The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

teknik manipulasi OPM untuk tebalkan poket diri (edisi bijak wang dengan ASBF)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ross Yasim, 2022-05-31 12:11:51

teknik manipulasi OPM untuk tebalkan poket diri (edisi bijak wang dengan ASBF)

teknik manipulasi OPM untuk tebalkan poket diri (edisi bijak wang dengan ASBF)

BIJAK WANG DENGAN ASBF
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Sebelum kita pergi jauh, jom kita berkenalan dulu apa itu ASBF.
ASBF ni adalah salah satu instrumen pembiayaan yang pihak bank tawarkan kepada
bumiputera untuk lebih cepat, pantas dan tangkas memenuhkan ASB masing-masing.
Pernah dengar tak ayat ni:
“hutang baik membuatmu kaya, hutang jahat membunuh mu”

“Alaaaaaa...kenapa nak buat pembiayaan kalau kita mampu konsisten simpan dengan
jumlah yang banyak setiap bulan?”
“Profit bank ambil tinggi sangat la. Sampai 5.2%. Keuntungan ASB biasanya 7% je...mana
nak untungnya? Marjin untung hanya 1.8%! Lebih baik kita simpan sendiri bulan-bulan ke
ASB, Dah tentu kita dapat penuh 7%. Tak perlu kongsi dengan bank! yeayyyyyyy.....”

Sumber: Worldbizweek, Mac 2019 *kadar berubah mengikut tawaran semasa*

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

“Kau buat pembiayaan bank untuk ASB kau..entah-entah kau tak dapat untung pun. Tapi dah
tentu bank yang akan untung nanti. Rugi weiiiii...baik kau tak payah buat!”

Sumber:Google

“Pada kau buat ASBf tu, baik kau letak je duit kau dekat bank rakyat, boleh dapat 13%!
Jauh lebih tinggi daripada kau buat ASBf yang hanya dapat 1.8% lepas tolak profit bank..
apelaaaa”

Punyala susah nak labur dalam saham koperasi Bank Rakyat ni, kalau ada pun terhad dan bersyarat. Sumber: Berita harian
online

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

“Wei..kau buat ASBf tu berapa tahun? 30 tahun?35 tahun? Sampai bila kau nak bayar
hutang?gila ke dah pencen nanti tapi ASbf kau tak habis bayar pun lagi...ate ke naya weii...”
“Bukanke hukum ASB tu HARAM tak patuh syariah?? Kau nak ke makan benda haram??”

Sumber: Berita harian onli

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Haaaaa....bukan ini je momokan momokan berkenaan ASBf yang kita dengar. Banyak lagi tau.
Tapi takpe kita rileks saja, biasanya momokan momokan ni keluar daripada mulut orang yang buat
ASBf tanpa ilmu dan yang tak pernah pun buat ASBf...
Dalam buku ni, akan terjawab dengan sendirinya akan kesahihan semua momokan di atas.
“Chill and Check it out” orang kelate kata...

Sumber: google

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

BIJAK BAJET

Sumber: Malaysian insider, 2013

Laporan menunjukkan 90% isi rumah tiada simpanan di luar bandar, dan 86% isi rumah di bandar yang
tiada simpanan. Ada yang jumlah simpanan tak sampai RM1000.00 pun. Sedihnya sebuah kenyataan.
Tak takut ke kita tergolong dalam golongan tu. Saya? mestilah tak nak!.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Sumber: RinggitPlus
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Daripada 100% golongan yang diisyhtiharkan bankrap. 70% adalah di kalangan rakyat yang berumur
30 hingga 40 tahun...aduhh makin beratla tanggungan kerajaan nanti..

Sumber: Awani

Daripada kenyataan ini, kita dah boleh agak tahap kesedaran kewangan keluarga kita, kawan-
kawan kita, saudara mara kita. TIADA KESEDARAN BAGAIMANA HENDAK MERANCANG
WANG.
Step yang pertama yang perlu dilakukan untuk jadi bijak wang, adalah kita perlu bijak merancang
BAJET. perasan ke tidak setiap penggal akhir tahunan negara akan bentangkan bajet bagi tahun
kehadapan.
Macam tu juga kita, bagi yang dapat pendapatan secara bulanan, kita mulakan dulu dengan bajet
bulanan, seterusnya baru boleh pelan bajet tahunan, baru kita boleh letakkan matlamat jangka
pendek, sederhana, dan panjang...barulah nampak yang hidup kita ni bermatlamat!

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Macamana cara nak bajet? Disini saya sertakan formula yang rata-rata orang guna.
40% gaji adalah untuk keperluan

30% gaji adalah untuk simpanan dan pelaburan
5% gaji adalah untuk ibu bapa

5% hingga 10% gaji adalah untuk perlindungan takaful
10% gaji untuk liburan atau belanja anak-anak dan isteri.

5% ke 10% gaji untuk kegunaan lain.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

TABUNG KECEMASAN

Sumber: google

Selepas kita dah berjaya ikut bajet yang kita tetapkan. Next adalah kita penuhkan tabung kecemasan.
Tabung kecemasan pun ada formula. Mula-mula kita buat 3 bulan gaji. Kalau gaji kita RM2 500 sebulan,
pastikan kita dah ada tabung kecemasan sekurang kurangnya RM7 500.
Kenapa pentingnya tabung kecemasan ni?
Tabung inilah yang akan kita guna diwaktu kecemasan, contohnya tetiba tayar kereta meletup, kita
dah ada dana yang nak diguna untuk tukar tayar, tak perlu untuk tebalkan muka meminjam dengan
kawan atau saudara.
Tapi pastikan dana kecemasan tadi diletakkan di tempat yang mudah dicairkan, contohnya di ASB,
ASB2, atau di Tabung haji.
Pastikan juga selepas guna dana kecemasan tadi, penuhkan balik kepada nilai asal iaitu RM7 500.

Kalau dah lepas kumpul 3 bulan gaji, boleh kumpul 6 bulan gaii pula, iaitu RM16 000.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

CARA CEPAT KUMPUL DANA KECEMASAN

Sumber: google

Susah untuk konsisten simpan untuk penuhkan dana kecemasan? Apalagi, kita gunakan fasiliti yng
disediakan oleh bank iaitu ASB financing, ASBf atau pembiayaan ASB.
Buat pembiayaan islamik ASB sebanyak RM50 000. Katakan profit bank adalah 5.2%, Tempoh
pembiayaan adalah 35 tahun dengan bayaran RM259 sebulan. Takaful dalah pilihan.
Cukup 4 tahun, awak terminate sijil tadi, awak akan dapat:
Dividen terkumpul dan nilai pokok serahan sijil = RM 17 780.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Lihat! Kita akan dapat kumpul banyak dalam masa yang singkat bila kita gunakan duit bank,
berbanding dengan kita sendiri simpan RM259 ke dalam ASB, kita hanya dapat RM14 317.
Awak akan dapat untung lebih RM3463 bila awak gunakan duit bank, lagipula akan mengajar
awak untuk lebih berdisiplin dalam menyimpan.
Opss, sebelum tu..agak-agak berapa % keuntungan yang awak dapat sebenarnya kalau awak
gunakan OPM (other people's money) ni?
Jom kita tekan kalkulator sama-sama.
Modal RM 259 x 48 bulan = RM12432
Nilai akhir pelaburan RM 17 780.
Nak guna kalkulator apa ni?
Awak guna financial calculator, pilih ROI (return on investment) calculator. Original investment awak
masukkan jumlah modal RM 12 432. Ending investment awak masukkan RM17780.
Akan keluarlah jawapan, compounding annual return 9.36%.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Jadi, awak untung ke awak rugi?
Jawapannya UNTUNG!
*pengiraan berdasarkan pendapat individu tidak mewakili mana-mana pihak
*tempoh pembiayaan adalah berfungsi untuk kurangkan bayaran bulanan sahaja, dan bukan
bermaksud kita terikat untuk membayar sehingga 35 tahun, janji dah dapat dividen dah boleh
terminate sijil. INGAT ya, mesti dapatkan dividen dulu baru terminate sijil. Setahun kumpul dividen
pun dah boleh terminate tauuuuuu....
* maksimum tempoh pembiayaan adalah 35 tahun terhad sehingga umur 65 tahun-- 2019
* maksimum tempoh pembiayaan adalah 40 tahun terhad sehingga umur 70 tahun-- 2020
* Lain bank lain tawaran*

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

BELI RUMAH DAHULU

Sumber: google

Anak muda yang baru mulakan kerja, yang baru pegang hasil atau awak panggil duit gaji tu,
jangan terburu-buru beli kereta. Tiada salahnya awak pakai je motorsikal masa belajar tu dan
awak beli rumah dahulu.
"Apa? Beli rumah dulu? Mana ada orang buat macam ni? Biasa orang akan beli kereta dulu la!
Barula dikatakan berduit, kalau beli rumah orang tak nampak kita berduit!"
Ye la nak, sebab tu list bankrap banyak...sebab ramai berfikir macam awak..hihihi
Kalau beli rumah dulu, awak masih berpeluang untuk beli kereta. Tetapi jika awak beli kereta
dahulu, awak mungkin tiada peluang untuk beli rumah
Kalau awak nak banyak duit, awak beli rumah dulu dn awak sewakan. Awak pulak duduk je bilik
sewa. Takpun rumah awak tu kan ada 3 bilik, satu awak duduk, 2 lagi sewakan..awak boleh duduk
free rumah tu, orang lain yang bayarkan. Faham ke faham?
Ok, tak mau ajar macamana nak beli rumah, kalau awak nak belajar awak boleh pergi cari buku
hartanah yang berlambak kat pasaran tu.
Cuma kat sini saya nak tunjukkan salah satu cara yang awesome kata orang kelate. Cara
awesome beli rumah dengan fasiliti ASBf.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

CARA CEPAT KUMPUL DEPOSIT DAN INSTALLMEN BULANAN
RUMAH

Sumber:google

Katakan rumah yang awak nak beli tu harga RM150,000. Sekurangnya kena standby 10% deposit
plus 5% legal dan evaluation fee. Jadi kena ada modal lebih kurang RM22,500.
Ok macam ni, katakan kalau rumah harga RM150,000 tempoh 35 tahun, bulanan RM600..nak tak
nak awak kena bayar juga bulanan rumah tu nanti kan? Kalau kira bayaran setahun adalah
RM7,200..jadi campur dengan deposit tadi..awak sediakan modal sebanyak RM22,500 + RM7,200 =
RM29,700.
Jadi, sebelum membeli rumah. Jomlah bina tabungan dulu..takde tabungan macamana nak beli
rumah kalau skill nak dapat rumah tanpa modal pun takde ye tak?hehe...
Mohon ASBf dengan bulanan yang sama dengan bulanan rumah nanti.
Ambil asbf RM135,000, bulanan RM600, tempoh 35 tahun dengan profit bank 5.2%. Takaful
adalah pilihan *pengiraan berdasarkan tanpa takaful dan 7% dividen ASB.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Cukup kumpul 3 tahun dividen dah dapat RM30,380.
Dah boleh bayar deposit 15% dan ada baki sebanyak RM30,380 - RM22,500= RM7,880
Baki yang RM7,880 tu awak keluarkan RM7,200 untuk awak bayar bayaran bulanan rumah untuk
setahun.
Lepas tu awak teruskan bayar je ASBf sebab rumah awak dah lum sum untuk setahun, jadi tak
payah pening dah.
Sampai tempoh habis bayar rumah, duit simpanan awak kat ASB sekurangnya dah ada
RM135,000.
Rumah dapat, simpanan padat
Berapa komitmen awak untuk dapat rumah RM150,000 dan simpanan sebanyak RM135,000 tu?
Jawapannya = RM600/bulan sahaja.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

BELI KERETA GAYA AWESOME

Sumber: google

Bila tabung kecemasan dah ada, rumah pun dah ada, mesti awak teringin nak beli kereta kan?
Takkan nak tengok je member bawak kereta..mesti awak pun teringin kan? Tapi awak kena ingat nak
beli kereta pun ada formula tau!
Kalau awak nak beli kereta yg boleh menjaga keselamatan poket awak. Awak ikut je formula yang
rata-rata pakar kewangan cadangkan.

20% deposit
10% gaji untuk bayaran bulanan

4 tahun sahaja pembiayaan
Ponnnn...ponnnn

Atau boleh guna pakai formula yang ini:
Gaji sebulan x 12 = harga kereta

Pastikan harga kereta tidak melebihi setahun gaji kita

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

CARA KURANG MENYESAL BELI KERETA

Sumber: Google

Kalau awak tak dapat nak ikut formula kat atas, tetapi awak nak jugak beli kereta, awak boleh
ikut cara ni:
Contoh jika awak nak beli Bios yang berharga RM90 000 sebulan dengan bayaran bulanan
RM900 untuk tempoh 9 tahun.
Setahun sebelum awak beli kereta, mohon dulu asbf RM 172 000 bayaran bulanan sama dengan
bulanan kereta iaitu RM900 sebulan.Tempoh 35 tahun, profit bank 5.2%
Bila ASB umumkan dividen 7%, awak dah ada:
RM172 000 x 7%= RM12 040
Keluarkan sebanyak RM900x 12 bulan= RM10 800 untuk bayaran kereta setahun. Awak pergi la beli
kereta dan bayar siap-siap untuk setahun.
Jadi sekarang awak hanya perlu teruskan bayar asbf sahaja. Untuk bayar kereta, awak tunggu
bayar secara tahunan dengan dividen asb sahaja.
Awak ulang je cara ni sampai habis bayar kereta awak.
Bila dah habis bayar kereta, paling kurang awak dah ada simpanan sebanyak RM20,000.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Rajah menunjukkan amaun sijil ASB RM172,000, dengan profit rate 5.2% untuk tempoh 35 tahun.
Bulanan lebih kurang RM891.00

Amortizatiom schedule pada bulan ke 108 (9 tahun x 12 bulan =), baki sijil menunjukkan RM152,113.
Jadi amaun sijil yang telah kita bayar bersamaan RM172,000 – RM152,113 = RM19,887. Ini baru

wang pokok, belum dicampur baki dividen lagi. Best kan?

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

CARA NAK JIMAT MENYUMBANG TAKAFUL

Sumber:google

Okay, bila masuk bab takaful, ramai orang rasa ianya berat dan merugikan...apalaaa takaful ni, ini
semua judi sebab konsepnya memperjudikan nasib!
Haaaaa....inilah kata-kata orang yang tak pandai bajet pendapatan dia dan tak faham macamana
takaful tu berfungsi..
Yang memperjudikan nasib tu adalah konsep insurans, kita kan dah ada takaful yang
menggunakan konsep "derma bersyarat"!
Dah la dapat perlindungan dapat lagi pahala! Faham ke faham?
Kita kena tahu yang takaful nilah yang bertindak sebagai gol atau gawang kewangan kita semua, ia
berfungsi sebagai pelindung kepada harta-harta yang kita ada apabila berlaku sesuatu yang tidak
kita ingini..
Takaful adalah 'baseline' dalam kita merancang kewangan
Jom cekidout cara yang awak boleh lakukan dalam menyumbang takaful. Sumbangan takaful untuk
diri sendiri dan juga perserta lain.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Katakan awak berumur 30 tahun, masih tiada takaful...baru tersedar akan kepentingan takaful.
Takpe, sumbangan masih lagi rendah untuk yang berumur macam awak...kira masih lagi murah kalau
baru nak mula..

"Better late than never" haaa gitteww..

Katakan awak ambil hibah takaful sebanyak RM200 000. Sumbangan bulanan awak lebih kurang
RM45 sebulan untuk tempoh 20 tahun.
Katakan setahun yang lepas Awak dah mohon ASBf RM10 000 dengan bulanan RM55, dengan
takaful, profit bank 5.2% dengan andaian dividen ASB 7% untuk tempoh 35 tahun.
Tahun pertama, awak akan dapat

RM10 000 x 7% = RM700.

Lepas tu awak keluarkan amaun RM45 x 12 = RM540, bagi membayar setahun sumbangan
takaful. Sekarang awak dah ada hibah takaful RM200 000 berserta Simpanan pelaburan ASB
RM10 000.
Selepas bayar sumbangan setahun takaful, awak masih ada lagi baki RM180 dividen untuk
compounding dividen bagi tahun seterusnya.
Jadi pada tahun kedua:

RM10 180 x 7%= RM 712, awak ulang perkara yang sama untuk sumbangan takaful, bakinya
awak tinggalkan untuk compounding dalam ASB tu.
Awak ulang je cara ni sampailah takaful awak dah capai tarikh matang iaitu 20 tahun.

Katakan tiada apa yang tidak diingini berlaku ke atas awak, paling kurang awak dah ada
simpanan ASB sebanyak RM7000.
Bila awak buat macam ni sebenarnya modal yang awak keluarkan untuk hibah takaful RM200
000 tadi hanya RM45 x12 bulan x 20 tahun = RM10 800 - RM7000 = RM3 800.

LIHAT!! awak hanya mengeluarkan modal RM55 sebulan sahaja untuk awak punyai perlindungan dan
juga pelaburan

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Ok, katakan berlaku perkara yang tidak diingini terhadap peserta takaful, automatik peserta akan
dapat RM200 000 jika berlaku hilang upaya menyeluruh kekal dan ada lagi simpanan pelaburan di
ASB paling kurang Rm10 000
Jika berlaku kematian ke atas peserta, waris akan terus dapat hibah takaful sebanyak RM200
000, dan harta ASB yang akan difaraidhkan sebanyak RM10 000.
Faham ke faham ni? Ke penulis je yang faham?haha...
Ini kita kenali sebagai teknik pairing ASB dengan Takaful
*pastikan anda mohon ASBf beserta takaful*
Penting ke takaful ni? Betul ke takaful ni? Siapa yang ada pengalaman punya jawapan yang cukup
berbeza dengan yang tiada pengalaman.
Takaful adalah asas kewangan yang paling utama dan tidak boleh dilengahkan untuk memilikinya.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

CARA AWESOME KUMPUL MODAL UNTUK TRAVEL

Sumber: google

Travel? Sesiapa je suka travel ni..yelah dapat melihat keindahan dan kebesaran Allah swt dalam
menciptakan alam ini
Dapat menenangkan minda dan menyucikan jiwa..ahaksss!!
Ah kerja penat-penat, nak juga merasa pergi bercuti goyang-goyang kaki kat tempat orang ye
tak??
Katakan tahun depan awak nak travel ke korea, bajet keseluruhan adalah lebih kurang RM 7000.
Untuk cukupkan RM7000 ni, sekurang-kurangnya awak kena simpan RM584/bulan selama
setahun. RM584 X 12 BULAN = RM7008.
Tapi, nasib baik awal tahun haritu awak dah mohon ASBf sebanyak RM100 000, bulanan hanya
RM518, profit bank 5.2% tempoh 35 tahun. Andaian dividen ASB adalah 7% dan takaful adalah
pilihan.
Bila Januari ASB akan Umumkan dividen, awak akan dapat:
RM100 000 x 7% = RM7000.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Dengan RM7000 ni awak terus boleh travel ke Korea misalnya. Jika awak terminate sijil ASB
awak, awak akan dapat simpanan lagi sebanyak RM1000
Tetapi dinasihatkan jangan terminate dulu, supaya tiap-tiap tahun awak ada modal untuk travel
tempat lain pula. Senang nanti nak ke Mekah tunaikan umrah ke haji ke....seronoknyaaaaa!
Wait!wait!....tadi saya ada bagitahu yang awak perlu simpan RM584 sebulan untuk awak
cukupkan RM7000 kan?
Tapi OPM iaitu asbf awak hanya perlu keluarkan modal RM518 x 12 bulan = RM6216 sahaja
untuk awak dapat RM7000 kos Korea bersama wang saku RM 1000.
Inilah yang dikatakan BIJAK!

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

SENANGNYA KUMPUL MODAL NAK KAHWIN

Sumber: google
Adam dah 3 bulan bekerja dengan pendapatan RM3000 sebulan. Adam adalah seorang yang pandai
merancang kewangan. Adam ada mohon ASBf RM200 000, tempoh pembiayaan selama 35 tahun,
profit bank 5.2% dengan bulanan RM 1040.
Dia ni berjaya menyekat kehendak untuk beli kereta Honda city dan hanya naiki motorsikal lama
sahaja untuk ke mana-mana. Jadi dia boleh simpan 1/3 daripada gajinya sebulan.
Adam ada pelan kumpul modal untuk berkahwin walaupun sekarang dia masih belum punya calon,
tetapi dia rasa normal dan ada keinginan untuk mendirikan rumahtangga.
Adam bajet dia akan berkahwin dalam 3 tahun lagi.
Jadi berapa yang Adam dapat kumpul selama 3 tahun?
Andaian dividen ASB adalah 7%
Tahun pertama
RM200 000 x 7%= RM14 000
Tahun kedua
RM214 000 x 7%= RM14980
Tahun ketiga
RM228980 x 7%= RM16028

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Ditakdirkan adam jumpa jodoh dan memerlukan RM 20 000 kos kahwin. Itu cuma hal kecil bagi adam
sebab adam dah ada RM 28989 + RM16028 = RM45 017
Bila Adam keluarkan kos kahwin, dia masih ada lagi baki sebanyak RM 25 017 dalam akaun ASB nya.
Dan sebagai hadiah perkahwinan kepada isteri terchenta, Adam mula mencari rumah sebagai
hadiah. Dia mampu untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM200 000.

Sumber: google

Fuhhhh lega Adam! Sebab dia tak perlu buat personal loan atau hutang koperasi untuk
berkahwin. Adam bijak!

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

MUDAHNYA JANA RM95,000 DALAM MASA 5 TAHUN

Sumber: google

Macamana nak kumpul RM95 000 dalam masa 5 tahun? Jangan terkejut, benda boleh kira pakai
kalkulator, congak-congak tak boleh tauuuu…
Macam ni, mohon ASBf RM200 000, tempoh 35 tahun dengan profit bank 5.2%, takaful adalah
pilihan. Bulanan RM 1040
Andaian dividen ASB adalah 7%
Kita gunakan financial calculator
Total dividen terkumpul untuk 5 tahun = RM 83 525
Surrender value bila tamatkan sijil = RM11 509
Jumlah = RM95 034
Apa yang kita boleh buat dengan RM 95 000 ni?
Orang yang bijak akan gunakan wang mereka supaya dapat digandakan lagi.
Orang ajet-ajet kaya akan gunakan untuk joli..joli katak nama dia

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

CARA MUDAH PENCEN JUTAWAN

Sumber: google

Mohon ASBf RM200 000, Tempoh 30 tahun, profit bank 5.2%, takaful adalah pilihan...dengan
andaian dividen ASB 7%.dan kita niatkan untuk bina tabung persaraan. Awak istiqamah je
bayar bulanan RM1100 sebulan selama 30 tahun..
Berapa pelaburan awak pada 30 tahun akan datang?
Tekan je financial calculator dan masukkan jumlah mengikut gambar rajah di bawah:

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Berapakah yang awak akan ada?
Jawapan: RM1.6 juta.
Pencen kaya beb...jutawan tu..
Lepas tu awak biar je dia compounding dalam ASB tu...tiap tahun hanya guna dividen je untuk
hidup..itu pun dah dapat RM117 000 setahun...sebulan RM9700..perghhhhhhh..boleh hidup
senang dah tu, tapi jangan lupa awak tolak juga kenaikan inflasi...RM9700 nanti awak pencen
dan harini tak sama okeh!
"Alaaaa rugila kalo buat pembiayaan sampai 30 tahun!, baik kita simpan sendiri je, kita
kaut untung sorang-sorang, buat apa kayakan bank? Simpan sendiri lagi untungkan?"
Awak jangan spekulasi ya, benda boleh kira tekan kalkulator buat apa spekulasi, matematik
tidak menipu ok! 2+2 tetap jadi 4...takkan pernah jadi 10..faham?
Jom saya buktikan!

kiraan berdasarkan simpanan terus ke ASB secara bulanan RM1100 tanpa gagal sepanjang
30 tahun; hasinya masih lumayan iaitu RM1.3 juta.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Dan jika dengan ASBF
Kalau simpan sendiri rm1100 bulan-bulan ke ASB, awak akan dapat RM 1 349 796.
Dengan ASBf awak akan dapat RM1 623 299.
Beza sebanyak RM1 623 299 - RM1 349 796 = RM273 903
1. Bezanya untung lebih RM200 000 kalau dengan ASBf!!!
2. Dan awak akan lebih istiqamah juga berdisiplin dalam menyimpan untuk melabur.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

CARA JANA 100% RETURN DALAM MASA 5 TAHUN

Ni kalau sebut mesti korang tak percaya kan? Banyak je pelaburan yang boleh menjana 100%
return ni, tapi lain-lain medium la. Salah satu contoh mediumnya adalah Unit trust ataupun
saham. Dengan ASB biasa agak sukar kita nak jana 100% return dalam masa singkat, kecuali
kita menggunakan fasiliti ASBF ni.

Betulke boleh dapat 100% dalam 5 tahun? Skim cepat kaya ke apa ni?
Dik non! Kalau skim cepat kaya takdela nak suruh hang tunggu 5 tahun..mungkin dalam 5
bulan je
Jom belajar, macamana nak dapat 100% return dalam masa 5 tahun!

Mohon ASBf RM200 000, tempoh 30 tahun, profit bank 5.2%, bulanan RM1100, takaful
adalah pilihan dan andaian dividen ASB dalah 7%.
Katakan awak bayar hanya untuk taahun pertama sahaja, iaitu keseliruhan modal adalah
RM1100 x 12 bulan = RM 13 200..
Bila ASB isytihar dividen, awak akan dapat

RM200 000 x7% = RM 14 000.
Jadi untuk tahun kedua, awak bayar ASBF hanya menggunakan dividen yang awak dapat.
Teknik ini kita kenali sebagai Rolling dividen.dan ulang step ini sehingga 5 tahun. Berapa
yang kita akan dapat?
RM200 000 x 7% = RM14 000 - RM13 200 = RM800

RM200 800 x 7% = RM14 056 - RM13 200 = RM856

RM201 656 x 7% = RM14 115 - RM13 200 = RM915

RM202 571 X 7% = RM14 180 - RM13 200 = RM980

RM203 551 X 7% = RM14 248
Jumlah dividen yang awak kumpul selama 5 tahun adalah bersamaan degan RM17 799
Bila dah dapat dividen bagi tahun ke 5, dan awak pi terminate sijil. Awak akan dapat nilai
serahan sijil sebanyak RM15 828.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Jadi jumlah keseluruhan pelaburan adalah RM17 799 + RM15 828 = RM33 627
Berapakah modal yang kita keluarkan?
Ya hanya RM13 200
Berapa RM untung?
RM33 627 - RM13 200 = RM20 427
Berapa % untung?
RM20 427 ÷ RM13 200 x 100% = 154.75%

Original investment : RM13 200
Ending investment : RM 33 627
Term: 5 years
Return on investment: 154.75%
Simple annual ROI : 30.95%
Compound annual ROI: 20.57%
Itu banyak ok!!!

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Compound annual ROI tu ibaratnya kalau awak melabur duit sendiri, tiap-tiap tahun ASB bagi dividen
20.57% selama 5 tahun tanpa gagal.
Mustahil kan? Tapi boleh capai dengan ASBF. Tapi..tapi…tapi… orang tak percaya sebab orang lebih
percaya kepada skim cepat kaya, invest harini minggu depan dapat “pulangan”. Yang senaknya pokok
hilang, hanya dapat “pulangan”..hahahaha
Haaa 20.57% compound annual ROI, dah macam dapat return unit amanah je turrrr???
Tapi unit amanah ni , return dia awak Nampak lambatla. Maksud lambat kat sini, return dia awak tak
Nampak terus dividen tu dalam masa setahun. Mungkin tahun pertama awak Nampak rugi, kedua pun
rugi, tahun ketiga baru Nampak untung sikit, tahun keempat rugi balik, tapi tahun kelima terus
Nampak untung mungkin 90%, 100%, atau mungkin 150%, tapi boleh juga 50% je dia ikut market
trend. Kena ada teknik dan gaya orang bijak melabur. Haha….
Saya pernah melabur satu dana unit trust..4 tahun nampak rugiiiii je, tahun kelima dia melonjak naik
70%. Bila kira balik, return yang saya dapat lebih kurang 11.8% compounded annually. ASB kena
bagi dividen tahunan tetap 11.8% baru menyamai return unit trust dana yang saya masuk ni.
Best, tapi lain padang, lain gelanggang, lain caranya…..keyword dia adalah DIVERSIFY.
Faham ke faham?

“Do not put all your eggs in one busket” sumber: google

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

TEKNIK LANGSAI AWAL PINJAMAN KERETA

Sumber: google

Umum tahu yang loan kereta adalah flat rate, macamana flat rate tu.
Macam ni, kalau kereta harga RM80 000, rate 4%, Tempoh 9 tahun. Maknanya bank akan kira
siap-siap keuntungan dia untuk 9 tahun tu.
Contoh kiraan macam ni
RM80 000 x 4% = RM3 200, bank ambil keuntungan RM3 200 setahun, kalau 9 tahun RM3 200 x
9 = RM28 800
Jadi berapa bayaran bulanan kereta?
RM80 000 + RM28 800 = RM108 800
RM108 800÷ 108 bulan = RM1008 sebulan
Awak dah terlajak buat loan kereta RM 1008 sebulan, tetapi nasib baik Alhamdulillah awak ada
juga ASBf RM200 000 yang awak konsisten bayar bulanan.
Lalu awak plan untuk setel awal hutang kereta, sebab nak dapat rebat penyelesaian awal
pinjaman kereta.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Tahun pertama, awak dapat dividen, ambil dividen tu dan langsaikan terus setahun bayaran
kereta iaitu RM12 096, dan bulanan kereta awak teruskan juga bayar macam biasa.
Jadi setahun awak dah bayar RM24 192
Tahun kedua jadi RM48 384

Tahun ketiga jadi RM72 576

Tahun keempat kena bayar RM92 800 sahaja sebab dapat rebat selesaikan kereta awal.

Jadi total bayar kereta RM92 800 sahaja, jimat RM16 000!!!
Dan simpanan dah ada sekurangnya RM12 000 dengan ASBf.
Tahun kelima terus awak boleh menabung kembali RM2108 sebulan, iaitu teruskan ASbf
RM1100 macam biasa dan tambahan RM1008.
Dengan lebihan ini awak boleh letakkan dalam unit amanah. Katakan di dalam fund yang boleh bagi
return 8% setahun. Dalam 30 tahun lagi awak dah ada RM1.4 juta di unit amanah.
Dan ASB awak dah ada RM1.5 juta. Total awak dah ada RM2.9 juta..
Dah cukup kaya dah tu..boleh pencen bergaya dan goyang kaki pi tuntut ilmu fardhu ain dah

*ustaz kata orang kita ni balighnya lambat, umur 55tahun baru baligh..Masa tu lah baru nak pi

Belajar ilmu Fardhu ain (sebab baru pencen) ...jangan buat malu macam ni ya kawan, kita kena
kejer akhirat nescaya dunia awak dapat

Sumber: google
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

TEKNIK KUMPUL RM34,000 DALAM MASA 2 TAHUN

Sumber: google

Mohon ASBF RM200 000, tempoh 35 tahun, bulanan1 040, profit bank 5.2%, takaful adalah pilihan
dengan andaian dividen ASB 7%.
Awak konsisten je bayar bulanan sehingga 2 tahun dan terminate sijil.
Total dividen= RM29 961
Surrender value = RM4 249
Jumlah= RM34 210
Atau boleh terus kira melalui gambar rajah di bawah:
Gambar ke 2, ambil jumlah maturity value iaitu RM229 961 - balance bulan ke 24 pada
amortization schedule iaitu RM195 751
RM229 961- RM195 751 = RM34 210

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

CARA CEPAT LANGSAI RUMAH OWNSTAY

Sumber: google

Ada banyak cara yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan awal pembiayaan perumahan, salah
satunya dengan menggunakan kaedah:
1. Pre-lum sum payment
2. Akaun 2 kwsp
3. Bayar secara mingguan atau setiap 2 minggu
4. Bayar lebih. Contohnya RM50 setiap bulan.
5. Pairing dengan ASBF
Di sini saya nak sentuh salah satu cara di atas iaitu cara 5; dengan menggunakan teknik pairing
ASBF.
Kiraan adalah dengan anggapan loan rumah yang jenis Flexi-loan atau semi Flexi loan.
Contoh kes :

harga pembiayaan rumah RM120 000, profit rate 4.5%, tempoh 30 tahun, bulanan RM570.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Mohon ASBf dengan amoun yang sama bulanan rumah iaitu RM570. Jadi boleh dapat ASBf RM110
000, tempoh 35 tahun, profit bank 5.2%. Bulanan Rm570.

Caranya adalah, bayaran rumah awak bayar macam biasa. ASBF juga awak bayar macam biasa.
Bila ASB declare dividen:
RM110 000 x 7% =RM7 700.
Awak keluarkan RM6840 untuk bayaran setahun rumah.
Jadi dengan beranggapan awak telah membayar bulanan rumah awak RM570+RM570 =
RM1140.

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Berapa tahun awak jimat untuk bayar rumah?

Lihat!!
Awak telah dapat membayar rumah daalam masa 135 bulan sahaja, iaitu bersamaan dengan 11 tahun
3 bulan sahaja.

Dan....
Awak dapat jimat sebanyak RM85 000!!! Sangat banyak!!!

Jom langsai awal rumah own stay

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

TEKNIK GANDA SIJIL, MODAL TIDAK BERUBAH

Anis hanya bergaji RM2500. Dia hanya mampu simpan dan labur lebih kurang 20% daripada
gajinya iaitu RM520 sebulan. Tetapi dia mahu punyai sijil ASB RM200 000.
Adakah jalan penyelesaian untuk Anis?
Mestilah ada, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Anis mohon ASBF RM100 000, tempoh 35 tahun, profit bank 5.2%, bulanan RM520, takaful
adalah pilihan dengan andaian dividen ASB 7%.

Tahun pertama:
RM100 000 x 7%= RM7000 - RM6240 = RM760,
Anis keluarkan dividen RM520 x 12 = RM6240 untuk membayar setahun sijil yang kedua yang
bernilai RM100 000.
Dan baki dividen dibiarkan terkompaun dalam ASB.

Jadi disini, sijil kedua anis dibayar dengan dividen sijil pertama. Dan Anis hanya perlu bayar bulanan sijil
pertama sahaja. Sekarang, Anis sudah punyai sijil ASB maksimum iaitu RM200 000 dengan bulanan
RM520 sahaja.

Tahun kedua:
Sijil pertama:
RM100 760 x 7% = RM7053- RM6240 = RM813

Sijil kedua:
RM100 000 x 7% = RM7000

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Tahun ketiga
Sijil pertama
RM101 573 x 7% = RM 7110
Sijil kedua
RM107 000 x 7% = RM7490

Anis menamatkan sijil, untuk buat modal beli rumah. Berapa jumlah yang Anis dapat?

Total dividen (sijil 1 dan 2)= RM7110 + RM7490 +RM7000 RM813 + RM760 =
RM 23 173

Surrender value sijil 1 = RM3 272
Surrender value sijil 2 = RM2 125
Jumlah = RM5 397

Jumlah besar = RM5397 + RM23 173 = RM28 570!
Dengan hanya menyimpan RM520 konsisten selama 2 tahun dengan ASBf, Anis dapat menjana
keuntungan sebanyak RM9000
Hanya dengan sedikit teknik, Anis dapat lebih keuntungan. Kalau Anis memilih untuk melabur terus
ke ASB RM520 sebulan selama 3 tahun, Anis juga mendapat untung

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

Anis tetap dapat untung, cuma kurang RM8000 berbanding Anis menyimpan melalui ASBF
ASBF is the most powerful tool for investment

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

MODAL KECIL, TAPI TERINGIN NAK ADA RM200,000 DALAM SIMPANAN

Macam mana nak buat tu??
Katakan awak ada modal sebanyak RM12 800 sahaja. Awak boleh mohon ASBf RM200 000
tempoh 35 tahun profit bank 5.2%. Awak mohon bersama takaful untuk tempoh 35 tahun.
Awak bayar je RM12 800 untuk tahun yang pertama. Bagi tahun yang seterusnya awak bayar
menggunakan dividen, teknik rolling dividen. Awak rolling je dividen sampai 35 tahun. Awak akan dapat
lebih kurang RM200 000 dalam ASB.
Dengan hanya modal RM12 800, awak mampu ada simpanan RM200 000 untuk 35 tahun akan
datang..
Berapa keuntungan tahunan awak dapat?

Perghhhhh...mudahnya kumpul wang

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF

PENUTUP

Ini adalah sebahagian teknik-teknik yang boleh kita memanipulasi duit orang lain atau disebut OPM
(other people’s money) untuk keuntungan kita.
Segala contoh pengiraan yang ditunjukkan dalam perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman
peribadi sahaja dan tidak mewakili mana-mana pihak.
Figura-figura yang diberi boleh berubah mengikut keadaan, contohnya profit rate bank, dividen yang
diberi oleh pihak ASB, tempoh pembiayaan dan sebagainya.
Walaupun, figura-figura ini akan sentiasa berubah, kita tidak boleh nak mengawalnya, jadi apa yang
boleh kita kawal adalah target kita.
Buatlah dengan berpegang kepada target asal kita.
Dividen akan sentiasa turun dan naik, bergantung kepada ekonomi semasa. Tetapi saya tidak pernah
dengar lagi orang menyesal ambil asbf ni, sesalan yang biasa kita dengar adalah datangnya daripada
orang yang tak jelas apa yang dia lakukan. Tak pandai nak mengira, tak pandai nak tekan kalkulator.
Dan bait-bait “sesalan” “omokan” juga biasanya datang daripada orang yang tak pernah pun ambil
fasiliti ASBF ni, dan mereka tidak tahu macam mana pengiraan juga teknik yang dilakukan apabila kita
mengambil peluang yang diberi oleh pihak bank ini.
Akhir kata, nak mulakan sesuatu kita mulakanlah dengan ilmu. Bila berilmu kita tidak akan tersasar
daripada apa yang kita impikan. Insya-Allah.
“Ignorance” adalah pilihan.
Kita boleh memilih menjadi orang yang tak ambil peduli, sikap tak ambil peduli kita tu bukanlah
menyebabkan orang lain rugi. Tetapi kerugian itu adalah kepada diri sendiri.

Sekian dulu perkongsian untuk kali ini.

Gunakanlah perkongsian ini untuk disesuaikan dengan matlamat diri, lain orang lain matlamat, lain
kemampuan dan lain tahap pemahaman.
Semoga perkongsian ini juga menjadi asbab kebaikan yang diberi ganjaran oleh ALLAH swt. Aamiiin.

Assalamualaikum semua..

“Hutang yang baik boleh membuatmu jadi kaya, hutang jahat boleh membunuhmu”

BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim

BIJAK WANG DENGAN ASBF
BIJAK WANG DENGAN ASBF | Ross Yasim


Click to View FlipBook Version