The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL
SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

"GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH"

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SARAHAH, 2024-06-23 02:04:52

HIDUP SIHAT TANPA DADAH

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL
SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

"GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH"

2024 TAJUK: “HIDUP SIHAT TANPA DADAH” BUKU SKRAP DIGITAL TEMA: “GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH”


PENGHARGAAN Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak kerana menganjurkan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan 2024. Pertandingan ini telah memberi peluang kepada kami untuk mecungkil potensi diri kami dan melibat diri secara aktif dalam program PPDa. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Guru Besar SK Kampung Teh Mukah iaitu Encik Jupiter Anak Ata dan guru-guru sekalian yang sentiasa memberikan dorongan kepada kami. Terima kasih juga kepada guru pembimbing kami iaitu Cikgu Nur Sarahah binti Mohd Supian yang sentiasa memberikan tunjuk ajar sepanjang kami menghasilkan buku skrap digital ini. Terakhir sekali, terima kasih buat ibu bapa dan rakan-rakan kami yang sentiasa memberikan kata semangat yang tidak berbelah bahagi kepada kami.


BIODATA DARIUS ARRON BIN RENOLEY TAHUN 6 YBE3405 SK KAMPUNG TEH AIVEN CHRIST BIN FEDLIS TAHUN 6 YBE3405 SK KAMPUNG TEH FAIROZA AIFEN HIRMAN TAHUN 6 YBE3405 SK KAMPUNG TEH NUR SARAHAH BINTI MOHD SUPIAN GURU AKADEMIK YBE3405 SK KAMPUNG TEH


CIRI-CIRI DADAH Mempuyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya adalah dilarang. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial. Diperolehi secara haram. APA ITU DADAH? Dadah ialah bahan psikoaktif yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan “penyalagunaan” yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama istilah “DADAH’. Dalam hal ini, perkataan “penggunaan” atau “penagihan” adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.


OPIAT JENIS-JENIS DADAH KANABIS DEPRESEN STIMULAN HALUSINOGEN Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol, termasuk alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya. CIRI-CIRI PENAGIH DADAH APA ITU DADAH? Toleran meningkat. Gejala tarikan Merasa terdesak (gian) Tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah Cenderung untuk menagih semula setelah berhenti.


BIL UBAT DADAH 1 Ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit. Dadah tidak bersifat sedemikian tetapi memudaratkan kesihatan. 2 Ubat tidak memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minima seperti pening kepala, panas badan dan mengantuk. Kesan ini akan hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan. Dadah akan memberi kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat yang berkekalan (withdrawal) walaupun pengambilan dan penggunaannya dihentikan. 3 Ubat tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda seseorang yang menggunakannya. Semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda seseorang. Oleh itu, dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaannya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, pindaan 1982. APAKAH PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN DADAH?


APAKAH KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA? 1.Meningtis (penyakit jangkitan otak) 2.Tetanus(penyakit kancing gigi) 3.Endokarditis(penyakit jangkitan jantung) 4.AIDS,Hepatitis B,C dan D 5.Bisul, Kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain. 6.Kerosakan paru-paru dan hati. 7.Kerosakan sistem penghadam(zat makanan tidak mencukupi) 8.Kerosakan buah pinggang 9.Otot-otot badan mengecut menyebabkan badan lesu dan tidak bermaya. 10.Berat badan menurun. 11.Kemungkinan akan lumpuh. BAGAIMANAKAHKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN GEJALA DADAH? Memilih rakan sebaya yang sentiasa bersikap positif. Bersukan. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.


KESIMPULAN Dadah telah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan nilai-nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal) adalah bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup hanyalah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Oleh itu, kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada pengambilan dadah secara suntikan atau pengambilan dadah melalui mulut. Generasi masa kini haruslah menjauhkan diri daripada gejala dadah agar dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni terutamanya bagi mewujudkan sekolah bebas dadah.


Click to View FlipBook Version