UNIT 7 MASYARAKAT PENYAYANG TONGGAK ASPIRASI NEGARA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 KSSM OLEH CIKGU NORAZILA KHALID SMK ULU TIRAM, JOHOR
MASYARAKAT PENYAYANG TONGGAK ASPIRASI NEGARA Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat, mesra dan bertimbang rasa dengan anggotanya. Setiap orang akan saling memahami dan menghormati. Kita patut berasa bertuah kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang saling membantu apabila berlaku sesuatu musibah seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran. Yang berikut ialah ciri-ciri masyarakat penyayang.
CIRI-CIRI MASYARAKAT PENYAYANG Ambil berat Rajin membantu Toleransi Pemurah Prihatin
CIRI-CIRI MASYARAKAT PENYAYANG Bertanggungjawab Baik hati Belas kasihan Bekerjasama Bertimbang rasa
Kepentingan Masyarakat Penyayang Dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni. Dapat memperkukuh perpaduan. Dapat mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat. Dapat meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Golongan berkeperluan Setiap anggota masyarakat mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang baik. Contohnya, anak-anak gelandangan harus diberi kehidupan yang dapat memenuhi keperluan asas dan peluang pendidikan serta kemahiran.
Golongan berkeperluan Setiap anggota masyarakat perlu diberi kesedaran tentang penyakit berbahaya. Contohnya, pesakit AIDS diberi kesedaran tentang cara penjagaan yang betul supaya mereka mendapat rawatan yang sewajarnya untuk hidup seperti orang lain.
Golongan berkeperluan Setiap anggota masyarakat juga harus menerima mereka yang pernah menagih dadah dan melakukan jenayah. Contohnya, bekas banduan dan bekas penagih dadah perlu dilayan seperti anggota masyarakat lain dan diberi peluang pekerjaan serta pendidikan supaya mereka juga berjaya.
Golongan berkeperluan Setiap anggota masyarakat juga harus mendapat peluang rawatan yang sewajarnya supaya mereka sembuh daripada penyakit berbahaya. Contohnya, golongan miskin yang tidak mampu untuk membayar rawatan penyakit seperti kanser dan rawatan dialisis.
agensi yang boleh disertai untuk membantu golongan berkeperluan Majlis Kanser Nasional Yayasan Salam Malaysia Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Majlis Aids Malaysia
Majlis Kanser Nasional MEMBANTU PESAKIT KANSER YANG TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MENDAPAT RAWATAN.
Yayasan Salam Malaysia Menggalakkan semangat kesukarelaan dan menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan.
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia MENDIDIK MASYARAKAT DARIPADA TERLIBAT DENGAN DADAH.
Majlis Aids Malaysia Meningkatkan kesedaran dan membantu golongan yang menghidap penyakit AIDS.
CARA MEMUPUK MASYARAKAT PENYAYANG Memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam Menyertai Rukun Tetangga Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong Memberikan bantuan kepada golongan OKU
Kesimpulan setiap anggota masyarakat termasuk anda perlu memberikan sokongan kepada semua aktiviti kemanusiaan yang melibatkan golongan berkeperluan. Kita perlu bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka tanpa mengira kaum, budaya, agama dan bahasa.
Kesimpulan Masyarakat perlulah mengamalkan nilai kasih sayang, kerjasama, baik hati, hormat dan toleransi. Sebagai masyarakat penyayang, kita akan berasa bersyukur dan gembira kerana dapat berbakti dan menyenangkan kehidupan anggota masyarakat yang memerlukan bantuan.
TAMAT