The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-14 05:32:01

10.3 Mekanisme Denyutan Jantung

10.3 Mekanisme Denyutan Jantung

Bab 10 Pengangkutan
dalam Manusia dan
Haiwan

1.3 Mekanisme Denyutan Jantung

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Mekanisme Denyutan
Jantung

■ Struktur utama yang terlibat dalam mekanisme denyutan
jantung ialah otot kardium, nodus sinoatrium (SA) atau
perentak jantung, nodus atrioventrikel (AV), berkas His dan
gentian Purkinje.

■ Otot kardium mengecut secara berulang-ulang tanpa letih
untuk menghasilkan denyutan jantung bagi mengepam
darah.

■ Berkas His terdiri daripada gentian-gentian Purkinje yang
berfungsi khusus mengalirkan impuls elektrik dari nodus AV
ke otot kardium di semua bahagian dinding ventrikel bagi
pengecutan ventrikel.

Pengawal perentak jantung

■ Walaupun perentak jantung (nodus SA) menentukan rentak
untuk pengecutan jantung secara beritma, perentak sendiri
dikawal atur oleh dua set saraf dan hormon, iaitu:
– (a) saraf parasimpatetik – untuk memperlahankan
perentak
– (b) saraf simpatetik – untuk melajukan perentak
– (c) hormon adrenalina – untuk meningkatkan kadar
denyutan jantung dalam keadaan kecemasan

Kegagalan Perentak jantung

■ Kegagalan fungsi perentak jantung semula jadi
mengakibatkan denyutan jantung yang tidak normal.

■ Hal ini boleh menyebabkan keadaan yang serius yang boleh
membawa maut kepada pesakit.

■ Perentak jantung elektronik dipasang pada rongga dada
pesakit bagi membantu mengawal atur denyutan jantung
mereka.

■ Perentak elektronik mempunyai elektrod yang berhubung
terus dengan jantung bagi merangsang jantung berdenyut





Konsep Sistem Peredaran

Pengepaman Jantung

Daya yang Menyebabkan
Peredaran Darah dalam
Manusia

■ Daya yang menyebabkan darah beredar dalam sistem
peredaran darah manusia berpunca daripada

– pengepaman jantung dan
– pengecutan otot rangka.

Pengepaman Jantung

Sistol Atrium

Nodus sino-atrium

menghasilkan impuls

elektrik. Impuls elektrik

aurikel akan disebarkan ke
mengecut
seluruh dinding aurikel
injap sabit
dan ini menyebabkan
ventrikel
nodus mengecut dinding aurikel mengecut.
sino-atrium tisu
(SA) Purkinje Sistol Ventrikel
(perentak) Ketika impuls elektrik sampai
nodus
atrio-ventrikel ke nodus atrioventrikel (AV),
(AV)
sekumpulan gentian dan

gentian Purkinje akan

menghalakan impuls ke

hujung jantung. Ini

menyebabkan impuls elektrik

Pengenduran jantung tersebar ke seluruh ventrikel

dan menyebabkannya

mengecut.

Pengecutan
otot
kardium



SOALAN MEKANISME
DENYUTAN JANTUNG

1.2 Soalan 2011 – Kertas 1

Maklumat berikut adalah tentang pengecutan otot kardium.
P − Impuls tersebar ke kedua-dua ventrikel dan menolak darah keluar
Q − Impuls sampai ke nodus atrioventrikel (Nodus AV)
R − Nodus sinuatrium (Nodus SA) menjana impuls
S − Impuls tersebar dengan cepat ke seluruh dinding kedua-dua atrium

dan menolak darah ke dalam ventrikel
T − Gentian otot yang khusus membawa impuls ke apeks jantung

Urutan manakah yang betul mengenai pengecutan otot kardium?

A R→P→Q→S→T
B R→S→Q→T→P
C Q→P→R→S→T
D Q→R→S→T→P

Biologi Tingkatan 5

TAMAT


Click to View FlipBook Version