The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-02-02 20:22:14

2.1 Struktur dan Fungsi Sel

2.1 Struktur dan Fungsi Sel

BAB 2 : BIOLOGI SEL
DAN ORGANISASI SEL

2.1 Struktur dan Fungsi Sel

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

2.1 Struktur dan Fungsi
Sel

Struktur dan Fungsi Sel

SEL MERUPAKAN UNIT ASAS SEMUA BENDA HIDUP.

Komponen dalam sel haiwan
dan sel tumbuhan

 MITOKONDRION
 SENTRIOL
 JASAD GOLGI
 MEMBRAN PLASMA
 LISOSOM
 NUKLEUS
 RIBOSOM
 JALINAN ENDOPLASMA



MITOKONDRION

 Komponen sel berbentuk
rod atau sfera

 Terdiri daripada dua
lapisan membran, iaitu
membran luar yang licin
dan membran dalam
yang berlipat-lipat

 Mengandungi enzim
yang terlibat dalam
respirasi sel

FUNGSI
MITOKONDRION

 Tapak penjanaan
tenaga melalui proses
pengoksidaan glukosa
semasa respirasi sel

 Tenaga dijana dalam
bentuk molekul ATP
(adenosina trifosfat)
untuk digunakan oleh
sel

SENTRIOL

 Struktur silinder kecil
yang wujud secara
berpasangan dalam
sel haiwan

 Terdiri daripada
susunan mikrotubul
kompleks

 Tidak wujud dalam
sel tumbuhan

FUNGSI
SENTRIOL

 Membentuk gentian
gelendong semasa
pembahagian sel
dalam sel haiwan

JASAD GOLGI

 Terdiri daripada satu
timbunan kantung pipih
selari yang setiap
satunya dilapisi oleh
membran unit tunggal

 Membran baharu
ditambah pada satu
hujung jasad Golgi dan
vesikel digentingkan
dari hujung yang satu
lagi.

FUNGSI

JASAD GOLGI

 Memproses,
mengubah suai,
membungkus dan
mengangkut bahan
kimia seperti protein,
karbohidrat dan
glikoprotein
(gabungan
karbohidrat dengan
protein)

MEMBRAN PLASMA

 Membran luar yang menyelaputi
keseluruhan kandungan sel

 Dibina daripada protein dan fosfolipid
 Selaput nipis dan kenyal
 Bersifat telap memilih

FUNGSI MEMBRAN
PLASMA

 Mengasingkan kandungan sel daripada
persekitaran luar

 Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke
luar sel

 Membenarkan pertukaran nutrien, gas respirasi
dan bahan buangan antara sel dan
persekitarannya

LISOSOM

 Kantung sfera kecil
yang diselaputi oleh
membran tunggal

 Mengandungi enzim
lisozim (enzim
pencernaan)

FUNGSI LISOSOM

 Menghidrolisis molekul
organik kompleks
seperti protein, asid
nukleik dan lipid

 Menguraikan bakteria
dan komponen sel
yang rosak

NUKLEUS

 Komponen paling
besar dalam sel

 Berbentuk sfera,
padat dan dilingkungi
membran nukleus
yang mempunyai
liang

 Nukleus mengandungi
kromosom, nukleolus
dan nukleoplasma.

FUNGSI
NUKLEUS

 Mengawal segala
aktiviti sel

 Mempunyai
kromosom yang
mengandungi asid
deoksiribonukleik
(DNA).

 DNA menentukan
ciri sel dan fungsi
metabolisme

RIBOSOM

 Granul kecil, padat dan
berbentuk sfera

 Terdiri daripada protein
dan asid ribonukleik (RNA)

 Ribosom terdapat pada
permukaan jalinan
endoplasma kasar atau
wujud bebas dalam
sitoplasma.

FUNGSI RIBOSOM

 Merupakan tapak
sintesis protein

JALINAN
ENDOPLASMA

 Terdiri daripada satu sistem rongga
ceper berlipat yang bersambungan

 Membran jalinan endoplasma
membentuk jalinan berterusan dengan
membran nukleus.

 Terdapat dua jenis jalinan endoplasma

 Jalinan endoplasma kasar mempunyai
ribosom yang terlekat pada
permukaannya

 Jalinan endoplasma licin tidak
mempunyai ribosom

JALINAN
ENDOPLASMA

 Sistem pengangkutan bahan dalam sel

 Menyediakan permukaan luas untuk
perlekatan enzim dan tindak balas
biokimia

 Jalinan endoplasma kasar
mengangkut protein yang disintesiskan
oleh ribosom.

 Jalinan endoplasma licin mensintesis
dan mengangkut gliserol dan lipid
serta menjalankan detoksifikasi dadah
dan hasil sampingan metabolisme.



VAKUOL

 Kantung berisi cecair iaitu sap sel.

 Vakuol dikelilingi oleh membran
tonoplas.

 Sel tumbuhan muda mempunyai banyak
vakuol bersaiz kecil manakala sel
tumbuhan matang mempunyai vakuol
bersaiz besar.

 Vakuol bagi sel haiwan adalah kecil.

 Sap sel mengandungi air, asid organik,
gula, asid amino, enzim, garam mineral,
oksigen, karbon dioksida dan hasil
sampingan metabolisme.

FUNGSI VAKUOL

 Air meresap ke dalam vakuol sel
tumbuhan dan sel menjadi segah.

 Dalam haiwan unisel, vakuol
mengecut terlibat dalam proses
pengosmokawalaturan, osmosis
dan perkumuhan.

KLOROPLAS

 Berbentuk bujur
 Terdiri daripada dua lapisan membran

Mengandungi pigmen klorofil pada grana
yang memberikan warna hijau kepada
tumbuhan

FUNGSI KLOROPLAS

 Klorofil menyerap cahaya matahari dan
menukarkannya kepada tenaga kimia semasa
fotosintesis.

SITOPLASMA

 Terdiri daripada medium
seperti jeli yang
mengandungi komponen
sel terampai

 Mengandungi sebatian
organik (seperti protein,
lipid dan karbohidrat)
serta sebatian tak organik
(seperti ion kalium)

FUNGSI
SITOPLASMA

 Bertindak
sebagai
medium bagi
tindak balas
biokimia
dalam sel

DINDING SEL

 Satu lapisan luar
yang kuat dan
tegar

 Dibina daripada
gentian selulosa

 Bersifat telap
sepenuhnya

FUNGSI DINDING SEL

 Mengekalkan bentuk sel
tumbuhan

 Memberikan sokongan
mekanikal kepada sel
tumbuhan

Perbandingan
dan perbezaan

komponen
antara sel

haiwan dan sel
tumbuhan



BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

ANALISIS SOALAN 2.1
STRUKTUR DAN FUNGSI SEL

Kertas 1 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
Kertas 2 - - - 2 2 1 1 -
Kertas 3
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
- - - - - 1 1
2010
2005 2006 2007 2008 2009 - 2011 2012
- - - - - - -

Biologi Tingkatan 4

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Soalan 2012 – Kertas 1

1. Rajah di bawah menunjukkan satu sel tumbuhan.

Apakah organel Q?
A Vakuol
B Kloroplas
C Mitokondrion
D Jasad Golgi
2. Organel manakah yang terlibat dalam pembentukan gentian gelendong ?
A Nukleus
B Ribosom
C Lisosom
D Sentriol

Biologi Tingkatan 4

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Soalan 2011 – Kertas 1

Seorang atlet bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara maraton di Sukan
Olimpik. Dia memulakan latihan daya ketahanan pada hari X.
Graf yang manakah menunjukkan perubahan bilangan mitokondrian dalam sel otot
kakinya?

AB

D
C

Biologi Tingkatan 4

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Soalan 2010 – Kertas 1

Pernyataan berikut adalah ciri – ciri suatu struktur sel.
- Telap kepada semua cecair
- Tegar dan tidak kenyal

Struktur manakah yang mempunyai ciri-ciri ini?
A Vakuol
B Dinding sel
C Jasad Golgi
D Membran plasma

Biologi Tingkatan 4

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Soalan 2009 – Kertas 1

Rajah di bawah menunjukkan satu sel haiwan.

Apakah P, Q, dan R? Q R
Retikulum endoplasma Vesikel
P Nukleus
A Nukleus kasar Kromosom
B Vesikel Kromosom
C Mitokondrion Jasad Golgi
D Mitokondrion Biologi Tingkatan 4
Retikulum endoplasma
kasar

Retikulum endoplasma
licin

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Soalan 2008 – Kertas 1

Rajah di bawah menunjukkan satu sel haiwan.

Apakah organel P?
A Vakuol
B Ribosom
C Mitokondrion

D Jasad Golgi

Biologi Tingkatan 4

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Soalan 2008 – Kertas 1

Organ manakah mengandungi sel-sel yang mempunyai kepadatan retikulum
endoplasma kasar yang paling tinggi?
A Perut
B Jantung
C Otak
D Buah pinggang

Biologi Tingkatan 4

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Soalan 2012 – Kertas 2
Rajah di bawah menunjukkan struktur satu sel tumbuhan.

(a) (i) Namakan sturuktur P dan Q. [2 markah]
P: ____________________________________________________
Q: ____________________________________________________ [2 markah]
[2 markah]
(ii) Nyatakan kompenen yang membina sturuktur P dan kandungan Q. [2 markah]
Struktur P:
Biologi Tingkatan 4
Kandungan Q:
(b) Terangkan satu ciri struktur P yang berkait dengan fungsinya

(c) Terangkan satu peranan sturuktur Q kepada tumbuhan herba.

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Soalan 2011 – Kertas 2

Rajah di bawah menunjukkan sejenis organel yang terdapat dalam sel otot. Tindak balas
biokimia berlaku dalam organel tersebut.

(a) (i) Namakan organel ini.

[1 markah]

(ii) Terangkan mengapa membran X adalah dalam bentuk lapisan yang berlipat-
lipat.

[1 markah]

Biologi Tingkatan 4

TAMAT


Click to View FlipBook Version