13.3 Isu Kesihatan Berkaitan
Sistem Urinari
Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor
Kesan Kegagalan Fungsi Ginjal
1. Ginjal mengalami kerosakan disebabkan penyakit,
ubat berlebihan dan kecederaan.
2. Jika dua-dua ginjal gagal berfungsi
Bahan buangan metabolik dalam badan tidak dapat
dikumuhkan
Tekanan osmosis tidak dapat dikawal
Isipadu darah tidak dapat dikekalkan
3. Terdapat dua cara rawatan untuk pesakit yang
mengalami kegagalan fungsi ginjal, iaitu
hemodialisis
pemindahan ginjal
Hemodialisis
Hemodialisis ialah proses penggunaan mesin dialisis untuk
menyingkirkan bahan buangan metabolik seperti urea, air,
dan garam yang berlebihan daripada darah.
Mesin dialisis terdiri daripada tubul berlingkar yang separa
telap dan diisikan dengan bendalir dialisis.
Kepekatan bendalir dialisis di dalam mesin dialisis
dikekalkan pada kepekatan yang sama dengan plasma
darah.
Bendalir dialisis sentiasa mengalir dan ditukar untuk
menyingkirkan bahan kumuh dan mengekalkan kecerunan
kepekatan bagi resapan antara darah pesakit dengan
bendalir dialisis
1. Darah pesakit dimasukan dalam mesin dialisis
melalui arteri
2. glukosa, asid amino, air dan urea meresap dari
darah ke dalam bendalir dialisis
3. Bendalir dialisis mengandungi glukosa, asid amino
dan ion bukan organik yang isotonik terhadap
plasma darah
4. Darah yang dituras masuk semula ke vena
Mesin Hemodialisis
Bahan
antigumpal
ditambah Aliran Semasa
untuk darah Bendalir hemodialisis,
mencegah dialisis darah pesakit
penggumpalan keluar disedut keluar.
darah
Bahan
pam
antigumpal
seperti heparin
ditambah dan
darah akan
Tiub mengalir ke
separa
DBaernadhalir diakleismisbali telap dalam tiub
kepada pesakit
separa telap.
Bendalir dialisis berada di luar tiub separa telap.
Urea dan bahan kumuh lain meresap keluar dari darah.
Darah yang telah dibersihkan dikembalikan kepada pesakit.
Bagaimana julat normal tekanan
osmosis darah dapat dikekalkan?
Semasa hemodialisis, darah pesakit dipam keluar dari
arteri radial pada pergelangan tangan untuk mengalir
ke dalam mesin dialisis darah mengalir keluar untuk
dikembalikan ke dalam badan melalui vena pada
tangan yang sama.
Semasa darah mengalir melalui tubul berlingkar, urea
dan garam yang berkepekatan lebih tinggi dalam
darah meresap keluar melalui dinding tubul ke dalam
bendalir dialisis yang mengandungi urea dan garam
yang berpekatan lebih rendah.
Oleh itu, urea dan garam berlebihan dapat
disingkirkan dari badan dan tekanan osmosis darah
dapat dikawal atur pada julat normal
Ginjal yang Pemindahan ginjal
rosak
Pemindahan ginjal merupakan
satu alternatif kepada
hemodialisis untuk jangka
Ginjal panjang.
penderma
Ginjal penderma diletakkan di
Ureter bahagian bawah abdomen
penderma dengan ureter disambungkan
kepada pundi kencing.
Pundi
kencing Ginjal yang rosak selalunya tidak
dikeluarkan.
Terdapat risiko di mana badan
penerima menolak organ baru
yang diterima.
Imunosupresan (dadah anti-
penolakan) digunakan untuk
mengurangkan risiko ‘penolakan’
organ
SOALAN OBJEKTIF
13.3 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem
Urinari
Rajah di bawah menunjukkan graf perubahan aras glukosa dalam darah
seseorang individu dalam tempoh masa dua jam.
Apakah yang berlaku di X?
A Individu itu mula berpuasa
B Individu itu telah makan sayuran
C Individu itu telah minum segelas jus anggur
D Individu itu telah diberi suntikan insulin
Soalan 2010
Seorang pesakit yang mengalami kegagalan ginjal menggunakan mesin
hemodialisis untuk menyingkirkan urea dari darahnya.
Pernyataan manakah yang menerangkan situasi tersebut?
A Kepekatan urea di dalam darah adalah sama dengan kepekatan urea di
dalamcecair dialisis
B Kepekatan molekul air dalam darah lebih tinggi daripada kepekatan
molekul air dalam cecair dialisis
C Kepekatan urea dalam cecair dialisis lebih tinggi daripada kepekatan
urea dalam darah
D Kepekatan urea dalam darah lebih tinggi daripada kepekatan urea dalam
cecair dialisis
Soalan 2008
TAMAT