PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
Satu Penilaian Bermakna
© MK e-Solutions Sdn. Bhd.
ISBN 978-967-0036-03-8
Terbitan Pertama : 2023
PENULIS
Amir Hamzah Aman
Mohd Kammal Ahmad Kamaruddin Jalil
Mohd Zarrawi Ravi Abdullah
Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetak
atau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali,
diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik,
salinfoto, rakaman atau dengan cara apa jua pun, tanpa mendapat kebenaran
secara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia.
Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya dan
tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Amir Hamzah Aman, 1967-
PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH : Satu Penilaian Bermakna /
Amir Hamzah Aman, Mohd Kammal Ahmad Kamaruddin Jalil,
Mohd Zarrawi Ravi Abdullah.
ISBN 978-967-0036-03-8
1. Activity programs in education.
2. Student activities--Management.
3. School supervision.
4. School management and organization.
5. School improvement programs.
I. Mohd. Kammal Ahmad Kamaruddin Jalil, 1967-.
II. Mohd. Zarrawi Ravi Abdullah, 1964-. III. Judul.
371.3
Penerbit:
MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403)
6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050
Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected]
Dicetak oleh:
CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak. Malaysia
Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220
i
KANDUNGAN i
TINTA BICARA PENULIS ii
Bab 1 Konsep dan Prinsip Kokurikulum 1
Bab 2 Jenis Aktiviti Kokurikulum 11
Bab 3 Pengurusan Kokurikulum di Sekolah 34
Bab 4 Pengurusan Kelab / Persatuan, Badan Beruniform 67
dan Sukan / Permainan 77
Bab 5 Pengurusan Sukan Untuk Semua 89
Bab 6 Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 110
Bab 7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum 144
Bab 8 Pelaksanaan KBAT dalam Kokurikulum
RUJUKAN 160
SEKALUNG PENGHARGAAN 164
BIODATA PENULIS 165
ii
Tinta Bicara Penulis
Salam mesra buat semua guru yang terlibat dalam kokurikulum
sekolah.
Tujuan penulisan buku ini adalah untuk membantu para guru
dalam menyemarakkan aktiviti kokurikulum sejajar dengan visi dan
misi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam
penyeliaan dan penaziran kokurikulum didapati kebanyakan guru
masih mencari sumber dan bahan sokongan untuk memantapkan
pemahaman dan pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Ini kerana ilmu
tentang kokurikulum ini bukan semudah kuliah biasa, sebaliknya minat,
kreativiti, dan kefahaman merupakan kunci kepada pelaksanaan
kokurikulum yang berjaya.
Kami berharap buku ini akan menjadi teman kepada semua
guru terutama guru permulaan dan guru yang terlibat secara langsung
dengan kokurikulum. Kami yakin dan percaya, banyak cikgu yang
dahagakan bahan rujukan atau garis panduan untuk mengendali,
mengurus dan memantapkan penglibatan mereka dalam kokurikulum.
Idea penulisan ini digubah dan disusun berdasarkan kokurikulum
kebangsaan yang menjadi teras kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum
(BSKK) dan Kesenian serta Jemaah Nazir Sekolah. (JNS)
Buku ini diadun menggunakan kurikulum kokurikulum yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan konsepnya
dipermudahkan untuk memberikan pemahaman yang mudah kepada
para guru. Beberapa contoh maklumat dan aktiviti diberikan untuk
memudahkan pentadbir memantau dan guru menjalankan aktiviti
kokurikulum selaras dengan PAJSK.
Akhir kata, kami ingin merakam jutaan terima kasih kepada
Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Ketua Nazir
Sekolah KPM, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia,para jurulatih
kokurikulum dari seluruh negara, guru kokurikulum di sekolah dan
anak-anak didik yang sering mencetuskan percambahan idea dalam
penghasilan buku ini. Terima kasih.
Dr. Amir Hamzah Aman 15 Ogos 2022
Mohd Kammal Ahmad Kammaruddin bin Jalil
Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum
sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini
boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut
kesesuaian sesuatu aktiviti.
"Kurikulum Kebangsaan” ialah suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan."
Rujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan
(kurikulum Kebangsaan)1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A)
531/97.
2 PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SATU PENILAIAN BERMAKNA
1.1 PENDAHULUAN
Kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan
yang merupakan kegiatan kumpulan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah yang memberi murid peluang menambah, mengukuh dan
mengamal pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di
bilik darjah (Akta Pendidikan 1996). Lanjutan itu, kegiatan
kokurikulum di sekolah merupakan wadah pembinaan jasmani,
emosi, rohani, dan mental berteraskan konsep pendidikan serta
pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh.
Kegiatan kokurikulum dapat menyumbang dalam
melahirkan murid yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Hal ini disebabkan kokurikulum merupakan
pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum yang
menyediakan pelbagai peluang kepada murid untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan serta
nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik
darjah.
Kegiatan kokurikulum wajib dilaksanakan di semua
sekolah merangkumi gerak kerja kelab/persatuan, badan
beruniform, dan sukan/permainan. Setiap murid diwajibkan
menyertai kegiatan kokurikulum dengan mengambil bahagian
sekurang-kurangnya satu gerak kerja kelab/persatuan, badan
beruniform, dan sukan/permainan. Selain menyertai kegiatan
kokurikulum, murid juga perlu terlibat dalam aktiviti ekstra
kokurikulum.
1.2. MATLAMAT
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara
matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:
36 PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SATU PENILAIAN BERMAKNA
Rajah 3.1: Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan
Kokurikulum Sekolah
Sumber: Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
60 PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SATU PENILAIAN BERMAKNA
Jadual 3.2: Kadar Kelayakan Bantuan Sukan Sekolah yang Boleh
Dituntut
Sumber: Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kategori Sekolah Kadar Setahun
Enrolmen (murid)
1 – 50 51 – 100 101 – 151 dan ke
150 atas
Rendah RM200
sebuah RM400 RM600 RM4
Menengah sekolah sebuah sebuah seorang
Rendah sekolah sekolah
(Pendidikan Khas) murid
Menengah
(Pendidikan Khas) RM6 seorang murid
RM2500 sebuah sekolah
RM5,000 sebuah sekolah
3.7.4 Perbelanjaan/Pembelian
Mengurus Rekod Pembelian Peralatan/Perbelanjaan
termasuklah:
a) Menyediakan sesebuah fail kewangan dan juga
tempat menyimpan fail, buku resit, baucar
bayaran, borang pesanan dan bil-bil yang
sempurna.
b) Memastikan peralatan kokurikulum dan sukan
yang dibeli mengikut kemampuan dan
keutamaan.
c) Menyimpan segala dokumen pembelian
peralatan supaya boleh dikemukakan dengan
segera apabila diperlukan.
d) Mematuhi segala peraturan berkaitan dengan
pembelian barangan seperti yang termaktub
dalam pekeliling dan perintah am yang berkuat
kuasa sekarang.
116 PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SATU PENILAIAN BERMAKNA
JADUAL 7.3 :
SKOR BAGI ASPEK PENGLIBATAN ELEMEN PERJAWATAN
PASUKAN UNIT BERUNIFORM ANJURAN JABATAN/AGENSI
KERAJAAN
Sumber: Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum
ELEMEN PERKARA MARKAH
JAWATAN Sub Inspektor, Waran ll Darat/Laut/Udara, 10
( Anjuran Ketua Kanan Bomba, Inspektor Kadet
Kementerian/ Koreksional, Pegawai Kanan Kadet PA, 8
Jabatan Pegawai Waran 1/11 KRS, Kadet
Kerajaan dan Penolong Penguatkuasa JPJ 7
Pasukan 6
Sarjan Mejar, Staf Sarjan, Bintara Kanan, 5
Kadet Flight Sarjan, Sarjan Mejar Koreksional, 4
Remaja) Pegawai Waran Kadet PA, Staf Sarjan 2
KRS, Kadet Ketua Pembantu
Penguatkuasa Tertinggi JPJ
Sarjan, Bintara Muda, Sarjan Udara, Ketua
Keluaran, Sarjan Koreksional, Sarjan
Kadet PA, Sarjan KRS, Kadet Ketua
Pembantu Penguatkuasa JPJ
Koperal, Laskar Kanan, Koperal Udara,
Ketua Seksyen, Koperal Koreksional,
Koperal Kadet PA, Koperal KRS, Kadet
Pembantu Penguatkuasa JPJ
Lans Koperal, Laskar Muda, Lans Koperal
Udara, Penolong Ketua Seksyen, Lans
Koperal Koreksional, Lan Koperal Kadet
PA, Lans Koperal KRS
Ahli Aktif
Ahli Biasa
Catatan: Kor Kadet Polis, PKBM Darat, PKBM Laut, PKBM Udara,
Kadet JBPM, Kadet Koreksional, Kadet PA, Kadet Remaja
Sekolah
150 PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SATU PENILAIAN BERMAKNA
Rajah 8.2: Pendekatan Penyelesaian Masalah Lima Langkah
Sumber: Elemen KBAT dalam Kokurikulum
LANGKAH Fokus kepada masalah utama
3
LANGKAH Merancang pelan penyelesaian
4
BIODATA PENULIS 165
Mengenali
Amir Hamzah Aman
Dr. Amir Hamzah Aman, anak kelahiran
Melaka ini telah berkecimpung dalam dunia
pendidikan selama 33 tahun bermula pada
tahun 1989. Sepanjang kerjayanya, beliau
pernah menjadi guru sekolah di rendah
selama tujuh tahun dan guru di sekolah
menengah selama empat tahun. Selain
daripada itu, beliau telah pernah berkhidmat
sebagai tutor dan pensyarah sambilan di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(1997-2007), Universiti Malaya (2007-2008)
dan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(2007-2014).
Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah
Kurikulum di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam bidang Bahasa sebelum melanjutkan
pengajiannya di peringkat Ijazah Kedoktoran pada tahun 2007. Tamat
pengajiannya, beliau ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia
sebagai Pensyarah dan Jurulatih Kokurikulum. Pada tahun 2011, beliau
telah menerima Sijil Anugerah Kepakaran dalam bidang Unit Beruniform
daripada Rektor, Institut Pendidikan Malaysia dan pada tahun 2018
beliau menerima Anugerah Kokurikulum (Pengantarabangsaan)
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Semasa berkhidmat sebagai guru, beliau bergiat aktif dalam
kegiatan kokurikulum. Antara anugerah kokurikulum yang pernah
beliau terima:
166 PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SATU PENILAIAN BERMAKNA
a. Anugerah Cemerlang Pelayaran Tunas Samudera Siri
151/99
b. Anugerah Naib Canselor UPM (Kecemerlangan Akademik
dan Kokurikulum)
c. Anugerah Bintang 1 dan Bintang 2, Lembaga Kanu
Malaysia
d. Anugerah Rekreasi Tahap 1 dan Tahap 2, Kementerian
Belia dan Sukan
e. Sijil Jurulatih Kebangsaan, Bulan Sabit Merah Malaysia
f. Sijil Jurulatih Antarabangsa, World Organization of Scout
Movement (WOSM)
g. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM
h. Sijil Kesatuan Olahraga Malaysia
i. Anugerah Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum)
j. Anugerah Messengers of Peace (MoP) Hero, World
Organization of Scout Movement (WOSM)
Beliau telah banyak mewakili Malaysia dalam beberapa
program antarabangsa. Antaranya Korea-Malaysia Coorperative
Program Towards 2000 di Seoul Korea, International Youth Invitation
Program di Osaka, Jepun, Jambori Nasional PMI Indonesia, Jumbara
Nasional ke-12 PMI Indonesia, 11th Asia Pacific Red Cross Youth
Gathering di Thailand, Temu Karya ke-5 PMI, World Scout Jamboree
di Thailand dan Jepun, Program-program MoP di Filipina, India, Sri
Lanka, Thailand, Brunei, Jepun, Korea, Bangladesh dan lain-lain
negara.
Di peringkat antarabangsa pula, beliau sering dijemput untuk
menjalankan kursus-kursus di pelbagai negara di dunia seperti
Thailand, Indonesia, Filipina, India, Australia, Bangladesh, Vietnam,
Jepun, Korea, Sri Lanka dan lain-lain lagi. Dalam usahanya untuk
membangunkan keperibadian dan keilmuan para pendidik di negara ini,
beliau telah menulis beberapa buah buku terbitan syarikat buku
tempatan seperti Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Persatuan,
Olahraga (Balapan dan Padang), Pengurusan Olahraga dan Balapan,
Permainan Bola Baling, Bulan Sabit Merah Malaysia, Asas
Kepengakapan, Pengakap Kanak-Kanak, Simpulan dan Ikatan,
Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Nyanyian Untuk Semua, Pandu
Puteri Tunas, Puteri Bongsu Puteri Islam dan lain-lain lagi.
BIODATA PENULIS 167
Mengenali
Mohd Kammal Ahmad Kammaruddin
Encik Mohd Kammal Ahmad Kammaruddin
Jalil merupakan anak kelahiran Kota Bahru,
Kelantan. Namun, beliau telah mendapat
pendidikan formalnya di sekolah rendah dan
menengah di Kuala Lumpur. Dari segi
pendidikan ikhtisas, beliau mempunyai Sijil
Perguruan Asas dalam bidang Pengajaran
Bahasa Inggeris sebagai Pengajian Melayu
daripada Maktab Perguruan Seri Kota dan
Sijil Perguruan Khas dalam bidang Komponen
sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu
(KOMSAS) di Institut Bahasa Kuala Lumpur.
Beliau memulakan karier sebagai guru pada tahun 1991 di
sekolah kebangsaan Kuala Lumpur dan dua sekolah menengah di
Selangor.
Justeru minat dalam bidang pendidikan, beliau telah
melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan (UITM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
dan seterusnya mendapatkan Sarjana dalam bidang Perancangan
Dan Pentadbiran Pendidikan daripada Universiti Malaya.
Encik Mohd. Kamal merupakan jurulatih badminton MSSWPKL
pada tahun 1995-1997), MSSD Gombak pada tahun 2007 - 2009.
Antara kepakaran lain yang beliau miliki dan sering terlibat dalam
bidang berkenaan adalah:
a. Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
b. Pengurusan Kokurikulum Dan Sukan
c. Kepimpinan Dan Pengurusan Sukan
d. Kepimpinan Dan Keilmuan Rekreasi
e. Pengurusan Setiausaha Sukan
168 PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SATU PENILAIAN BERMAKNA
Atas keaktifan dan kebolehannya, beliau telah menerima
Anugerah Pingat Pangkuan Negara (PPN) tahun 2003. Sepanjang
berkhidmat di Selangor beliau telah menerima anugerah Jurulatih
Terbaik di SMK Sungai Pusu (Gombak) tahun 2008 dan SMK Syed
Mashor, Hulu Selangor tahun 2011
Laluan kerjayanya sangat memberangsangkan, pada tahun
2015 telah dilantik sebagai Penolong Pengarah di Unit Kokurikulum,
Sektor Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum Jemaah Nazir, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ketika menyandang jawatan tersebut, beliau
telah dilantik sebagai pegawai meja (penyelaras) bagi pemeriksaan
Pengurusan Pusat Kokurikulum Negeri pada tahun 2017 dan
Pemeriksaan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah pada tahun
2019.
Akhirnya pada tahun 2020, beliau menyelia Pemeriksaan
Pengurusan Kokurikulum Tingkatan Enam dan mulai tahun 2021,
beliau ditempatkan di Jemaah Nazir Negeri Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur sebagai Nazir Kanan dan kini menjawat jawatan
sebagai Timbalan Ketua Nazir Negeri Wilayah Persekutuan.
BIODATA PENULIS 169
Mengenali
Mohd Zarrawi Ravi Abdullah
Encik Mohd Zarrawi Ravi Abdullah
merupakan anak kelahiran Arau, Perlis dan
dibesarkan di Pulau Pinang. Beliau telah
mendapat pendidikan formalnya di sekolah
rendah dan menengah di Pulau Pinang. Dari
segi pendidikan ikhtisas, beliau mempunyai
Sijil Perguruan Asas dalam bidang
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Kedua (TESL) dan minor Pendidikan Jasmani.
Beliau memulakan karier sebagai guru pada
tahun 1989 di sekolah kebangsaan (Felda) di
Pahang dan sekolah kebangsaan (kampung)
di Negeri Sembilan selama 10 tahun.
Atas dasar ingin memajukan diri beliau telah memperoleh
Diploma Pendidikan (TESL) dan Diploma Pendidikan (Kepimpinan)
sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda Pendidikan
dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
(TESL) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain
daripada itu, beliau juga merupakan pemegang Diploma Sports
Management dan Diploma Train The Trainners (ToT) daripada Majlis
Olimpik Malaysia (OCM).
Selepas tamat pengajian, beliau mula bertugas sebagai guru
siswazah di dua buah sekolah menengah di Kuala Lumpur termasuk
Sekolah Sukan Malaysia. Dalam laluan kerjaya, beliau pernah juga
bertugas sebagai pensyarah (Kokurikulum) di Kolej Matrikulasi Negeri
Sembilan selama 3 tahun dan sempat menimba ilmu pengurusan di
Bahagian Sukan dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia selama 10 tahun.
Pada Tahun 2014 beliau telah dilantik sebagai pengetua
sekolah. Beliau telah ditempatkan di SMK Putrajaya Presint 9 (2) Di
sinilah banyak usaha dan kejayaan telah dicapai termasuk
170 PENAZIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SATU PENILAIAN BERMAKNA
pengiktirafan SMK Putrajaya Presint 9 (2) sebagai International
Baccalaureate World School (IBWS), satu pengiktirafan antarabangsa.
Antara anugerah dan pencapaian yang pernah diperoleh
sepanjang perkhidmatan ialah Ikon Guru, Ikon Baden Powell, Tokoh
Kepimpinanan Sukan, Tokoh Nilam dan Guru Adiwira Di peringkat
kebangsaan, beliau banyak terlibat dalam program pembangunan
sukan khususnya sukan para olahraga seperti sirkit kebangsaan,
sukan para Sukma. Manakala di peringkat antarabangsa pula, beliau
terlibat dalam Asean Para Games, Asian Para Games dan Asian
Youth Para Games.
En. Mohd. Zarrawi telah berkhidmat selama 32 tahun. Kini,
beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Nazir Sekolah di Jemaah
Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia (sejak September 2020).
Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran
Pendidikan Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara
sambilan