The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PJPK_T4_KSSM_Unit_1_Kesihatan_Diri_dan_Reproduktif_PK_zila_khalid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-07-21 22:35:31

PJPK_T4_KSSM_Unit_1_Kesihatan_Diri_dan_Reproduktif_PK_zila_khalid

PJPK_T4_KSSM_Unit_1_Kesihatan_Diri_dan_Reproduktif_PK_zila_khalid

Unit 1 Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial
(PEERS)

Kesihatan Diri dan Reproduktif

PJPK Tingkatan 4 KSSM PK
Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

• Naluri tertarik kepada berlainan jantina

merupakan lumrah dalam norma
perkembangan kehidupan remaja.

• Perubahan penampilan kepada lebih

bergaya dan menarik membuatkan remaja
sering tertarik antara satu sama lain.

• Tingkah laku seksual remaja bermula pada

umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai
budaya dan sosial mereka

KESIHATAN DIRI DAN
REPRODUKTIF

• Pergaulan bebas berlandaskan nafsu

boleh menjerumus individu kepada
seks bebas.

• Remaja yang berisiko terhadap gejala

ini kebiasaannya mempunyai teman
lelaki atau wanita yang istimewa dan
kurang minat terhadap pelajaran

KESIHATAN DIRI DAN
REPRODUKTIF

• Kemahiran menolak dan menghindar

diri daripada terjerumus dalam
perlakuan seks sebelum nikah perlu
dipraktikkan oleh golongan remaja.

• Abstinen dalam pencegahan tingkah

laku seksual sebelum nikah perlu untuk
menangani masalah hubungan seksual
sebelum nikah kerana kesannya sangat
mendalam terhadap diri, keluarga dan

masyarakat.

Abstinen

• Abstinen merupakan keupayaan menahan diri daripada melakukan perhubungan

seksual tanpa ikatan.

• Perlakuan ini bermaksud penolakan seseorang dengan yakin dan tegas

mengatakan ‘tidak’ terhadap tingkah laku seksual sebelum nikah.

• Abstinen perlu difahami dan diamalkan bagi mengelakkan berlakunya gejala

seks bebas.

• Golongan remaja dalam kelompok persekitaran sosial yang terbuka perlu

mempraktikkan nilai abstinen bagi menghindari tingkah laku seksual sebelum
nikah.

Abstinen

• Tingkah laku seksual sebelum nikah membawa kesan

negatif terhadap pelakunya sama ada lelaki mahupun
perempuan.

• Kesan emosi yang amat mendalam sering terjadi terhadap

remaja yang hamil luar nikah.

• Perubahan fizikal yang terjadi pada dirinya menyebabkan

dia berasa malu

Abstinen

• Kata-kata cacian dan penghinaan kerana

melakukan perkara yang bertentangan
dengan norma kehidupan dan agama
terpaksa dihadapi oleh remaja tersebut.

• Terdapat kes lari dari rumah serta

menggugurkan dan membuang bayi

• Kemungkinan juga kesan daripada

tindakan ini akan membawa kepada
perbuatan bunuh diri

Abstinen

• Pengetahuan abstinen yang merupakan

tuntutan agama dan susila kehidupan dapat
menyelamatkan remaja daripada terjebak
dengan gejala negatif serta mengelakkan
nama baik keluarga tercemar.

• Abstinen bukan sahaja dapat mengelakkan

daripada mencemarkan nama baik sendiri,
malah dapat memelihara maruah keluarga.

Abstinen

• Abstinen terhadap tingkah laku seksual luar

nikah juga penting bagi mengelakkan
daripada melahirkan anak tidak sah taraf.

• Kes sedemikian berlaku kerana pasangan atau

individu terbabit cuba untuk menyembunyikan
kelahiran.

• Kerumitan akan dihadapi oleh individu

tersebut terutamanya ketika terlibat dengan
urusan rasmi kerana kelahiran tidak
didaftarkan.

Kemahiran Abstinen dalam Pencegahan
Tingkah Laku Seksual Sebelum Nikah

• Kemahiran abstinen dapat mengelakkan

pujuk rayu pasangan tidak mengira sama
ada lelaki mahupun perempuan.

• Kemahiran dan amalan abstinen dapat

menyelamatkan diri daripada ajakan dan
muslihat pasangan tidak jujur yang
hanya menginginkan hubungan seks.

Kemahiran Abstinen dalam Pencegahan
Tingkah Laku Seksual Sebelum Nikah

• Kita perlu berani, yakin dan tegas

mengatakan 'TIDAK' kepada tingkah
laku seksual sebelum nikah.

• Kemahiran abstinen dapat

menyelamatkan remaja daripada
menjejaskan reputasi diri dan
keluarga.

Cabaran Mengamalkan Abstinen

• Ajaran agama dan norma dalam

kehidupan manusia menolak perlakuan
seks sebelum adanya ikatan perkahwinan.

• Namun, terdapat kekangan yang

merupakan cabaran untuk mengamalkan
abstinen dalam pencegahan tingkah laku
seksual sebelum nikah.

Cabaran Mengamalkan Abstinen

• Pengaruh rakan
• Pengaruh persekitaran
• Pengaruh Internet dan media sosial
• Pengaruh luar kawalan

Pengaruh rakan

• Remaja mudah terpengaruh

dengan ajakan dan dorongan
terutamanya perkara yang
dianggap menyeronokkan.

• Mereka tidak memikirkan

risiko yang bakal dihadapi
seperti statutory rape.

Pengaruh persekitaran

• Persekitaran masyarakat yang terlalu terdedah dengan unsur-

unsur kehidupan yang negatif menjadi penghalang kepada nilai
yang sepatutnya.

• Masalah dalam institusi kekeluargaan juga membawa kepada

faktor terdedah dengan gejala seksualiti yang tidak sihat

• Kurang ajaran agama dan keimanan yang lemah tidak mampu

menjadi perisai untuk menghalang perlakuan yang tidak baik.

Pengaruh Internet dan
media sosial

• Kemudahan untuk mengakses

laman web lucah dan tarikan seks
siber boleh mempengaruhi
perlakuan remaja.

• Pengaruh tersebut membawa

kepada kecenderungan untuk
terlibat dengan fantasi seks yang

berpunca daripada masalah
psikologi dan gangguan emosi.

Pengaruh luar kawalan

• Meskipun ditolak, namun dalam situasi

tertentu seperti melibatkan perbezaan
fizikal, pangkat dan kedudukan
menyebabkan mangsa tidak mampu
melawan.

• Unsur paksaan menghalang mangsa

daripada melaksanakan abstinen.

Situasi yang Mendorong kepada Hubungan
Seks Sebelum Nikah

• Selepas memahami kepentingan

kemahiran abstinen dan cabaran untuk
mengamalkannya, murid perlu mengenal
pasti situasi yang mendorong kepada
hubungan seks sebelum nikah.

• Pemahaman murid dapat membantu

mereka mengelakkan diri daripada
situasi tersebut.

Situasi yang Mendorong kepada Hubungan
Seks Sebelum Nikah

• Tiada pengetahuan tentang pendidikan

seksual

• Tiada kesedaran untuk melindungi maruah

diri

• Berpakaian kurang sopan
• Berdua-duaan di tempat sunyi
• Menonton bahan pornografi

Tiada pengetahuan tentang pendidikan seksual

• Ketiadaan pengetahuan tentang seksual

akan mendorong murid bertindak
mengikut perasaan dan mudah
dipengaruhi oleh persekitaran

• Hal ini akan menyebabkan murid keliru

dalam membuat keputusan.

Tiada kesedaran untuk melindungi maruah diri

• Kehidupan bebas dan keseronokan tanpa

batasan menjadikan remaja tidak mampu
melindungi maruah diri hingga terjebak
dalam kancah hubungan seks sebelum
nikah

• Kebiasaannya, golongan ini cenderung

kepada budaya lepak, penyalahgunaan
bahan dan parti liar.

Berpakaian kurang sopan

• Berpakaian kurang sopan dan

mencolok mata boleh merangsang
nafsu seksual pasangan yang melihat.

• Situasi ini boleh mendorong tindakan

luar kawalan.

Berdua-duaan di tempat sunyi

• Situasi ini amat berisiko untuk golongan

remaja melakukan hubungan seks
sebelum nikah kerana terdapat ruang
dan peluang.

• Pertemuan secara berdua-duaan di

tempat yang sunyi memberi
kemungkinan perkara yang tidak
diingini berlaku.

Menonton bahan pornografi

• Menonton bahan pornografi boleh

meningkatkan rangsangan kepada tingkah
laku seksual.

• Perasaan hendak mencuba atau melakukan

seperti yang dilihat dalam bahan tersebut
boleh mendorong kepada hubungan seks
sebelum nikah.

• Lebih berisiko lagi sekiranya bahan

pornografi ini ditonton bersama-sama
pasangan.

Kesan Seks Sebelum Nikah

• Diri
• Keluarga
• Masyarakat

Diri

• Mencemarkan reputasi diri
• Kemerosotan tahap kesihatan Kemerosotan dalam

pelajaran

• Menyebabkan penyakit jangkitan seksual
• Kehamilan yang tidak diingini
• Pengguguran anak yang tidak selamat
• Melahirkan zuriat luar nikah
• Mendorong jenayah pembunuhan bayi dan

pembuangan bayi

Keluarga

• Mencemarkan reputasi keluarga
• Menjadikan keluarga porak-peranda
• Ibu bapa hilang pertimbangan
• Mengalami gangguan emosi
• Meruntuhkan keharmonian keluarga

Masyarakat

• Peningkatan masalah

sosial

• Lahirnya lebih

banyak anak tidak
sah taraf

• Penyakit jangkitan

seksual semakin
berleluasa

Cara Menangani Hubungan Seks Sebelum
Nikah

• Mempunyai kemahiran komunikasi yang

baik semasa menolak ajakan melakukan
seks

• Mengelakkan daripada situasi yang

boleh menjurus kepada perlakuan seks
sebelum nikah

• Mempraktikkan abstinen dengan

bersungguh-sungguh

Cara Menangani
Hubungan Seks
Sebelum Nikah

• Memelihara reputasi

diri sebaik-baiknya

• Berani berkata

'TIDAK' dengan
tegas dan yakin

• Mewujudkan rasa

hormat-menghormati
antara satu sama lain

TAMAT


Click to View FlipBook Version