The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Citra Puisi Melayu Merentas Nilai Universal

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2022-11-21 01:13:06

Citra Puisi Melayu Merentas Nilai Universal

Citra Puisi Melayu Merentas Nilai Universal

Prakata l 1

Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai
Universal

MOHD HAIDI MOHD KASRAN, Ph.D

2 Buku Citra Sajak Melayu
Merentas Nilai universal

© MK e-Solutions Sdn. Bhd.
ISBN 978-967-17471-6-2
Terbitan Pertama : 2020

PENULIS

MOHD HAIDI MOHD KASRAN, Ph.D

PENILAI

GHAZALI ISMAIL, Ph.D

EDITOR

MAHDI SHUID
ROZEHA HARUN
ZURIHAN YUSOFF

Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak
dibenarkan dicetak atau disalin semula, disimpan dalam mana-
mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan
dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinfoto,
rakaman atau dengan cara apa jua pun, tanpa mendapat
kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd., Malaysia.

Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab
penulis sepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian
pihak penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia / Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Mohd Haidi Mohd. Kasran, 1973-
Citra Puisi Melayu Merentas Nilai Universal / Mohd. Haidi Mohd. Kasran

ISBN 978-967-17471-6-2
1. Malay postry.
2. Values in literature.
3. Malay literature-History and criticism.
I.Judul.
899.2313
Penerbit:
MK e-Solutions Sdn. Bhd. (803687-K)
6th Floor, Suite 16, IOI Business Park Persiaran Puchong Jaya Selatan
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor
Tel: +603 80644228
Fax: +603 80642050 http://mke-solutions.com [email protected]

Dengan Kerjasama:
Penerbit IPG Kampus Bahasa Malayu, Kuala Lumpur
Koperasi IPGKBM Berhad (KOWARIS)
Lingkungan Budi. 59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
[email protected]

Dicetak oleh:
CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 05-5262627 Fax : 05-5262205

Prakata l iii

Prakata

Buku ini dihasilkan bagi melihat unsur-unsur nilai universal atau sejagat yang
terkandung dalam setiap penghasilan puisi yang dinukil oleh para penyair yang
terdapat di Malaysia, tidak kira mereka berbangsa Melayu mahupun bukan
Melayu. Kebijaksanaan para penyair dilihat berupaya untuk mengungkap serta
menterjemah nilai-nilai melalui diksi-diksi yang mencitrakan nilai-nilai perlu
wujud dalam kehidupan.

Khalayak telah biasa dihidangkan dengan puisi-puisi Melayu pelbagai tema
dalam pelbagai bentuk media. Namun, setiap pemilihan diksi dan ungkapan
dalam bait-bait puisi perlu digali secara mendalam agar akhirnya ditemui unsur-
unsur nilai universal yang berupaya menjadikan khalayak pelbagai bangsa untuk
menjadi baik atau pun lebih baik daripada biasa.

Pemilihan lima unsur nilai universal iaitu patriotisme, perpaduan, kekeluargaan,
kerajinan dan nilai luhur menunjukkan bahawa nilai-nilai yang terkandung
dalam puisi-puisi Melayu dapat diterjemahkan oleh semua bangsa di negara
ini. Oleh itu, karya-karya penyair ini merupakan gambaran hidup masyarakat
Malaysia yang dapat digambarkan sebagai sebuah masyarakat yang hidup dalam
toleransi yang sangat tinggi dalam kehidupan kini hingga masa akan datang.

Buku ini bukan sahaja dapat dijadikan sandaran kepada pelajar kesusasteraan
Melayu di Universiti Awam di Malaysia sahaja, malah dapat dijadikan rujukan
kepada semua pelajar di Institut Pendidikan Guru dan pelajar prauniversiti dalam
bidang bahasa, sastera, dan budaya Melayu. Buku ini juga sesuai untuk penelaah
dalam bidang sains sosial serta khalayak umum.

MOHD HAIDI MOHD KASRAN, Ph.D
Jabatan Persuratan Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur

iv Buku Citra Sajak Melayu
Merentas Nilai universal

Kandungan

Prakata iii

Kandungan iv

Bab 1 : Konsep Nilai 1
1.1 Pengenalan Nilai 1
1.2 Nilai dan Masyarakat 3
1.3 Perspektif Konsep Nilai 4
4
1.3.1 Perspektif Islam 11
1.3.2 Perspektif Budaya Melayu 25
1.3.3 Perspektif Barat
31
Bab 2 : Puisi dalam Kesusasteraan 31
2.1 Pengenalan Puisi 33
2.2 Unsur Nilai dalam Puisi 34
2.3 Kekuatan Puisi sebagai Penerap Nilai
38
Bab 3 : Nilai Universal 38
3.1 Pengenalan Nilai Universal 40
3.2 Pemilihan Nilai Universal 41
46
3.2.1 Patriotisme 49
3.2.2 Perpaduan 53
3.2.3 Kekeluargaan 55
3.2.4 Kerajinan 59
3.3.5 Nilai Luhur 59
3.3 Nilai-nilai Universal dalam Puisi 87
3.3.1 Nilai Patriotisme 101
3.3.2 Nilai Perpaduan 110
3.3.3 Nilai Kekeluargaan 130
3.3.4 Nilai Kerajinan
3.3.5 Nilai Luhur 155

Bab 4 : Penutup 157

BIBLIOGRAFI

Konsep Nilai l 1

Konsep Nilai

1.1 Pengenalan Nilai

Nilai merupakan satu ukuran tingkah laku ke arah mencorakkan norma tertentu
dalam kehidupan. Nilai membantu seseorang itu menentukan sebab atau alasan
mengapa menyukai sesuatu atau sebaliknya. Maksud yang lebih kompleks, nilai
membantu manusia menentukan sama ada sesuatu, khususnya yang berkaitan
dengan cara bertingkah laku dan sebagainya itu baik atau sebaliknya. Rokeach
(dalam Abd Rahim Abd Rashid 1993) mentakrifkan nilai sebagai suatu jenis
kepercayaan bagaimana seseorang sepatutnya atau tidak sepatutnya berkelakuan
sebegitu rupa atau tentang sesuatu matlamat yang perlu. Nilai juga disusun
mengikut peri mustahaknya tiap-tiap nilai. Dalam sistem nilai ini, nilai disusun
mengikut keperluan individu berdasarkan keutamaan dan keperluan. Nilai dapat
menjelaskan dan mempunyai kaitan dengan beberapa aspek seperti kepercayaan,
sikap dan norma. Sistem nilai terbentuk melalui proses pengukuhan dan
penerimaan nilai. Sistem ini penting kepada kehidupan masyarakat. Orientasi
ini mencorakkan sistem nilai dan sistem sosial. Konflik nilai berlaku disebabkan
oleh kesulitan nilai yang patut diikut dan dipertahankan.

Wan Hashim Wan Teh (1998) menyatakan nilai sebagai sesuatu yang
mempunyai faedah dan kepentingan bersama oleh sesuatu benda yang merupakan
idea abstrak yang dikongsi bersama oleh masyarakat.Apa yang ditakrifkan sebagai
nilai baik atau nilai buruk bukan sesuatu yang dilahirkan secara fizikal kerana
ia sesuatu yang tidak wujud di hadapan mata (Nik Safiah Karim 1985) tetapi
biasanya dizahirkan melalui tingkah laku ahli-ahli masyarakat sesuatu budaya itu.
Nilai adalah salah satu komponen budaya yang membentuk budaya itu sendiri.
Nilai berubah mengikut masa dan juga faktor-faktor persekitaran. Perubahannya
memberi kesan yang sangat mendalam kepada perubahan budaya atau cara hidup
sesuatu masyarakat sebagai mana pendapat Hashim Haji Musa (2008) yang
menyatakan bahawa nilai ialah yang menjadi asas pertimbangan bagi seseorang

2 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

atau sesuatu kelompok manusia untuk menentukan sama ada sesuatu perkara atau
benda itu baik, benar, manfaat, indah dan diingini dan cuba diperoleh dan dibina
atau sebaliknya; buruk, palsu, berbahaya, dibenci dan berusaha untuk dijauhi
dan dihapuskan. Oleh itu, nilai sangat kuat dalam menentukan sikap, pemikiran,
pegangan dan pola tindakan, perlakuan dan pendirian manusia dan apabila pola
nilai itu bersemi di dalam diri manusia maka jadilah ia unsur yang membentuk
hati budinya.

Nilai mempunyai fungsi mengenal dan mencorakkan pola tingkah laku
sebagai alat untuk mendapatkan pengertian serta menentukan corak sosial
seseorang atau kelompok sosial seperti yang dinyatakan oleh Sufean (1995) nilai
ialah idea tentang kepentingan, faedah, mutu, dan kebernilaian tentang segala
benda, perkara dan fenomena yang terdapat dan berlaku di alam semesta ini. Nilai
adalah aspek kualitatif dan subjektif hasil pertimbangan pemikiran dan emosi
manusia tentang pengalamannya dalam proses interaksi dengan alam sekitar dan
masyarakat manusia. Hasil daripada pertimbangan pemikiran dan emosi maka
manusia meletakkan sesuatu nilai kepada segala apa yang dialaminya. Selain itu,
manusia juga memberikan darjah-darjah nilai yang berbeza-beza kepada sesuatu
perkara yang dipertimbangkannya. Oleh yang demikian, manusia menetapkan
nilai “baik dan bagus‟ kepada perkara yang mendatangkan faedah, keseronokan
dan kesejahteraan. Nilai “buruk‟ atau “jahat‟ diberikan kepada perkara yang
mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan.

Penerapan nilai-nilai murni juga mempunyai hubungan dengan
kesusasteraan khususnya karya-karya puisi. Karya puisi bukan sahaja dapat
memberi hiburan dan keindahan bahasa, namun dapat membantu mendidik
masyarakat untuk mengamalkan unsur-unsur nilai dalam kehidupan. Karya-karya
sastera mampu memberi impak yang besar dalam tingkah laku manusia dengan
penggunaan kata-kata indah dan mempunyai unsur deduktif untuk tatapan umum.
Dalam konteks ini, bidang sastera merupakan salah satu daripada wadah untuk
menerap dan menyerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, dan
seterusnya membentuk peribadi mulia dalam setiap individu. Pengajaran sastera
yang baik dan bermakna dari segi pembangunan jiwa masyarakat ialah pengajaran
yang menitikberatkan soal nilai-nilai murni, di samping tidak mengabaikan nilai
estetik (Rahman Shaari 1987).

Konsep Nilai l 3

Daripada huraian di atas, boleh dikatakan nilai merupakan suatu proses tingkah
laku yang dapat membentuk perubahan sosial dalam sesebuah masyarakat.
Berpandukan kepada amalan-amalan nilai yang baik, seseorang individu
dapat memberi sumbangan dan kepentingan dalam kelompok masyarakatnya.
Keruntuhan moral sesebuah masyarakat antaranya adalah disebabkan terhakisnya
unsur nilai-nilai murni dalam kelompok sosial.

1.2 Nilai dan Masyarakat

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan
India dan kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak. Konflik perkauman di negara
ini sentiasa merupakan satu masalah yang perlu dielakkan. Rusuhan 13 Mei
1969 telah tercatat dalam sejarah sebagai hari tragedi nasional (Comber 1985).
Seluruh rakyat Malaysia telah disedarkan bahawa masalah perkauman di negara
ini merupakan suatu masalah yang sangat serius akibat kesan penjajahan yang
melaksanakan polisi pecah dan perintah selain daripada perpecahan ideologi
dan politik, semangat kesukuan, semangat kepuakan, diskriminasi, tekanan dan
penindasan politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Berlandaskan kepada
pemahaman ini, sewajarnya dalam kalangan remaja merupakan usia yang terbaik
untuk didedahkan dengan jati diri berlandaskan nilai-nilai murni sejagat.

Remaja yang menjadi tulang belakang negara kini, sering terjerumus
dalam pelbagai kemelut sosial yang mampu memundurkan norma-norma dalam
masyarakat dan peradaban bangsa. Gelombang pembangunan modenisasi
yang pesat telah menjurus kepada faktor kelemahan perjuangan generasi masa
depan. Kelemahan mereka bukan hanya dilihat dari segi kualiti peribadi seperti
ketandusan semangat perjuangan, tidak bercita-cita, tidak beraspirasi dan
motivasi diri, tidak mempunyai wawasan hidup yang jelas dan kualiti moral yang
rendah. Hal ini dipengaruhi pula oleh pengaruh persekitaran sosial, ekonomi dan
politik yang gagal membangunkan semangat juang serta memupuk nilai-nilai
patriotisme bagi meneruskan dan melanjutkan suatu perjuangan bangsa yang
boleh menjamin kedudukan masa depan mereka menjadi lebih baik. Ketandusan
wawasan perjuangan dan tidak mempunyai dorongan patriotisme merupakan
punca utama kegagalan dan kelemahan generasi muda yang dibesarkan selepas
zaman merdeka (Abd Rahim Abd Rashid 2004). Pernyataan ini telah disokong
oleh Hanafi Ghazali (2004) yang menyatakan bahawa masalah remaja kini
samakin bertambah saban hari. Masalah yang ditimbulkan jika tidak dibendung

4 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

boleh memudaratkan diri remaja tersebut serta masa depannya. Terhakisnya
semangat kekitaan dan semangat patriotisme remaja juga harus diberi perhatian
yang serius.

Rata-rata lapisan masyarakat merasai akan bahang gejala sosial dalam
kalangan remaja kini. Pihak pemimpin bimbang keadaan ini semakin berleluasa dan
mengancam ketenteraman negara, manakala ibu bapa pula bimbang gejala tersebut
menular kepada anak mereka. Bagaimanapun, senario ini lebih membimbangkan
lagi, jika masyarakat tidak prihatin keadaan ini, malah merasakan itu adalah satu
bentuk kemajuan, sebagaimana fenomena ini telah ditonjolkan oleh negara yang
dikatakan maju seperti di Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan sebagainya.
Jika pemikiran seperti ini ada, maka masyarakat Malaysia itu sendiri dalam keadaan
yang amat membimbangkan (Zulaiha Ali Othman 2009).

Arus perkembangan dan perubahan sosio-ekonomi negara turut
mempengaruhi perubahan paradigma dan sikap sebahagian besar masyarakat kita
termasuk dalam kalangan remaja. Peningkatan taraf hidup dan impian mengejar
kemewahan, keseronokan, dan budaya kebendaan mempengaruhi nilai dan sikap
(termasuk remaja) terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Hari ini kita
dapat melihat secara dekat betapa rendahnya nilai keprihatinan dan semangat
kesukarelaan dalam kalangan rakyat dan remaja kita. Mereka akan melakukan
sesuatu tugas demi kepentingan diri sendiri, bersikap individualistik, materialistik
dan membelakangi sifat kerjasama dan pengorbanan untuk bangsa dan negara
(Abd. Rahman Abd. Aziz 1997).

1.3 Perspektif Konsep Nilai

Dalam konteks ini, konsep nilai boleh dilihat daripada tiga perspektif iaitu Islam,
Budaya Melayu dan Barat. Perincian hal ini dapat dijelaskan seperti berikut:

1.3.1 Perspektif Islam

Dari perspektif Islam, nilai ditentukan oleh Allah SWT melalui wahyu
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ini berdasarkan
sepotong ayat al-Quran dalam surah al-Taubah ayat 71 yang menyuruh
berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan. Apa yang
dikatakan sebagai baik dan mulia secara asasnya tidak berubah dari

Konsep Nilai l 5

satu generasi kepada generasi yang lain atau daripada masyarakat yang
lain (Nik Azis Nik Pa 1998). Oleh yang demikian, menurut pandangan
Islam, seseorang itu akan dianggap mulia apabila mereka hidup mengikut
kehendak dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Pegangan ini telah menjadi paksi utama bagi orang Melayu dan
juga bangsa-bangsa lain kerana nilai dalam agama Islam sememangnya
lengkap dan universal serta dapat diterima oleh semua kaum lain kerana
ia adalah agama untuk semua umat manusia sejagat. Kedatangan cabaran
yang dibawa oleh fenomena globalisasi ini mengancam keutuhan nilai-
nilai dasar agama Islam bagi remaja sekarang ini. Oleh itu, remaja kini
perlu diperlengkap dengan jati diri dan juga sahsiah diri agar tidak
terpengaruh dengan budaya moden masyarakat barat. Dengan memiliki
nilai-nilai yang kuat dalam diri, ia akan dapat menentukan kesinambungan
budaya yang diamalkan. Bagi orang Islam wajib menjadi penganut yang
berakhlak iaitu disuruh berbuat perkara yang baik dan dilarang berbuat
keji seperti yang diisyaratkan dalam firman Allah SWT seperti dalam
surah Ali Imran: 104 bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang
salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-
orang yang berjaya.”

(Surah Ali Imran : 104)

Selain itu, akhlak (nilai baik) juga bukan sekadar kata-kata yang
diulang-ulang atau slogan yang dipamerkan tetapi adalah watak atau sikap
yang mendalam di dalam jiwa. Dalam agama Islam akhlak merupakan
sumber dan faktor terpenting dalam mempengaruhi pertumbuhan
individu. Penerapan nilai memberi perhatian kepada pandangan Islam
terhadap manusia bertolak daripada prinsip tauhid kepada Allah Taala
yang memandang alam sejagat sebagai suatu sistem bersepadu, berdiri di
atas keseimbangan antara roh dan badan agar manusia selamat daripada
percanggahan, perselisihan dan pertelingkahan antara akal dan benda atau
salah satunya mengatasi yang lain. Dengan demikian kehidupan di dunia

6 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

menjadi lurus dengan segala hikmat, merasakan kesatuan yang menyeluruh
(syumul) dan berpadu pada dirinya sendiri yang akan memberinya rasa
percaya kepada diri dan ketenteraman (Syed Muhammad Naquib 1972).
Pernyataan ini juga dapat dikukuhkan lagi dengan pendapat Abd Jalil
Borham (2008) yang menyatakan bahawa akhlak seperti yang disyariatkan
oleh Islam mampu membina masyarakat yang tunduk kepada kebenaran
Ilahi, memiliki keperibadian yang luhur sama ada dalaman ataupun
luaran serta menjalinkan perhubungan antara sesama insan dengan penuh
tolak ansur dan kesopanan yang jitu. Penghayatan kepada ciri-ciri akhlak
seperti yang digariskan oleh Islam dapat membantu melahirkan sebuah
masyarakat berbudi pekerti yang tinggi dan bertamadun.

Dalam konteks pembangunan ummah iaitu lanjutan daripada
perkembangan struktur kekeluargaan yang hidup secara berorganisasi
sebagai kesatuan sosial dan masyarakat, sebenarnya ia juga adalah
merujuk kepada pembangunan manusia. Pembangunan ummah
yang ditunjangi oleh dua aspek yang penting iaitu pembangunan
insaniah (manusia itu sendiri) dan pembangunan material (urbanisasi).
Pembangunan insaniah adalah merujuk kepada kualiti masyarakat yang
dilahirkan itu bebas daripada penyakit-penyakit sosial atau amalan negatif
yang boleh memusnahkan pembangunan ummah dan negara. Aspek yang
penting dalam membangunkan ummah adalah pembangunan spiritual
(rohani dan akhlak) di samping pembangunan material (kebendaan). Ini
kerana pembangunan rohani dan akhlak adalah keperluan asas untuk
membangunkan keperibadian dan peradaban manusia sejagat.

Umumnya, nilai murni dari perspektif Islam berfungsi sebagai
petunjuk dan memandu manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan
melalui pedoman wahyu. Nilai-nilai murni Islam lebih fokus kepada
harmonisasi antara doktrin rabbani dan kemanusiaan untuk mencapai
kejayaan hakiki dalam dimensi duniawi dan ukhrawi. Nilai murni pada
pandangan Islam bersifat alami dan diikat dengan doktrin agama. Individu
yang menghayati nilai-nilai itu akan mendapat ganjaran kebaikan.
Bagaimanapun, jika berlaku sebaliknya dengan nilai-nilai berkenaan,
maka pelakunya akan mendapat dosa. Justeru, melihat kepentingan itu,
manusia diingatkan supaya memperkaya dan melengkapkan diri daripada
aspek zahir dan batin dengan nilai-nilai yang positif.

Konsep Nilai l 7

Apabila keperluan rohaniah manusia dari aspek jasad dan roh tidak
diaplikasikan dengan nilai luhur, ia boleh menyebabkan berlakunya
kecacatan. Secara tidak langsung ia boleh merosakkan fungsi asal manusia
untuk menjadi insan berkualiti. Meskipun pada zahirnya kelihatan jasad
individu itu nampak sihat, dari aspek batiniahnya dijangkiti dengan
penyakit yang boleh merosakkan jiwa. Akibatnya, timbullah sifat gelisah,
marah, dendam, kecewa dan pelbagai lagi sifat tercela. Kehidupan manusia
di atas muka bumi ini bukanlah hanya bertujuan untuk memenuhi survival
melangsungkan kehidupannya sebagai makhluk seperti makan, minum,
berkeluarga, mengembangkan zuriat, bermasyarakat dan sebagainya.
Keperluan yang dinyatakan itu cuma bersifat menyempurnakan masalah
asasi yang dihajati oleh manusia.

Dengan itu, nilai-nilai tersebut bersifat mutlak, muktamad, dan kekal
abadi. Apa yang dikatakan sebagai baik, benar, dan cantik secara asasnya
tidak berubah daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain atau
daripada satu masyarakat yang lain. Dalam erti kata lain, nilai sentiasa
kekal dan tetap sifatnya. Nilai adalah hakiki dan Allah merupakan sumber
kepada semua nilai, maka manusia hanya dianggap berakhlak mulia
apabila mereka hidup mengikut kehendak dan peraturan yang ditetapkan
oleh Allah terhadap hamba-Nya. Kehendak dan peraturan Allah dikenali
sebagai Syariah Islam atau syarak. Nilai mutlak yang menjadi asas kepada
semua nilai ialah keimanan (kepercayaan dan kepatuhan) kepada Allah.
Daripada nilai inilah lahirnya nilai-nilai mutlak lain yang menjadi ukuran
kepada semua tindakan dan operasi yang dijalankan oleh manusia serta
yang menjadi teras bagi pembinaan peribadi orang yang beriman (Nik
Azis Nik Pa 1994).

Nilai budi pekerti manusia yang seimbang dicapai apabila empat
domain pada diri seseorang itu berada dalam keadaan seimbang.
Empat domain yang dimaksudkan ialah kekuatan ilmu pengetahuan,
kekuatan nafsu marah, kekuatan nafsu syahwat dan kekuatan keadilan
akal. Kekuatan ilmu pengetahuan mendorong manusia mencari ilmu
pengetahuan melalui proses pembelajaran tentang nilai-nilai moral dan
akhlak yang elok bagi mengatasi nilai-nilai buruk yang membinasakan
manusia. Kekuatan nafsu marah adalah untuk menjadikan manusia peka

8 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

bertindak terhadap sesuatu yang mengancam keselamatan diri. Kekuatan
nafsu marah mengatasi nilai penakut iaitu menjadikan seseorang itu berani.
Kekuatan nafsu syahwat untuk bekerja, makan, hidup mewah dan seks
adalah penting bagi kemandirian manusia untuk terus hidup. Kekuatan
keadilan akal pula adalah untuk membuat pertimbangan yang rasional
bagi mengawal kekuatan nafsu marah dan syahwat supaya kedua-duanya
tidak bertindan melampaui batas moral dan tatasusila kerukunan hidup
manusia (Abd. Rahim Abd Rashid 2007).

Nilai dalam konteks Islam adalah berteraskan ajaran agama Islam
yang telah diperintahkan oleh Allah Taala kepada semua hamba-Nya.
Nilai merupakan cerminan jiwa untuk menghasilkan perlakuan yang
positif dan diterima oleh Tuhan. Ganjaran pahala dan balasan syurga
akan diperoleh. Nilai salah jika diamalkan akan mendapat dosa dan
memperoleh kemurkaan dan mendapat kemudaratan daripada-Nya.
Dalam penjelasan yang lain, Islam mengajar dua pokok hubungan nilai,
iaitu hubungan manusia dengan Maha Pencipta iaitu Allah dan antara
hubungan manusia dengan manusia. Nilai pertama yang wujud dalam
hubungan manusia dengan Allah berbentuk sistem ibadah dan pengertian
agama, manakala nilai kedua iaitu hubungan manusia dengan manusia
termasuk dengan diri sendiri tercakup dalam pengertian kebudayaan
masyarakat itu sendiri. Tetapi kedua-dua nilai tersebut berhubung dengan
nilai akhirat. Nilai pertama adalah penghujung kehidupan sedangkan nilai
kedua adalah pengarah kepada ketentuan nilai-nilai akhirat. Oleh yang
demikian, nilai yang baik sahaja yang patut dimiliki dan diterima secara
sejagat untuk dijadikan kriteria pemisah kepada nilai yang bermoral (Abd.
Rahman Aroff 1986).

Kamarudin Kachar (1989) pula telah menggariskan nilai-nilai
Islam yang boleh diterapkan dalam masyarakat kerana pengajaran Islam
mengandungi unsur moral universal yang mulia dan tinggi nilainya. Ia
dapat diterima oleh pemikiran manusia sejagat sebagai nilai yang positif
dan mampu membangunkan setiap individu untuk kehidupan yang
berkemajuan, yang mulia dan bahagia. Teras ajaran ini berasaskan kepada
nilai-nilai Islam yang diperoleh melalui ajaran-ajaran dalam al-Quran
yang menyuruh setiap penganutnya bersifat:

Konsep Nilai l 9

1. Universal yang bererti Islam tidak kepunyaan hanya untuk golongan-
golongan tertentu.

2. Mudah dan tidak menyulitkan.

3. Menitikberatkan pemeliharaan kepentingan umum dan tidak untuk
kumpulan-kumpulan kecil.

4. Menjaga keadilan sesama manusia.

Di samping empat perkara asas yang penting itu, nilai-nilai Islam
juga dititikberatkan untuk:
i. Membentuk sikap jujur, amanah, dedikasi, bersatu padu,

bekerjasama dan bertanggungjawab antara satu sama lain.

ii. Membentuk sikap kesungguhan membuat satu pekerjaan, seperti
belajar. Menanam semangat cinta dan meminati setiap bidang
ilmu untuk kebaikan ummah di samping pengajian agama Islam.

iii. Membentuk individu beriman tinggi dan cekap profesion.

iv. Membentuk sikap yang berfikiran terbuka, waras, dinamik dan
progresif.

v. Menanam semangat cinta kepada agama, bangsa dan negara.

vi. Menjaga dan meningkatkan akhlak, adab dan kebersihan.

Unsur-unsur yang dinyatakan di atas, amat penting ditekankan
dalam usaha mengendalikaan peningkatan penerapan nilai-nilai
Islam pada semua golongan dan peringkat masyarakat. Penerapan
nilai Islam ini juga diharapkan dapat melahirkan warganegara yang
berkaliber tinggi dan dapat memberi sumbangan bakti terhadap
pembangunan negara kerana baik dan buruknya sesuatu bangsa itu
bergantung kepada nilai hidup dan bangsa itu. Jika nilai dan budaya
itu tidak baik, bangsa itu boleh menukarkannya dengan yang baik
jika ingin memulihkan kemajuan bangsa (Aminuddin Ruskam al-
Dawamy 2004).

10 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

Nilai serta ajaran Islam yang meliputi keseluruhan keperluan
yang berbentuk rohani dan jasmani bagi manusia sejagat tidak
terhad kepada ibadat semata-mata. Sistem nilai Islam menekankan
kesejahteraan dan kebajikan masyarakat yang mempunyai kualiti
hidup yang tinggi termasuk dalam bidang ekonomi, pembangunan
fizikal, dan kehidupan sosiobudaya. Persoalan kehidupan tidak
diasingkan daripada nilai kerohanian yang mementingkan moral,
disiplin, etika, dan perlakuan manusia yang lain. Unsur akhlak dilihat
sebagai punca terpenting segala masalah kehidupan. Di samping
itu juga, Islam juga dilihat sebagai sumber nilai universal yang
mendorong pembangunan kemanusiaan dan kerohanian. Nilai seperti
kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, keilmuan, menghormati,
kesetiaan, amanah, berdikari, bersih, cekap, sopan, tolong-menolong,
cinta akan negara dan penerapan nilai Islam yang lain yang boleh
membantu mengukuhkan nilai hidup yang positif dalam kehidupan
masyarakat (A. Aziz Deraman 2000).

Justeru, dalam konteks nilai berteraskan Islam ini, boleh
diterapkan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum kerana
nilai-nilai yang diutarakan adalah nilai yang bersifat universal dan
perlu diamalkan sebagai panduan dan ikutan dalam kehidupan
masyarakat di Malaysia. Jika dilihat secara mendalam sememangnya
amalan-amalan nilai Islam ini, kesemuanya menjurus ke arah kebaikan
tanpa mengira ras dan keturunan bangsa. Nilai-nilai murni ini selari
dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara dalam usaha
pembentukan nilai positif dalam kalangan rakyat, dan seterusnya
disemai dalam jiwa remaja yang merupakan pewaris kepada nilai-
nilai mulia ini.

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang dipaparkan di atas serta
diperkuat dengan beberapa pandangan tokoh-tokoh dan sarjana
Islam, maka dapat disimpulkan bahawa daripada perspektif Islam
apa sahaja nilai-nilai positif yang membentuk membina diri manusia
amat diterima Islam. Nilai ini tidak akan berubah sampai bila-bila.
Antaranya:

Konsep Nilai l 11

i. Sifat bertakwa kepada Allah
ii. Melakukan kebajikan kepada manusia dan negara
iii. Berbudi bahasa, jujur dan amanah
iv. Kemahuan menuntut ilmu
v. Berfikiran terbuka, tidak jumud dan bermusyawarah untuk

mengatasi masalah
vi. Menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua

Sehubungan dengan itu apabila dinyatakan, nilai murni dalam
Islam tidak lari daripada perspektif budaya Melayu kerana antara
Islam dan masyarakat Melayu itu saling bertautan ibarat “isi dengan
kuku‟ dan bagaikan aur dengan tebing‟ serta dapat disimpulkan
sebagai Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dalam perlembagaan
negara juga di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana bahagian Persekutuan. Seterusnya akan diperjelaskan
bagaimana pertautan ini dapat dilihat antara Islam dan Melayu ini.

1.3.2 Perspektif Budaya Melayu

Dari perspektif budaya Melayu, Nik Safiah Karim (1985) menjelaskan
bahawa nilai-nilai sosial Melayu dapat dikonsepkan kepada nilai “halus”
yang dipengaruhi oleh agama Islam. Ini membawa perbandingan yang
amat ketara dalam kalangan orang Melayu yang selalunya dikaitkan
dengan nilai-nilai yang baik yang berlawanan dengan sifat negatif. Ini
membawa perbandingan yang amat ketara dalam kalangan orang Melayu
di mana halus itu selalunya dikaitkan dengan nilai-nilai yang baik manakala
lawan halus iaitu kasar selalunya membawa konotasi negatif. Jika dilihat
daripada perspektif budi bahasa, seseorang yang halus budi bahasanya
dianggap sebagai seorang yang tinggi budi pekertinya dan patut dihormati
dalam masyarakat. Begitu juga dengan hasil kerja seorang individu.
Seseorang yang mempunyai hasil kerja yang halus dikatakan mempunyai
kemahiran yang tinggi manakala pengelasan yang sebaliknya diberikan
kepada orang mempunyai hasil kerja yang kasar. Dalam persoalan tentang
kehidupan orang-orang Melayu serta budayanya seperti yang dnyatakan
di atas, nilai-nilai yang terbentuk dalam masyarakat Melayu ialah melalui
penciptaan pantun (Harun Mat Piah 1989).

12 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

Corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu
dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Za’ba di
dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, 1965 (dlm. Asmah
Haji Omar 2002) mengatakan bahawa penciptaan pantun (Harun Mat
Piah 1989) merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat
Melayu. Telah diterima umum bahawa pantun adalah ciptaan asli orang
Melayu. Pantun banyak menyebutkan kehalusan budi orang Melayu.
Berdasarkan penelitian terhadap pantun-pantun masyarakat Melayu
lama, tidak dapat disangkal bahawa penciptaannya memancarkan intipati
pemikiran Melayu. Pantun-pantun yang dipancarkan oleh masyarakat
Melayu dahulu melibatkan pantun nasihat, budi, kasih sayang dan
sebagainya. Antara pantun nasihat digambarkan menerusi pantun berikut:

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;

Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulai Angsa;

Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Puisi Melayu Tradisi 1985

Orang yang berbudi bahasa ialah orang yang berbudi melalui bahasa
atau bahasa sebagai budi. Hal ini disebabkan budi itu amat luas maksud
atau bidangnya dan bahasa adalah salah satu daripadanya. Antara falsafah
yang dapat dilihat berdasarkan pantun ini adalah berkenaan akhlak mulia
iaitu sentiasa hidup berbudi bahasa yang dijadikan “main point‟ bagi
pantun ini. Penulis menjelaskan bahawa akhlak mulia mencerminkan
sahsiah diri yang tinggi. Gambaran ini tepat kerana akhlak mulia turut
dituntut dalam ajaran agama Islam. Di samping itu orang yang berbudi ini
akan dikenang orang sehingga akhir hayatnya.

Konsep Nilai l 13

Akhlak dan budi yang baik akan disenangi masyarakat. Golongan
ini akan mudah dimesrai dan didekati. Masyarakat juga akan senang
untuk mendampingi dan mengeratkan silaturahim. Hal ini demikian
kerana, sesiapa sahaja yang mempunyai akhlak yang mulia, secara
jelasnya manusia tersebut adalah manusia yang bertamadun. Oleh itu,
jelas membuktikan ilmu agama menjadi salah satu tunjang utama bagi
pembentukan akhlak yang murni. Buktinya, junjungan besar, Nabi
Muhammad S.A.W memiliki akhlak yang mulia apabila diterap dengan
ilmu agama yang tinggi. Sabda baginda; “Sesungguhnya aku diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (Maniyamin Ibrahim 2009).

Berkisar dengan masyarakat Melayu yang begitu menghargai dan
menjunjung tinggi budi, mereka menilai segala sesuatu itu berdasarkan
pada budi. Buktinya, kecantikan seseorang bukan dinilai pada paras
rupanya tetapi dinilai pada budi bahasanya. Manusia akan dipandang hina
jika tidak berbudi, dan satu-satu bangsa itu pula akan runtuh jika budinya
runtuh. Hal ini tergambar dalam pantun Melayu lama di bawah:

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;

Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Pulau Daik banyak kelapa,
Pulau Karimon banyak pegaga;

Budi baik payah dilupa,
Beribu tahun dikenang juga.

Puisi Melayu Tradisional:
Nasihat dan Pengajaran 2004

Berdasarkan pantun nasihat di atas, jelas mempunyai makna falsafah
tersendiri yang cuba diutarakan oleh penyair. Pantun nasihat ini
terkandung umpama atau makna yang sarat dengan kias, makna dan
nasihat. Bagi yang mempunyai harta, mereka boleh berbudi dengan
menyumbangkan harta untuk tujuan kebajikan; yang mempunyai tenaga

14 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

boleh menyumbangkan budi dengan menyumbangkan tenaga seperti
dalam kerja-kerja gotong- royong; dan bagi yang mempunyai fikiran yang
bernas boleh menyumbangkan idea-idea yang bernas dan berkesan untuk
tujuan-tujuan kebaikan untuk diri dan masyarakat.

Berbudi bahasa ialah gambaran pancaran hati jernih yang
diungkapkan secara baik dan mesra serta memberikan kesan baik pula
kepada orang lain. Dengan berbudi bahasa, silaturahim dapat dijalin, rasa
kasih sayang dapat dipupuk, dan sifat persaudaraan dapat disuburkan.
Dengan itu situasi ini dapat dijadikan asas yang baik dalam proses
pembinaan masyarakat beradab dan akhirnya menjadi masyarakat yang
bertamadun. Asas budi bahasa sebenarnya merupakan asas ajaran agama.
Islam menganjurkan penganutnya memberikan salam apabila bertemu.
Begitu juga ketika memulakan percakapan atau ucapan, serta apabila
ingin masuk ke sesuatu tempat. Orang yang lebih muda memberi salam
kepada yang tua; yang mendatangi pula memberi salam kepada yang sedia
menunggu; dan pengunjung rumah memberi salam kepada tuan rumah.
Berbudi bahasa juga merujuk kepada asas penggunaan bahasa yang tepat
dan sopan. Bahasa yang dilafazkan hendaklah mengandungi maksud yang
baik dan nilai-nilai yang murni, serta dilafazkan dengan nada yang elok
dan jelas maksudnya. Budi bahasa sangat luas pengertiannya yang tersirat
dalam pemikiran orang-orang Melayu, justeru sifat berbudi bahasa ini
juga menjadi citraan kepada ketinggian sifat seseorang dalam kehidupan
seperti menurut Maniyamin (2009), manusia yang dianggap baik budi
pekertinya ialah orang yang tertib kelakuan dan indah budi pekertinya.

Sifat kasih sayang juga telah diterapkan oleh masyarakat Melayu
dalam pembinaan pantun. Hal ini dapat diperjelas melalui pantun yang
bertemakan kasih sayang seperti di bawah ini, yang menggunakan latar
alam sebagai objek dan perlambangan:

Orang Acheh pulang ke Acheh,
Sampan berlabuh di waktu pagi;

Hati yang kasih bertambah kasih,
Kasih yang tidak berbelah bagi.

Konsep Nilai l 15

Nyiur gading mayang mengurai,
Kait buah buatkan inti;

Hancur daging tulang berkecai,
Kasih tak ubah sampai ke mati.

Pantun Melayu Warisan Bangsa 2003

Pantun tersebut mengutarakan tema kasih sayang. Ia secara tidak
langsung menggambarkan nilai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
terhadap seseorang. Kasih sayang yang diterima pula terpahat dalam
ingatan hingga ke akhir hayat. Bukan hanya sayang terhadap manusia,
pantun Melayu juga banyak merujuk nilai ini terhadap keluarga,
masyarakat dan negara.

Berdasarkan daripada ciptaan pantun dan amalan-amalan yang
diikuti berlandaskan ajaran Islam, orang Melayu juga amat kuat
mengamalkan semangat bermasyarakat yang dapat diperlihat dalam
amalan-amalan yang berkait rapat dengan adab ataupun nilai-nilai murni.
Tradisi ini telah diamalkan secara turun-temurun. Sifat-sifat seperti tolong
menolong, bersopan santun, berbudi bahasa dan bertimbang rasa adalah
karakteristik yang lahir daripada amalan-amalan yang dipraktikkan
menjadi kebanggaan dan “trade mark” orang Melayu (Khairul A. Mastor,
Putai Jin & Martin Cooper 2000). Ini diperkuatkan lagi oleh Ismail Noor
dan Muhammad Azaham (2000) yang menyatakan bahawa perwatakan
budaya Melayu mengikut tradisi adalah berteraskan sifat sopan santun,
lemah lembut, berbudi bahasa, bersih tutur kata dan berhemah tinggi.
Tingkah laku dan budi pekerti baik menjadi teras ukuran tamadun
Melayu yang berkesinambungan. Bagi orang Melayu, penghayatan dan
akhlak adalah kritikal. Berdasarkan ilmu yang diperolehi serta rukun
yang mengawal perlakuan kita, maka kualiti penghidupan harian kita
akan bersandar kepada penghayatan jitu terhadap nilai-nilai murni yang
diperolehi daripada lunas-lunas agama. Segala sifat-sifat tersebut banyak
digambarkan dalam pantun Melayu antaranya:

Dalam hal ini, Ismail Hamid (1986) mengklasifikasikan nilai-nilai
sosial budaya Melayu yang lazimnya telah diwarisi secara turun-temurun
oleh masyarakat Melayu dari zaman-berzaman seperti berikut:

16 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

a) Nilai berbudi dan berbahasa
Nilai ini amat disanjung tinggi dalam masyarakat Melayu yang
menjadi ukuran keperibadian seseorang. Ia adalah sifat yang dimilik
oleh seseorang itu dalam menggunakan kepandaian bertutur kata
dengan sempurna dan juga cara melayan tetamu. Ini adalah ciri yang
menunjukkan kelainan dalam masyarakat Melayu kerana tetamu
yang bertandang biasanya akan dilayan dengan baik dan perlu dijaga
perasaan mereka. Nilai ini menyebabkan orang Melayu dikenali
sebagai bangsa yang lemah lembut, bersopan santun, dan berbudi
pekerti tinggi.

b) Nilai budi
Budi bererti sikap pemurah, berbuat baik kepada orang lain.
Dalam masyarakat Melayu seseorang yang terhutang budi akan
mengenangnya sampai ke mati jika tidak dapat dibalas dengan
sesuatu yang setara dengan budi yang telah ditaburkan. Fenomena
balas membalas budi ini melahirkan semangat bekerjasama untuk
kebaikan kerana orang yang menerima budi akan cuba sedaya upaya
untuk membalas segala kebaikan yang telah diterimanya.

c) Nilai rendah diri
Nilai ini menekankan kepada perasaan sentiasa menghormati orang
lain. Seseorang itu hendaklah melayan seseorang yang lain dengan
budi pekerti yang tinggi tidak kira agama, bangsa, pangkat, dan juga
kedudukan. Tutur kata dan tingkah laku seseorang itu harus dihiasi
dengan sikap merendah diri agar tidak memandang rendah kepada
orang yang sedang berkomunikasi dengannya. Nilai ini adalah sesuatu
yang positif kerana merendah diri bukan bermaksud membawa
martabat seseorang itu ke paras yang rendah secara literasinya. Ia
hanyalah menunjukkan betapa pentingnya manusia dilayan secara
adil dan sama rata tanpa mengira pangkat, darjat, kaya, miskin, dan
kedudukan.

d) Nilai pemurah
Nilai ini menekankan sifat pemurah dan dermawan dalam amalan
membahagikan rezeki yang diperoleh. Hatta seseorang itu tidak
mempunyai banyak rezeki pun akan mendapat bahagiannya kerana
agama dan adat lebih menekankan kepada pembahagian yang sama

Konsep Nilai l 17

rata. Walaupun sedikit rezeki yang dterima, ia menjadi lebih berkat jika
dikongsi. Ini akan mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat
kerana tidak akan ada golongan yang akan berada dalam kesusahan
hasil bantuan golongan yang lebih berkeupayaan.

e) Nilai kebenaran
Kebenaran amat penting dalam kehidupan orang Melayu. Pepatah
berani kerana benar, takut kerana salah amat relevan dalam aspek
ini. Orang yang selalu berkata benar dan menegakkan kebenaran
dikatakan berada di jalan yang benar dan selalunya akan mencapai
kemenangan walaupun ia mungkin agak sukar pada awalnya.
Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan telus, orang yang berada
di jalan kebenaran tidak akan takut dan gentar dalam menghadapi
cabaran-cabaran yang mendatang.

f) Nilai berbaik hati
Nilai ini berkait rapat dengan tindak tanduk seseorang dalam tingkah
lakunya apabila berdepan dengan orang lain. Seseorang itu haruslah
bersangka baik kepada semua orang dan tidak “memilih bulu‟ dalam
memberi layanan. Nilai ini dapat menjamin kesejahteraan masyarakat
kerana tidak akan wujud perasaan dendam dan prasangka buruk
terhadap seseorang dalam masyarakat. Seandainya timbul sesuatu
masalah, maka perlulah diselidiki dahulu sebelum membuat sebarang
tuduhan.

g) Nilai kesabaran dan ketekunan
Kedua-dua nilai ini berkait rapat kerana seseorang yang sabar itu
akan menjadi lebih tekun untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Jika seseorang itu bersabar dalam menghadapi masalah dan cuba
menyelesaikannya secara beransur-ansur ia akan menjadi lebih
tekun dan tidak mudah berputus asa. Namun begitu, nilai sabar
ini dapat dibahagikan kepada dua; iaitu positif dan negatif. Sabar
dalam melakukan pekerjaan sehingga berjaya dan sabar menghadapi
cabaran adalah nilai sabar yang positif. Manakala nilai sabar yang
negatif adalah kesabaran dalam berhadapan sesuatu keburukan dan
kesalahan. Nilai sabar ini perlu ada hadnya kerana pada peringkat
tertentu kesalahan dan keburukan perlulah ditegur agar dapat
membetulkan keadaan.

18 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

h) Nilai tolong-menolong
Nilai ini menitikberatkan semangat tolong-menolong dalam
masyarakat agar kerja-kerja yang susah menjadi lebih senang untuk
disiapkan. Contoh yang paling ketara adalah semangat gotong-royong
yang diamalkan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu
tetapi kaum-kaum lain juga di Malaysia. Jika di kampung-kampung,
situasi ini selalunya ditunjukkan dalam majlis kenduri-kendara. Ini
amat bertepatan dengan kata pepatah berat sama dipikul ringan sama
dijinjing.

i) Nilai perpaduan
Nilai ini memperlihat kepada keperluan masyarakat untuk selalu
bersatu padu dalam segala hal. Contoh terbaik untuk nilai ini
adalah semangat bermusyawarah. Melalui konsep ini, persetujuan
dapat dicapai tanpa menyisih pendapat orang lain dan persepakatan
dapat dibulatkan melalui rundingan. Ini akan mengukuhkan lagi
silaturrahim dalam kalangan anggota masyarakat. Keputusan yang
dicapai adalah satu keputusan yang adil dan dapat diterima ramai
tanpa menyinggung perasaan pihak-pihak lain.

j) Nilai menepati janji
Menepati janji merupakan pegangan yang amat kuat dalam
masyarakat Melayu. Janji merupakan kata-kata yang diberi sebagai
kepastian untuk melakukan sesuatu. Kata-kata seperti “manusia
dipegang pada janji menunjukkan perihal pentingnya seseorang itu
mengotakan semua yang telah dijanjikan. Dalam masyarakat Melayu
menepati janji adalah penting sehinggakan ada individu terasa tidak
akan senang matinya jika tidak menepati janji yang telah dibuat.

k) Nilai menghormati ibu bapa dan orang tua
Menghormati ibu bapa dan orang tua adalah nilai yang amat penting.
Jika seseorang itu tidak menghormati ibu dan bapanya, ia dikatakan
anak derhaka dan tempat orang seperti ini adalah dalam neraka jahanam
seperti yang telah diajar dalam agama Islam. Jika seseorang itu tidak
menghormati orang tua-tua, ia dikatakan kurang ajar. Orang kurang
ajar biasanya dipandang serong dan dilabel sebagai orang yang tidak
baik. Fenomena ini penting kerana jika dikaji didapati tidak ramai
anak-anak orang Melayu yang sanggup menghantar ibu bapa mereka

Konsep Nilai l 19

ke rumah orang tua untuk dijaga oleh orang lain. Namun begitu,
fenomena ini telah meningkat kebelakangan ini kerana masyarakat
Melayu moden telah berubah nilainya sedikit demi sedikit.

l) Nilai menghormati raja
Orang Melayu sangat berpegang teguh kepada prinsip ini. Ini
mungkin disebabkan oleh kepercayaan yang raja mempunyai daulat
yang boleh memudaratkan seseorang jika tidak menghormati raja
apatah lagi menghina raja. Raja menjadi simbol perpaduan rakyat
dan sebagai ketua agama. Walaupun negara kita mengamalkan sistem
raja berperlembagaan namun institusi kerajaan tidaklah ditinggalkan
dalam beberapa aspek pentadbiran negara. Ini menunjukkan sifat
menghormati raja itu masih menebal dalam kalangan masyarakat
kerana raja juga merupakan simbol kedaulatan sesuatu bangsa dan
negara. Kepatuhan kepada raja ini boleh dianggap negatif apabila
ketaatan yang diberikan secara membuta tuli tanpa menghitung
tindak-tanduk raja sama ada betul atau salah.

m) Nilai mematuhi adat
Nilai ini amat sinonim dengan masyarakat Melayu. Orang Melayu
berpegang teguh kepada adat sehinggakan ada pepatah Melayu yang
berbunyi “biar mati anak jangan mati adat”. Dari satu sudut memanglah
ia berbunyi agak kejam dan tidak bertanggungjawab tetapi dari satu
sudut yang lain ini menunjukkan betapa orang Melayu berpegang teguh
kepada adat yang telah mereka amalkan turun-temurun. Perlanggaran
adat akan dianggap sebagai menghina orang Melayu. Namun begitu
memelihara adat tidak semestinya menjadi sesuatu yang rigid
sehinggakan bertentangan dengan ajaran Islam. Walaupun nilai-nilai
adat amat sinonim dengan orang Melayu, nilai-nilai adat yang lapuk
serta bertentangan dengan ajaran Islam perlulah dilihat semula kerana
banyak amalan dalam adat orang Melayu datangnya dari pengaruh
agama Hindu yang telah lama bertapak di rantau ini. Nilai adat yang
lapuk dan tidak relevan bolehlah diperbaharui mengikut peredaran
zaman tetapi perlu dipastikan yang ia tidak bertentangan dengan nilai-
nilai asas dan ajaran agama Islam yang menunjangi budaya Melayu.
Elemen inilah yang menyebabkan pergeseran berlaku antara nilai-nilai
budaya tradisional dan nilai-nilai budaya baharu.

20 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

Nilai-nilai yang disenaraikan adalah nilai-nilai yang telah dan
masih diamalkan oleh generasi sekarang melalui proses difusi dan
akulturasi (Ismail Hamid 1986). Terdapat tiga faktor utama yang
mempengaruhi perkembangan nilai-nilai sosial budaya Melayu.
Faktor-faktor ini ialah adat, agama Islam dan juga pengaruh Barat yang
didatangi melalui media massa (Zainal Kling 1995). Pengaruh Barat
yang dibawa melalui globalisasi dan ledakan teknologi maklumat
menyebabkan nilai-nilai sosial budaya Melayu terdedah kepada nilai-
nilai budaya asing yang sememangnya terkenal dengan kesan-kesan
negatifnya. Kesannya generasi sekarang mula menampakkan sifat
keterbukaan mereka yang lebih liberal kepada nilai-nilai moden yang
bertentangan dengan nilai-nilai sosial budaya Melayu serta ajaran
Islam. Ini menjadi kebimbangan generasi terdahulu kerana dengan
terhakisnya nilai-nilai ini, kehalusan nilai-nilai sosial budaya Melayu
yang sememangnya dikenali ramai sebagai satu budaya yang amat
mengagumkan akan turut hilang. Aspek-aspek nilai yang menunjangi
sesuatu budaya itu sering berkait rapat dengan arus perkembangan
budaya tersebut. Terdapat empat ciri nilai umum yang diutarakan
oleh Wan Hashim Wan Teh (1998):

i. Dinamisme
Nilai sesuatu budaya adalah satu yang tidak statik. Ia berubah
mengikut pengaruh budaya luar yang akhirnya melahirkan satu
sistem nilai baharu yang berbeza dengan yang lama. Ini menjurus
kepada perubahan persepsi sesebuah masyarakat tentang apa
yang dianggap baik dan penting dari masa ke semasa walaupun
ia tidak menyeluruh. Kadang-kadang jika nilai baharu tidak dapat
diterima oleh generasi terdahulu, ia menyebabkan berlakunya
konflik dan kontradiksi nilai.

ii. Warisan
Nilai diturunkan dari satu generasi ke generasi melalui proses
sosialisasi. Ia menjadi suatu yang dikongsi bersama dan
menggerakkan perlakuan-perlakuan dalam masyarakat sama ada
ia menguntungkan seseorang individu atau kehendak masyarakat.
Oleh yang demikian, nilai yang melibatkan orang perseorangan
tidak dikira sebagai nilai sosial kerana ia didorong oleh naluri

Konsep Nilai l 21

biologikal manusia (Nik Safiah Karim 1985). Nilai adalah hak
sesuatu masyarakat itu. Secara umumnya, seseorang individu
dalam masyarakat itu perlu menurut dan menerima nilai yang
telah dipersetujui dan diterima oleh masyarakat tersebut sebagai
nilai.

iii. Pembahagian Nilai
Nilai boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti nilai
politik, ekonomi, agama, pendidikan, dan bahasa. Antara nilai-
nilai ini wujud pula satu sistem nilai yang akan memberi ciri-ciri
utama kepada masyarakat itu dalam erti kata ia akan bertindak
sebagai nilai asas kerana mempunyai pengaruh yang kuat.
Misalnya bagi orang Melayu, nilai asas ialah Islam yang diterima
sebagai kepercayaan yang menjadi asas kebudayaan masyarakat
Melayu. Seterusnya nilai-nilai Islam menunjangi banyak
nilai-nilai lain dalam masyarakat Melayu. Walaupun terdapat
pengaruh budaya dan agama lain seperti agama Hindu (kerana
sebelum tibanya agama Islam di Tanah Melayu, ia terlebih dahulu
bertapak) dalam budaya orang Melayu dan masih ada kesannya
dalam kehidupan orang Melayu, namun agama dan kebudayaan
Islam lebih menonjol; contoh yang paling ketara adalah istiadat
persandingan. Ia bukanlah ajaran agama Islam, tetapi diterima
pakai sebagai satu nilai dalam upacara perkahwinan. Ini jelas
menunjukkan pengaruh agama Hindu dalam budaya orang
Melayu.

iv. Pengekalan dalam jangka masa tertentu
Perubahan nilai budaya akan berlaku secara gradual walaupun
ia mempunyai sifat dinamik serta berubah melalui penyesuaian
atau transformasi radikal. Ini menjadikan nilai itu berkekalan
sehingga ke seluruh anggota masyarakat memilih nilai yang
baharu. Fenomena ini melibatkan proses asimilasi nilai baharu ke
dalam nilai yang lama agar dapat diadaptasikan sebagai sesuatu
yang boleh diterima sehinggalah ia kekal sebagai nilai yang telah
diakui dalam kalangan masyarakat.

22 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

Nilai-nilai murni dalam budaya Melayu sememangnya
sangat sinonim dengan nilai-nilai yang terdapat dalam ajaran
Islam walaupun terdapat sedikit pengaruh Hindu dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Namun begitu, pengaruh tersebut
tidak melebihi batasan agama Islam. Walaupun di Malaysia
mempunyai agama dan adat resam yang berbeza, masyarakatnya
berkongsi satu himpunan nilai yang sama. Nilai-nilai seperti
tekun, jujur, baik hati, bersatu dan kuat bekerja merupakan nilai-
nilai kepunyaan bersama. Amalan antara nilai-nilai tersebut
menjadikan masyarakat Malaysia hidup dengan aman dan
makmur.

Selain daripada gambaran konsep nilai yang telah dijelaskan
di atas, terdapat beberapa sarjana barat yang telah membuat
kajian dan pemerhatian terhadap orang-orang Melayu dan secara
tidak langsung telah mengkaji terhadap budaya dan nilai-nilai
yang diamalkan oleh orang-orang Melayu.

Menurut Laurent Metzger (2009) seorang pengkaji dari
Perancis, menyatakan bahawa terdapat beberapa nilai dalam
masyarakat Melayu yang dianggap penting dalam kehidupan
masyarakatnya, antaranya ialah sikap suka menerima tetamu. Hal
ini begitu jelas dalam acara perkahwinan atau semasa Hari Raya.
Dalam konteks kini, mengadakan rumah terbuka merupakan
satu sikap begitu unggul di dunia ini. Sikap ini jarang dapat
diperhatikan dalam masyarakat barat. Sifat menyambut tetamu
dengan ramah diperhatikan oleh orang asing sejak awal dulu.

Bahasa juga menunjukkan sifat kesopanan. Banyak
ungkapan membuktikan bahawa penutur atau penulis Melayu
menggunakan sikap besar hati. Beberapa contoh boleh
diperhatikan dalam hal ini. Misalnya dalam satu ucapan rasmi
sering disebut ungkapan-ungkapan seperti “beribu-ribu ampun”,
“ribuan maaf” atau “jutaan terima kasih”. Jika sikap berbudi
dapat diperhatikan dalam konteks bahasa Melayu, sifat ini juga
dapat diperhatikan dalam gerak geri orang-orang Melayu. Dalam
sesuatu upacara majlis, jika seseorang itu berjalan dalam satu

Konsep Nilai l 23

barisan orang yang sudah duduk, orang itu harus merendahkan
diri dengan tangan ke bawah. Dalam konsep “budi‟ orang
Melayu juga terdapat nilai-nilai seperti bersopan santun, berbudi
bahasa, merendah diri, mentaati ibu bapa, menghormati orang
tua, beradab, lemah lembut dan sebagainya yang diungkap
oleh penulis-penulis Melayu dengan istilah “silaturrahim”,
“keharmonian” dan “muhibbah”.

Dalam institusi kekeluargaan masyarakat Melayu,
menghormati orang tua iaitu menghormati kedua ibu bapa
mahupun orang yang lebih tua dari segi usia merupakan suatu
perkara yang amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu.
Perkara ini biasa dilihat oleh masyarakat setempat dan warga
asing. Sebaliknya jika sikap hormat tidak diberi kepada ibu
bapa atau orang tua atau jikalau orang muda tidak mengenang
jasa orang tua, maka pasti masyarakat Melayu akan menentang
perlakuan negatif tersebut.

Nilai keberanian juga dapat dilihat oleh orang asing
dalam kegiatan orang Melayu. Antara kepelbagaian contoh
yang diperoleh daripada sejarah. Orang Melayu telah berani
menyeberang lautan luas dan belayar hingga jauh dari dunia
Melayu. Ini dapat dilihat terdapat orang Melayu di pesisir Vietnam,
di pulau Sri Lanka dan Afrika Selatan, malahan terdapat juga di
sebelah barat iaitu di Australia. Jelas dilihat bangsa Melayu juga
mampu untuk bersaing dengan bangsa lain untuk meneroka ke
dunia luar.

Sikap budi bahasa juga merupakan nilai yang dipegang
erat oleh orang Melayu. Meskipun orang Melayu berasa tidak
puas hati dengan sesuatu tindakan atau tingkah laku, mereka
tidak menunjukkan perasaan tersebut. Seterusnya mereka
tidak mengemukakan atau merungut atau pada zaman dahulu,
mereka tidak menulis dalam surat khabar bagi meluahkan
sesuatu masalah. Sifat mendedahkan perasaan begitu biasa di
barat, tetapi jarang dilihat dalam masyarakat Melayu. Satu nilai

24 Citra Puisi Melayu
Merentas Nilai Universal

lain yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah sikap tolong-
menolong. Acara gotong-royong sememangnya berkait rapat dengan
kebudayaan Melayu sejak dari dahulu lagi. Orang Melayu memang
selalu bersedia untuk menolong orang lain. Dari segi politik, dapat
dilihat orang-orang Melayu memang bersiap sedia untuk membantu
orang asing yang memerlukan bantuan, namun terdapat satu
peraturan tertentu yang tidak melanggar dengan adat dan urusan
agama Islam. Beberapa sifat lain juga penting dalam masyarakat
Melayu ialah sifat toleransi. Orang Melayu kebiasaannya begitu
toleran untuk mengelakkan apa-apa pertentangan. Jadi sikap bertolak
ansur diamalkan. Namun begitu, kadang-kadang sifat tolak ansur ini
diketepikan atas dasar fahaman politik seperti yang dinyatakan oleh
Mahathir Mohamad (1982).

Jika dilihat dan diteliti berhubung dengan konteks nilai
berdasarkan perspektif Barat, Islam dan budaya Melayu, didapati
ada keselarian antara nilai-nilai murni antara ketiga-tiga perspektif
nilai ini dalam konteks budaya kehidupan bermasyarakat di
Malaysia. Nilai patriotisme mempunyai persamaan dalam
semangat kebangsaan bagi masyarakat Barat dan berbakti kepada
negara untuk budaya Melayu serta semangat mempertahankan diri
dan negara seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila
diserang oleh musuh. Nilai perpaduan dan kerjasama dapat dilihat
persamaannya melalui nilai-nilai kasih sayang, tolong- menolong,
dan pemurah iaitu boleh berkongsi harta dan pendapat dalam
hidup bermasyarakat dalam kebudayaan Melayu. Nilai fahaman
kemanusiaan adalah merujuk kepada nilai masyarakat Barat yang
percaya mereka adalah bersifat baik hati, pemurah dan selalu
memberi bantuan kepada orang lain dapat dikaitkan dengan nilai
perpaduan. Masyarakat Barat juga beranggapan bahawa nilai
persamaan yang mementingkan prinsip persamaan hak sesama
manusia dapat menyatupadukan masyarakat. Dalam Islam pula,
perpaduan amat digalakkan dalam ajaran agama kerana dengan
penyatupaduan dalam hubungan sesama Islam ataupun dengan
golongan yang lain dapat menunjukkan bahawa Islam itu adalah
agama boleh dianuti oleh semua bangsa. “Kaabah” merupakan

26 Citra Puisi Melayu Konsep Nilai l 25
Merentas Nilai Universal

Nasmimubnoblepgeitrup,amdueamnadnadnanpgeknaynatkuoannseppenhgeadnountisamgammeanjIasdlaimpesgealnugruahn
masyaradkuant iBa.arat kini, maka sesuatu keseronokan kepada mereka akan
dikira sebagai satu nilai baik seperti gejala ini sedang menjadi ikutan
remaja kini daSnethearlusiniyamdaatpmatemdbiliimhabtansgekmaanngeant ehraosrimteartd-maheunlguhkoermraantai
akan berdlaklaumkoknebfluikdaaynatarnaMniellaaiyyua;nhgodrmiaamt aklekpaandoalpeehmgernienrtashi, toerradnaghutulua
dengan dnainlaibuybanapga mseedraunpgakadnidseadtauhakmanalaknepyadnag lagzeinmeradsipi rasketkikaroanlegh.
KeadaanmiansiymareankjatdiMsealtauykuedbaimribzaanmgaann dkaehraunlua hiainmggeanjkaidnii.pNunilcaai hkoeprmadaat
penghakiinsiantidnailkaih-nainlayiaykaenpgadmaenbjaandgisiadeynatnitgi bsamngasasakhiataja(,NmikalAahzibs oNleikh
Pa 1998)m. erentas kepada bangsa-bangsa lain yang boleh diklasifikasikan

sebagai tetamu, sahabat dan masyarakat setempat. Bertepatan
Mednegnigkaunt penyderkaaptan buanrsautr snekilualia-nr,ilaniilaIislabmersdifaaltamrelamtiafsy(nairsabkia)t,
berubah,Mdealnaytiud,aknitleatiahposremcartainseijmageartu. pNaiklain-njiulagiatesersbeabguatibaejrasruamn baegrakmana
manusiaIsdlanm dyiatenngtumkeawnamjibeklaalnuipepnegnagnaulatnmyaanmdeannanaakmalkamnasniufastiah,ourmntautk-
memenumhienkgehpoermluatni-kdeaplearmluasnemhiudaupasbpeerkmakseyhairdaukpaat.nPbaderamuamsyuamrankyaat,.
kegunaaSnifadtiahnogrgmapat sseebcagraitoutkalurdaanlamutamasydaarlaakmat mBaernaetntuidkaakn dnaiplait
sesuatu dpienrykatraak, adnandekneggaunnajaenlasi,tunadmikuanitksainfatdemngenanghkoersmaantiatoaruanfgaeldaainh
sesuatu natialasi,diasitaur kdeesmerooknroaksiandahnedpoenrisa(mNaiaknAhzaisk1k9e9m4)a.nDusailaeayn(duanltaumk
Nik Azisse1m99u4a)mmaesnyyaaratakkaatndanpilaatidmileihmapt umneylaailucirni-iclairiihboerrmikautti:ni.

1. Nilai beruBbaaghakimeraannaa cpitualaraspaanmdaasnygaarnakaBtasreartintgerbhearduabpahn. ilai dalam
2. Nilabi ubdearysaifamtetreemkap?atSaentedruasnnytiadadki bbaewrsaihfaitnisdeijpagerajtelkaesrkaannagcaimtabararasna

umunmilaaidyaalanhg bdeirlibheaztadmareipnagdikaupt ekresbpuekdtaiyf aBaanr.at.

3. Nilai mempunyai akibat awam. Sesuatu tingkah laku akan dikatakan

1.3.b3aikPaeparbsiplaemktaisfyBaraakraattmenganggap tingkah laku itu memberi kesan

yaDngarbi apiekrsdpaenkbtiefrmguansyaakreakaatat sbamrats,ynairlaakiaatdtaelrashebsuest.uatu yang bersifat
rm4sbee.elesraurdtaNtpaaiisfetnsia,unalgkartbkpaiikenaenalrghranumkhbolaiaaalrrkkenahehudupiastdiyaurinaaida.dpnnayBiagvadteiinpabdrdgbaauakenikpkdezdahaaasltneiinednmngcmegdaabnaranbugakselayrndisdhaneaarapdjarnkaaiikvgnmeaiadpttdtie.aekunnn(aegNedndraaiitnaknmunkIasAsaeoalnzsanstiimnesatil,milNkamdaiaienkasnyesugaysPsanuaiaangarat1iukddt9aiepea9traenh8Brga)bka.gdaaraagrIappaait
i5t.u bNeirlgaaintumnegrukpeapkaadna fsaaetduahkaetmauunkgekginuannaansasheasujaatuknerilaaniaitumsaenpuesritai
pendmapematpSucnhywaiarpten(1g9a9la4m) aynandganmkeenbyoalteahkaann pbeanhyaewleasaniialnaiminaisatlearhbeynatnugk
melatelurbi agtaams.bAarpaan ypaenmgikdiirkaantadkaarnipabdeargtuigna jpeandisa thuanrtiutianni mhiudnugpkminantiudsaika
kerabneargmuannaupsiaadaituhasreibeasgoaki.organisme biologis, perhubungan antara satu
sama lain, dan tuntutan institusi sosial untuk kesejahteraan masyarakat
dan kelangsungan dalam hidup. Semua tuntutan ini akan menjadikan
manusia akan mencapai segala kehendaknya dalam kehidupan.




Click to View FlipBook Version