Buku Asas Tatabahasa Bahasa Melayu diterbitkan khusus untuk pelajar sekolah, pelajar prauniversiti, siswa guru di Institut Pendidikan Guru dan pembaca =umum yang ingin meningkatkan pengetahuan dan
memahami peraturan dan struktur bahasa Melayu dengan lebih jelas.Buku ini memfokuskan aspek tatabahasa bahasa Melayu yang merangkumi 5
bab, iaitu:
Bab 1: Pengenalan Tatabahasa;
Bab 2: Asas Morfologi;
Bab 3: Asas Sintaksis;
Bab 4: Sistem Ejaan; dan
Bab 5: Kegramatisan Aspek Tatabahasa.
Aspek yang dikemukakan dalam buku ini dapat menjadi panduan kepada pembaca untuk memahami secara jelas rumus dan struktur bahasa Melayu, meningkatkan kemahiran berbahasa, dan seterusnya dapat menggunakan bahasa Melayu mengikut peraturan yang tepat dalam aktiviti lisan dan penulisan.