PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYUNor Fazilah Noor DinShamsul Aizuwani NawiSuhasni DollahRozita OmarFaridah Nazir
Pengajaran Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu© MK e-Solutions Sdn. Bhd.ISBN: 978-967-0036-65-6Terbitan Pertama: 2025PENULISNor Fazilah Noor Din Shamsul Aizuwani Nawi Suhasni DollahRozita Omar Faridah NazirKesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit.Penerbit:MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403) (MKE)6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan,Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor. Malaysia.Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] Kerjasama:Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Koperasi IPGKBM Berhad (KOWARIS)Lingkungan Budi. 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [email protected] oleh:CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn BhdNo.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak.Malaysia Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetak atau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apajua pun, tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia.Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanPerpustakaan Negara MalaysiaRekod katalog untuk buku ini boleh didapatidari Perpustakaan Negara MalaysiaISBN 978-967-0036-65-6
KANDUNGANKandungan iPrakata iiBab 1 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum danPentaksiranBab 2 Pengaplikasian Kaedah dan Bahan Bantu Belajar dalam 31Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Mendengar dan BertuturBab 3 Pengajaran Kemahiran Membaca Berdasarkan Dokumen 95Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah RendahBab 4 Pengaplikasian Kaedah, Teknik dan Bahan Bantu Belajar 121dalam Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran MembacaBab 5 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis 202Bab 6 Pengaplikasian Peringkat dan Pendekatan Kemahiran 224Menulis dalam Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran MenulisBiodata Penulis 254
PRAKATADunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi yang menuntut kepada perubahan dalam pelaksanaan kurikulum dan kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu. Kemahiran dapat didefinisikan sebagai kebolehan semula jadi yang diperoleh oleh manusia yang menjadikannya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu. Berbahasa pula ialah berasal daripada kata akar bahasa yang bermaksud sistem yang teratur berupa lambanglambang bunyi yang digunakan untuk mengekspresikan sesuatu perasaan dan fikiran bahasa tersebut. Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Oleh itu, penguasaan kemahiran bahasa ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan.Dalam buku ini, huraian dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama menghuraikan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Turut dimuatkan dalam bab ini ialah huraian standard pembelajaran dan contoh rancangan pengajaran harian bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Bab kedua menghuraikan pengaplikasian kaedah dan bahan bantu belajar dalam penulisan rancangan pengajaran harian kemahiran mendengar dan bertutur. Aspek penting yang dibincangkan dalam bab ini juga ialah mengenai kaedah-kaedah pengajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur seperti kaedah komunikatif, kaedah audiolingual, kaedah terus dan kaedah elektik. Seterusnya turut dihuraikan dari aspek alat bantu mengajar, iaitu kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Bab ketiga ialah mengenai pengajaran kemahiran membaca berdasarkan Dokumen Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dokumen KSSR menggariskan piawaian tertentu bertujuan memastikan murid mencapai tahap literasi yang memuaskan pada setiap tahap pendidikan. Turut dibincangkan dalam bab ini ialah merungkai aspek dokumen kurikulum dalam kemahiran membaca. Selain itu, beberapa
iiipendekatan dalam pengajaran membaca dalam KSSR turut dibincangkan seperti pendekatan fonik, pendekatan bahasa seluruhnya, pendekatan multisensori, pendekatan berasaskan teknologi dan pendekatan bertema dan kontekstual. Dalam bab seterusnya, iaitu bab keempat, dihuraikan pengaplikasian kaedah, teknik dan bahan bantu belajar dalam penulisan rancangan pengajaran harian kemahiran membaca. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini meliputi enam kaedah mengajar kemahiran membaca dalam bahasa Melayu, teknik membaca seperti teknik Survey, Question, Read, Review, Recite, Reflection (SQ3R), Know, Want, Learn, How (KWLH), dan Teater Pembaca. Aspek KPPB atau Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna turut diselitkan dalam bab ini sebagai pengetahuan am bagi guru-guru bahasa Melayu. Bab kelima ialah mengenai pendekatan dalam kemahiran menulis. Turut dibincangkan dalam bab ini ialah pendekatan dalam pengajaran kemahiran menulis seperti pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola peranggan dan pendekatan komunikatif. Selain itu, contoh rancangan pengajaran harian bagi kemahiran menulis turut dimuatkan dalam bab ini. Bab terakhir, iaitu bab keenam membincangkan pengaplikasian peringkat dan pendekatan kemahiran menulis dalam penulisan rancangan pengajaran harian kemahiran menulis. Bab ini memberi tumpuan kepada pengaplikasian peringkat dan pendekatan dalam pengajaran kemahiran menulis, serta cara merancang rancangan pengajaran harian (RPH) yang berstruktur.Nor Fazilah Noor DinShamsul Aizuwani NawiSuhasni DollahRozita OmarFaridah Nazir
1PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRANRozita OmarShamsul Aizuwani Nawi1.0 PENGENALANAspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran lisan, iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang itu memperoleh dan memproses maklumat yang tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang itu menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan.
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU 2Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (2017), terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.KEMAHIRAN MENDENGARKemahiran mendengar merupakan kemahiran yang utama perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum mampu mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Sebelum kanak-kanak boleh berkomunikasi atau bercakap, mereka telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, memperoleh, mempelajari, dan menguasai bahasa. Malah, bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih daripada itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain, iaitu bertutur, membaca, dan menulis. Barker (1971) merumuskan mendengar sebagai suatu proses yang aktif dan dengar adalah satu proses yang pasif. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ telinga bersamping dengan saraf pendengaran di otak. Namun, perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul. Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal serta emosi yang mempengaruhi proses pendengaran
3PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRANitu sendiri. Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagak hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.Konsep Kemahiran MendengarObjektif kemahiran mendengar Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap soalan, suruhan, dan pesanan dengan betul. Proses MendengarProses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat.
2PENGAPLIKASIAN KAEDAH DAN BAHAN BANTU BELAJAR DALAM PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURFaridah NazirPENGENALANKemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran penting dalam penguasaan bahasa khususnya dalam konteks pendidikan bahasa di peringkat sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana,kemahiran mendengar dan bertutur memainkan peranan penting dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan, meningkatkan pemahaman, serta menyokong perkembangan murid-murid. Oleh itu, guru perlu merancang strategi pengajaran yang berkesan agar murid-murid memperoleh kemahiran mendengar dan bertutur dengan betul. Maka, penerapan kaedah dan bahan bantu mengajar dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan salah satu pendekatan yang boleh meningkatkan kecekapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya untuk kemahiran mendengar dan bertutur.
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU 32Sehubungan dengan itu, melalui penggunaan kaedah yang sesuai seperti pembelajaran aktif, simulasi, dan memainkan peranan serta alat bantu mengajar seperti audio, video, dan kad imbasan, guru boleh mencipta pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menarik. Selain itu, pengintegrasian bahan bantu mengajar bukan sahaja membantu murid-murid untuk memahami sesuatu topik yang diajar dengan lebih jelas malah dapat memotivasikan mereka untuk terus belajar. Dalam konteks ini, penulisan RPH yang sistematik dan kreatif menjadi panduan utama bagi guru menjalankan aktiviti PdP yang memenuhi keperluan serta meningkatkan pencapaian murid secara berkesan. Oleh yang demikian, bab ini memberi tumpuan kepada penggunaan kaedah dan alat bantu mengajar dalam penulisan RPH untuk kemahiran mendengar dan bertutur, dan kesan terhadap kualiti pembelajaran murid-murid seperti dalam Rajah 2.1.Rajah 2.1: Kaedah, Bahan Bantu Mengajar, RPH Kemahiran Mendengar dan BertuturKAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR • Kaedah komunikatif• Kaedah audio-lingual• Kaedah terus• Kaedah fonetik/linguistik• Kaedah eklektik BAHAN BANTU BELAJAR• Bahan autentik• Bahan teks• Bahan grafik• Bahan multimedia • Bahan interaktif • Integrasi IR4.0 dalam penyediaan bahan bantu belajar PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR • Standard Kandungan • Standard Pembelajaran • Aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur• Penulisan refleksi• Pentaksiran kemahiran mendengar dan bertutur
3PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BERDASARKAN DOKUMEN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHNor Fazilah Noor DinPENGENALANPengajaran kemahiran membaca merupakan salah satu asas utama dalam pembelajaran bahasa Melayu selepas kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis. Dalam konteks pendidikan sekolah rendah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu memberikan penekanan khusus terhadap penguasaan membaca yang bukan sahaja melibatkan kebolehan teknikal membaca tetapi juga pemahaman mendalam terhadap kandungan teks.
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA 96 DALAM BAHASA MELAYUDokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggariskan piawaian khusus yang bertujuan memastikan murid mencapai tahap literasi yang memuaskan pada setiap peringkat pendidikan. Bab ini akan meneliti pendekatan serta strategi pengajaran yang berasaskan dokumen kurikulum tersebut bagi membantu guru melaksanakan pengajaran membaca secara lebih sistematik dan berkesan.OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACAKemahiran membaca ialah asas penting dalam pendidikan bahasa Melayu di sekolah rendah. Kemahiran ini bertujuan membentuk murid yang celik huruf, cekap membaca dan memahami pelbagai teks dengan tahap kesukaran yang berbeza. Melalui pengajaran yang sistematik, murid diajar untuk:i. Mengenali dan memahami huruf, perkataan, ayat, serta makna dalam teks yang merupakan tahap asas yang memastikan murid boleh membaca dengan lancar.ii. Membina daya pemahaman kritis dan analitis, yang membolehkan mereka memahami maksud tersurat dan tersirat dalam teks. Kemahiran ini penting bagi murid untuk membuat interpretasi yang bermakna terhadap bahan bacaan.iii. Meningkatkan minat membaca, yang bukan sahaja membantu murid memperkaya pengetahuan tetapi juga memupuk tabiat membaca sepanjang hayat.Objektif kemahiran membaca yang disarankan dalam KSSR direka untuk mengukuhkan asas literasi yang diperlukan murid, selaras dengan keperluan perkembangan kognitif mereka. Hal ini juga dapat memastikan penguasaan membaca menjadi sebahagian daripada kemahiran berbahasa secara menyeluruh.Penekanan kepada Literasi AwalTahap literasi awal menjadi fokus utama pada peringkat rendah, khususnya dalam kurikulum tahun 1 hingga tahun 3. Matlamat utama pada tahap ini adalah untuk membimbing murid menguasai kemahiran fonetik dan fonem dalam bahasa Melayu. Melalui pendekatan ini, murid
4PENGAPLIKASIAN KAEDAH, TEKNIK DAN BAHAN BANTU BELAJAR DALAM PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MEMBACAFaridah Nazir Nor Fazilah Noor DinPENGENALANMembaca merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid di tahap 1 sekolah rendah. Selain itu, kemahiran membaca yang tidak dikuasai dengan baik boleh menjadi punca utama kegagalan murid-murid di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Peter F. Brown et.al, 1992). Oleh itu, kemahiran membaca ialah kemahiran yang kompleks dan pelbagai definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Sehubungan dengan itu, secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyahkod (decode) dan pemahaman. Proses nyahkod melibatkan
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU 122pemahaman tentang kaitan antara huruf-huruf dan menterjemahkan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Maka, kemahiran nyahkod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul, manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks. Selain itu, kemahiran membaca juga merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan kaedah dan teknik membaca yang tepat. Di samping itu, melalui kemahiran membaca juga, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017). Sehubungan dengan itu, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran membaca yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah seperti dalam Rajah 4.1.Rajah 4.1: Kaedah dan Teknik Kemahiran MembacaKaedah Pengajaran Kemahiran Membaca.• Pandang sebut.• Abjad.• Fonik.• Bunyi kata.• Cerakinan.• Binaan. Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca.•Bimbingan menjangka.•Aktiviti membaca dan berfikir secara terarah. •Directed Reading Thinking Activity (DRTA).•Survey, Question, Read, Review. •Recite, reflection (SQ4R).•Know, Want, Learn, How (KWLH).•Teater pembaca.•Tatacerita.•Penyoalan. •KPPB dalam pengajaran kemahiran membaca.
5PENDEKATAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS Suhasni DollahPENGENALAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Kemahiran menulis dalam bahasa Melayu, khususnya dalam penulisan karangan merupakan komponen penting dan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang tertinggi dan mereka yang mampu menguasai kemahiran menulis dengan baik dan mantap juga berkebolehan dalam menguasai kemahiran bahasa yang lain, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca (Abdul Ghani, 2016); Yusfaiza & Mohd Islah, 2012). Proses kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi.
203 PENDEKATAN DALAM KEMAHIRAN MENULISKemahiran menulis merupakan kemahiran yang sukar diajarkan dan dikuasai oleh murid (Nik Safiah, 2004). Penulisan juga melibatkan tahap literasi yang paling kompleks dan memerlukan proses kognitif yang tinggi. Oleh itu, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran, iaitu pemikiran sebelum menulis, semasa menulis dan proses pemikiran yang dialami selepas penulisan dihasilkan seperti penulisan karangan. Dalam hal ini, pengajaran bercorak konvensional dan berpusatkan guru sering menyebabkan murid bersifat pasif dan suasana pembelajaran kurang menyeronokkan (Siti Zabidah 2006). Yahya Othman (2005),menyatakan bahawa dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca.Gambar 5.1: Contoh Penulisan MuridTerdapat pelbagai pendekatan untuk mengajarkan kemahiranmenulis kepada murid-murid. Pendekatan-pendekatan ini perlu disesuaikan dengan objektif pembelajaran, tahap keupayaan murid dan sumber pengajaran yang tersedia. Penulisan RPH haruslah merangkumi penerapan pendekatan ini secara sistematik, termasuk penyediaan aktiviti pramenulis, penulisan dan pascamenulis yang relevan dengan tahap pelajar. Kaedah pengajaran yang digunakandalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan.
205 PENDEKATAN DALAM KEMAHIRAN MENULISRajah 5.1: Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes (1963)i. Pendekatan TerkawalPendekatan ini digunakan pada tahun 50-an dan 60-an, iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual yang mengutamakan bahasa lisan daripada penulisan malah mengutamakan ketepatan murid-muridmenggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis. Pengajaran penulisan dipandu atau dikawal lebih banyak pada peringkat awal supaya muridmurid tidak melakukan kesalahan dan beransur kurang pada peringkatseterusnya. Murid-murid masih mempunyai kebebasan untuk memilihkosa kata atau struktur ayat sendiri. Contohnya, dalam kemahiran bahasa dan karangan berpandu. Antara bentuk kawalan yang dilakukanoleh guru ialah murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataanperkataan atau frasa dan guru juga boleh menggunakan gambar atau bahan lain sebagai rangka karangan dan murid-murid mengarang berpandukan bahan tersebut.
6PENGAPLIKASIAN PERINGKAT DAN PENDEKATAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MENULISNor Fazilah Noor DinPENGENALANKemahiran menulis merupakan salah satu komponen utama dalam pembelajaran bahasa yang memainkan peranan penting dalam membentuk keupayaan murid untuk menyampaikan idea, pendapat, perasaan secara tersusun dan jelas. Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu di sekolah, penguasaan kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal seperti pembentukan huruf dan struktur ayat, tetapi juga kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu, guru perlu memiliki pemahaman mendalam tentang peringkat dan pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran menulis agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
225PENGAPLIKASIAN PERINGKAT DAN PENDEKATAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MENULISBab ini memberi tumpuan kepada pengaplikasian peringkat dan pendekatan dalam pengajaran kemahiran menulis, serta cara merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berstruktur untuk kemahiran ini. Pendekatan pengajaran yang sistematik dapat membantu guru menyediakan aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, sekali gus memupuk minat dan motivasi mereka untuk menulis. Dengan mengambil kira keperluan murid pada peringkat awal pembelajaran, perancangan RPH yang menyeluruh juga memainkan peranan penting dalam memastikan murid memperoleh pengalaman pembelajaran yang positif.Peringkat kemahiran menulis merangkumi tiga fasa utama, iaitu pramenulis, menulis mekanis dan menulis mentalis atau pelahiran. Setiap fasa ini mempunyai objektif tersendiri yang membantu murid menguasai kemahiran menulis secara beransur-ansur, daripada mengenal pasti idea sehingga menghasilkan teks yang lengkap. Selain itu, pendekatan seperti pendekatan proses dan Pendekatan Pengalaman Bahasa (Language Experience Approach - LEA) turut digunakan untuk menyokong pembelajaran menulis yang efektif. Pendekatan-pendekatan ini memberi peluang kepada murid untuk melalui proses menulis yang menyeronokkan dan relevan dengan kehidupan mereka.Di samping memahami peringkat dan pendekatan, bab ini juga membincangkan elemen penting dalam penulisan RPH kemahiran menulis. Guru perlu merancang RPH yang mengandungi Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang jelas, aktiviti yang menarik, dan refleksi yang membantu penambahbaikan pengajaran. Keseluruhan bab ini dirancang untuk memberi panduan kepada guru dalam mengaplikasikan peringkat dan pendekatan kemahiran menulis secara berkesan, selari dengan matlamat pembelajaran bahasa Melayu. Dengan memahami prinsip dan strategi yang dibincangkan, guru dapat memastikan proses pengajaran kemahiran menulis menjadi lebih bermakna dan berkesan untuk murid. Definisi Kemahiran MenulisKemahiran menulis merujuk kepada kebolehan seseorang untuk melahirkan idea, perasaan atau maklumat secara bertulis dengan
BIODATA PENULISDr. Nor Fazilah Noor Din merupakan pensyarah akademik di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pembangunan pedagogi inovatif, dan penyelidikan bahasa Melayu. Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan dilantik sebagai Ikon Guru Negeri Perlis serta ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aktif dalam penulisan ilmiah, beliau telah menghasilkan penerbitan termasuk jurnal MyCite dan Scopus, buku, bab dalam buku serta artikel majalah. Beliau juga aktif sebagai jurulatih utama, juruaudit bahasa KPM, fasilitator/penceramah, hakim program kebahasaan, penilai instrumen dan penyelidik dalam pelbagai program kebangsaan dan antarabangsa berkaitan pendidikan bahasa.Profesor Madya Dr. Faridah Nazir dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah serta di Universiti Putra Malaysia untuk Sarjana dalam bidang Bahasa Melayu. Pernah bertugas di beberapa buah sekolah menengah di Seremban, Pulau Pinang dan Selangor sebelum menjadi Pensyarah Kanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Kini, beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Islam Antarabangsa, Pagoh, Johor. Beliau juga telah menghasilkan lebih 40 buah buku yang terdiri daripada buku akademik, antologi cerpen, antologi puisi dan buku cerita kanak-kanak.
255 BIODATA PENULISDr. Shamsul Aizuwani Nawi, memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2016), ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2002) dan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik dan Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1999). Selain itu, turut memiliki Diploma Pendidikan dari Institut Bahasa Melayu Malaysia (2000) dan Diploma in SPADA dari Universiti Malaysia Sabah (2008). Beliau memiliki kepakaran dalam bidang bahasa Melayu, leksikografi, dan pendidikan bahasa Melayu. Beliau banyak menulis buku akademik termasuk Pedagogi Kontemporari, Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu, Penulisan Akademik, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, dan Sintaksis Bahasa Melayu. Beliau turut terlibat menulis modul pendidikan seperti Modul Coaching and Mentoring Teach for Malaysia, Modul Kit Sokongan Bahasa Melayu dan Modul BIJAK BM. Dalam kerjaya beliau pernah berkhidmat sebagai guru sekolah, pensyarah InstitutPendidikan Guru dan pensyarah Institut Aminuddin Baki. Malah beliau juga banyak membentangkan kertas kerja dan menyertai pertandingan inovasi pendidikan di dalam dan luar negara.Rozita Omar dilahirkan di Taiping, Perak. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pernah bertugas di dua buah sekolah menengah di Ipoh, Perak sebelum menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Kini, beliau bertugas sebagai Pensyarah Cemerlang di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah artikel dan karya kreatif khususnya puisi dan prosa moden dan karya-karya beliau telah diterbitkan dalam buku antologi cerpen dan antologi puisi. Di samping itu, beliau juga merupakan Jurulatih Kebangsaan bagi Kit Sokongan Bahasa Melayu di bawah Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia.
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU 256Suhasni Dollah berkelayakan Sijil Perguruan Asas (Pengajian Islam), Ijazah Sarjana Muda (Bahasa dan Linguistik Melayu), Sarjana (Pentadbiran Pendidikan). Sekarang berkhidmat di IPG Kampus Bahasa Melayu sebagai Pensyarah Akademik (Jabatan Pengajian Melayu). Beliau telah menghasilkan 52 buah buku rujukan Bahasa Melayu dan Sejarah untuk sekolah rendah dan menengah. Di peringkat IPGKBM beliau telah menghasilkan beberapa buah buku ilmiah, iaitu Sistem Ejaan Rumi dan Jawi (2017) dan Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (2019), Drama Dalam Bahasa Melayu (2020) Semantik Bahasa Melayu (2021), Sintaksis Bahasa Melayu, Sosiologi Pendidikan (2024) dan buku rujukan sekolah seperti Sejarah Tahun 5, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Beliau terlibat dengan kelas secara online peringkat kebangsaan dengan MSD untuk SPM bagi mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu 2020-2023. Pada tahun 2025 beliau telah berjaya menyiapkan buku Kesantunan Bahasa Melayu dan Sintaksis Bahasa Melayu untuk STPM. Beliau juga terlibat dalam menggubal Modul MUNSYI IPGM dan Modul UPBM terbitan Kementerian Dalam Negeri 2025. Beliau telah dianugerahkan MUNSYI (Bahasa) DBP 2018 dan dilantik sebagai Juruaudit Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan pada tahun 2025. Beliau terlibat sebagai penceramah untuk seminar Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM. Beliau juga diundang sebagai penceramah tatabahasa bahasa Melayu dan penulisan dokumen rasmi oleh badan berkanun, pihak swasta, KPM, DBP dan ITBM semenjak 2018 hingga kini.