Lencana Maju i
Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
Amir Hamzah Aman
ii Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
© MK e-Solutions Sdn. Bhd.
ISBN 978-967-19311-9-6
Terbitan Pertama : 2022
PENULIS
Dr. Amir Hamzah bin Aman
Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak
dibenarkan dicetak atau disalin semula, disimpan dalam mana-mana
sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang
bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinfoto, rakaman atau dengan
cara apa jua pun, tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih
dahulu daripada MK e-Solution Sdn. Bhd., Malaysia.
Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab
penulis sepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian
pihak penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Amir Hamzah Aman, Dr., 1967-
Pengakap Muda. (Jilid 2), Lencana Maju / Amir Hamzah Aman.
ISBN 978-967-19311-9-6
1. Scouting (Youth activity)--Malaysia.
2. Student activities--Malaysia.
I. Judul.
369.43
Penerbit:
MK e-Solutions Sdn. Bhd. (803687-K)
6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor
Tel: +603 80644228
Fax: +603 80642050
web: http://mke-solutions.com
e-mail: [email protected]
Dicetak oleh:
CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 05-5262627 Fax : 05-5262205
Lencana Maju iii
Kandungan iii
iv
Kandungan 1
Prakata 3
Bab 1. Lencana Maju 15
Bab 2. Cita-cita Unggul Pengakap 27
Bab 3. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani 53
Bab 4. Kemahiran Berpengakap 68
Bab 5. Pengembaraan 74
Bab 6. Perkhidmatan 77
Senarai Semak Ujian Lencana Kemajuan Pengakap Muda 78
%LEOLRJUD¿
Biodata Penulis
iv Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
Prakata
Tinta Bicara Penulis
Salam Pengakap.
Sekali berpengakap, terus berpengakap. Itulah kata-kata keramat yang saya pegang sejak menjadi ahli pengakap. Sejak
tahun 1979, saya terus berpengakap dan selama itu jualah, segala suka duka saya telah lalui sebagai anak pengakap.
Tujuan penulisan buku ini adalah untuk membantu anak-anak pengakap terutama pengakap muda memahami
dan mampu untuk menjalani program pengakap muda sepenuhnya hingga berjaya mendapatkan Anugerah Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara (Rambu Pengakap Muda) setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya.
Saya berharap buku ini akan menjadi teman kepada pejuang pengakap terutama para pemimpin pengakap muda
yang dahagakan bahan rujukan atau garis panduan untuk mengendali, mengurus dan memantapkan ahli pengakap di
peringkat pertengahan penglibatan mereka. Idea penulisan ini digubah dan disusun berdasarkan kurikulum pengakap
muda dengan berbekalkan pengalaman menjadi pemimpin pengakap muda pada awal menceburi dunia pendidikan.
Buku ini diadun menggunakan kurikulum terkini dan konsepnya mudah dengan memberikan beberapa contoh untuk
menjalankan aktiviti atau pengisian ujian bagi setiap kemahiran.
Saya terpanggil untuk menulis buku ini apabila melihat ketandusan buku-buku rujukan pengakap di Malaysia.
Sebagai pendidik, saya menyahut dan merealisasikan agenda pendidikan negara dengan menghasilkan bahan pembacaan
bermutu untuk sejajar dengan konsep Pendidikan Abad ke-21.
Akhir kata, saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada Persekutuan Pengakap Malaysia, rakan-rakan
pemimpin dan anak-anak pengakap yang sering mencetuskan percambahan idea dalam penghasilan buku ini. Terima
kasih.
Dr. Amir Hamzah bin Aman 15 Ogos 2022
Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, Kuala Lumpur
16 Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
Contoh Memberi Arahan/Hukuman Barisan Paras (Ahli Rendah Di Tengah)
Arahan/Hukuman
Tinggi kanan, rendah kiri. jadikan satu barisan paras. gerak!.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Perbuatan/Pergerakan ii. Ahli paling kanan (paling tinggi) menyebut nombor
i. Ahli paling tinggi berbaris di kanan sekali 1 diikuti oleh ahli sebelahnya menyebut nombor 2
dan seterusnya hingga habis.
dan ahli paling rendah berbaris di kiri sekali.
Ahli lain berbaris mengikut paras ketinggian Arahan/Hukuman
masing-masing berpandukan ahli paling tinggi Penanda diam!..ganjil selangkah ke depan..genap
dan paling rendah. selangkah ke belakang..ganjil dan genap..gerak!
Arahan/Hukuman
Dari kanan..Nombor!
1 2 4 6 2 46 8 10 12
5 1
8 10 12
3 7 9 11 35 7 9 11
iii. Penanda tidak bergerak. Ahli bernombor ganjil iv. Penanda diam. Ahli barisan hadapan (ahli nombor
selangkah ke depan dan ahli bernombor genap ganjil) pusing ke kanan. Ahli barisan belakang (ahli
selangkah ke belakang. nombor genap) pusing ke kiri.
Arahan/Hukuman
Arahan/Hukuman Akan jadikan tiga barisan. dari kiri cepat..jalan!
Depan kanan pusing..belakang kiri pusing..
depan dan belakang..pusing!
Kecergasan dan Kesegaran Jasmani 21
Angkat Tongkat Dari Baring Tongkat
Bahasa Hukuman: Angkat… Tongkat
1. Angkat Tongkat – Satu
a. Secara pantas langkahkan kaki kiri ke hadapan tanpa hentak, tapak kaki
kiri rata di atas bumi.
b. Pada masa yang sama bengkokkan kedua-dua lutut, lutut kanan
menyentuh bumi dan duduk di atas tumit kaki kanan.
c. Tangan kanan terus pegang sebelah atas tongkat, terus pandang ke
hadapan.
2. Skuad – Dua
a. Bangun dengan tangan membawa tongkat kepada kedudukan sedia.
b. Kaki kiri ke belakang rapat pada tumit kaki kanan tanpa hentak,
c. Anggota badan yang lain diam dan terus pandang ke hadapan.
Bimbit Tongkat Dari Kedudukan Sedia
Bahasa Hukuman: Bimbit… Tongkat
1. Bimbit tongkat - satu
a. Pergerakan Jinjit tongkat.
2. Skuad - dua
a. Gerakkan tongkat selari dengan bumi dengan
menggunakan kekuatan pergelangan tangan.
b. Siku lurus.
Rusuk Tongkat Dari Bimbit Tongkat
Bahasa Hukuman: Rusuk… Tongkat
1. Rusuk tongkat- satu
a. Gerakkan tongkat ke sisi dengan pergerakan tangan
kanan.
b. Tangan kiri serentak memegang tongkat dengan
kedudukan siku selari dengan bumi.
c. Luruskan tangan kanan.
2. Skuad dua
a. Tangan kiri dikembalikan ke kedudukan asal.
24 Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
3.2 Istiadat Mengibar dan Menurunkan bendera
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
Bagi menjalankan istiadat mengibarkan bendera, semua pemimpin berbaris mengikut ke kanan 3 langkah
di belakang tiang bendera manakala Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di
hadapan kiri tiang bendera. Ahli pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. Setelah
semua sedia, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap lalu pemimpin
bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat. Selepas mendapat
kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”.
Pengakap yang bertugas akan bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera
dan berhenti di hadapan tiang bendera.Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan.
Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan
3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas
kembali ke tempat asalnya.
26 Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
MEMANJAT TALI ATAU POKOK SETINGGI 5 METER
Pengakap perlu mempunyai daya ketahanan untuk melakukan aktiviti
lasak seperti memanjat tali atau memanjat pokok. Untuk ujian Lencana
Maju pengakap akan melakukan aktiviti memanjat setinggi 5 meter.
Bagi tujuan ini, pengakap akan memanjat tali memerlukan kombinasi
2 anggota iaitu tangan dan kaki.
Bagi aktiviti memanjat tali, pengakap mestilah memegang tali
pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki. Gunakan
kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua
belah kaki untuk bertahan.
Semasa kaki anda bertahan, tangan hendaklah
menjangkau ke bahagian atas tali sekaligus menarik badan
ke atas. Seterusnya pengakap menggunakan tangan untuk
bertahan sementara kaki dinaikkan menurut tali. Ulangi
langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.
Terdapat tali memberi kesan kepada tangan dan kaki
kamu semasa melakukan aktiviti ini terutamanya semasa
menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakkan tangan
kamu tidak melecet. Sarung tangan digalakkan digunakan
semasa memanjat tali.
42 Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
4.5 Model projek perintis (pioneering)
1. Contoh projek pioneering
Terdapat banyak jenis binaan yang dapat dibuat semasa perkhemahan bergantung kepada fungsi peralatan
tersebut dan kreativiti ahli pengakap dalam membina. Berikut diterangkan beberapa contoh binaan secara
terperinci:
(a) Pintu gerbang
Gadget pintu gerbang terletak pada bahagian hadapan kawasan perkhemahan. Terdapat beberapa variasi
pintu gerbang atau pintu hadapan, contohnya pintu yang ditulis dengan nama patrol dengan bahan-bahan
semula jadi, pintu yang boleh ditutup sendiri (self-closing type), pintu beratap, dan pelbagai jenis lagi.
Fungsi gadget ini adalah untuk menandakan kawasan sempadan dan sebagai pintu masuk utama (main
entrance), selain menunjukkan suasana perkhemahan yang teratur dan kemas.
Antara contoh pintu gerbang adalah seperti berikut:
Pintu gerbang beratap Pintu gerbang beratap besar Pintu gerbang 2 pintu Pintu gerbang troop 850
Pintu gerbang troop 16 Pintu gerbang beratap (variasi) Pintu gerbang free standing Pintu gerbang in round
Contoh pintu gerbang
64 Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
Batang Pokok Pisang Tumbuhan Periuk Kera
Potong batang pokok pisang tersebut Tumbuhan ini
dengan hanya meninggalkan lebih kurang 30 cm
daripada pangkal pokok tersebut. Korekkan pada mempunyai bahagian
bahagian tengah potongan pokok tersebut supaya
membentuk seperti mangkuk. Air daripada akar yang berbentuk
tersebut akan mula memenuhi lubang tersebut.
Air permulaan yang memenuhi ruangan itu periuk yang boleh
akan berasa sedikit pahit tetapi lama kelamaan
ia akan beransur tawar. Batang pokok tersebut menakung air. Air
boleh menghasilkan air sehingga 4 hari. Pastikan
ia sentiasa ditutup untuk mengelakkan daripada yang terkandung
dimasuki serangga.
dalam periuk yang
belum terbuka adalah
lebih bersih daripada Tumbuhan periuk kera
yang boleh menakung air
periuk yang telah
hujan
terbuka.
Lumut Air Hujan
Tumbuhan ini juga menyimpan air tetapi Air hujan boleh ditadah menggunakan
mempunyai kuantiti yang agak rendah. Untuk sebarang bekas.
mendapatkan airnya, perah dengan tangan dan
air dititiskan terus ke dalam mulut atau bekas Peluh dan Air Kencing
yang tertentu.
Dalam keadaan kritikal, sekiranya
Air Embun ketiadaan pilihan yang lain, peluh dan air kencing
juga boleh diminum.Tetapi ia tidak boleh diambil
Pada waktu pagi sejumlah air yang dengan banyak kerana mempunyai kandungan
mencukupi boleh diperoleh dengan melurut daun urea yang tinggi.
atau rumput dengan jari supaya air yang melekat
pada daun dapat dititiskan ke dalam bekas atau
boleh diminum terus secara menjilatnya.
72 Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
Rekod Khidmat Masyarakat
Projek Asal
Tarikh Jumlah Peserta
Masa Penyeliaan
Tempat Tamat
Bil Aktiviti Lokasi Tarikh Jumlah Pengesahan
Jam Pemimpin
Taman
999 merupakan talian kecemasan Membershkan Keramat 12 Jun 6 jam
yang dikendalikan oleh operator selama 24 1 Balai Raya Taman Kampung 2015
jam. Operator yang menjawab panggilan Pantai
kecemasan 999 ni dinamakan perkhidmatan Keramat Dalam 09 Julai 4 jam
Malaysia Emergency Response Services Memasak makanan Stadium 2015
(MERS) atau Pusat Panggilan Kecemasan 2 bagi mangsa Negara
MERS. kebakaran Kuala
Menjaga Lumpur
Menjalankan khidmat sukarela/ Keselamatan Pelajar 18 Sept 6 jam
aktiviti kemasyarakatan 3 semasa Sambutan 2015
6.3 Hari Kanak-Kanak
peringkat sekolah
Seseorang pengakap muda mestilah telah 4
menjalankan kerja sukarela sepanjang 5
tempoh dia menjadi pengakap muda. 6
Perkhidmatan ini diambil kira sebagai
syarat untuk lulus lencana Maju. Dalam Jumlah Jam Keseluruhan
hal ini penyediaan rekod sangat penting
dalam pendokumentasian tugasan, Berikut
adalah contoh maklumat mengenai tugasan
berkenaan:
Laporan Aktiviti haruslah disediakan selengkapnya berserta gambar.
76 Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
10 Melakukan 2 perkara berikut : -
a. Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah.
b. Keperluan berkhemah.
c. Memasak untuk 2 orang.
D PENGEMBARAAN
1 Jenis kompas dan membaca bereng.
2 Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta.
3 Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan
bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan
laporan bertulis pengembaraan dalam buku log.
4 Ikhtiar hidup.
E PERKHIDMATAN
1 Balutan- kepala, lutut dan lengan.
2 Tindakan kecemasan.
3 Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan.
4 Khidmat sukarela.
78 Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Maju
Biodata Penulis
Dr. Amir Hamzah bin Aman merupakan veteran pengakap yang tidak asing lagi di negara
ini. Penglibatannya dalam pengakap yang sudah melebihi 42 tahun sudah cukup untuk
menggambarkan keilmuannya yang tinggi dalam Pengakap. Beliau bermula sebagai Pengakap
Kanak-Kanak di Sek. Keb. Dato’ Naning, Alor Gajah, Melaka. Kegiatan pengakapnya diteruskan
kepada Unit Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di SMK Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka.
Beliau telah berjaya memperoleh Lencana Jaya sewaktu berada di Tingkatan 2. Setelah Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) beliau terus mengambil 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja dan
pada tahun 1993, beliau telah menjalani Ujian Pentaraf Pengakap Raja negeri Melaka yang telah
diadakan di Kem Puan Tan Chay Yan, Pantai Kundur, Melaka.
Kegiatan Pengakap diteruskan kepada Pengakap Kelana di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai,
Perak dan telah berjaya melatih 2 orang Pengakap Remaja untuk menjadi Pengakap Raja. Kegiatan pengakap diteruskan
di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya beliau telah berjaya mendapatkan manik
kayu bagi 2 unit Pengakap iaitu Unit Pengakap Kanak-Kanak (M4454) dan Unit Pengakap Muda (M7431).
Beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi pensyarah kokurikulum dan jurulatih pengakap bagi institusi
pengajian tinggi awam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1997-2007), Universiti Malaya (2007-2008),
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2008-2014). Walaupun sudah bergelar jurulatih, beliau masih mendalami ilmu
pengakap dengan mendapatkan 2 lagi manik kayu bagi Unit Pengakap Kelana (M9194) dan Unit Pengakap Remaja
(M9534).
Sebagai ahli pengakap yang aktif beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dalam pengakap. Antaranya
termasuklah Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan,
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Pesuruhjaya Program Negara. Jawatan yang disandang bukan
hanya dari segi pentadbiran, malahan latihan seperti Penolong Jurulatih Kebangsaan, Jurulatih Antarabangsa, Pentaraf
Pengakap Raja dan Penilai Utama Anugerah Baden Powell.
'L SHULQJNDW DQWDUDEDQJVD SXOD EHOLDX VHULQJ GLMHPSXW ROHK :RUOG 6FRXW %HUHDX :LOD\DK $VLD 3DFL¿F XQWXN
menjalankan kursus-kursus pengakap di pelbagai negara di dunia seperti Thailand, Indonesia, Filipina, India, Australia,
%DQJODGHVK 9LHWQDP -HSXQ .RUHD 6UL /DQND GDQ ODLQ ODLQ ODJL %HOLDX PHUXSDNDQ DKOL NHSDGD $VLD 3DFL¿F 5HJLRQ
Messengers of Peace Core Team bagi sesi 2019-2022. Beliau telah berjaya mengharumkan nama negara dalam program
Messengers of Peace sejak tahun 2012-2019 dan Koordinator pertama Malaysia yang menerima anugerah Messengers
of Peace Hero pada tahun 2018. Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa termasuklah sebagai ahli Sub Committee
Program (2012-2015), Scouts of The World Award, World Scout Environment Programme, Better World Frame Work
dan Sustainable Development Goal.
Beliau telah banyak melahirkan pemimpin muda lepasan universiti dan institut latihan guru dalam pelbagai unit.
Kebanyakan bekas pelajarnya kini telah memegang beberapa jawatan penting di seluruh negara. Dalam usahanya
untuk membangunkan pengakap di persada negara, beliau telah menulis beberapa buah buku terbitan syarikat buku
tempatan seperti Asas Kepengakapan, Pengakap Kanak-Kanak, Simpulan dan Ikatan, Pengakap Muda, Pengakap
Remaja, Nyanyian Untuk Semua dan lain-lain lagi.