MKE Books
  • 80
  • 12
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kelima terbesar di dunia dengan jumlah penutur melebihi 300 juta orang (Mstar,30 Mei 2014) menyaksikan bahasa Melayu menghadapi pelbagai cabaran bermula pada zaman bahasa Melayu purba sehinggalah zaman moden pada hari ini. Perkembangan bahasa Melayu menyaksikan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di Nusantara hingga pernah dinyatakan oleh Francois Valentijn iaitu “Bahasa Mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah.” Suasana penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca of the East di rantau ini berterusan sehinggalah permulaan abad ke-20. Pada hari ini bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi harian. Pengetahuan masyarakat di Malaysia tentang bahasa ini juga tinggi kerana hubungan sosial atau hubungan dagang yang mengutamakan Bahasa Melayu serta pernah dicadangkan untuk menjadi bahasa rasmi ASEAN.
Kelebihan buku ini dipaparkan melalui konteks perbincangan yang amat luas meliputi sejarah awal bahasa Melayu sehinggalah kepada isu dan cabaran bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dan dunia hari ini. Malah turut membincangkan perkembangan tulisan bahasa Melayu sejak zaman sebelum Masihi. Kandungan buku ini amat membantu penggiat bahasa yang berminat untuk mempelajar tentang perkembangan bahasa Melayu di negara ini. Selain itu, buku ini bermanfaat untuk guru-guru bahasa Melayu seluruh negara, guru-guru pelatih IPG, pelajar Tingkatan Enam, dan pelajar bidang bahasa Melayu di IPTA. Buku ini amat sesuai dan relevan untuk digunakan sebagai rujukan pelajar di institusi pendidikan tinggi yang menawarkan kursus bahasa Melayu serta seluruh warga pendidikan yang cinta akan bahasa Melayu.
View Text Version Category : 22
  • Follow
  • 3
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications