The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2022-11-16 11:00:53

Pengakap Muda Jilid 1

Pengakap Muda Jilid 1

Pengakap Muda 1

Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

Amir Hamzah Aman

2 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

© MK e-Solutions Sdn. Bhd.
ISBN 978-967-19311-7-2
Terbitan Pertama : 2022

PENULIS

Dr. Amir Hamzah bin Aman

Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak
dibenarkan dicetak atau disalin semula, disimpan dalam mana-mana
sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang
bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinfoto, rakaman atau dengan
cara apa jua pun, tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih
dahulu daripada MK e-Solution Sdn. Bhd., Malaysia.

Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab
penulis sepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian
pihak penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Amir Hamzah Aman, Dr., 1967-
Pengakap Muda. (Jilid 1), Lencana Keahlian dan Lencana Usaha / Amir Hamzah Aman.
ISBN 978-967-19311-7-2
1. Scouting (Youth activity)--Malaysia.
2. Student activities--Malaysia.
I. Judul.

369.43

Penerbit:
MK e-Solutions Sdn. Bhd. (803687-K)
6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor
Tel: +603 80644228
Fax: +603 80642050
web: http://mke-solutions.com
e-mail: [email protected]

Dicetak oleh:
CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 05-5262627 Fax : 05-5262205

Pengakap Muda 3

Kandungan iii

Kandungan iv

Prakata 1
3
Bab 1. 1.0 Pengenalan 4

1.1 Unit Pengakap Muda 6
1.2 Program Latihan Pengakap Muda 8
13
Bab 2. 2.0 Pengenalan 14
2.1 Peraturan Pakaian Seragam 15
2.2 Prinsip Rukun Negara 16
2.3 Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Dunia 16
2.4 Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap 20
2.5 Hormat Pengakap dan Cogan Kata Pengakap
2.6 Sejarah Pengakap Malaysia dan Sejarah Pengasas Pengakap - Lord Baden-Powell 22
2.7 Simpulan dan ikatan 23
40
Bab 3. 3.0 Pengenalan 55
3.1 Cita-cita Unggul Pengakap 70
3.2 Kecergasan dan Kesegaran Jasmani 76
3.3 Kemahiran Pengakap
3.4 Kecenderungan dan Minat 83
3.5 Perkhidmatan
86
Senarai Semak Ujian Lencana Kemajuan Pengakap Muda
%LEOLRJUD¿ 87
Biodata Penulis

4 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

Prakata

Tinta Bicara Penulis

Salam Pengakap.

Sekali berpengakap, terus berpengakap. Itulah kata-kata keramat yang saya pegang sejak menjadi ahli pengakap. Sejak
tahun 1979, saya terus berpengakap dan selama itu jualah, segala suka duka saya telah lalui sebagai anak pengakap.

Tujuan penulisan buku ini adalah untuk membantu anak-anak pengakap terutama pengakap muda memahami
dan mampu untuk menjalani program pengakap muda sepenuhnya hingga berjaya mendapatkan Anugerah Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara (Rambu Pengakap Muda) setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya.

Saya berharap buku ini akan menjadi teman kepada pejuang pengakap terutama para pemimpin pengakap muda
yang dahagakan bahan rujukan atau garis panduan untuk mengendali, mengurus dan memantapkan ahli pengakap di
peringkat pertengahan penglibatan mereka. Idea penulisan ini digubah dan disusun berdasarkan kurikulum pengakap
muda dengan berbekalkan pengalaman menjadi pemimpin pengakap muda pada awal menceburi dunia pendidikan.
Buku ini diadun menggunakan kurikulum terkini dan konsepnya mudah dengan memberikan beberapa contoh untuk
menjalankan aktiviti atau pengisian ujian bagi setiap kemahiran.

Saya terpanggil untuk menulis buku ini apabila melihat ketandusan buku-buku rujukan pengakap di Malaysia.
Sebagai pendidik, saya menyahut dan merealisasikan agenda pendidikan negara dengan menghasilkan bahan pembacaan
bermutu untuk sejajar dengan konsep Pendidikan Abad ke-21.

Akhir kata, saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada Persekutuan Pengakap Malaysia, rakan-rakan
pemimpin dan anak-anak pengakap yang sering mencetuskan percambahan idea dalam penghasilan buku ini. Terima
kasih.

Dr. Amir Hamzah bin Aman 15 Ogos 2022
Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Pengakap Muda 1

B1AB

PENGAKAP MUDA

1.0 Pengenalan

Pengakap merupakan satu pergerakan atau pertubuhan sukarela yang tertua di dunia. Pengakap amat sesuai
dianggotai oleh semua peringkat umur dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas. Pengakap
dan berpengakap merupakan dua patah kata yang mempunyai makna berasingan. Pengakap adalah seperti
yang dijelaskan di atas iaitu sebuah pergerakan atau pertubuhan sukarela manakala berpengakap bermaksud
penglibatan ahli dalam pergerakan pengakap.

Sebagai ahli pengakap, ada beberapa sudut yang patut kita lihat dan maksudnya iaitu apa matlamat kita
berpengakap dan apa wawasan kita melibatkan diri di dalam pengakap.

10 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

Nama Daerah Abjad Kumpulan
Tanda nama daerah dipakai pada lengan Tanda abjad kumpulan dipakai pada lengan
sebelah kanan sahaja di bawah nama negeri sebelah kanan sahaja bagi semua ahli pengakap
bagi semua ahli pengakap hingga ke peringkat kelana sahaja. Tanda abjad kumpulan ini
Pesuruhjaya Daerah. dipakai di bawah tanda nama daerah.

Nombor Kumpulan Lencana Keahlian
Tanda Nombor kumpulan dipakai pada lengan Lencana Keahlian (jika telah lulus) hendaklah
sebelah kanan sahaja bagi semua ahli pengakap. di pakai pada saku baju sebelah kiri. Pemakaian
Tanda abjad kumpulan ini dipakai di bawah Lencana Keahlian hendaklah mengikut skema
tanda nama daerah. Pemimpin dan pengakap latihan yang telah ditetapkan mengikut unit.
mesti memakainya untuk menunjukkan identiti
kumpulan mereka.

12 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

Kasut Stoking
Ahli pengakap di peringkat sekolah digalakkan Semua pemimpin pengakap dan ahli pengakap
memakai kasut hitam kanvas sesuai dengan dikehendaki memakai stoking berwarna biru
alam persekolahan mereka. Manakala pengakap tua.
Kelana dan pemimpin pengakap dikehendaki
memakai kasut kulit berwarna hitam.

Sekaf Kebangsaan
Sekaf rasmi kebangsaan iaitu berbentuk tiga segi. Warnanya biru tua dan terdapat jalur putih dan merah di
bahagian tepinya. Sekaf rasmi kebangsaan digunakan dalam semua aktiviti rasmi pengakap. Dalam menjalankan
aktiviti kepengakapan semua ahli dikehendaki memakai sekaf pengakap kebangsaan. Dalam menjalankan
aktiviti luar pengakap hanya dikehendaki memakai sekaf sahaja tanpa berpakaian seragam penuh.

16 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

2.5 Hormat Pengakap dan Cogan Kata Pengakap

1. Hormat pengakap 2. Cogan kata pengakap

Hormat pengakap dilakukan apabila: Kedudukan tangan Pengakap Kanak-kanak
(a) Menemui pengakap lain, sama ada dari dalam semasa hormat – Buat Habis Baik
pengakap Pengakap Muda
atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan – Selalu Bersedia
dan penghormatan. Pengakap Remaja
(b) Menemui pemimpin, penolong pemimpin – Pandang Luas
pengakap, dan ketua patrol. Pengakap Kelana
(c) Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, – Berkhidmat
bendera negeri, dan bendera pengakap.
(d) Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan
dalam istiadat-istiadat menerima anugerah,
sijil, dan sebagainya.

2.6 Sejarah Pengakap Malaysia dan Sejarah Pengasas Pengakap-Lord Baden Powell

A. Sejarah Pengakap di Malaysia

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C. Sands menubuhkan pasukan
Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2 Julai 1910, iaitu 2 tahun setelah Baden Powell
mengasaskan pergerakan pengakap di England.

Pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M.
Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff, juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan
Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M. Laidlow. Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah
G.M. Laidlow meninggal dunia. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.
Hertslet, Frisby, dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang yang berjaya memajukan pergerakan ini.
H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau
Pinang, iaitu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun.

18 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

B. Sejarah Pengasas Pengakap - Lord Baden-Powell

Letakkan di tepi telah diasaskan oleh seorang tokoh berbangsa lnggeris
bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan
nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar
London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8
Januari, 1941. Beliau memperoleh pendidikan awal di Charter House,
London. Bapa beliau bernama Reverend H.G. Baden-Powell ialah
seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah
anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Isteri beliau ialah
Lady Olive Baden-Powell.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya telah meninggal Gambar Lord Baden-Powell
dunia dan beliau tinggal bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana.

ketika zaman persekolahan, Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan di sekolahnya seperti

berlakon, menyanyi, dan menembak. Pada cuti persekolahan, Baden-Powell bersama-sama tiga orang

abangnya sering mengembara dengan berjalan kaki, berkhemah, belayar, dan berperahu. Setelah berjaya

dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera

di India dan Afghanistan pada tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong

setiausaha tentera. Beberapa tahun kemudian, beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan

satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di sana, beliau digelar kantankye yang bermaksud “topi besar”.

Dalam peperangan, Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau
digelar impeesa yang bermaksud serigala yang tak pernah tidur. Pada tahun 1897, BP dianugerahkan
pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke-5. Beliau telah
memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar
scouts (peninjau).

Pada tahun 1899, Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa
berada di Kashmir berjudul Aids to Scouting. Buku tersebut mengandungi kisah peninjauan di India.
Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambah dua rejimen askar
berkuda bagi mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang

20 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

2.7 Simpulan dan ikatan

A. Buku sila (Reef knot)

Kegunaan:

Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan
barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.

B. Bunga geti (Sheet bend) Kegunaan:

Simpulan bunga geti digunakan untuk menyambung dua tali yang
tidak sama saiz, tali licin atau basah. Simpulan ini turut digunakan bagi
menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu
dengan tali kapal. Selain itu. ikatan bunga geti juga berfungsi menyambung
tali yang berlainan saiz. Contohnya menyambung tali perahu dengan tali
kapal.

C. Simpul manuk (Clove hitch)

Kegunaan:
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat

kayu atau sebagainya.

46 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

RUSUK TONGKAT DARI RUSUK TONGKAT

Bahasa Hukuman : Turun… Tongkat .
1. Turun tongkat - satu

a. Kekalkan cengkaman tongkat dengan tangan
kanan.

b. Secara pantas bawa tangan kiri melintang
badan dan cekak tongkat.

c. Siku tangan kiri kekal rapat di badan.

2. Skuad – dua
Turunkan tongkat dari pegangan tangan kanan
dengan kawalan tangan kiri.

3. Skuad – tiga
Secara pantas bawa tangan kiri ke kedudukan asal.

C. Isyarat Tangan dalam Perbarisan

Isyarat tangan adalah satu pergerakan yang unik dalam berpengakap. Isyarat tangan ini digunakan dalam
keadaan tertentu apabila suara tidak boleh digunakan. Contohnya apabila terlalu banyak kumpulan pengakap
di sekeliling kita dan semua ketua kumpulan mereka memberikan arahan. Agak sukar untuk kita mengetahui
mana satukah arahan daripada ketua kita. Apabila berada di dalam hutan, kita juga menggunakan isyarat
tangan untuk mengelakkan bahasa hukuman kita mengganggu haiwan dan menyebabkan haiwan takut dan
menyerang kita. Berikut adalah contoh isyarat tangan:

Lencana Usaha 47

Senang diri Rehatkan diri
Baris
Baris sedia

Isyarat : kedua-dua tangan diluruskan ke Isyarat : Tangan kanan diluruskan ke hadapan
hadapan Tindakan: semua patrol beratur memanjang

Tindakan: Patrol beratur memanjang dari dari hadapan ke belakang dalam satu
hadapan ke belakang barisan panjang

48 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

Isyarat : kedua-dua tangan diluruskan ke Isyarat : tangan kiri dinaikkan ke atas dan
hadapan tangan kanan diluruskan ke sisi

Tindakan: Patrol beratur memanjang dari Tindakan: Patrol beratur memanjang dengan
hadapan ke belakang orang yang rendah di sebelah kanan

Isyarat : kedua-dua tangan diangkat secara Isyarat : kedua-dua tangan didepakan ke
mencapah bentuk V hadapan secara menaikkan tapak
tangan selari dengan mata
Tindakan: Patrol beratur membentuk barisan
lurus dalam bentuk bintang Tindakan: Patrol beratur memanjang dari kiri
ke kanan mengikut susunan

Isyarat : kedua-dua tangan diluruskan ke sisi Isyarat : tangan kanan digerakkan ke kiri dan
Tindakan: Patrol beratur dengan susunan ke kanan secara berterusan

memanjang Tindakan: Patrol membentuk barisan ladam
kuda di hadapan pemimpin

50 Pengakap Muda (Jilid 1)
Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

menyeberang sungai menyusuri gelung

Bergayut merangkak jaring

menyusuri gelung tayar atas tanah menyusuri gelung tayar tergantung

Pengakap Muda 87

Biodata Penulis

Dr. Amir Hamzah bin Aman merupakan veteran pengakap yang tidak asing lagi di negara
ini. Penglibatannya dalam pengakap yang sudah melebihi 42 tahun sudah cukup untuk
menggambarkan keilmuannya yang tinggi dalam Pengakap. Beliau bermula sebagai Pengakap
Kanak-Kanak di Sek. Keb. Dato’ Naning, Alor Gajah, Melaka. Kegiatan pengakapnya diteruskan
kepada Unit Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di SMK Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka.
Beliau telah berjaya memperoleh Lencana Jaya sewaktu berada di Tingkatan 2. Setelah Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) beliau terus mengambil 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja dan
pada tahun 1993, beliau telah menjalani Ujian Pentaraf Pengakap Raja negeri Melaka yang telah
diadakan di Kem Puan Tan Chay Yan, Pantai Kundur, Melaka.

Kegiatan Pengakap diteruskan kepada Pengakap Kelana di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai,
Perak dan telah berjaya melatih 2 orang Pengakap Remaja untuk menjadi Pengakap Raja. Kegiatan pengakap diteruskan
di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya beliau telah berjaya mendapatkan manik
kayu bagi 2 unit Pengakap iaitu Unit Pengakap Kanak-Kanak (M4454) dan Unit Pengakap Muda (M7431).

Beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi pensyarah kokurikulum dan jurulatih pengakap bagi institusi
pengajian tinggi awam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1997-2007), Universiti Malaya (2007-2008),
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2008-2014). Walaupun sudah bergelar jurulatih, beliau masih mendalami ilmu
pengakap dengan mendapatkan 2 lagi manik kayu bagi Unit Pengakap Kelana (M9194) dan Unit Pengakap Remaja
(M9534).

Sebagai ahli pengakap yang aktif beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dalam pengakap. Antaranya
termasuklah Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan,
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Pesuruhjaya Program Negara. Jawatan yang disandang bukan
hanya dari segi pentadbiran, malahan latihan seperti Penolong Jurulatih Kebangsaan, Jurulatih Antarabangsa, Pentaraf
Pengakap Raja dan Penilai Utama Anugerah Baden Powell.
'L SHULQJNDW DQWDUDEDQJVD SXOD EHOLDX VHULQJ GLMHPSXW ROHK :RUOG 6FRXW %HUHDX :LOD\DK $VLD 3DFL¿F XQWXN
menjalankan kursus-kursus pengakap di pelbagai negara di dunia seperti Thailand, Indonesia, Filipina, India, Australia,
%DQJODGHVK 9LHWQDP -HSXQ .RUHD 6UL /DQND GDQ ODLQ ODLQ ODJL %HOLDX PHUXSDNDQ DKOL NHSDGD $VLD 3DFL¿F 5HJLRQ
Messengers of Peace Core Team bagi sesi 2019-2022. Beliau telah berjaya mengharumkan nama negara dalam program
Messengers of Peace sejak tahun 2012-2019 dan Koordinator pertama Malaysia yang menerima anugerah Messengers
of Peace Hero pada tahun 2018. Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa termasuklah sebagai ahli Sub Committee
Program (2012-2015), Scouts of The World Award, World Scout Environment Programme, Better World Frame Work
dan Sustainable Development Goal.

Beliau telah banyak melahirkan pemimpin muda lepasan universiti dan institut latihan guru dalam pelbagai unit.
Kebanyakan bekas pelajarnya kini telah memegang beberapa jawatan penting di seluruh negara. Dalam usahanya
untuk membangunkan pengakap di persada negara, beliau telah menulis beberapa buah buku terbitan syarikat buku
tempatan seperti Asas Kepengakapan, Pengakap Kanak-Kanak, Simpulan dan Ikatan, Pengakap Muda, Pengakap
Remaja, Nyanyian Untuk Semua dan lain-lain lagi.


Click to View FlipBook Version