UNIT 1
P E N YA L A H G U N A A N
BAHAN
P J P K T I N G K ATA N 4 K S S M P K
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM, JOHOR
P E N YAL AH G U N A A N
BAHAN
• Penyalahgunaan bahan dikaitkan
dengan pengambilan dadah
• Tujuan asal bahan ini adalah
untuk perubatan, namun telah
disalah guna oleh pihak tertentu
dengan tujuan berkhayal bagi
mendapatkan keseronokan
sementara.
• Penagihan dadah bukan sahaja
memusnahkan kehidupan
individu, malah melibatkan
masalah kepada keluarga,
masyarakat dan negara.
PENYALAHGUNAAN
BAHAN
• Jerat dadah atau menjadi keldai dadah
bagi tujuan pengedaran bahan
terlarang akan dikupas dalam unit ini.
• Kemahiran kecekapan psikososial
dapat mengelak individu daripada
terjerat dengan dadah.
JERAT DADAH DAN SITUASI
BERISIKO YANG MEMBAWA
KEPADA JERAT DADAH
• Jerat dadah ialah keadaan individu yang
dipengaruhi atau diperdaya oleh Individu
lain bagi menagih dadah atau dijadikan
sebagai keldai dadah.
• Keldai dadah bermaksud mereka yang
ditipu, dipaksa atau diperdaya bagi tujuan
menjual dadah di dalam atau di luar
negara tanpa mengetahui bahawa
mereka membawa dadah atau menjadi
ejen pengedaran dadah.
IMPLIKASI JERAT
DADAH
• Diri
• Keluarga
• Masyarakat
KESAN KEPADA
DIRI
• Kesihatan terjejas
• Mental, status kewangan,
prestasi kerjaya dan
pelajaran merosot
• Hidup dalam khayalan
• Melakukan jenayah
KESAN KEPADA
KELUARGA
• Menjejaskan keharmonian
keluarga
• Tanggungjawab terhadap
keluarga terabai
• Ahli keluarga hidup dalam
ketakutan
• Mendatangkan stres kepada
ahli keluarga
• Mencemarkan nama baik
keluarga di mata masyarakat
KESAN KEPADA
MASYARAKAT DAN
NEGARA
• Kehilangan tenaga kerja yang
afektif dan bermotivasi
• Masyarakat akan bimbang
berlakunya jenayah
• Bilangan pesakit mental
bertambah
• Penularan penyakit HIV dan
AIDS
• Ekonomi negara terjejas
CARA MENGELAK
JERAT DADAH
• Jerat dadah memberikan implikasi yang
negatif terhadap mangsa.
• Usaha yang progresif dan padu perlu
dilakukan untuk menanganinya.
• Kerjasama daripada semua agensi sama
ada kerajaan mahupun badan bukan
kerajaan perlulah diselaraskan bagi
menangani isu berat ini.
• Sebagai individu, kita perlulah berusaha
untuk mengelakkan diri daripada menjadi
mangsa jerat dadah.
CARA MENGELAK
JERAT DADAH
• Rata-rata golongan yang
terjerat ialah mereka yang
tanpa sedar telah
merelakan diri untuk
membawa dadah tersebut.
• Oleh itu, bagi mengelakkan
diri daripada menjadi
mangsa keldai dadah, kita
perlulah mempunyai
kemahiran untuk
menangani situasi berisiko
tersebut.
CARA MENGELAK
JERAT DADAH
• Berhati-hati dengan tawaran kerja bergaji
lumayan di luar negara.
• Jangan membawa barang yang dikirim oleh orang
lain.
• Elakkan daripada makan atau minum dengan
orang baru dikenali.
• Selidik latar belakang rakan yang baru dikenali.
• Tinggal bersama keluarga atau sentiasa
menziarahi keluarga.
• Percaya pada diri sendiri bahawa anda boleh
berjaya.
PERCAYA PADA DIRI
SENDIRI BAHAWA
ANDA BOLEH
BERJAYA .
• Siasat atau buat kajian
terlebih dahulu tentang kerja
yang dipohon atau
ditawarkan.
• Sekiranya terdapat
kemusykilan, elakkan
daripada menerima
pekerjaan tersebut lebih-
lebih lagi yang ditawarkan
secara atas talian atau
menerusi panggilan telefon
tanpa berjumpa dengan
majikan.
JANGAN MEMBAWA
BARANG YANG DIKIRIM
OLEH ORANG LAIN.
• Kebanyakan mangsa jerat dadah
membawa barangan seperti beg
yang dikirim oleh orang lain.
• Mereka diminta untuk
menyerahkan barang tersebut
kepada pihak lain yang akan
menunggu di lapangan terbang.
ELAKKAN DARIPADA
MAKAN ATAU MINUM
DENGAN ORANG
BARU DIKENALI
• Berhati-hati
dengan makanan
dan minuman
yang diberi oleh
orang lain sama
ada dikenali atau
sebaliknya
• Hal ini agar diri
terselamat
daripada unsur
khianat.
SELIDIK LATAR BELAKANG
RAKAN YANG BARU
DIKENALI.
• Pastikan kita mengenali
latar belakang individu
yang menjadi rakan
kita.
• Elakkan daripada
berkawan dengan
individu yang
mencurigakan.
TINGGAL BERSAMA
KELUARGA ATAU
SENTIASA
MENZIARAHI
KELUARGA.
• Tinggal bersama ahli
keluarga akan mengawal
pergerakan kita agar
tidak terlalu bebas atau
membuat keputusan
terburu-buru.
• Sekiranya berjauhan
dengan ahli keluarga,
ziarahilah mereka apabila
berkelapangan atau
hubungi mereka dengan
kerap untuk bertanyakan
khabar.
PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
BAHAWA ANDA BOLEH BERJAYA.
• Individu yang percaya kepada diri
tidak akan mengambil jalan mudah
untuk hidup senang-lenang.
• Mereka akan berfikir panjang jika
ditawarkan dengan sesuatu yang
lumayan.
TAMAT