The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-07 05:07:27

15.3 Kitar Haid

15.3 Kitar Haid

15.3 Kitar Haid

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

HAID Apabila perempuan mencapai akil baligh



Peranan Hormon Dalam Kitar Haid

Dikawal oleh otak dan sistem endokrin
- Merembeskan hormon

Hormon yang terlibat dalam kitar haid

Hormon Peranan
Estrogen
1. Bertindak memulih dan memperbaiki dinding
Progesteron uterus yang telah rosak selepas haid tamat.

Hormon 2. Merangsang kelenjar pituitari untuk
peluteinan (LH) merembeskan LH.
Hormon
perangsang • Merangsang penebalan dinding uterus dan
folikel (FSH) menyediakannya untuk menerima ovum yang -
telah disenyawakan.

• Menyekat rembesan FSH oleh kelenjar pituitari
untuk memastikan tiada folikel Graaf
Iberkembang.

• Mengurangkan rembesan LH untuk menghalang
pengovulan.

• Merangsang pengovulan.
• Merangsangkan pembentukan korpus luteum.

• Merangsang pertumbuhan folikel dalam ovari.



Peranan Hormon Dalam Kitar Haid

Ketika haid, kelenjar pituitari dirangsang untuk merembeskan hormon perangsang
folikel (FSH) yang merangsang perkembangan folikel.

Folikel primer di dalam ovari akan membentuk folikel Graaf.

Perkembangan folikel pula akan merangsang perembesan hormon estrogen.

Estrogen akan memperbaiki dinding uterus dan menyebabkan dinding endometrium
menebal untuk persediaan penempelan zigot.
Apabila aras estrogen mencapai satu peringkat, ia merangsang kelenjar pituitari untuk
merembeskan hormon lain yang dipanggil hormon peluteinan (LH).

LH akan merangsang pengovulan pada hari ke-14. Oosit skunder dibebaskan dari
folikel Graaf.
Selepas pengovulan, folikel Graaf yang tertinggal di dalam ovari akan membentuk
korpus luteum.
Korpus luteum akan merembeskan satu lagi hormon yang dipanggil progestron.
Progestron berfungsi untuk mengekalkan ketebalan dinding endometrium.
Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan merosot dan aras
progestron semakin berkurangan. Dinding endometrium akan terurai dan haid
bermula.
Sekiranya persenyawaan terjadi, korpus luteum akan kekal dan hormon progestron
terus dirembeskan untuk mengekalkan ketebalan dinding endometrium.

Peranan Hormon dalam Kitar Haid

Kelenjar Pituitari FSH LH FSH LH

lobus Korpus luteum
anterior

Perkembangan folikel
folikel Graaf dan Graaf
korpus luteum di
dalam ovari

Dinding uterus
Paras estrogen
Paras progestron

Proses Ovulasi, Persenyawaan, Pembahagian
Sel dan Penempelan

1. Semasa persanggamaan, lebih kurang 400 juta sperma dibebaskan.

2. Sperma akan melalui vagina, uterus dan tiub Fallopio.

3. Dalam tiub Fallopio, sperma pertama yang sampai kepada oosit sekunder akan
menembusi membran telur.

4. Kemasukan sperma merangsang oosit sekunder mengalami meiosis II. Satu
ovum dan satu jasad kutub dibentuk.

5. Nukleus di dalam sperma akan bercantum dengan nukleus ovum membentuk
zigot. Proses ini dipanggil persenyawaan.

6. Telur yang disenyawakan dikenali sebagai zigot.

7. Zigot akan mengalami mitosis untuk membentuk zigot peringkat dua sel.

8. Kedua-dua sel kemudian membahagi membentuk zigot peringkat empat sel.

Sambung

Peranan Hormon dalam Kitar Haid

9. Selepas itu, mitosis berlaku dan membentuk zigot yang mempunyai beratus-
ratus sel.

10. Apabila zigot sampai ke dalam uterus, satu bebola yang terdiri daripada
beratus-ratus sel disebut morula terbentuk.

11. Morula kemudian berubah menjadi bebola berongga dipanggil blastosista.
Blastosista mengandungi lapisan luar sel dan sekelompok sel dalam.

12. 7 hari selepas persenyawaan, blastosista akan melekat dan terbenam pada
lapisan endometrium uterus. Proses ini dikenali sebagai penempelan.

13. Semasa proses penempelan, lapisan luar blastosista akan melekat pada dinding
endometrium menggunakan unjuran yang dipanggil vilus trofoblas.

14. Kelompok sel dalam blastosista akan berkembang membentuk embrio.

4. Embrio
menempel di
dinding uterus
dan membentuk

fetus

3. Zigot 2. Jika ovum hadir 1. Sperma
membahagi di dalam tiub berenang ke
falopio, dalam faraj
dan
membentuk persenyawaan akan
berlaku(hasilkan
embrio. zigot)

NOTA TAMBAHAN

Peranan hormone dalam kitar haid





















SOALAN OBJEKTIF DAN STRUKTUR

15.3 Kitar Haid

4.2 Soalan 2012 – Kertas 1

Antara yang berikut, manakah yang merangsang pengovulan?

A Aras LH yang tinggi
B Aras FSH yang tinggi
C Aras estrogen yang tinggi
D Aras progesteron yang tinggi

4.2 Soalan 2009 – Kertas 1

Seorang isteri mengalami masalah kesukaran pengovulan.
Rawatan hormon yang manakah paling sesuai untuk membantu isteri
tersebut mengalami pengovulan?

A Hormon perangsang folikel
B Hormon peluteinan
C Progesteron
D Estrogen

4.2 Soalan 2009 – Kertas 1

Rajah di bawah menunjukkan perkembangan folikel dari hari pertama hingga hari ke-15
dalam kitar haid.

Apakah yang akan terjadi pada struktur P selepas hari ke-15?
A Merosot
B Merangsang penghasilan hormon perangsang folikel (FSH)
C Berkembang menjadi korpus luteum
D Berkembang menjadi folikel sekunder

4.2 Soalan 2008 – Kertas 1

Rajah di bawah mewakili rembesan dua jenis hormon dalam kitar haid seorang perempuan.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
I Peningkatan aras hormon J membaik pulih lapisan endometrium
II Penurunan aras hormon J mengaruh penurunan aras hormon K
III Peningkatan aras hormon K merangsang pengovulan
IV Penurunan aras hormon K merangsang haid
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

TAMAT


Click to View FlipBook Version