Bab 10 Pengangkutan
dalam Manusia dan
Haiwan
10.8 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Limfa
Manusia
Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor
Edema
■ Edema ialah pembengkakan pada bahagian tertentu badan
yang disebabkan oleh pengumpulan bendalir tisu dalam
ruang antara tisu dan organ.
■ Kadar pembentukan bendalir tisu adalah sama dengan kadar
pengembaliannya ke dalam sistem peredaran darah.
■ Bendalir tisu yang gagal dikembalikan atau dikembalikan
terlalu perlahan ke dalam sistem peredaran darah akan
terkumpul di dalam ruang antara sel.
Edema mungkin berlaku
disebabkan oleh yang berikut
■ Peningkatan tekanan kapilari darah yang memaksa bendalir
darah tertapis keluar sebagai bendalir tisu dalam ruang
antara sel secara berlebihan
■ Penyumbatan salur limfa yang menghalang atau
memperlahankan bendalir tisu untuk kembali ke sistem
peredaran darah melalui sistem limfa
Jangkitan parasit filariasis
■ Filariasis (penyakit untut) ialah penyakit tropika yang
disebabkan oleh jangkitan cacing parasit filaria (Wuchereria
bancrofti dan Wucherera malayi) yang disebarkan melalui
gigitan nyamuk.
■ Cacing filaria hidup dan membiak di dalam salur limfa
manusia. Akhirnya, salur limfa yang tersumbat menyebabkan
edema.
■ Pembengkakan biasa berlaku pada bahagian kaki, lengan,
dada dan genital manusi
Kekurangan protein plasma
■ Kekurangan protein plasma darah dalam salur darah boleh
menyebabkan edema.
■ Hal ini disebabkan oleh protein plasma (albumin) berfungsi
untuk mengekalkan kandungan garam dan air dalam salur
darah dan tidak terlalu banyak bendalir meresap keluar ke
dalam tisu lalu menyebabkan edema.
■ Kekurangan protein plasma darah boleh disebabkan oleh
malnutrisi, penyakit ginjal atau penyakit hat
Kehamilan
■ Semasa hamil, badan ibu menghasilkan 50% darah dan
bendalir tisu yang lebih untuk memenuhi keperluan
perkembangan fetus.
■ Saiz uterus yang semakin berkembang akan mengenakan
tekanan ke atas vena pelvis dan vena kava.
■ Tekanan memperlahankan aliran darah dari bahagian kaki
dan hal ini memaksa bendalir tertapis keluar ke dalam tisu
kaki dan menyebabkan edema pada bahagian kaki
Pesakit yang terlantar untuk
tempoh yang lama
mempunyai risiko tinggi
untuk mendapat edema.
■ Bendalir tisu dikembalikan ke peredaran darah secara terus
melalui kapilari darah (90%), atau melalui sistem limfa
dengan mengalir masuk ke dalam kapilari limfa (10%).
■ Pesakit yang terlantar akan mengalami edema kerana tiada
pergerakan otot untuk menolak darah di sepanjang vena
mahupun untuk menolak limfa di sepanjang salur limfa balik
ke jantung.
■ Hal ini mengakibatkan bendalir tisu terkumpul dalam tisu dan
menyebabkan edema
Edema
TAMAT