The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2022-11-19 07:06:11

Pengakap Muda Jilid 3

Pengakap Muda Jilid 3

Lencana Jaya i

Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua

Pesuruhjaya Pengakap Negara

Amir Hamzah Aman

ii Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Pengakap Muda (Jilid 2)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negara

© MK e-Solutions Sdn. Bhd.
ISBN 978-967-0036-00-7
Terbitan Pertama : 2022

PENULIS

Dr. Amir Hamzah bin Aman

Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak
dibenarkan dicetak atau disalin semula, disimpan dalam mana-mana
sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang
bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinfoto, rakaman atau dengan
cara apa jua pun, tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih
dahulu daripada MK e-Solution Sdn. Bhd., Malaysia.

Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawab
penulis sepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian
pihak penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Amir Hamzah Aman, Dr., 1967-
Pengakap Muda. (Jilid 3), Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negara / Amir Hamzah Aman.
ISBN 978-967-0036-00-7
1. Scouting (Youth activity)--Malaysia.
2. Student activities--Malaysia.
I. Judul.

369.43

Penerbit:
MK e-Solutions Sdn. Bhd. (803687-K)
6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor
Tel: +603 80644228
Fax: +603 80642050
web: http://mke-solutions.com
e-mail: [email protected]

Dicetak oleh:
CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 05-5262627 Fax : 05-5262205

Lencana Jaya iii

Kandungan iii
iv
Kandungan 1
Prakata 3
Bab 1. Lencana Jaya 15
Bab 2. Cita-cita Unggul Pengakap 22
Bab 3. Kecegasan dan Kesegaran Jasmani 29
Bab 4. Kepimpinan 52
Bab 5. Kejayaan 59
Bab 6. Perkhidmatan 61
Bab 7. Anugerah Cemerlang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara 65
Senarai Semak Ujian Lencana Kemajuan Pengakap 66
%LEOLRJUD¿
Biodata Penulis

iv Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Prakata

Tinta Bicara Penulis

Salam Pengakap.

Sekali berpengakap, terus berpengakap. Itulah kata-kata keramat yang saya pegang sejak menjadi ahli pengakap. Sejak
tahun 1979, saya terus berpengakap dan selama itu jualah, segala suka duka saya telah lalui sebagai anak pengakap.

Tujuan penulisan buku ini adalah untuk membantu anak-anak pengakap terutama pengakap muda memahami
dan mampu untuk menjalani program pengakap muda sepenuhnya hingga berjaya mendapatkan Anugerah Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara (Rambu Pengakap Muda) setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya.

Saya berharap buku ini akan menjadi teman kepada pejuang pengakap terutama para pemimpin pengakap muda
yang dahagakan bahan rujukan atau garis panduan untuk mengendali, mengurus dan memantapkan ahli pengakap di
peringkat pertengahan penglibatan mereka. Idea penulisan ini digubah dan disusun berdasarkan kurikulum pengakap
muda dengan berbekalkan pengalaman menjadi pemimpin pengakap muda pada awal menceburi dunia pendidikan.
Buku ini diadun menggunakan kurikulum terkini dan konsepnya mudah dengan memberikan beberapa contoh untuk
menjalankan aktiviti atau pengisian ujian bagi setiap kemahiran.

Saya terpanggil untuk menulis buku ini apabila melihat ketandusan buku-buku rujukan pengakap di Malaysia.
Sebagai pendidik, saya menyahut dan merealisasikan agenda pendidikan negara dengan menghasilkan bahan pembacaan
bermutu untuk sejajar dengan konsep Pendidikan Abad ke-21.

Akhir kata, saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada Persekutuan Pengakap Malaysia, rakan-rakan
pemimpin dan anak-anak pengakap yang sering mencetuskan percambahan idea dalam penghasilan buku ini. Terima
kasih.

Dr. Amir Hamzah bin Aman 15 Ogos 2022
Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, Kuala Lumpur

18 Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

h Buka Barisan k Paras

– Barisan hadapan 1 234
melangkah 2 langkah
ke hadapan.

– Barisan belakang
melangkah 2 langkah
ke belakang.

i Tutup barisan

– Barisan hadapan – a) Paras ahli tinggi di tengah
– b) Paras ahli rendah di tengah
melangkah 2 – c) Paras ahli tinggi di kiri
– d) Paras ahli tinggi di kanan
langkah ke belakang. – Cara membuat (dengan memberi hukuman):

– Barisan belakang # yang tinggi ke kanan, yang rendah ke
kiri dalam satu barisan… paras
melangkah 2
# nombor ( pengakap pertama menyebut
langkah ke hadapan. 1, kedua 2, ketiga 3… )

j Langkah Ke Sebelah # yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5
…)
– Hukuman ini dapat diberi dalam 2
pergerakan, iaitu ke kanan dan ke kiri. # yang genap angkat tangan (no. 2, 4,
6…)
– Pengakap yang diberi hukuman
mestilah melangkah kira-kira 20 inci # jatuh (diberi apabila hukuman angkat
ke kanan/ kiri. tangan)

# Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil
ke kanan, nombor genap ke kiri, barisan
genap dan ganjil… paras.

# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.

20 Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

meniti tali meniti papan gantung menyeberang sungai menyusuri gelung

Bergayut merangkak jaring menyusuri gelung tayar menyusuri gelung
atas tanah tayar tergantung

meniti tunggul memanjat jaring Bergayut memanjat tali

24 Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

a. Mencatat nombor-nombor telefon awam yang anda jumpa. Semasa Melakukan
b. Menulis nama kampung atau pekan kecil sepanjang perjalanan itu.
c. Melukis tiga tanda bumi yang berlainan dalam rupa bentuk dan Pengembaraan Patrol, semua

berasal dari tempat-tempat yang berasingan. pengembara perlu mematuhi undang-
d. Mengumpul sepuluh jenis daun serta menamakannya.
e. Mendapatkan nama penghulu atau penolongnya (sidang) undang lalu lintas dan peraturan

kampung yang dilalui. semasa. Keselamatan adalah

tanggungjawab sendiri dan harus

diutamakan. Ketua pengembaraan

perlu membahagikan tugas dan

menjalankannya dengan satu

Isyarat Sulit yang Biasa pasukan, iaitu sistem patrol. Pengakap

perlu ingat agar jangan membuang

masa. Setiap ahli melakukan tugas

yang diberi dan menghabiskan

tugas seberapa cepat mungkin.Ahli

pengembaraan mestilah sentiasa

Terdapat air di Belok ke kiri Ikut arah ini Jangan ikut arah bersopan santun apabila meminta
laluan ini atau kanan ini
pertolongan atau mengemukakan

pertanyaan.Imej dan nama baik

pengakap hendaklah dipelihara.

Pakaian seragam pengakap hendaklah

dipakai semasa perjalanan itu.

Ikut arah ini Ada simpang di Ada pesanan di Saya sudah

hadapan hadapan pulang

Setelah selesai pengembaraan, Para
pengembara perlu menyediakan sebuah log yang
kemas kini dengan menunjukkan rajah,gambar
dan lukisan yang berkenaan. Setiap pengembara
mestilah menyerahkan kepada penguji dalam
tempoh tujuh hari dari tarikh perjalanan bermula.

34 Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai
sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar.
Idea kreatif yang dapat membuka minda atau
pun memberi ilham dalam menggunakan barang
terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.

Lampu eksklusif ini bernilai tinggi walaupun dibuat
daripada bahan terbuang. ini memberi contoh terbaik
bahawa idea kreatif kitar semula sesuatu barang terbuang
mampu menambah nilai dan berharga yang boleh dilakukan
oleh pengakap sebagai hasil kerja tangan.

Gelung-gelung tisu
atau apa sahaja gelung kertas
yang sudah kehabisan isinya,
sudah pasti akan dibuang
begitu sahaja, tetapi jika
diguna semula dengan kreatif,
mampu menjadi barangan
berlainan fungsi yang berguna
dan menawan.

3. Simpul Ngah (Middleman’s Knot) Kejayaan 45
4. Tindih Kasih Air (Water Bowline)

Digunakan untuk membuat tanjul (gelung) di Digunakan untuk mengelakkan simpul
tengah tali sesuai untuk pendaki bukit. Saiz daripada mengetat atau mudah lucut apabila
tanjul ini boleh diubah mengikut kesesuaian ditarik dalam air.
orang itu.

5. Ikatan Pengail (Fisherman,s Hitch) 6. Lilitan Tong (Barrel Hitch)

Ikatan ini kuat dan kukuh. Ia sesuai Simpulan ini digunakan bagi tujuan
digunakan untuk mendaki bukit atau untuk mengikat benda-benda berat seperti tong
‘abseiling/rappelling’. untuk ditarik seperti di dalam kapal, supaya
ia mudah diangkat.

Kejayaan 49

Dengan menggunakan asas ilmu ikatan dan simpulan yang dipelajari, ahli Pengakap boleh membina
struktur dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

50 Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

5.2 Kod fonetik Antarabangsa

Kod Fonetik Antarabangsa lebih
dikenali dengan kod isyarat tangan
di Malaysia. Bagi pengakap muda
seelok-eloknya, anda mestilah
tahu akan tanda isyarat ini bagi
memudahkan anda berkomunikasi
dengan pengakap istimewa apabila
berjumpa dengan mereka. Kod
isyarat tangan ini mudah dikuasai
jika kita selalu berlatih dan
mengamalkannya.

Khidmat masyarakat

Sekali lagi, pengakap muda diuji khidmat masyarakat. Pastikan semua aktiviti khidmat masyarakat yang anda
jalankan semasa mengambil Lencana Usaha dan Lencana Maju dicatat dalam buku log dan disimpan dengan
baik untuk dibawa semasa pentarafan Pengakap Raja nanti.

Seseorang pengakap muda mestilah telah menjalankan kerja sukarela atau khidmat masyarakat sekurang-
kurangnya 3 kali sepanjang tempoh dia menjadi pengakap muda. Perkhidmatan ini diambil kira sebagai syarat
untuk lulus Lencana Jaya. Dalam hal ini penyediaan rekod sangat penting dalam pendokumentasian tugasan,
Berikut adalah contoh maklumat mengenai tugasan berkenaan:

Rekod Khidmat Masyarakat

Projek Asal

Tarikh Jumlah Peserta

Masa Penyeliaan

Tempat Tamat

Senarai Semak Ujian Lencana Kemajuan Pengakap Muda 61

SENARAI SEMAK UJIAN LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP MUDA

Senarai semak ini boleh digunakan oleh Pemimpin Pengakap Muda, Penguji Ujian Lencana Jaya Pengakap Muda “.”
Pengakap Muda itu sendiri dalam memastikan semua ujian berkaitan lencana berkenaan telah dilaksanakan semuanya.

LENCANA JAYA
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri
dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti kepimpinan ketua patrol, khidmat masyarakat, cabaran
aktiviti luar, komunikasi radio amatur, ilmu pertolongan cemas, penyelamat nyawa dan sebagainya. Sebelum layak
mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Maju, (TIGA Lencana Kemahiran dan
TIGA Lencana Perkhidmatan) terdahulu. Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian
berikut : -

Bil Perkara Tarikh Pengesahan Catatan
Penguji

A CITA-CITA PENGAKAP
1 Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Biro

3HQJDNDS 6HGXQLD GDQ %LUR :LOD\DK $VLD 3DVL¿N

2 Sejarah tertubuhnya Malaysia.

3 Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri.

4 Tugas kerja Dewan Undangan Negeri.

5 Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara.

B KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

1 Latihan asas perbarisan.

2 Kawat tongkat semasa berjalan.

3 Halangan komando.

66 Pengakap Muda (Jilid 3)
Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Biodata Penulis

Dr. Amir Hamzah bin Aman merupakan veteran pengakap yang tidak asing lagi di negara
ini. Penglibatannya dalam pengakap yang sudah melebihi 42 tahun sudah cukup untuk
menggambarkan keilmuannya yang tinggi dalam Pengakap. Beliau bermula sebagai Pengakap
Kanak-Kanak di Sek. Keb. Dato’ Naning, Alor Gajah, Melaka. Kegiatan pengakapnya diteruskan
kepada Unit Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di SMK Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka.
Beliau telah berjaya memperoleh Lencana Jaya sewaktu berada di Tingkatan 2. Setelah Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) beliau terus mengambil 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja dan
pada tahun 1993, beliau telah menjalani Ujian Pentaraf Pengakap Raja negeri Melaka yang telah
diadakan di Kem Puan Tan Chay Yan, Pantai Kundur, Melaka.

Kegiatan Pengakap diteruskan kepada Pengakap Kelana di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai,
Perak dan telah berjaya melatih 2 orang Pengakap Remaja untuk menjadi Pengakap Raja. Kegiatan pengakap diteruskan
di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya beliau telah berjaya mendapatkan manik
kayu bagi 2 unit Pengakap iaitu Unit Pengakap Kanak-Kanak (M4454) dan Unit Pengakap Muda (M7431).

Beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi pensyarah kokurikulum dan jurulatih pengakap bagi institusi
pengajian tinggi awam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1997-2007), Universiti Malaya (2007-2008),
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2008-2014). Walaupun sudah bergelar jurulatih, beliau masih mendalami ilmu
pengakap dengan mendapatkan 2 lagi manik kayu bagi Unit Pengakap Kelana (M9194) dan Unit Pengakap Remaja
(M9534).

Sebagai ahli pengakap yang aktif beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dalam pengakap. Antaranya
termasuklah Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan,
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Pesuruhjaya Program Negara. Jawatan yang disandang bukan
hanya dari segi pentadbiran, malahan latihan seperti Penolong Jurulatih Kebangsaan, Jurulatih Antarabangsa, Pentaraf
Pengakap Raja dan Penilai Utama Anugerah Baden Powell.
'L SHULQJNDW DQWDUDEDQJVD SXOD EHOLDX VHULQJ GLMHPSXW ROHK :RUOG 6FRXW %HUHDX :LOD\DK $VLD 3DFL¿F XQWXN
menjalankan kursus-kursus pengakap di pelbagai negara di dunia seperti Thailand, Indonesia, Filipina, India, Australia,
%DQJODGHVK 9LHWQDP -HSXQ .RUHD 6UL /DQND GDQ ODLQ ODLQ ODJL %HOLDX PHUXSDNDQ DKOL NHSDGD $VLD 3DFL¿F 5HJLRQ
Messengers of Peace Core Team bagi sesi 2019-2022. Beliau telah berjaya mengharumkan nama negara dalam program
Messengers of Peace sejak tahun 2012-2019 dan Koordinator pertama Malaysia yang menerima anugerah Messengers
of Peace Hero pada tahun 2018. Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa termasuklah sebagai ahli Sub Committee
Program (2012-2015), Scouts of The World Award, World Scout Environment Programme, Better World Frame Work
dan Sustainable Development Goal.

Beliau telah banyak melahirkan pemimpin muda lepasan universiti dan institut latihan guru dalam pelbagai unit.
Kebanyakan bekas pelajarnya kini telah memegang beberapa jawatan penting di seluruh negara. Dalam usahanya
untuk membangunkan pengakap di persada negara, beliau telah menulis beberapa buah buku terbitan syarikat buku
tempatan seperti Asas Kepengakapan, Pengakap Kanak-Kanak, Simpulan dan Ikatan, Pengakap Muda, Pengakap
Remaja, Nyanyian Untuk Semua dan lain-lain lagi.


Click to View FlipBook Version