The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini telah diolah bagi memenuhi keperluan Puteri Bongsu PPIM di sekolah rendah. Kupasan bab demi bab telah dibuat berdasrkan kurikulum Puteri Bongsu. Berikut adalah kandungan dalam buku ini:
Bab 1: Pengenalan Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Bab 2: Pengenalan Puteri Bongsu
Bab 3: Pengurusan dan Pentadbiran
Bab 4: Pendidikan Rohani
Bab 5: Kesihatan dan Jasmani
Bab 6: Keluarga dan Masyarakat
Bab 7: Pendidikan Rumah Tangga
Bab 8: Rekreasi dan Riadah
Bab 9: Pertolongan Cemas
Bab 10: Aktiviti Luar
Bab 11: Perkhemahan atau Perkampungan
Dapatkan buku ini segera, demi untuk memperkasakan Puteri Bongsu PPIM. Jangan tunggu lagi, semoga dengan Buku Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia ini akan menambahkan lagi bilangan ahli Puteri Bongsu Cemerlang PPIM sebagai asas kepada peningkatan kemahiran ke arah Puteri Tengah Cemerlang dan Puteri Sulung Cemerlang. Insya Allah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2023-10-22 07:40:24

Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Buku ini telah diolah bagi memenuhi keperluan Puteri Bongsu PPIM di sekolah rendah. Kupasan bab demi bab telah dibuat berdasrkan kurikulum Puteri Bongsu. Berikut adalah kandungan dalam buku ini:
Bab 1: Pengenalan Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Bab 2: Pengenalan Puteri Bongsu
Bab 3: Pengurusan dan Pentadbiran
Bab 4: Pendidikan Rohani
Bab 5: Kesihatan dan Jasmani
Bab 6: Keluarga dan Masyarakat
Bab 7: Pendidikan Rumah Tangga
Bab 8: Rekreasi dan Riadah
Bab 9: Pertolongan Cemas
Bab 10: Aktiviti Luar
Bab 11: Perkhemahan atau Perkampungan
Dapatkan buku ini segera, demi untuk memperkasakan Puteri Bongsu PPIM. Jangan tunggu lagi, semoga dengan Buku Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia ini akan menambahkan lagi bilangan ahli Puteri Bongsu Cemerlang PPIM sebagai asas kepada peningkatan kemahiran ke arah Puteri Tengah Cemerlang dan Puteri Sulung Cemerlang. Insya Allah

Keywords: Puteri Bongsu

Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia Noracyhan Mohd Bakri Amir Hamzah Aman


Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetak atau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apa jua pun, tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada MK eSolution Sdn. Bhd., Malaysia. Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia ‹ MK e-Solutions Sdn.Bhd. ISBN 978-967-0036-10-6 Terbitan Pertama: 2024 P(18/I6 Noracyhan Mohd Bakri Dr. Amir Hamzah bin Aman Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (803687-K) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Tel: +603 80644228 Fax: +603 80642050 web: http://mke-solutions.com e-mail: [email protected] Dicetak oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : 05-5262627 Fax : 05-5262205


Prakata Penulis ...................................................................................................................................... iv Bab 1 Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) .................................................................................1 Bab 2 Pendidikan Rohani ................................................................................................................. 29 Bab 3 Kesihatan Rohani dan Jasmani/Pembangunan Diri ............................................................... 57 Bab 4 Bidang Keluarga dan Masyarakat ........................................................................................ 106 Bab 5 Pendidikan Rumah Tangga/Kemahiran ................................................................................ 120 Bab 6 Bidang Rekreasi dan Riadah ................................................................................................ 138 Bab 7 Bidang Pertolongan Cemas/Memahami tentang Kecederaan dan Rawatan ....................... 170 Bab 8 Bidang Aktiviti Luar dan alam Sekitar .................................................................................... 186 Bab 9 Perkhemahan Atau Perkampungan ..................................................................................... 193 %LEOLRJUD¿ ........................................................................................................................................... 197 Kandungan


iv Alhamdulilah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kurniaan kudrat dan pemikiran yang tenang dalam usaha menghasilkan kalam ini. Salam dan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda dan semua para shuhada yang berjuang membangunkan agama Islam di muka bumi ini. Penulisan buku ini sebagai memenuhi fardu kifayah bagi membangunkan Pergerakan Puteri Islam di peringkat sekolah rendah. Hal ini merupakan asas kepada pergerakan PPIM kerana pada usia inilah lahirnya Puteri Bongsu Cemerlang PPIM. Amat ketandusan buku rujukan mahupun bahan yang berkaitan dengan kurikulum PPIM. Pengalaman mengajar unit beruniform di IPTA/IPG menyebabkan penulis terpanggil untuk menulis bagi membantu memperkasakan PPIM. Buku Panduan Kecekapan Puteri Bongsu ini ditulis bersandarkan Buku Panduan Kurikulum Pergerakan Puteri Islam Malaysia (Sekolah) yang dikeluarkan oleh PPIM Kebangsaan. Penulis cuba sebaik mungkin memastikan bahan yang dihasilkan dalam buku ini memenuhi kurikulum berkenaan agar para pemimpin mahupun murid sekolah yang terrlibat dalam PPIM akan dapat menghayati dan memahami maklumat dan kandungan skim latihan bagi memudahkan mereka mencapai ilmu serta kejayaan yang seoatutnya ketika berada dalam kumpulan puteri bongsu PPIM. Pada kesempatan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para jurulatih PPIM, para pensyarah PPIM di institut pendidikan guru, Pemimpin Puteri Bongsu PPIM dan orang perseorangan yang telah memberikan kerjasama serta input dalam usaha menghasilkan buku keramat ini untuk kegunaan dan rujukan bersama. Kami juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan penambahbaikan untuk menjadikan maklumat dalam buku ini lebih tuntas dan mutakhir. Akhir kata, semoga buku ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat, terutama kumpulan sasaran iaitu, bakal pemimpin Puteri Islam di institusi pendidikan yang sedang mendalami imu PPIM dan anak-anak puteri bongsu PPIM yang dahagakan ilmu dan bimbingan. Semoga usaha murni ini akan menjadi titik tolak kepada penghasilan buku rujukan lain PPIM yang akan mewarnai dan menyemarakkan semangat juang ahli PPIM pada masa akan datang. Noracyhan Mohd. Bakri Dr. Amir Hamzah Aman Prakata Penulis


1 1 Latar Belakang Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Pembangunan dan penglibatan murid dalam gerak kerja kokurikulum sangat penting. Penglibatan yang teratur dan kesungguhan semua pihak dapat memberi kesan yang positif ke arah pembentukan nilai murni kepada setiap murid. Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung boleh membantu murid menyediakan diri untuk menghadapi masa depan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merupakan sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, sekolah menengah, institut dan maktab perguruan serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia. PPIM dijalankan bertujuan membimbing para muda remaja Islam ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh serta bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Bab PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


29 Kemahiran 2.1: Mengetahui Sejarah Islam Zaman Kegemilangan Islam bermula pada tahun 622M apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir, iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira’, Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam hingga sekarang. Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7M apabila Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu daripada Allah SWT. Selepas wafatnya Rasullullah SAW, kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di barat dan Asia Tengah di timur. Lamakelamaan, umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan Islam lain yang muncul. Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar Islam di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu tamadun Islam yang agung. Ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam. Pada kurun ke-18M dan ke-19M, banyak kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah, iaitu empayar Islam terakhir tumbang. 2 Bab PENDIDIKAN ROHANI


30 Kemahiran 2.1.1: Nabi Muhammad SAW Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab pada ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga WHUGDSDWWHODJD]DP]DPGDQ\DQJSDOLQJSHQWLQJNDDEDK Baginda pernah menjadi pengembala kambing. Selain itu, baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu. Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuh dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain memperdagangkan berhala, masyarakat jahiliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan di Gua Hira’. Sehinggalah ketika Nabi Muhammad SAW berusia lebih kurang 40 tahun, Baginda telah didatangi oleh malaikat Jibril as. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekat dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah. Pada tahun 622 M, Baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa tersebut bermulalah kalendar Islam. Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad SAW memenangi banyak pertempuran walaupun ada antaranya tentera Islam tewas. Lama-kelamaan, orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam. Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW Secara umumnya, sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW telah berkembang secara serius di seluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Ibu Bapa Rasulullah SAW Nasab sebelah bapa: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka’ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin DQ1DGKUELQ.LQDQDKELQ.KX]DLPDKELQ0XGULNDKELQ,O\DV ELQ0XGKDUELQ1L]DUELQ0D¶GELQ$GQDQ1DVDE\DQJVHSDNDW antara ahli tarikh hanyalah sehingga Adnan. Manakala, ke Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia


87 Peredaran udara yang baik dalam rumah Hiasan dalaman yang sesuai Landskap yang menarik Sistem pembuangan sampah yang sempurna Kebersihan saliran yang sempurna Kesihatan Rohani dan Jasmani/Pembangunan Diri


106 4 Bab BIDANG KELUARGA DAN MASYARAKAT Kemahiran 4.1: Mengetahui Bentuk-bentuk dan Jenis-jenis Perhubungan dalam Masyarakat Kemahiran 4.1.1: Keluarga Sendiri Salasilah Keluarga Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan anak (kakak, abang, adik lelaki dan perempuan) Kata panggilan yang biasa digunakan dalam keluarga asas adalah seperti berikut: 1. Ayah = Ayah, Abah, Walid, Papa dan Dada 2. Ibu = Emak, Ibu, Ummi, Mama dan Mummy 3. Anak pertama = Along 4. Anak kedua =Angah 5. Anak ketiga =Uda 6. Anak keempat =Andak 7. Anak kelima=Alang 8. Anak keenam =Itam 9. Anak ketujuh =Anjang 10. Anak kelapan =Busu Bapa Ibu ANAK ANAK ANAK CARTA KELUARGA ASAS


Bidang Rekreasi dan Riadah 147 Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar dengan lebih tinggi dan jauh. Teknik Hantaran Bola pada Aras Bahu  ‡ 3HJDQJERODGLDWDVWDSDNWDQJDQNDQDQ  ‡ .DNLNLULPHODQJNDKNHKDGDSDQEHUWLQGDNVHEDJDLDNVL pergerakan kaki kanan.  ‡ %HUDWEDGDQEHUDGDGLDWDVNDNLNDQDQ  ‡ %DZDERODNHEHODNDQJNHSDODGHQJDQNHGXGXNDQVLNX dibengkokkan.  ‡ 3LQGDKNDQ EHUDW EDGDQ GDUL NDNL NDQDQ NH NDNL NLUL semasa membuat hantaran.  ‡ 7RODNERODGHQJDQNXDWGDQWHUXVNHKDGDSDQDWDXÀick.  ‡ 7DQJDQGDQMDULLNXWODMDNDUDKERODGLKDQWDU  ‡ %DJL KDQWDUDQ MDUDN MDXK JXQDNDQ SHUJHUDNDQ µwhip’ pergelangan tangan. Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak begitu jauh Teknik Hantaran Bola Aras Dada  ‡ -DULWDQJDQSHPDLQGLEXNDXQWXNPHQFHNDSEROD  ‡ %RODEHUGHNDWDQEDGDQLDLWXSDGDDUDVGDGD7DQJDQ dibengkokkan dan suku dalam keadaan seimbang.  ‡ 3HPDLQ GDODP NHGXGXNDQ VHLPEDQJ GDQ NDNL NLUL ke hadapan.  ‡ 3HPDLQ KHQGDNODK PHQJDPELO VDWX ODQJNDK ke hadapan.  ‡ 6LNX GDQ NHVHPXD MDUL KHQGDNODK GLOXUXVNDQ GDQ tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan bola. 147 Kemahiran Asas Bola Jaring Hantaran Hantaran Aras Bahu Hantaran Bola Aras Dada


Bidang Pertolongan Cemas/Memahami tentang Kecederaan dan Rawatan 183 Balutan tapak tangan menggunakan kain anduh Balutan paha menggunakan kain anduh Balutan luka di hujung jari Balutan pergelangan tangan menggunakan banda Balutan bahu menggunakan kain anduh Balutan luka di lengan Balutan dada menggunakan kain anduh Balutan luka lutut menggunakan kain anduh Balutan kepala 1 2 3 4 1 2 3 1 2 3


184 Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia 1 2 3 1 2 3 4 Balut tapak tangan Balut siku Balut paha Kemahiran 7.4: Kotak Pertolongan Cemas Kemahiran 7.4.1: Mengetahui Isi Kandungan Peti Pertolongan Cemas Peti pertolongan cemas merupakan perkara penting dalam setiap rumah mahupun pejabat. Peti ini akan membantu anda mendapatkan rawatan segera bagi kemalangan kecil. Bahan rawatan asas yang biasanya terdapat dalam peti pertolongan cemas ialah: ‡ 3ODVWHUGDODPSHOEDJDLVDL]GDQEHQWXN ‡ .DLQNDVDVWHULOGDODPSHOEDJDLVDL]GDQEHQWXN ‡ 3LWDSHOHNDWGDQbandagesGDODPSHOEDJDLVDL]GDQEHQWXN ‡ %HERODNDSDV ‡ 3HPEDOXWHODVWLN elastic bandage) ‡ Safety pin ‡ 3HQJDQGXKMDUL ‡ 3HNVHMXNVHJHUD ‡ 6DUXQJWDQJDQVWHULO ‡ 3HQJHODSDQWLVHSWLN antiseptic wipes) ‡ $LUVXOLQJDWDXffiODUXWDQVDOLQXQWXNPHPEHUVLKNDQOXND ‡ 7HUPRPHWHU ‡ Tweezer ‡ Splint ‡ *XQWLQJ ‡ 6HPXDDUDKDQDWDXPDQXDOXQWXNVHWLDSLWHPGDODPNLW ‡ &DZDQXEDWVXGXDWDXMDUXP


190 Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia Kumpulan Pterygota Kumpulan ini adalah semua jenis serangga bersayap dan mempunyai banyak spesies. 1. Odonata Pepatung/Sibur-sibur (DragonÀy) keluarga Anisoptera Pepatung jarum (DamselÀy) - keluarga Zygoptera 2. Orthoptera Belalang (Grasshopper) - keluarga Acrididae Belalang pelesit (Katydid) - keluarga Tettigoniidae Cengkerik (Criket) - keluarga Gryllidae Sesorok (Mole cricket) - keluarga Gryllotalpidae 3. Hemiptera Serangga Kesing (Stink bug) - keluarga Pentatomidae Pianggang (Squash bug) - keluarga Coriedae Ayak-ayak (Water strider) - keluarga Gerridae 4. Homoptera Riang-riang (Cicada) Bena perang (Planthopper) Lelompat daun/Lelompat pokok (Leafhopper)  $¿G Aphid) Semua serangga ini memang berada di keliling kita yang mudah dikenal dan dijumpai 5. Coleoptera Kelip-kelip (FireÀy) Kumbang Kura-Kura (Ladybird) Kumbang rusa (Stag beetle) Kumbang tanduk (Atlas beetle) Kumbang badak (Rhinoceros beetle) Kebanyakan kumbang jenis ini mempunyai sepasang kepak keras di luar dan sepasang kepak di dalam untuk terbang 6. Order: Lepidoptera Rama-rama (ButterÀy) Kupu-kupu (Moth) Mengenal Batu-batan Batuan merupakan kumpulan dari mineral yang dalam keadaan mengeras atau membeku. Batuan juga dikenal sebagai benda alam yang menjadi penyusunan granit utama di dalam bumi. Pembentukan batuan memerlukan jutaan tahun. Batuan awal terbentuk daripada batuan beku, pelapukan batuan beku, pergerakan batuan, sedimentasi, metamorfosis dan pencairan magma.


Bidang Aktiviti Luar dan Alam Sekitar 191 Batuan Beku Batuan beku merupakan batuan yang terbentuk dari magma yang telah mengalami pendinginan atau pembekuan. Umumnya, batuan ini berada di dalam mantel atau kerak bumi. Hingga kini, sudah terdapat 700 jenis batuan beku yang telah dikenal pasti. Terdapat tiga cara pembentukan batuan, iaitu intrusive, ekstrusif dan hipabissal. a. Intrusive Batuan beku jenis intrusive merupakan salah satu batuan beku yang dalam proses pembentukannya terjadi di dalam mahupun di bawah permukaan bumi. Batuan ini merupakan bentuk dari pembekuan magma kerak bumi sehingga memiliki bentuk dan tekstur yang kasar. b. Ekstrusif Jenis batuan beku ekstrusif merupakan batuan yang terjadi di atas permukaan kerak bumi. Hal ini disebabkan proses pencairan magma di dalam mantel mahupun kerak bumi.Proses pembentukan jenis batuan beku ini lebih cepat dibandingkan dengan batuan beku intrusive kerana proses pembekuan terjadi di atas permukaan bumi. c. Hipabissal Jenis batuan hipabissal terbentuk oleh proses naik turun magma di dalam mantel atau kerak bumi. Batuan ini terbentuk di antara batuan vulkanik dan plutonik. Batuan Sedimen Batuan sedimen adalah batuan yang terbentuk di atas permukaan bumi dan terjadi proses pembekuan pada suhu tekanan udara yang rendah. Batuan ini merupakan batuan yang sudah ada sebelumnya dan terkena pelbagai jenis pelapukan. Hasil dari proses pelapukan dan erosi yang mendap dalam cekungan lalu membentuk batu sedimen yang baharu seperti: a. Batu konglomerat b. Batu pasir c. Batu serpih d. Batu gamping e. Batu breksi f. Batu stalaktit dan stalagmit g. Batu lempung Batuan Metamorf Batuan metamorf merupakan jenis batuan yang berasal dari batuan sedimen dan batuan beku. Batuan ini merupakan hasil dari transformasi dari suatu jenis batuan yang sudah ada sebelumnya atau disebut metamorfosis. Proses pembentukan batuan ini berasal dari batuan \DQJVXGDKDGDVHMDN]DPDQSURWROLWK%DWXDQLQLPHQJDODPL SHUXEDKDQNLPLDDWDX¿]LNDO\DQJEHVDU3URVHVSURWROLWKDWDX batuan asal menghadapi tekanan kepanasan melebihi 150°C.


196 Panduan Kecekapan Puteri Bongsu Pergerakan Puteri Islam Malaysia Contoh Jadual Pelaksanaan Perkampungan Puteri Bongsu: Tarikh 27 Jun 2022 Masa Aktiviti Tindakan Catatan 8.00 pagi Pendaftaran Puteri Ketua Puteri Dibimbing oleh Guru Penasihat 8.30 pagi Taklimat Ketua Perkampungan Puteri 8VWD]DK+DOLPDK 8.40 pagi Tatacara Perjumpaan Puteri Cikgu Zakiah 9.00 pagi Aktiviti 1: Suai Kenal/Dinamika Kumpulan Kaunselor Sekolah 9.30 pagi Rehat/Minum pagi Ketua Puteri Dibimbing oleh Guru Penasihat 9.40 pagi Aktiviti 2: Pendidikan Rohani Cikgu Salmiah 10.40 pagi Aktiviti 3: Pembangunan Diri 8VWD]DK=DLWRQ 11.40 pagi Aktiviti 4: Kraf tangan Encik Ramli 12.40 tengah hari Rehat/Makan/Solat Ketua Puteri Dibimbing oleh Guru Penasihat 2.00 petang Aktiviti 5: Menyayangi Keluarga Cikgu Khalilah 3.00 petang Aktiviti 6: Pertolongan Cemas Asas Dr. Maisarah (Kilinik Kajang) 4.00 petang 5HÀHNVL3URJUDP 8VWD]DK+DOLPDK 4.30 petang Solat/Minum Petang Ketua Puteri Dibimbing oleh Guru Penasihat 5.00 petang Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah serta Sijil Urus Setia Program 5.30 petang Program Tamat Catatan: Ini sekadar contoh sahaja. Boleh diubah dan disesuaikan mengikut sekolah masing-masing.


Click to View FlipBook Version