Terbezamemperkenalkan Pola Pengajaran Terbeza yang membolehkangurumerancang pengajaran dengan lebih tersusun untukmemenuhikeperluan murid. Terdapat lima belas pola yang diperkenalkandalamPengajaran Terbeza, iaitu:


8.1 Pengenalan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan dokumenrasmiyang perlu disediakan oleh guru sebelumsesuatu pengajarandanpembelajaran dilaksanakan. Penyediaan RPHberdasarkanSuratPekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 yang bertarikh 9 Mac 1999setelahpemansuhan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan256: "BukuRekod Mengajar Guru", bertarikh 1 Julai 1963.


9.1 Perkembangan TMK dalamPendidikanPPPM atau Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysiadihasilkanuntuk meningkatkan mutu dan kualiti sistempendidikannegara.Terdapat tiga gelombang yang telah dan akandilaksanakan.Menerusi Gelombang 1 (2013-2015) tumpuan kepadapeningkatanprestasi sistem pendidikan negara dan juga menyentuhberkenaanpenggunaan media teknologi maklumat. DalambahagianSistemPenyampaian Pendidikan, perkara yang menjadi fokusKPMialahmeningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan,pentadbiran dan kepimpinan pendidikan. Antara strategi yangdigunakan ialah peningkatan infrastruktur dan kemudahanTMK.


Beberapa perkara yang sangat penting telah dimuatkandalambukuini untuk memberikan sesuatu anjakan dalamPdPdi sekolah.Memperkenalkan Pedagogi Terbeza sebagai suatu alternatif kepadaguru amatlah berguna kerana sebagai murid, merekaberhakuntukmendapat pendidikan yang memenuhi keperluan mereka. Tentulahtidak adil bagi murid yang cemerlang diberikan tugasanyangsamadengan murid yang lemah, begitu juga sebaliknya. Andainyagurumerancang PdP dengan memikirkan tahap kognisi murid, pastimurid cemerlang dapat mencabar diri mereka denganaktiviti yangdapat merangsang minda, kreatif dan kritis. Bagi muridyangmasihberada pada tahap yang lemah, aktiviti yang sepadandengankebolehan mereka tentu sahaja memberi ruang kepadamuridtersebut menyempurnakan tugas dengan baik. Gurujugaperlumelihat perbezaan-perbezaan lain seperti yang disarankandalambuku ini untuk merancang PdP yang lebih aktif, menyeronokkandanbermanfaat.


Hapsah Majid Bertugas di Institut PendidikanGuruKampusBahasa Melayu sebagai KetuaJabatanPedagogi Bahasa Melayu. Padatahun2017beliau dilantik sebagai Ketua Alur KerjaatauWork Stream Leader (WSL) dalamProgramPemartabatan Pendidikan BahasaMelayuInisiatif #108 (Pedagogi Terbeza) sehinggakini. Berkelulusan Ijazah SarjanaPengajianMelayu dari Universiti Malaya. Dilantiksebagai Munsyi Dewan (Bahasa) pada2005dan seringkali menjadi penyuntingbahasabagi Jurnal Pendidikan GurudanJurnalSemarak Bahasa (IPGKBM) Dr. Abd Khahar Saprani Mantan pensyarah Institut PendidikanGuruKampus Bahasa Melayu ini berkelulusanPhD.(Teknologi Pengajaran) dari UniversitiMalaya dan M.Ed. (Curriculum&Instruction)Universiti of Huston, Texas. Kepakaranbeliaudalam bidang Teknologi PengajarandanPenyelidikan Pendidikan telahberjayamereka bentuk Pedagogi Terbezamengikutacuan dan budaya pendidikannegaraini.Walaupun sudah bersara, beliautetapaktifmenyumbang idea dalammemperkemasPedagogi Terbeza untuk terus relevandalampendidikan negara.


PEDAGOGI TERBEZA 220 Dr. Zanariah IbrahimBertugas sebagai Ketua PenolongPengarahdiInstitut Pendidikan GuruMalaysia.Berkepakaran dalambidang linguistikdanpragmatik (Ph.D, UKM). Dilantik sebagai MunsyiDewan (Bahasa) pada 2010 danPensyarahCemerlang Bahasa Melayu (2019). Menjadipakar rujuk bahasa di KementerianPendidikanMalaysia. Pelibatan aktif dalambidangkebahasaan sebagai penyelidik, penulisartikel,jurnal, modul dan buku sertapenceramahpelbagai Kursus Penulisan DokumenRasmi.Beliau juga merupakan pemikir kepadapembangunan Pedagogi Terbeza. Mek Nah Bakar Berkelulusan Sarjana PendidikanPengurusan& Perkembangan Kurikulum(UPSI). Bertugassebagai SISC+ di Pejabat PendidikanDaerahLipis, Pahang. Bergiat aktif dalampembentangan kertas kerja, penghasilanbukudan modul yang berkaitan denganPendidikanBahasa Melayu di peringkat negeri dankebangsaan. Beliau JurulatihKebangsaanPedagogi Terbeza yang sangat aktifmembantu KPM dalammenyebarluaskanPedagogi Terbeza. Sharifah Said Pensyarah di Jabatan Pedagogi BahasaMelayu IPG Kampus BahasaMelayutelahberkhidmat sebagai pensyarahsejaktahun2013. Berkelulusan SarjanaPendidikanKomputer (UKM) dan berkelayakansebagaiGoogle Certified Educator. Banyakmembentang kertas kerjaberkaitanPenggunaan TMK dalamPendidikanAbadke-21. Pn. Sharifah juga JurulatihKebangsaanPedagogi Terbeza dan panel penulisModulPedagogi Terbeza Sekolah OrangAsli (SOA).


Click to View FlipBook Version