Bab 10 Pengangkutan
dalam Manusia dan
Haiwan
10.4 Mekanisme Pembekuan Darah
Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor
Keperluan Pembekuan Darah
Mengelakkan kehilangan darah berlebihan daripada badan akibat luka
Mencegah tekanan darah daripada jatuh ke tahap yang sangat rendah
Mengelakkan kemasukan mikroorganisma dan bendasing ke dalam badan
melalui luka
Pembekuan darah dalam
badan manusia dicetuskan
oleh:
■ pendedahan darah kepada gentian kolagen daripada dinding
salur darah yang terluka.
■ pembebasan faktor pembekuan daripada sel-sel yang
tercedera.
Mekanisme Pembekuan Darah
Lve42aspeislvDmPmadelnaeeaasrnmrtEeaaegnlhbhlheddemtaoanlbtreateauennlhirkuggkmampuklemieernnh1pkygiueluaellmutSncbeuagaberrtlalaruunsdtrkaaydadmnaaanarrgaahh Apabila salur darah terluka, platelet akan
berkumpul dan melekat pada dinding salur
darah membentuk penghalang yang
dipanggil penyumbat platelet.
Enzim trombokinase dibebaskan
Vitamin K
3 ApabilVaepslaeEtlerdiltearotratsehitrdedah kepada udParrao,tiraombin Ion kalsium
makeannyetmebraeubnrakgiaedncaupntlamteelmetblaeibnausnk5atunkbmahePalenlkakateitmleiat Trombokinase Trombin
membebaskan
Fibrin
bersama ptreommbbeokkuinaanslea(ipdnFraionbtrefiainnkotlgoaerrnut) (protein tak
larut
Darah beku
memberhentikan kehilangan darah
1. Jika salur darah terluka, gentian kolagen dalam dinding salur darah akan terdedah
kepada darah.
2. Platlet akan diaktifkan, menjadi saling melekit dan melekat pada gentian kolagen
yang terdedah untuk membentuk satu gumpalan platlet (plak) bagi menampal
kebocoran kecil pada salur darah.
3. Gumpalan platlet ini membebaskan enzim trombokinase (juga dikenali sebagai
tromboplastin, iaitu sejenis protease).
4. Dengan kehadiran ion kalsium dan vitamin K, trombokinase menukarkan protein
protrombin (yang terdapat dalam plasma) kepada trombin.
5. Trombin ialah enzim aktif yang memangkinkan penukaran fibrinogen (protein larut)
kepada fibrin (protein tak larut).
6. Fibrin membentuk suatu jaringan gentian protein di permukaan luka untuk
memerangkap sel-sel darah dan membentuk darah beku bagi menutup luka.
7. Darah beku pada luka dapat mengelakkan kehilangan darah serta mencegah
kemasukan mikroorganisma dan bendasing ke dalam badan.
8. Semasa darah membeku, serum (plasma darah tanpa fibrinogen) akan kelihatan
mengalir keluar dari luka dalam bentuk bendalir kuning jernih.
9. Darah beku akan mengering dan membentuk keruping. Luka akan sembuh di
bawah keruping tersebut.
Mekanisma
pembekuan
darah
Peranan factor pembeku
Mekanisme
pembekuan
darah
Struktur fizikal
Memahami Mekanisme Pembekuan Darah
Mekanisme Pembekuan Darah
Isu Kesihatan Berkaitan
dengan Pembekuan Darah
Trombosis Embolisme
■ Trombus ialah darah ■ Embolus ialah trombus
beku yang terbentuk di yang bergerak dan
dalam arteri atau vena dibawa dalam aliran
dan berada pegun pada darah.
tempat pembentukannya.
■ Embolisme pula berlaku
■ Trombosis berlaku apabila embolus
apabila pembentukan tersangkut pada salur
trombus di dalam salur darah yang terlalu sempit
darah mengganggu aliran lalu menyekat aliran
darah di dalam arteri darah
atau vena.
Pencetus trombosis Kesan trombosis dan
embolisme
■ Sel-sel terluka dalam
salur darah ■ Darah beku yang tersumbat
menghasilkan dalam arteri akan menghalang
trombokinase dan aliran darah dan
memulakan proses menghentikan bekalan
pembekuan darah. oksigen ke tisu di kawasan
tersebut.
■ Kecacatan pada
permukaan dalam ■ Jika darah beku terbentuk
dinding salur darah atau dalam arteri koronari, otot
pengaliran darah yang kardium mungkin rosak atau
terlalu lambat mungkin mati dan mangsa akan
melonggokkan faktor- mendapat serangan jantung.
faktor pembekuan dan
memulakan proses ■ Jika darah beku menghalang
pembekuan darah aliran darah ke otak, strok
(angin ahmar) mungkin
berlaku dan mangsa mungkin
menjadi lumpuh
Hemofilia
■ Hemofilia ialah suatu penyakit genetik yang menjejaskan
mekanisme pembekuan darah.
■ Darah pesakit hemofilia mengalami kekurangan satu atau
lebih faktor pembekuan yang menyebabkan darah menjadi
lambat membeku atau tidak dapat membeku langsung.
■ Pesakit hemofilia mungkin mati akibat pendarahan yang
berlebihan akibat luka yang kecil atau mengalami
pendarahan dalaman yang spontan.
■ Jenis penyakit hemofilia yang paling biasa ialah hemofilia A
yang diakibatkan oleh kekurangan faktor VIII dalam darah.
■ Hemofilia tidak dapat disembuhkan, tetapi boleh dirawat
melalui pemindahan darah atau suntikan faktor pembekuan
yang kekurangan, misalnya suntikan faktor VIII bagi pesakit
hemofilia A.
Hemofilia
SOALAN MEKANISME
PEMBEKUAN DARAH
1.2 Soalan 2008 – Kertas 2
(i) Rajah di bawah menunjukkan satu elektron mikrograf bagi komponen sel
darah manusia.
Platlet
Eritrosit
Leukosit
Berdasarkan rajah di atas, terangkan bagaimana platlet membantu dalam
menghentikan pendarahan semasa luka.
(ii) Suatu ujian darah menunjukkan bahawa bilangan eritrosit darah seorang
lelaki adalah kurang daripada biasa.
Terangkan kesan-kesan yang mungkin berlaku ke atas kesihatannya akibat
daripada keadaan ini.
Apakah jenis makanan yang perlu lelaki itu makan untuk pulih daripada
keadaan ini?
[8 markah]
Biologi Tingkatan 5
Bab 1 Pengangkutan
1.3 Soalan 2012 – Kertas 2
Seorang budak lelaki telah terluka jarinya. Dia mengalami pendarahan dan
kemudiannya darahnya berhenti kerana pembekuan darah.
Terangkan kepentingan pembekuan darah ini.
[4 markah]
Biologi Tingkatan 5
TAMAT