Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan sebuah karyailmiah yang mengupas secara menyeluruh konsep etika dan peradaban dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia. Buku ini memperkenalkan asas-asas ilmu etika, pelbagai teori yang menjadi tonggak kepada pemikiran etika sejagat, serta bagaimana nilai-nilai ini terbina dalam tamadun tamadun dunia. Melangkaui teori, buku ini menelusuri aplikasi nilai etika dalam kehidupan bernegara menerusi pemahaman Perlembagaan Persekutuan sebagai teras keharmonian dan perpaduan nasional. Ia juga mengupas bagaimana budaya, komunikasi, tanggungjawab sosial, integriti dan usaha anti rasuah menjadi instrumen penting dalam membina masyarakat berperadaban tinggi. Dengan memberi tumpuan kepada cabaran keterlestarian dan isu-isu semasa, buku ini penting sebagai panduan untuk membentuk warga yang beretika, berintegriti dan berdaya saing dalam dunia global. Sesuai untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan pencinta ilmu, buku ini menawarkan perspektif menyeluruh dan kontemporari tentang bagaimana etika dan peradaban dapat diterapkan demi kelangsungan negara yang aman dan progresif.<br>Buku ini amat sesuai sebagai rujukan asas kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Ia juga amat bermanfaat untuk pembaca yang ingin menelaah persoalan etika dan peradaban dalam sesebuah masyarakat.