The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini diolah dan disusun berdasarkan Skim Latihan Pengakap Remaja. Buku ini telah ditulis oleh panel yang bertanggungjawab menghasilkan buku skim latihan sewaktu memegang jawatan latihan di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2023-05-23 00:46:56

Pengakap Remaja

Buku ini diolah dan disusun berdasarkan Skim Latihan Pengakap Remaja. Buku ini telah ditulis oleh panel yang bertanggungjawab menghasilkan buku skim latihan sewaktu memegang jawatan latihan di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Keywords: Pengakap Remaja

i Pengakap Remaja Amir Hamzah Aman


iii Kandungan Kandungan iii Prakata iv Bab 1. Unit Pengakap Remaja 1 Bab 2. Lencana Jaya Diri 8 Bab 3. Lencana Ekspedisi 40 Bab 4. Lencana Perkhidmatan 50 Bab 5 Lencana Kemahiran 59 Bab 6. Lencana Kegiatan 96 Bab 7. Rambu Pengakap Remaja 106 Bab 8. Ujian Sikap Pengakap Raja 108 Lampiran : Senarai Semak Ujian Lima Lencana Tertinggi Pengakap Remaja 114 %LEOLRJUD¿ 122 Biodata Penulis 123


iv Prakata Tinta Bicara Penulis Salam Pengakap. Sekali berpengakap, terus berpengakap. Itulah kata-kata keramat yang saya pegang sejak menjadi ahli pengakap. Sejak tahun 1979, saya terus berpengakap dan selama itu jualah, segala suka duka saya telah lalui sebagai anak pengakap. Tujuan penulisan buku ini adalah untuk membantu anak-anak pengakap terutama pengakap remaja memahami dan mampu untuk menjalani program pengakap remaja sepenuhnya hingga berjaya mendapatkan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Rambu Cemerlang Pengakap Remaja) setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam latihan Lencana Jaya Diri, Kemahiran, Kegiatan, Ekspedisi dan Perkhidmatan. Saya berharap buku ini akan menjadi teman kepada pejuang pengakap terutama para pemimpin pengakap remaja yang dahagakan bahan rujukan atau garis panduan untuk mengendali, mengurus dan memantapkan ahli pengakap di peringkat pertengahan penglibatan mereka. Idea penulisan ini digubah dan disusun berdasarkan kurikulum pengakap remaja dengan berbekalkan pengalaman menjadi pemimpin pengakap remaja pada awal menceburi dunia pendidikan. Buku ini diadun menggunakan kurikulum terkini dan konsepnya mudah dengan memberikan beberapa contoh untuk menjalankan aktiviti atau pengisian ujian bagi setiap kemahiran. Saya terpanggil untuk menulis buku ini apabila melihat ketandusan buku-buku rujukan pengakap di Malaysia. Sebagai pendidik, saya menyahut dan merealisasikan agenda pendidikan negara dengan menghasilkan bahan pembacaan bermutu untuk sejajar dengan konsep Pendidikan Abad ke-21. Akhir kata, saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada Persekutuan Pengakap Malaysia, rakan-rakan pemimpin dan anak-anak pengakap yang sering mencetuskan percambahan idea dalam penghasilan buku ini. Terima kasih. Dr. Amir Hamzah bin Aman Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala Lumpur


44 Pengakap Remaja 6. Susun atur barang-barang di dalam ‘backpack’. Akhir sekali memasukkan segala barang-barang anda ke dalam backpack anda. Cara menyimpan yang betul dan kemas bukan sahaja boleh menjimatkan ruang di dalam beg, malah juga membolehkan beban di dalam backpack diagihkan secara seragam bagi mengelakkan kita daripada berasa tidak selesa semasa menggalas backpack yang berat dan besar itu. Di bawah ini kami senaraikan beberapa cara simpan barang ke dalam backpack dengan betul. Bahagian paling bawah: Ɣ Barang-barang seperti tuala, baju tidur, toiletries dan lain-lain yang kurang penting atau yang hanya akan digunakan pada waktu malam, misalnya, disusun di bahagian paling bawah backpack. Bahagian tengah: Ɣ Barang-barang yang berat seperti makanan dan laptop (jika bawa) diletakkan di tengah-tengah berdekatan dengan bahagian tulang belakang anda. Ini adalah untuk mewujudkan pusat graviti yang selesa sewaktu anda menggalas backpack. Ɣ Barang-barang yang lebih ringan dan lembut seperti baju dan seluar pula disusun jauh daripada bahagian tulang belakang anda, di sekeliling barang-barang yang berat tadi. Bahagian paling atas: Ɣ Barang-barang yang kerap digunakan seperti snek dan power bank pula diletakkan di bahagian paling atas sekali supaya mudah untuk diakses. Bahagian luar: Ɣ Barang-barang seperti kasut/selipar dan topi boleh digantungkan di straps yang terdapat di bahagian luar backpack anda. Pastikan anda mengetatkan semua tali atau strap di luar beg untuk mengelakkan barangan anda daripada bergerak-gerak di dalam beg. Bahagian Atas Bahagian Luar Bahagian Tangah Bahagian Bawah


46 Pengakap Remaja a. Mencatat nombor-nombor telefon awam yang anda jumpa. b. Menulis nama kampung atau pekan kecil sepanjang perjalanan itu. c. Melukis tiga tanda bumi yang berlainan dalam rupa bentuk dan berasal dari tempat-tempat yang berasingan. d. Mengumpul sepuluh jenis daun serta menamakannya. e. Mendapatkan nama penghulu atau penolongnya (sidang) kampung yang dilalui. Semasa melakukan ekspedisi patrol, semua pengembara perlu mematuhi undang-undang lalu lintas dan peraturan semasa. Keselamatan adalah tanggungjawab sendiri dan harus diutamakan. Ketua ekspedisi perlu membahagikan tugas dan menjalankannya dengan satu pasukan, iaitu sistem patrol. Pengakap perlu ingat agar jangan membuang masa. Setiap ahli melakukan tugas yang diberi Isyarat Sulit yang Biasa Terdapat air di laluan ini Belok ke kiri atau kanan Ikut arah ini Jangan ikut arah ini Ikut arah ini Ada simpang di hadapan Ada pesanan di hadapan Saya sudah pulang dan menghabiskan tugas seberapa cepat mungkin. Ahli ekspedisi mestilah sentiasa bersopan santun apabila meminta pertolongan atau mengemukakan pertanyaan. Imej dan nama baik pengakap hendaklah dipelihara. Pakaian seragam pengakap hendaklah dipakai semasa ekspedisi itu.


67 Julang Tongkat Dari Kedudukan Sedia Bahasa Hukuman: Julang… Tongkat 1. Julang Tongkat – Satu a. Bawa tongkat ke hadapan dengan kedudukan 45 darjah. b. Kedua-dua tangan memegang bahagian tengah tongkat. c. Siku kanan selari dengan tongkat. Kedudukan Sedia Dari Julang Tongkat Bahasa Hukuman: Turun… Tongkat 1. Kalih tongkat - Satu a. Bawa tongkat kepada kedudukan sedia. 2. Skuad – Dua a. Dengan pantas bawa tangan kiri dalam kedudukan sedia. Hormat Tongkat Semasa Berjalan Bahasa Hukuman: Ke Kanan … Hormat Sambil berjalan, pergerakan sama seperti hormat ke kanan hormat semasa kawad kaki. Kedudukan hormat sama seperti hormat kawad tongkat. Pergerakan Hukuman hormat jatuh atas kaki kiri. Check kaki kanan, up kaki kiri, kepala paling ke kanan. Selepas tiga langkah, pandang ke hadapan dan berjalan seperti biasa. Catatan: a. Hormat jika berjalan rusuk tongkat – hormat tongkat b. Hormat jika berjalan jinjit tongkat – hormat tongkat c. Hormat jika berjalan julang tongkat – pandang kanan sahaja d. Hormat jika berjalan bimbit tongkat – pandang kanan sahaja Lencana Kemahiran


94 menyusuri gelung Bergayut merangkak jaring menyusuri gelung tayar atas tanah memanjat tangga tali menyusuri gelung tayar tergantung meniti tunggul memanjat jaring bergayut memanjat tali memanjat tembok memanjat pokok menyeberang sungai satu tali Pengakap Remaja meniti papan gantung menyeberang sungai meniti tali


114 Pengakap Remaja SENARAI SEMAK UJIAN LIMA LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA Senarai semak ini boleh digunakan oleh Pemimpin Pengakap Remaja, Penguji Ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja dan pengakap remaja itu sendiri dalam memastikan semua ujian berkaitan lencana berkenaan telah dilaksanakan semuanya LENCANA JAYA DIRI Lencana ini diberikan kepada ahli pengakap remaja sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun, dan mempunyai buku log Pengakap yang kemas kini. Untuk lulus Lencana Jaya Diri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - Bil Perkara Tarikh Pengesahan Penguji Catatan 1 Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. 2 Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing. 3 Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS, dan lain-lain. 4 Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen berkenaan. 5 Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.


123 Biodata Penulis Dr. Amir Hamzah bin Aman merupakan veteran pengakap yang tidak asing lagi di negara ini. Penglibatannya dalam pengakap yang sudah melebihi 42 tahun sudah cukup untuk menggambarkan keilmuannya yang tinggi dalam Pengakap. Beliau bermula sebagai Pengakap Kanak-Kanak di Sek. Keb. Dato’ Naning, Alor Gajah, Melaka. Kegiatan pengakapnya diteruskan kepada Unit Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di SMK Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Beliau telah berjaya memperoleh Lencana Jaya sewaktu berada di Tingkatan 2. Setelah Sijil Rendah Pelajaran (SRP) beliau terus mengambil 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja dan pada tahun 1993, beliau telah menjalani Ujian Pentaraf Pengakap Raja negeri Melaka yang telah diadakan di Kem Puan Tan Chay Yan, Pantai Kundur, Melaka. Kegiatan Pengakap diteruskan kepada Pengakap Kelana di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak dan telah berjaya melatih 2 orang Pengakap Remaja untuk menjadi Pengakap Raja. Kegiatan pengakap diteruskan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya beliau telah berjaya mendapatkan manik kayu bagi 2 unit Pengakap iaitu Unit Pengakap Kanak-Kanak (M4454) dan Unit Pengakap Muda (M7431). Beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi pensyarah kokurikulum dan jurulatih pengakap bagi institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1997-2007), Universiti Malaya (2007-2008), Universiti Pendidikan Sultan Idris (2008-2014). Walaupun sudah bergelar jurulatih, beliau masih mendalami ilmu pengakap dengan mendapatkan 2 lagi manik kayu bagi Unit Pengakap Kelana (M9194) dan Unit Pengakap Remaja (M9534). Sebagai ahli pengakap yang aktif beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dalam pengakap. Antaranya termasuklah Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Pesuruhjaya Program Negara. Jawatan yang disandang bukan hanya dari segi pentadbiran, malahan latihan seperti Penolong Jurulatih Kebangsaan, Jurulatih Antarabangsa, Pentaraf Pengakap Raja dan Penilai Utama Anugerah Baden Powell.  'L SHULQJNDW DQWDUDEDQJVD SXOD EHOLDX VHULQJ GLMHPSXW ROHK:RUOG 6FRXW%HUHDX:LOD\DK$VLD 3DFL¿F XQWXN menjalankan kursus-kursus pengakap di pelbagai negara di dunia seperti Thailand, Indonesia, Filipina, India, Australia, %DQJODGHVK9LHWQDP-HSXQ.RUHD6UL/DQNDGDQODLQODLQODJL%HOLDXPHUXSDNDQDKOLNHSDGD$VLD3DFL¿F5HJLRQ Messengers of Peace Core Team bagi sesi 2019-2022. Beliau telah berjaya mengharumkan nama negara dalam program Messengers of Peace sejak tahun 2012-2019 dan Koordinator pertama Malaysia yang menerima anugerah Messengers of Peace Hero pada tahun 2018. Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa termasuklah sebagai ahli Sub Committee Program (2012-2015), Scouts of The World Award, World Scout Environment Programme, Better World Frame Work dan Sustainable Development Goal. Beliau telah banyak melahirkan pemimpin muda lepasan universiti dan institut latihan guru dalam pelbagai unit. Kebanyakan bekas pelajarnya kini telah memegang beberapa jawatan penting di seluruh negara. Dalam usahanya untuk membangunkan pengakap di persada negara, beliau telah menulis beberapa buah buku terbitan syarikat buku tempatan seperti Asas Kepengakapan, Pengakap Kanak-Kanak, Simpulan dan Ikatan, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Nyanyian Untuk Semua dan lain-lain lagi.


Click to View FlipBook Version