Sihat
TINTA
EDITOR
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya terhasilnya majalah edisi Siswa Sihat, edisi pertama ini.
Insya-Allah kami akan terus menyajikan pembaca dengan
edisi yang akan datang yang lebih menarik dan bermanfaat.
Untuk edisi pertama ini, kami kongsikan bersama pembaca
mengenai gaya hidup sihat mahasiswa Universiti Utara
Malaysia (UUM) Sintok. Pelbagai informasi yang di tunjukkan
menjadi perhatian bukan sahaja di kalangan warga UUM
tetapi orang awam juga terutama yang ingin mendapatkan
info tentang kesihatan.
Lebih menarik lagi majalah ini menyajikan pembaca dengan
isu dan berita ringkas terkini yang berlaku di dalam UUM.
Diharapkan segala info yang dikongsikan dapat memberi
manfaat dan inspirasi kepada semua pembaca untuk terus
bersama kami dan menajdikan majalah Siswa Sihat pilihan
orang awam dan para pelajar.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat merealisasikan karja majalah pertama
ini. Teruskan menyebar manfaat kepada orang sekeliling
anda. Sekian, terima kasih.
SIDANG PENGARANG
NORSHAIERA BINTI SAMAT
Ketua pengarang
RABIATUL SHAHMIRA
BINTI MOHD SHAHREL
Pereka grafik
ZULAMRIN BIN ISNO
Editor
SITI NORFARAHAIN
AFIQAH BINTI ROSLAN
Penulis
MOHAMED IMRAN BIN
MOHAMED PUAD
Penulis
ISI KANDUNGAN
01 Artikel Utama 1
Kesihatan mental
02 Artikel Utama 2
03 Langkah mengatasi masalah
mental
04 Artikel Sampingan
Sukan mampu dijadikan
kerjaya sampingan
05 Ruangan Kreatif
Pantun Jagalah Kesihatan
06 Berita Semasa
Majlis Penyerahan Insentif Atlet Sukan
SEA 2021 & Atlet Cemerlang UUM
09 Ruangan Iklan
Snek Sayuran Sihat
KESIHATAN 01 Artikel utama 1
MENTAL
Apa itu kesihatan mental?
Oleh: Siti Norfarahain Afiqah
Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang
individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak
terhadap stress kehidupan, boleh bekerja dengan
produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.
Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada
kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat
berfungsi secara efektif. Kesihatan mental adalah
ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk
menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan
hidup.
Tanda dan gejala kesihatan mental
Gejala dan tanda-tanda kesihatan mental yang terjejas
boleh timbul akibat dari tekanan secara fizikal, sosial
dan persekitaran. Ia terjadi apabila seseorang itu
mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri atau
menangani tekanan. Ia boleh mempengaruhi kesihatan
fizikal dan boleh menjadi di luar kawalan. Ini akan
menyebabkan keadaan fizikal dan emosi seseorang itu
terjejas.
Tiga bahagian utama yang mungkin terjejas adalah:
Fisiologikal : Ia menyebabkan seseorang itu
cenderung untuk mendapat atau memburukkan lagi
penyakit fizikal seperti penyakit jantung dan darah
tinggi, menyebabkan sakit kepala dan kesakitan otot.
Tingkah laku : Prestasi kerja mungkin menurun,
cenderung untuk mengalami kemalangan, tidak hadir
bertugas, bertindak agresif dan mudah marah, sukar
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Psikologi : Timbul rasa tidak puas hati, mudah
terasa, ,murung dan berasa penat secara emosi.
Antara gejala biasa yang menunjukkan kesihatan
mental terjejas adalah panas baran, sukar tidur,
hilang selera makan, turun berat badan, gemuruh,
berdebar-debar dan tidak bersemangat.
02 Artikel utama 2
LANGKAH MENGATASI
MASALAH MENTAL
Oleh: Siti Norfarahain Afiqah
Kesihatan mental yang baik melahirkan
individu yang mampu untuk berdaya
saing. Bagi memperolehi kesihatan
mental yang baik, beberapa langkah
perlu ambil. Antara langkah yang perlu
diambil adalah seseorang individu perlu
berfikir dengan positif pada diri sendiri.
Hal ini dapat kita aplikasikan dengan
mengamalkan bercakap positif pada diri
sendiri. Misalnya, perkataan seperti saya
akan, saya boleh, saya akan cuba, saya
juara, saya disayangi, saya menarik dan
sebagainya. Hal ini akan meningkatkan
daya keyakinan diri.
Kemudian, kita hendaklah membuat
keputusan secara bijak. Sebelum
membuat keputusan, adalah penting
untuk mengetahui fakta-fakta yang
berkaitan. Seterusnya,membuat
pertimbangan antara kebaikan dan
keburukan yang akan dihadapi dalam
pembuatan keputusan. Melibatkan orang
lain juga perlu dalam mencapai
keputusan yang memberi kepuasan
kepada setiap pihak.
03 Artikel utama 2
Cari kawan juga adalah satu langkah untuk
mencapai kesihatan mental yang baik.
Dalam dunia ini, kita memerlukan seseorang
untuk mendengar luahan diri kita. Hal ini
untuk meringankan beban yang mungkin
terpendam. Dalam pemilihan berkawan,
adalah baik untuk mencari seseorang yang
mampu untuk menjaga rahsia kita. Kawan
juga berperanan dalam berkomunikasi agar
kita dapat berbual dan ketawa yang mampu
meringankan tekanan yang sedia ada.
Akhir sekali, belajar untuk menjadi diri
sendiri. Perkara pertama yang perlu
dilakukan adalah buang keinginan supaya
semua orang menyukai diri anda. Kemudian,
buangkan fikiran jika seseorang tidak
menyukai anda, anda perlu bersedih atau
anda gagal. Dalam pada itu, buangkan
fikiran jika ingin disukai orang, anda perlu
melakukan apa yang orang suruh. Adalah
penting untuk anda menjadi diri anda
sendiri. Jika anda meluangkan semua masa
dengan membuat apa yang orang lain
inginkan, anda tidak akan berpeluang untuk
menjadi diri sendiri.
Oleh: Siti Norfarahain Afiqah
04 ARTIKEL SAMPINGAN
TIGA REGANGAN
TERBAIK UNTUK
DILAKUKAN SEBELUM
BERLARI
Berjalan Langkah
Besar
Senaman ini boleh
membantu meningkatkan
julat pergerakan anda SUKAN MAMPU DIJADIKAN
KERJAYA YANG
dengan membantu MENGUNTUNGKAN
meningkatkan fleksibiliti, dan Oleh: Norshaiera Samat
melonggarkan pinggul dan Melihat senario pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura, hampir
60 peratus atlet yang mewakili negara ke temasya itu adalah
hamstring anda penuntut di institusi pendidikan tinggi yang dicungkil daripada
penganjuran SukIPT edisi terdahulu. Melihat prospek ini, sudah tentu
Ini boleh membantu meningkatkan postur dan memberi impak kepada mutu sukan negara pada masa akan datang
keseimbangan, yang boleh memberi manfaat bukan sahaja pada peringkat ASEAN dan Asia, malah ke peringkat
kepada atlet, senaman kasual, dan orang baru Sukan Komanwel serta Olimpik.
kecergasan.
Di Malaysia, bakat sukan dicungkil seawal peringkat sekolah rendah
Regangan Fleksi melalui sukan antara sekolah pada peringkat daerah, negeri dan
Pinggul Berlutut kebangsaan. Namun, tidak ramai anak di Malaysia didedahkan
dengan dunia sukan pada usia muda untuk ditanam minat dan
Regangan fleksor pinggul seterusnya dicungkil bakatnya selepas dewasa.
melutut ialah senaman Karier sejak usia muda
memanaskan badan dan Shalin Zulkifli, nama yang tidak asing dalam sukan boling dan bermain
boling seawal usia 8 tahun. Nicol David, ratu skuasy negara pula mula
menyejukkan badan bermain skuasy seawal usia 5 tahun dan lihatlah bagaimana beliau
begitu cemerlang pada hari ini. Bintang dunia seperti Tiger Woods
untuk otot fleksor pinggul (golf), Roger Federer (tenis), Christiano Ronaldo (bola sepak), Kobe
Bryant (bola keranjang) dan Lewis Hamilton (pemandu F1) adalah
Otot fleksor pinggul antara watak yang sinonim dalam kancah sukan dunia yang
memulakan karier mereka pada usia muda. Sukan dijadikan karier
pendek atau ketat boleh sepenuh masa oleh bintang ini dan kejayaan mereka ini pasti
dikenang sepanjang zaman. Jika dilihat kepada pendapatan diperoleh
Oleh itu, adalah penting untuk meregangkan atlet dunia ini, sukar untuk kita membayangkan rata-rata mereka
otot ini untuk mengekalkan postur yang sihat adalah jutawan yang berpendapatan puluhan, malah ratusan juta
dengan kerap. ringgit hasil kemenangan, gaji dan tajaan yang mereka peroleh.
Regangan Sisi Bagaimanapun, untuk mencapai ke tahap itu bukanlah perkara
mudah. Kesabaran, keazaman dan semangat tinggi serta tidak kenal
Senaman regangan sisi erti berputus asa perlu tersemat dalam diri atlet terutama yang mahu
bertapak di persada dunia. Untuk Malaysia melahirkan lebih ramai
meregangkan dan lagi atlet berprestasi tinggi, fasiliti dan kemudahan sukan bukanlah
isu utama pada masa ini kerana semua sudah tersedia serba canggih.
menguatkan otot Komitmen syarikat korporat selaku entiti yang memberi penajaan
juga jarang mengecewakan. Kebanyakan syarikat korporat ini sedia
intercostal. Ini adalah otot memberi jutaan ringgit sebagai pelaburan dalam bentuk penajaan
selagi mana sukan atau atlet itu mampu mempamer kecemerlangan.
antara tulang rusuk. Mereka Lihat sahaja situasi bola sepak negara pada hari ini, ratusan juta
dilabur demi meraih pulangan jangka masa panjang di samping
membantu menyokong merancakkan persaingan dan pembangunan industri sukan itu
sendiri.
tulang rusuk.
Untuk melakukan regangan sisi: Duduk di kerusi ARTIKEL SAMPINGAN
yang kukuh dengan kaki rata di atas lantai atau
berdiri dengan kaki dibuka selebar pinggul.
PANTUN 05 Ruangan kreatif
JAGALAH
KESIHATAN Anak ikan di dalam sampan
Terkena jerat dek bubu rotan
Janganlah makan berlebih-lebihan
Nanti mudarat seluruh badan
Bersama teman di hujung pekan
Berjamu enak lauk ikan
Memilih makanan selamat dimakan
Yang berlemak elok jauhkan
Sambil raikan hari kebesaran
Mendengar ucapan satu kemenangan
Banyaklah makan sayur-sayuran
Sihatlah badan membawa ketenangan
Karya: Najib Tarubus
Penulis
Teka silang kata
07 Berita semasa 1
MAJLIS PENYERAHAN
INSENTIF ATLET SUKAN
SEA 2021 & ATLET
CEMERLANG UUM
Oleh: Mohammed Imran Mohammed Puad
Penerima Insentif adalah Pasukan
Taekwondo yang telah memenangi 1
pingat perat & 5 pingat gangsa dalam
National Varsity Taekwondo
Championship 2022, Saudari Nur
Nadhirah dari sukan Boling Padang yang
memenangi pingat emas dlm Kejohanan
lawan Bowls IPT 2022 & .
Saudari @shazwanaajak
pemenang pingat perak di
Sukan SEA 2021, Hanoi
lalu.
Tahniah & syabas
diucapkan kepada
para atlet. Teruskan
kecemerlangan
anda demi UUM!
By Claudia Alves
Photographer
08 Berita semasa 2
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
KAMPUS SIHAT UUM
Oleh: Mohammed Imran Mohammed Puad
Buat semua warga Universiti Utara Malaysia, dijemput Sehubungan itu,
untuk hadir bagi Pelancaran Program Kampus Sihat bagi menjayakan
"UUMFIT" Peringkat UUM 2022 yang akan berlangsung majlis tersebut. Majlis akan bermula
pada 5 Julai 2022 (Selasa). Pelbagai aktiviti menarik pada 8.30 pagi. Disamping itu, Program
menanti anda seperti Aerobic, Body weight workout, juga ditempatkan di Stadium UUM dan
cabutan bertuah dan juga Mata PBU untuk siapa yang peserta juga diingatkan memakai
menghadiri. pakaian sukan.
09 Ruangan iklan
SNEK SAYURAN
BERKHASIAT
MMBTieaeebnndaggaseabnnkaoydhlaueannsnggtrpkioaeflinnbge&ar ws&ihevatittamin
Hanya SM
SS
RM 19.00
RM 22.90
Dapatkan segera snek Snek sihat dan enak!
berasaskan sayur- Sesuai dinikmati di mana
sayuran OVOCHI! sahaja.
Hearty Beauty HQ @hearty_beauty heartybeautyhq