Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetak atau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apajua pun, tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia. PENULISAN AKADEMIK © MK e-Solutions Sdn. Bhd. ISBN 978-967-0036-13-7 Terbitan Pertama : 2023 PENULIS Sara Beden Zabedah Mohammed Shapiza Sharif Shamsul Aizuwani Nawi Noor Zila Md Yusuf Kamaruddin Ilias Khushairi Fadzal Badrul Hisham Ghazali Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403) (MKE) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050 Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] Dengan Kerjasama: Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Lingkungan Budi. 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [email protected] Dicetak oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak. Malaysia Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220
Kandungan i Prakata ii Bab 1 Pengenalan Penulisan Akademik 1 Bab 2 Keutuhan Wacana Dalam Penulisan Akademik 11 Bab 3 Penanda Wacana Dalam Penulisan Akademik 32 Bab 4 Kemahiran Membuat Rujukan 42 Bab 5 Aplikasi Kemahiran Membuat Rujukan 57 Bab 6 Kejelasan Dalam Penulisan 84 Bab 7 Struktur Penulisan Akademik 98 Bab 8 Etika Dan Plagiat Dalam Penulisan 111 Biodata Penulis 135
Sesebuah penulisan yang terhasil adalah untuk tujuan berkomunikasi, menyatakan idea dan perasaan daripada minda penulis kepada pembaca. Terdapat berbagai-bagai jenis penulisan, di antaranya ialah laporan penelitian, seminar ataupun makalah dan artikel jurnal yang merupakan produk dari kegiatan ilmuwan. Dalam hal ini, data, kesimpulan, dan informasi lainnya yang terdapat dalam karya ilmiah akan berfungsi sebagai rujukan bagi para ilmuwan lain dan masyarakat umumnya untuk melakukan penelitian atau kajian lanjutan. Begitu juga karya ilmiah yang ditulis dan diterbitkan merupakan hasil penelitian yang telah dilakukan oleh seorang bagi memenuhi keperluan masyarakat. Oleh itu, buku Penulisan Akademik ditulis bagi menepati sasaran dalam bidang penulisan. Penulisan akademik ditulis bagi menyampaikan fakta secara sistematik, bukti atau contoh dan rujukan yang berautoriti. Buku Penulisan Akademik ini memfokuskan kepada topik pengenalan penulisan akademik termasuk ciri-ciri, tujuan, jenis dan matlamat penulisan akademik. Selain itu, turut dimuatkan dalam buku ini ialah aspek keutuhan wacana dalam penulisan dan jenis-jenis keutuhan wacana. Aspek membuat rujukan merupakan aspek terpenting dalam penulisan akademik sebagai sandaran sumber dan bukti penulisan. Justeru buku ini turut memuatkan dua bab berkaitan membuat rujukan iaitu kemahiran membuat rujukan dan aplikasi kemahiran membuat rujukan. Aspek kejelasan dalam penulisan turut dibincangkan dalam buku ini yang melibatkan kohesi dan koheran dalam perenggan. Malah turut tidak ketinggalan buku ini memuatkan aspek etika dalam penulisan sebagai rujukan kepada para penulis. Oleh itu, diharapkan perbincangan dalam elemen-elemen yang disajikan dalam buku ini dapat membantu dan meningkatkan pemahaman para guru, pelajar, dan sesiapa yang memiliki buku ini. Penerbitan buku ini juga diharap dapat menyumbang kepada koleksi rujukan pelajar-pelajar di IPTA, IPTS, IPG dan pelbagai institusi pendidikan yang lain. Oleh itu pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menzahirkan buku ini termasuk pihak pentadbir IPG KBM, Penerbit MKE, Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu, dan semua yang membantu dalam penghasilan buku ini. Sara Beden Zabedah Mohammed Shapiza Sharif Shamsul Aizuwani Nawi Noor Zila Md Yusuf Kamaruddin Ilias Khushairi Fadzal Badrul Hisham Ghazali
1 PENGENALAN PENULISAN AKADEMIK Dr Shamsul Aizuwani Nawi 1.1 KONSEP PENULISAN AKADEMIK Penulisan akademik ialah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. Penulisannya mengkaji secara teratur dan teliti tentang sesuatu persoalan dan merupakan satu penulisan formal yang bersifat objektif serta rujukan terhadap sumber yang autoriti (Zulimah, 2017). Penulisannya juga mestilah ringkas, padat, tidak bersifat peribadi serta formal dari segi bentuk dan gaya bahasa (Kamarudin 2001). Penulisan akademik melibatkan kajian secara teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangan dan berasaskan kaedah saintifik. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan bahawa
2 KEUTUHAN WACANA DALAM PENULISAN AKADEMIK Dr Noor Zila Md. Yusuf 2.1 PENGENALAN Maksud Keutuhan Wacana Keutuhan wacana ialah aspek yang sangat penting dalam sesebuah penulisan dan akan menentukan sesuatu penulisan itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Utuh bermaksud tidak rosak. Keutuhan bermaksud kesempurnaan (Kamus Dewan Perdana, 2021). Wacana pula bermaksud suatu kesatuan idea. Kamus Dewan Perdana (2021) mendefinisikan wacana sebagai keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. Justeru, keutuhan wacana bermaksud satu kesatuan idea yang sempurna.
3 PENANDA WACANA DALAM PENULISAN AKADEMIK Dr Zabedah Mohammed 3.1 MAKSUD PENANDA WACANA Penanda wacana merujuk pada perkataan, rangkai kata atau frasa yang menjalinkan sesuatu idea atau maklumat dengan idea atau maklumat yang lain dalam wacana. Menurut Nik Safiah (2015) penanda wacana merupakan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan kesinambungan dalam teks yang terdiri elemen-elemen penanda leksikal, rujukan, penghubung, penggantian serta elipsis (pelenyapan untuk mengelakkan pengulangan maklumat dim ayat seterusnya). Menurut Thompson (1996) penanda wacana ialah alat linguistik yang digunakan oleh pewacana lisan untuk menautkan ayat bagi mewujudkan unsur koherensi. Pemilihan perkataan, rangkai kata atau
4 KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN Dr Shapiza Sharif 4.1 SISTEM RUJUKAN AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA) Pengenalan Penulisan akademik dan laporan penyelidikan berkualiti menitikberatkan aspek gaya sitasi dan rujukan. Sitasi digunakan dalam penulisan ilmiah bertujuan memberitahu pembaca tentang fakta daripada sumber rujukan. Semua sitasi disenaraikan di bahagian rujukan di akhir sesuatu penulisan ilmiah. Modern Language Association (MLA), American Psychological Association (APA), Chicago Manual of Style (Chicago) dan Council of Biology Editors (CBE) antara gaya sitasi dan rujukan yang digunakan dalam penulisan akademik. Disiplin
5 APLIKASI KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN Dr Kamaruddin Ilias 5.1 APLIKASI PERATURAN MENULIS RUJUKAN Aplikasi peraturan menulis rujukan adalah berbeza mengikut kategori sama ada buku, terbitan berkala, jurnal, makalah, akhbar dalam talian, dokumen kerajaan, badan berkanun dan swasta serta bahan rujukan dalam talian.
6 KEJELASAN DALAM PENULISAN Dr Khushairi Fadzal 6.1 PENGENALAN Kejelasan dalam penulisan akademik merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap pelajar, pengkaji atau individu yang terlibat dalam penulisan akademik. Penulisan akademik yang jelas penting supaya orang yang membaca dapat memahami perkara yang ingin disampai tanpa menimbulkan keraguan. Selain itu, kejelasan dalam penulisan akademik merupakan salah satu cara untuk menilai tahap pemahaman secara analitikal atau holistik sesuatu perkara terutamanya dalam kalangan pelajar dalam menyusun atur hasil pemikiran atau idea.
7 STRUKTUR PENULISAN AKADEMIK Badrul Hisham Ghazali 7.1 PENGENALAN Struktur penulisan adalah suatu cara menyusun idea dalam penulisan akademik supaya terbina penulisan yang dihasilkan lebih menarik, tersusun dan bersistematik daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek memudahkan pembaca memahami dalam proses penyampaian idea dan maklumat melalui penulisan. Selain itu struktur adalah cara sesuatu penulisan terbina dari pelbagai bahagian, unsur atau aspek hingga menjadi pola, sistem atau bentuk tertentu mewakili keseluruhan bahagian dalam sesuatu penulisan esei. Struktur turut terbina daripada perenggan-perenggan yang mempunyai pertautan antara satu dengan yang lain. Sesuatu penulisan mengandungi perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan. Perenggan-perenggan yang membina struktur penulisan ini terbina daripada ayat-ayat topik, isi dan kesimpulan. Pada dasarnya
8 ETIKA DAN PLAGIAT DALAM PENULISAN Dr Sara Beden 8.1 ETIKA DALAM PENULISAN Konsep Etika dalam bahasa Yunani disebut ethos dan mempunyai banyak erti dan konsep. Antaranya, tempat tinggal yang biasa, padang rumput, kandang, kebiasaan, adat, akhlak, watak, perasaan, sikap dan cara berfikir. Berdasarkan konsep dari susur galur etika dalam bahasa Yunani kita boleh mengaitkannya dengan akhlak, watak, sikap dan cara berfikir yang sesuai dengan konteks masyarakat kita. Kamus Dewan Edisi Keempat (2019) mentakrifkan etika sebagai ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Etika amat signifikan fungsinya dalam Penulisan agar hak cipta setiap pengkarya terpelihara. Konsep etika dalam penyelidikan termasuklah melahirkan karya original bukan ciplak, menjaga kebenaran dan manfaat serta
PENULISAN AKADEMIK 112 makna maklumat yang disebarkan, menulis secara cermat, teliti dan tepat, bertanggungjawab atas tulisan yang dihasilkan dan menyajikan maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat. Etika penyelidikan mahupun penulisan ialah amalan terbaik dalam penyelidikan yang menjunjung tinggi prinsip teras etika dalam melindungi hak serta keselamatan manusia dan ekosistem demi kesejahteraan sejagat di samping mematuhi semua peraturan dan perundangan. Dalam bidang penyelidikan terdapat garis panduan berkaitan etika yang merangkumi penyelidikan, penerbitan, perundingan, harta intelek dan pengkomersialan yang melibatkan manusia dan diterima pakai. Garis panduan berkaitan etika dalam penulisan amat perlu agar pembangunan dan penerokaan ilmu meliputi kerja-kerja kreatif dilaksanakan secara sistematik bagi menambah khazanah ilmu selain mengaplikasi serta mengadaptasi ilmu baharu. Penyelidikan secara umumnya wajar mematuhi etika berikut: i. Kejujuran, iaitu penyelidik harus bersikap jujur dalam merekod, melapor dan menganalisis data dengan tidak mengubah mahupun memanipulasikan data. ii. Integriti, iaitu kualiti unggul yang tersemai dalam diri individu atau organisasi yang berkait rapat dengan nilai, etika dan keperibadian yang mulia. Penyelidik harus mematuhi prinsip moral, etika dan undang-undang agar tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata sehingga melanggar batasan etika dan undang-undang. iii. Menghormati, iaitu menghormati dan menghargai sebarang bentuk harta intelek atau hak cipta mahupun hak intelektual individu lain. iv. Bertanggungjawab, iaitu melindungi hak subjek kajian sama ada manusia, alam sekitar serta artifak dengan mematuhi garis panduan atau kod etika yang ditetapkan.
113 ETIKA DAN PLAGIAT DALAM PENULISANI Rajah 8.1: Elemen-elemen Etika dalam Penyelidikan Kepentingan Etika penulisan ialah aspek penting dalam penulisan ilmiah. Dalam era digital ini, maklumat amat mudah diperoleh melalui internet, jadi penulis perlu lebih berhati-hati dan teliti supaya apa-apa yang ditulis ialah idea asli. Idea yang diambil dari sumber lain perlu dinyatakan dengan lengkap sumbernya. Etika menjadi pegangan dan moral yang seseorang penulis bersikap jujur dengan menyatakan rujukan terhadap bahan atau idea yang diambil daripada orang lain. Sebagai contoh, penulis atau pengkaji yang membuat penulisan harus menyenaraikan rujukan di bahagian belakang penulisan mengikut sistem APA atau sebagainya. Hal ini demikian kerana penggunaan Elemen Etika Kejujuran Integriti Menghormati Bertanggungjawab
BIODATA PENULIS Dr Sara Beden, merupakan pensyarah akademik di Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan. Menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu dari Universiti Malaya (2016). Memiliki ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Kesusasteraan Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2011). Sebelumnya, memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Rancangan Bahasa Melayu dari Universiti Malaya (1995). Mendapat Sijil Diploma Pendidikan dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (1996). Beliau memiliki kepakaran dalam bidang pragmatik Bahasa Melayu dan kritikan sastera Melayu moden. Dr Zabedah Mohammed, merupakan penerima Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu dari UKM (2020). Memiliki Ijazah Sarjana (Pendidikan Bahasa Melayu) dari UM (2008) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kepujian dengan pengkhususan dalam bidang Kesusasteraan Melayu dari USM (2002). Kini bertugas sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan memiliki kepakaran dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Sebelum ini, beliau bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Dr Shapiza Sharif, merupakan pensyarah akademik dan Ketua Jabatan di Jabatan Sains Kemanusiaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), Kuala Lumpur. Bidang kajian beliau berpusat kepada sejarah ekonomi ketika era kolonial British khusus tentang Kuala Lumpur. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian), Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan) dan Ijazah Doktor Falsafah (Sejarah Ekonomi). Beliau turut menerima Excellent Award 2018 for outstanding achievement in the category of PhD Completion Period dari Universiti Malaya.
PENULISAN AKADEMIK 136 Shapiza dan pasukan penyelidik telah menerima Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2021. Beliau turut berperanan sebagai salah seorang panel utama pembinaan Model Literasi Pemikiran Pasak Sembilan (LiPS) di samping Modul LiPS, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Dr Shamsul Aizuwani Nawi, merupakan pensyarah akademik di Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2016), ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2002) dan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik dan Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1999). Selain itu, turut memiliki Diploma Pendidikan dari Institut Bahasa Melayu Malaysia (2000). Beliau memiliki kepakaran dalam bidang bahasa Melayu, leksikografi, dan pendidikan bahasa Melayu. Malah turut menulis beberapa buku akademik termasuk Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Pedagogi Kontemporari seetaPerkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu. Dr. Hajah Noor Zila Md. Yusuf, merupakan pensyarah akademik di IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah. Mula menceburi bidang penulisan sejak menjawat jawatan sebagai guru dan pensyarah bahasa Melayu melalui artikel pertama beliau yang diterbit dalam majalah Pelita Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1998. Berkelulusan Bacelor Pendidikan PBMP (UPM), Master Sastera Bahasa Melayu (UPM), PhD Bahasa Melayu (UPM). Beliau telah ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai mengiktiraf kepakaran dalam bidang bahasa Melayu. Cenderung menghasilkan karya ilmiah dalam bentuk buku, karya suntingan, artikel dan bab dalam buku dalam bidang kepakaran. Pernah menghasilkan penulisan kreatif seperti cerpen dan sajak untuk memupuk minat dalam bidang sastera kreatif. Buku “Tragedi Dah Mahsuri : Hadiah daripada Allah” merupakan karya pertama beliau dalam bentuk novel melalui garapan kisah sebenar sebagai bekas pesakit COVID-19 tahap tiga.
BIODATA PENULIS 137 Dr Kamaruddin bin Ilias, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (UKM), Master Sains (UPM) dan Doktor Falsafah Pengurusan Pendidikan (UPSI). Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh. Pernah menjadi Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi Perak dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Beliau juga telah memperoleh sebanyak tiga kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), berjaya memperoleh Geran FRGS KPT serta banyak membuat sumbangan dalam bidang penyelidikan, penerbitan, inovasi dan konsultasi. Beliau merupakan Ketua Editor Jurnal Penyelidikan Dedikasi IPG Kampus Ipoh yang telah diindex oleh MyJurnal KPT. Dr Khushairi Fadzal, ialah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2018. Menamatkan pengajian peringkat ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (2004). Pada tahun 1994 menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera dari Universitas Negeri Medan Indonesia. Badrul Hisham bin Ghazali, merupakan pensyarah akademik di Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur selain pernah bertugas di Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar Seremban. Menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Kesusasteraan Melayu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Beliau pernah menjadi guru Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Sejarah sekolah menengah di Tanjong Ipoh Negeri Sembilan. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang Pendidikan Kesusasteraan Melayu dan Pengantar Penulisan.